Thursday, July 24, 2014

Tyzo bangga dibimbing TPM Biotech


DR. Mohd. Faizal Wahidin (kiri) dan Tuah Zoqarnain berbincang sesuatu dengan Ahmad Husni Johari.
Perkembangan industri herba kini semakin rancak berdasarkan kemunculan banyak syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) dan menghasilkan pelbagai produk di pasaran.
Pencapaian tersebut didorong oleh beberapa faktor antaranya Malaysia memiliki khazanah herba yang kaya yang boleh dimanipulasikan, permintaan hasilan herba dalam bentuk makanan kesihatan sentiasa mendapat permintaan dan persekitaran industri yang kondusif .
Persekitaran industri yang kondusif menurut kebanyakan pengusaha atau pemilik syarikat antara faktor yang sangat penting membolehkan mereka bergerak untuk mencapai impian sebagai usahawan berjaya.
Apatah lagi model pembangunan usahawan berasaskan bioteknologi herba yang diperkenalkan oleh agensi tertentu dengan cadangan serta bimbingan serta kemudahan yang ditawarkan benar-benar memberikan mereka harapan besar menjadi usahawan herba.
Oleh itu, peluang yang ditawarkan oleh TPM Biotech Sdn. Bhd. sebagai contoh dalam membangunkan usahawan herba wajar direbut oleh mereka yang bersedia menerima cadangan dan pandangan serta bimbingan bagi memajukan perniagaan.
TPM Biotech, anak syarikat Technology Park Malaysia (TPM) sejak penubuhannya pada 2006 telah menjadi pilihan 500 usahawan herba yang mendapat bimbingan dan kemudahan daripada dua pusat yang dimiliki di Perlis dan Raub Pahang yang menghasilkan kira-kira ratusan produk.
Satu daripada syarikat yang telah menapak dalam memajukan industri herba ialah Tyzo Sdn. Bhd. yang beroperasi di Lembah Klang dan telah dua tahun membangunkan produk berasaskan buah tunjuk langit.
Pengarah Urusannya, Tuah Zoqarnain Idris berkata, pihaknya memilih buah tunjuk langit kerana percaya khasiatnya yang banyak dan dipercayai dapat membantu dalam penjagaan kesihatan, Kebetulan kata beliau, produk yang menggunakan herba tersebut belum banyak di pasaran.
“Kami melalui banyak proses sebelum sampai ke peringkat sekarang dan mula membuat kajian dengan bantuan beberapa pihak seperti Universiti Teknologi Malaysia, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM),’’ katanya selepas meninjau kemudahan di Pusat Biotek Herba milik TPM Biotech di Raub Pahang baru-baru ini.
Rombongannya diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif TPM Biotech, Ahmad Husni Johari dan turut dihadiri oleh Pemangku Pegawai Operasinya, Mohd. Nasrullah Razalli.
Tidak lama selepas itu, selepas mengetahui kelebihan buah tunjuk langit, pihaknya mencari kilang di Johor untuk meneruskan hasrat membangunkan produk berasaskan buah berkenaan dan diperkenalkan kepada sebuah syarikat.
Bagaimanapun peluang dipertemukan dengan TPM Biotech bagai merintis jalan kepada hasrat melunaskan impiannya membangunkan produk berasaskan buah tunjuk langit.
“Selepas datang (berbincang) dan mendapat penerangan mengenai kakitangan dan kemampuan , kami dapati di sinilah (TPM Biotech) tempat paling tepat,’’ ujarnya lagi.
Beliau bersama rakannya Dr. Mohd Faizal Wahidin menubuhkan syarikat pada 2012 dan berjaya menghasilkan empat produk kapsul iaitu Swietenia Coffee, Swietenia White Tea, Swietenia Chocolate dan Swietenia Capsule berasaskan buah tunjuk langit (Swietenia macrophylla)
Buah tunjuk langit mengandungi khasiat kesihatan yang dipercayai boleh membantu dalam rawatan diabetes, kegemukan , migrain, tekanan darah tinggi serangan jantung dan gout selain dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol, meningkatkan kadar peredaran darah dan meningkatkan stamina.
Produk berkenaan telah memperoleh sijil halal sejajar dengan penekanan syarikat berkenaan mengutamakan produk keluaran halal.
Syarikat terbabit turut aktif dalam kempen mempromosikan produk kopi tersebut menerusi pelbagai platform yang mendekatkan jenama mereka dengan masyarakat.
Dalam perkembangan berkaitran Tyzo juga sedang membangunkan produk aroma terapi dan kosmetik daripada buah tunjuk langit.
Sementara itu menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Mohd Faizal Wahidin pihkanya baharu sahaja selesai mengeluarkan produk Kopi Buah Tunjuk Langit daripada kotak kepada bentuk papan.
Ini berikutan permintaan tinggi daripada pengusaha kedai makan dan restoran yang diterima setakat ini.
“Kami juga menyasarkan supaya pasaran kopi buah tunjuk langit sehingga ke pasar raya dan pasar raya besar selepas hari raya ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,’’ ujarnya.
Selain itu, menerusi kerjasama Perbandanan Nasional Berhad (PNS), Tyzo Sdn. Bhd. akan membuka peluang perniagaan dalam bentuk francais kepada individu atau mana-mana agensi atau organisasi di tempat atau lokasi masing-masing yang strategik.
Bantuan pinjaman dan latihan akan disediakan kepada individu yang berminat. Pendaftaran boleh dibuat di www.tyzo.com.my
Pada masa ini, syarikat terbabit juga ke arah pensijilan MS ISO 9001:2008 dan menjangka pensijilan daripada SIRIM Berhad pada tahun ini.
Mengulas mengenai bantuan TPM Biotech Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Faizal berkata, syarikat terbabit menyediakan platform yang terbaik kepada mereka daripada segi penyelidikan, pembangunan produk, konsultansi mengikut akta Kementerian Kesihatan dan halal daripada Jakim serta perkhidmatan pengilangan kontrak (contract manufacturing).
“Dengan kemudahan serta kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Titik Kawalan Kritikal Bahaya (HACCP) produk kami mempunyai kebolehpasaran dan dapat menembusi pasaran antarabangsa termasuklah Brunei dan Qatar,’’ kata beliau.
TPM Biotech juga memberi peluang kepada Tyzo untuk mempromosi produk di Pameran Halfest, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Minggu Perusahaan Kecil Serderhana (PKS) anjuran SMECorp.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, July 22, 2014

Bamboo Network – Bagaimana Orang Cina Menguasai Ekonomi Dunia


Jika perkembangan ekonomi selepas Perang Dingin dikaji sedalam-dalamnya, terutamanya di benua Asia, Jaringan Bamboo yang terdiri daripada keluarga perniagaan orang Cina di Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Zon Pantai China memonopoli perkembangan pesat tersebut di Asia Tenggara. Persoalannya disini, bagaimana mereka mampu menguasai ekonomi di kawasan Asia Tenggara yang pernah digelar sebagai Negara Dunia Ketiga dek kemundurannya satu ketika dahulu?

Pengajaran berharga yang harus dipelajari perniagaan Barat daripada penguasaan ekonomi Asia Tenggara oleh keluarga-keluarga ini ialah pengasas rangkaian ini biasanya melarikan diri dari China apabila Pengerusi Mao Zedong mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China pada 1 Oktober, 1949. Mereka bekerja keras di rumah baru mereka, menyelamatkan sebahagian besar apa yang telah mereka usahakan dan kemudian melanurkannya ke dalam perniagaan mereka sendiri.

Menurut Yun Fatt, seorang pelajar Cina di Universiti New York, sejurus selepas datuknya datang ke Amerika Syarikat, dia bekerja di kedai dobi. Selepas beberapa tahun, apabila wang yang dikumpulnya telah cukup, dia pergi ke Hong Kong dan melabur 50,000 US Dollar ke dalam perniagaan beras. Perniagaan datuk Yun Fatt kini merupakan sebuah konglomerat besar di seluruh Asia dan Australia.

Hari ini, banyak syarikat-syarikat keluarga yang kecil seperti yang dimulakan oleh datuk Yun Fatt telah berkembang menjadi konglomerat besar dengan berpuluh-puluh syarikat-syarikat berkaitan yang tersebar di seluruh Asia Tenggara dan sekitarnya. Bukan sahaja perusahaan faktor-faktor ekonomi utama di rantau ini, mereka mempunyai kebolehan yang unik untuk mengelak daripada peraturan-peraturan dan sekatan kerajaan kerana kemampuan mereka untuk memindahkan wang, sumber manusia dan sumber-sumber daripada satu negara ke negara yang lain.

Keuntungan gabungan 55 juta orang Cina di luar negara adalah hampir mencapai 600 bilion US Dollar. Bangsa Cina adalah bangsa uatama yang menyumbangkan modal dan keusahawanan di Singapura, Thailand, Malaysia, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Vietnam dan tanah air asal mereka iaitu China.

Pencapaian jaringan ini adalah amat memberangsangkan. Di Indonesia, perniagaan milik Liem Sioe Liong menyumbang 5 peratus daripada ekonomi negara. Di Hong Kong, Li Ka-shing memiliki 12 peratus daripada saham-saham tersenarai. Di Thailand, bangsa Cina menguasai empat bank swasta yang paling terbesar.

Perniagaan kaum keluarga Cina yang berjaya biasanya mengawal berpuluh-puluh, kadang-kadang beratus-ratus perniagaan sederhana dalam beberapa negara. Hubungan yang meluas ini, di mana usahawan, eksekutif perniagaan, peniaga-peniaga Cina adalah penyumbang utama dalam ekonomi tempatan.

Pengasas perniagaan keluarga Cina ini mempunyai kisah yang menarik untuk diperdengarkan. Mereka biasanya bermula dengan kekayaan yang sedikit, membina perusahaan keluarga mereka dari awal dan bekerja, menyimpan dan melabur semula pada kadar luar biasa. Etika Confucian masih lagi dipelihara dalam rangkaian buluh. Keluarga adalah unit asas pengurusan. Ini memberikan kesetiaan, fleksibiliti, keputusan yang cepat dan overhed yang rendah. Ia juga melahirkan elemen perniagaan yang penting: amanah.

Satu contoh yang baik ialah Henry Sy, usahawan Cina yang paling berjaya di Filipina. Apabila jutawan sederhana ini mengajak anak-anak dan cucunya untuk makan tengah hari pada hujung minggu, perhimpunan itu selain daripada berfungsi sebagai peristiwa sosial, ia juga dijadikan sebagai perbincangan perancangan dan kewangan.

Simon Murray, yang bekerja sebagai pengarah urusan syarikat bernilai bilion US Dollar Li Ka-shing, menyimpulkan senario hidup bekerja beliau sebagai “Saya hanyalah yang lelaki memandu trak, Li yang berada di belakang, memberitahu saya ke mana hendak dituju”

Antara ciri-ciri rangkaian buluh ini ialah:

Penguasaan secara warisan.

Biasanya, satu generasi kepimpinan keluarga di wariskan kepada generasi seterusnya. Contoh, walaupun Kumpulan Salim Indonesia masih dipimpin oleh pengasasnya, Liem Sioe Liong, anak bongsunya, Anthony, yang berkuasa sepenuhnya terhadap penjagaan operasi.

Kes kedua: Pada tahun 1993, Robert Kuok secara rasminya bersara daripada Kumpulan Kuok, yang merupakan seuah perusahaan keluarga. Dengan cara tradisional Cina, beliau membahagikan Hong Kong dan Singapura serta operasi di Malaysia kepada dua orang anak lelaki, dengan anak yang lebih tua mengambil alih lokasi Hong Kong. Mengikut tradisi perniagaan Cina, walaupun telah bersara, Encik Kuok masih bertanggungjawab terhadap keputusan penting Kumpulan Kuok.

Ketua sebuah syarikat Cina ekspatriat biasanya adalah “tuan rumah.” Beliau yang berkuasa terhadap perniagaan, mengamanahkan aktiviti-aktiviti utama dan kedudukan kepada ahli keluarga: anak lelaki, anak-anak-dalam-undang-undang, anak saudara, saudara-saudara, bapa saudara dan kadang-kadang anak-anak perempuan. Lazimnya, ketua perniagaan Cina generasi pertama akan menyeru anak-anak sulung mereka untuk pulang ke rumah untuk proses pengambil alihan perniagaan.

Struktur yang tidak formal dan fleksibel.

Struktur perniagaan rangkaian buluh bersifat tidak formal dan agak fleksibel. Ia lebih kepada perbualan di kalangan rakan-rakan dan saudara mara yang dipercayai. Persaudaraan, sama ada di dalam puak atau kampung menyediakan asas bagi amanah bersama untuk perniagaan dalam rangkaian, walaupun dijalankan pada jarak jauh.

Teras biasa yang diamalkan rangkaian ini ialah kerja keras, sifat berhati-hati, kesetiaan kepada ketua dan amanah di kalangan keluarga dan rakan-rakan. Sebagai contoh, apabila Taiwan mempunyai kawalan mata wang yang ketat, seseorang di dalam rangkaian buluh boleh mendepositkan sejumlah wang yang besar ke dalam sebuah kedai emas di Taipei dan keesokan harinya seorang saudara boleh mengeluarkan wang tersebut daripada peniaga emas yang mempunyai cawangan di Hong Kong. Hebat?

Perkembangan konglomerat keluarga juga berfungsi sebagai inkubator untuk pengurusan masa depan perusahaan yang berkaitan. Ketua Lippo Group di Hong Kong, sebagai contoh, memperoleh modal daripada Kumpulan Salim Indonesia. Ketua Kumpulan Salim pula mendapat pembiayaan awal daripada keluarga Sophonpanich yang mengawal Bank of Bangkok. Setiap satu daripada mereka ini sentiasa berusaha untuk bergabung tenaga dalam membuat pelaburan baru di China, Asia Tenggara dan di tempat lain.

Kebanyakan modal pelaburan yang mengalir ke China tidak datang dari Eropah, Jepun atau Amerika Syarikat, tetapi dari luar negara China. Pergerakan China dari Komunisme kepada kapitalisme sedang dibiayai dan diuruskan oleh orang-orang yang melarikan diri atau telah disingkirkan pada tahun 1949, dan oleh keturunan mereka.

Saluran untuk Pelaburan Barat.

Sejak Deng Xiaoping melancarkan dasar ekonomi terbuka pada tahun 1978, bangsa Cina di luar negara China telah mencakupi kira-kira 80 peratus daripada semua pelaburan asing di China.

Malah, kebanyakan syarikat-syarikat Barat yang berjaya dipindahkan ke tanah besar China, termasuk Motorola, Coca-Cola, KFC, Lockheed, Chrysler dan Procter & Gamble, memulakan usaha sama dengan ahli-ahli rangkaian buluh. Syarikat-syarikat Barat mempunyai perkara-perkara yang agak lemah dalam perniagaan ahli-ahli rangkaian buluh seperti kepakaran teknikal, kemahiran pemasaran pengguna dan keupayaan untuk menguruskan operasi besar.

Sebaliknya, perusahaan rangkaian buluh yang tipikal agak berprofilrendah demi mengurangkan kemungkinan untuk menjadi sasaran kritikan awam atau tindakan kerajaan. Perusahaan bertindak sebagai orang tengah, membuat komponen untuk orang lain.

Atas sebab ini dan sebab-sebab yang lain, sinergi antara Timur dan Barat agak sukar untuk diuruskan. Peralihan gaya perusahaan Cina yang tidak formal kepada gaya perusahaan Barat yang bersifat birokrasi selalunya gagal.

Namun, perkongsian ini boleh jadi saling menguntungkan jika keduanya menghargai perbezaan mereka dalam pengendalian perniagaan. Tidak dapat dinafikan lagi yang perniagaan bangsa Cina boleh menambah perisa kepada sektor-sektor pertumbuhan utama di Asia.

Disini disenaraikan beberapa perusahaan rangkaian buluh untuk memperjelaskan lagi fenomena yang unik ini.

Kumpulan Salim di Indonesia

Sejarah terukir pada tahun 1938 apabila En. Liem meninggalkan China untuk pergi ke Jawa. Beliau memulakan sebuah syarikat perdagangan yang kecil. Semasa perang kemerdekaan Indonesia, Encik Liem dibekalkan pemberontak dengan pakaian, makanan dan senjata. Apabila perang telah berakhir, kawannya Suharto, yang menjadi presiden, tidak lupa akan jasa rakannya itu dan membenarkan Liem memulakan syarikat dalam bidang produk.

Salim kemudiannya menguruskan dua pelabuhan di China dalam usahasama dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kerajaan Singapura. Perniagaan ini dijalankan dengan Kumpulan Hagemeyer di Belanda yang oleh sebuah perbadanan di Hong Kong yang juga merupakan sebahagian daripada Kumpulan Salim, beribu pejabat di Indonesia.

Syarikat First Pacifik adalah anak syarikat utama Kumpulan Salim Hong Kong (Salim adalah nama Indonesia Mr Liem, tetapi dia biasanya dipanggil dengan nama Cina, Liem Sioe Liong). Hanya syarikat Komunikasi Pacific Link berpangkalan di Hong Kong, manakala yang lain berpangkalan di Asia Timur, terutamanya Thailand, Filipina dan Indonesia. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Hagemeyer menjalankan perniagaan di Asia, tetapi pada dasarnya adalah sebuah syarikat Belanda.

Kini, Salim Group telah beroperasi di 25 buah negara di Asia, Amerika Utara dan Eropah. Kumpulan ini mengekalkan kepentingan perniagaan dalam pengagihan, pengurusan hartanah, perkhidmatan kewangan dan telekomunikasi.

Yang terkini, Kumpulan Salim bekerjasama dengan keluarga Kuok Malaysia untuk membangunkan sebuah hotel di Indonesia dan sebuah kilang simen di Wuhan, China. Ada kalanya, kedua-dua kumpulan bekerjasama dengan Kumpulan CP Thailand.

Kuok Group Of Malaysia

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tiada produk pengguna yang dikenali secara meluas menggunakan jenama Cina. Ahli-ahli rangkaian buluh yang menghasilkannya untuk satu sama lain. Operasi mereka termasuk pemborongan, pembiayaan dan pengangkutan. Contoh pengkhususan ini pada skala antarabangsa ialah Kumpulan Kuok Malaysia.

Perniagaan Kuok merangkumi perkapalan, perdagangan komoditi, perlombongan bijih dan ladang-ladang gula di seluruh Asia Tenggara. Tiada perusahaan yang melibatkan produk yang dipasarkan melalui nama Kuok. Perusahaan Kumpulan yang paling berorientasikan pengguna sekalipun hanya menggunakan nama seperti Shangri-La untuk hotel-hotel mewah.

Ada beberapa perkara yang perniagaan ‘Mat Saleh’ boleh belajar daripada jaringan bamboo ini, antaranya ialah:

Pertama sekali, perniagaan keluarga adalah sebuah realiti. Sementara syarikat-syarikat besar di Amerika sedang mengecilkan saiz dengan membuang pekerja, syarikay berasaskan keluarga memberi kelebihan yang besar.

Kedua, pastikan kos pengendalian perniagaan (overhed) rendah dan buat keputusan dengan cepat. Perniagaan orang Cina kebanyakannya tidak mempunyai ramai pekerja asalkan pekerja yang diambil adalah berkualiti dan mempunyai kuasa untuk bertindak.

Ketiga, kepercayaan adalah kunci. Ia boleh mendekatkan jarak hubungan yang jauh serta menghadapi pelbagai jenis dugaan dalam perniagaan. Jika kejujuran dan kecekapan pekerja dapat dipercayai, pemilik perniagaan dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga.

Pemasaran Produk Yang Lebih Efektif di Internet


Ramai yang tidak tahu bahawa rakyat Malaysia merupakan antara rakyat negara Asia yang paling ramai melayari internet dalam dunia. Ya, dunia! Keajaiban internet tidak perlu dipersoalkan lagi. Usahawan-usahawan di seluruh dunia menjana hampir berbilion ringgit daripada medium ini. Sama ada produk digital mahupun fizikal, semuanya adalah mungkin dengan kewujudan internet. Ini kerana jika secara offline, bilangan manusia adalah terhad manakala secaraonline, perniagaan anda mampu di perkenalkan pada beribu-ribu orang dalam masa yang sekejap sahaja. Dan sebagai usahawan di Malaysia, adakah kenyataan di atas masih tidak meyakinkan anda untuk memanfaatkan medium ajaib ini ke paras maksimum?

Kini, transaksi yang berlaku di internet adalah berjumlah trillion USD setahun dan setiap hari berbilion-billion USD bertukar tangan. Kerancakan transaksi wang di internet di sokong lagi dengan pengembangan internet ke handphonedan juga penggunaan kad kredit.

Apabila bercakap mengenai perniagaan internet ramai di antara kita membayangkan produk“making money online”.Sebenarnya, perniagaan internet ini mempunyai banyak cabang yang boleh diterokai. Di negara kita, pasaran produk fizikal lebih tertumpu di forum-forum tempatan serta laman lelongan online seperti lelong.com.my dan ebay.

Perkembangan yang bagus tetapi produk yang dijual kebanyakannya boleh dikatakan remeh. Contohnya, pen, sarung bantal, jus kuruskan badan, tudung, keychain dan yang sewaktu dengannya. Bagaimana dengan barangan yang lain? Atau usahawan tempatan masih kurang berpengetahuan tentang keajaiban medium ini?

Ikuti faedah-faedah memasarkan produk perniagaan di internet.

Perniagaan auto-pilot.

Anda tidak perlu bersengkang mata untuk berjaga 24 jam untuk menjaga kedai anda. 24 jam 7 hari seminggu 365 setahun. Tidak seperti kedai biasa yang hanya beroperasi jam 7 pagi – 8 malam.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pastikan anda ada laman web dan ianya berfungsi. Ya semudah itu! Tetapi harus diingat yang setiap entri perlulah menarik kerana ia berupaya untuk membawa pelanggan tersebut kepada pengenalan produk atau perkhidmatan yang disediakan. Proses berkenaan perlulah mengambil kurang daripada 10 saat. Anda harus ingat bawa anda tidak tahu dari mana pengunjung-pengunjung laman web anda datang. Maka, menjadi tugas seorang usahawan untuk menarik perhatian mereka dalam masa yang amat terhad.

Sebarang soalan yang diajukan pelanggan akan masuk ke dalam emel dan anda boleh jawab apabila anda online. Anda juga boleh setkan sistem pembayaran automatik menggunakan kad kredit dan apa yang anda perlu buat adalah menerima bayaran dan memproses tempahan. Di Malaysia budaya pembayaran melalui online mungkin azgak baru. Sebagai usahawan, anda perlu meyakinkan pelanggan bahawa setiap transaksi online yang mereka lakukan adalah selamat untuk digunakan.

Komunikasi pantas.

Jika anda ada pelanggan di Kelantan dan anda pula berada di Johor, anda tidak perlu bergerak ke Kelantan untuk berjumpa dengan pelanggan anda, anda boleh berkomunikasi terus di Internet. Jika ada masalah, mereka boleh ajukan pada anda di Internet sahaja. Sediakan borang pertanyaan di laman web anda dan pastikan anda respon dalam jangka masa yang terdekat.

Prospek perniagaan yang luas.

Anda dapat menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dengan memasarkan produk anda di internet. Kos pemasaran di televisyen, radio dan di billboard adalah sangat tinggi, bukan semua uasahawan mampu untuk membayarnya, dantarget market belum tentu seperti diuar-uarkan. Di internet, yang sebaliknya berlaku. Dengan ratusan ringgit sahaja, anda dapat menyampaikan maklumat kepada prospek pelanggan yang tersangat ramai. Bayangkan jika anda mampu memperkenalkan perniagaan anda kepada jutaan orang di internet, paling teruk pun 1 peratus sahaja yang membeli dari anda, agak-agak untung dah berapa? Ya! Tersangat banyak!

Agen yang bekerja secara percuma

Anda tidak perlu ada agen pemasaran yang ramai di dalam syarikat anda untuk promosi produk secara onlinedengan adanya sistem affiliate. Affliate adalah agen dan anda tidak perlu bayar gaji pada mereka. Mereka akan menerima komisyen berdasarkan jualan yang mereka hasilkan. Jika tiada jualan, anda tidak perlu bayar gaji pada mereka.

Senang untuk mencari rakan niaga.

Seperti yang diberitahu, di internet, yang terbalik dari dunia nyata berlaku. Anada tidak perlu cari rakan niaga, meraka yang cari anda! Jika mereka rasa produk anda bernilai, bagus dan ada potensi, mereka sendiri akan hubungi anda untuk menjadi agen atau wakil pengedar. Maka, di laman web, anda boleh sediakan ruang rakan niaga untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Menarik bukan?

Anda tidak perlu buka mulut langsung.

Di internet, anda tidak perlu pening-pening memikirkan cara untuk meng’ayat’ para pelanggan anda. Sekadar mengisi laman web anda dengan informasi terkini mengenai produk, pasti ada yang sudah tersangkut. Dan jika mereka ada soalan, mereka boleh hubungi anda. Persembahan di laman web akan menjadi wakil jurucakap anda.

Banyak cawangan dengan kos yang sedikit dan proses yang mudah.

Antara senjata pemasaran ialah cawangan. Membuka cawangan kedai di internet tidak memerlukan kedai baru, peralatan baru, pekerja baru atau lesen baru. Domain dan hosting. Sahaja. Adanya dua perkara tersebut, anda boleh buka dan kawal perniagaan sebanyak mana cawangan yang anda mampu. Hebat?

Bagaimana? Sudah cukup meyakinkan untuk memanfaatkan internet ke paras maksimum? Seorang usahawan yang baik harus tahu untuk menggunakan segala peluang yang ada untuk memaksimumkan jualan dan internet adalah satu medium ajaib yang wajib diterokai. Tetapi pasti anda tertanya-tanya bagaimana tu?

Berikut adalah beberapa cara yang boleh diaplikasikan yang telah membantu ramai usahawan:

Sebenarnya ianya bergantung pada bajet. Jika terlebih bajet, gunakan kaedah yang kedua, jika tidak berapa mampu, gunakan kaedah yang pertama. Apapun, pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.

1. Emel

Adalah wajib bagi anda untuk mempunyai laman web opt-in atau landing page yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan emel mereka di laman web tersebut. Kemudian, anda boleh mulakanpemasaran produk atau servis anda dengan menghantar emel kepada mereka. Menggunakan perisian bernama autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ribuan emel pada satu-satu masa! Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya masukkan beberapa mesej untuk dijadikan emel di dalam autoresponder anda supaya setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan emel mereka, mereka akan mendapat emel ini secara automatik dan berterusan dari anda. Mereka pasti beranggapan yang anda ambil berat dengan mereka sedangkan anda hanya perlu lakukan sekali sahaja, hebat?

2. Komen Blog

Adalah mudah untuk anda lakukan promosi sebegini memandangkan terdapat bermacam-macam jenis blog di pasaran. Selepas melakukan sedikit kajian, anda akan dapati bahawa sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan mereka inilah sasaran terbaik untuk produk atau perkhidmatan yang anda promosikan.

Walaubagaimanapun, jangan sampai anda dilabel ‘blog spammer’ dengan terus beriklan melalui komen blog dengan kerapa dan secara terang-terangan. Sebaliknya, jadikan kebiasaan untuk meninggalkan komen di blog yang berkaitan dengan niche anda SAHAJA. Jangan sesekali habiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog, setiap post dalam blog dan setiap komen. Memang alamat 24 jam lah anda duduk depan computer?. Cari sekurang-kurangnya 10 blog berkaitan nicheanda dan tinggalkan 10 komen di setiap blog itu setiap hari. Melalui cara ini, anda dapat tingkatkan kredibiliti anda. Maklumlah, balik-balik anda yang komen!

4. Youtube

Masih ramai lagi yang kurang arif dengan kehebatan pemasaran melalui video. Antara kebaikannya ialah pertama, ia membolehkan anda mendapat keputusan segera. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. Kedua, video membolehkan anda menyampaikan cerita dengan lebih baik. Video menawarkan satu peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan perniagaan anda. Orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat, bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.

Ketiga, anda berpeluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap kali. Untuk mendapatkan posisi yang tinggi di Google, pemilik laman web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya. Menghasilkan artikel sememangnya memakan masa, tetapi menghasilkan video adalah mudah, murah dan pantas!

Keempat, anda akan dilihat sebagai usahawan yang berkemampuan untuk mencuri tumpuan para pengunjung melalui cara baru. Jika para pengunjung sudah bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda. Kelima, ia membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.

Keenam, komuniti video online biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikelonline. Anda mampu mencapai jumlah tontonan 1000 ke atas dalam beberapa minggu sahaja! Dan yang terakhir, jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit seperti cara-cara promosi yang diterangkan di atas.

Antara cara pemasaran melalui video ialah:

1. Cipta video sendiri.
2. Daftar akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche anda.
3. Masukkan tajuk video yang ada keyword sasaran anda.
4. Letakkan link ke landing page anda di description.
5. Masukkan keyword sasaran anda di dalam tags.
6. Masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche anda ke dalam description.
Sumber:http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/pemasaran-produk-yang-lebih-efektif-di-internet.html 

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI