Thursday, February 11, 2010

Penetapan Harga

Menetapkan harga bagi produk anda adalah antara strategi terpenting dalam perniagaan. Terdapat 4 komponen dalam strategi pemasaran iaitu, Product, Place, Price dan Promotion (4P).

Namun, seringkali HARGA (Price), tidak di ambil kira oleh peniaga. Kebanyakan akan mengambil keputusan meletakkan harga yang rendah atau sewenang-wenangnya untuk bersaing.

Perlu diingat bahawa, meletakkan harga yang rendah sememangnya boleh menarik pelanggan. Tetapi, ia juga menarik pesaing anda untuk turut merendahkan harga dan terjadinya akan berlakunya perang harga.

Akibat perang harga, keuntungan akan berkurang. Ini mengakibatkan dana untuk promosi juga berkurangan. Dana untuk promosi adalah amat penting dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Merendahkan harga produk atau perkhidmatan anda akan meyukarkan proses mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Daripada bersaing dengan mengurangkan harga, lebih efektif anda tambahkan nilai produk atau perkhidmatan anda… kemudian, lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggi

Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik

Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendah

Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan

Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran

Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelementasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar.



Wednesday, February 3, 2010

SERLAHKAN KREATIVITI DAN INOVASI KE ARAH KECEMERLANGAN DALAM KEUSAHAWANAN

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI