Monday, May 31, 2010

Perancangan, Plan, Blueprint...... semuanya perlu

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading. Anda juga perlu perancangan untuk berjaya atau memulakan perniagaan. Jadi semuanya memerlukan perancangan atau plan..

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? 3 bulan, 1 tahun dll. Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditipu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu…

Berikan pendapat anda?

Thursday, May 13, 2010

Kepantasan dalam PErniagaan

Sun Tzu pernah menyatakan

“Kepantasan adalah perkara paling penting dalam peperangan”.

Kita perlu menjadi orang yang mementingkan kepantasan sejak mula membuat perancangan sehingga peringkat pelaksanaan. - Khoo Kheng Hor, Sun Tzu’s Art of War in Marketing.

Kita perlu ada ciri pantas dalam perniagaan kita. Tetapi perlu diingat bahawa ini bukan bermakna kita perlu gopoh gapah, gelojoh dan kelam kabut hingga mengubah kualiti produk. Dari sudut mana yang perlu kita pantaskan dalam menjalani perniagaan kita…

1.Kepantasan menyelesaikan masalah pelanggan

Perniagaan adalah penyelesai masalah. Aduan, cadangan, permintaan dan suara daripada pelanggan perlu didengar. Komen yang baik dan dirasakan perlu mengikut keadaan semasa perlu dibuat dengan cepat tanpa perlu lengah-lengah lagi. Lebih-lebih lagi komen itu boleh memperbaiki mutu keluaran dan akan meningkatkan pendapatan perniagaan.

2.Kepantasan memperbaiki mutu produk / perkhidmatan

Perniagaan tidak boleh lari daripada persaingan. Jika kita lewat berubah, kita akan dipotong oleh pesaing kita. Cepat untuk memperbaiki produk yang anda tawarkan. Jika tidak pelanggan akan lari kepada pesaing yang cepat memperbaiki kualiti produk.

3.Kepantasan dalam perancangan dan pelaksanaan

Dan perkara utama dalam menguruskan perniagaan tidak lari sama seperti menguruskan bala tentera dalam peperangan. Rancang dan laksana, fikirkan dan lakukan. Segala perancangan atas kertas memang senang ditulis. Tetapi apabila datang kepada pelaksanaan ramai yang cuba lengah-lengah. Cepatkan pelaksanaan dan kita cepat mengetahui kelemahan untuk cepat memperbaiki pula kelemahan itu.

Amalkan kemahiran baru ini untuk diaplikasikan dalam perniagaan kecil anda. Cuba jawab telefon kurang 1 saat daripada deringan, laporkan kembali penyelesaian masalah kepada pelanggan dalam tempoh kurang satu hari dan lakukan terus perancangan pada hari esok. Pasti pelanggan akan terkejut dengan pembaharuan anda.

Monday, May 3, 2010

Kata-kata motivasi untuk minda

“Exercising our brains systematically ways is as important as exercising our bodies. In my experience, “Use it or lose it” should really be “Use it and get more of it”.- Dr. Elkhonon Goldberg.

Dr. Elkhonon Goldberg adalah pakar kajian minda yang terkenal dari fakulti perubatan, Universiti New York juga merupakan professor bidang neurology di universiti yang sama. Dia terkenal dalam bidang neuropsychologist iaitu bidang yang mengkaji kaitan antara minda dan kejayaan manusia.

Lebih banyak kita menggunakan minda kita, maka lebih kuat minda kita jadinya.

Lebih banyak kita gerakkan minda, lebih banyak kita mendapat manfaatnya. Kita akan jadi makin berjaya.

Lebih banyak kita tak gunakan minda dan tak menerokai kelebihan-kelebihan minda, kita tak akan ke mana-mana, tak berjaya mencapai apa-apa, tak dapat mengubah apa-apa di dalam hidup kita.

Manfaat paling ketara, Anda mudah untuk mengingati sesuatu, Anda mempunyai gerak hati yang kuat, Anda dapat memberi cadangan yang bernas yang jauh lebih bernas dari cadangan-cadangan lain.

Imaginasi Anda akan jadi semakin tinggi hingga menyebabkan Anda boleh membayangkan sesuatu yang sukar untuk dibayangkan oleh orang lain, maksud saya Anda boleh melihat sesuatu output yang belum dapat dibayangkan oleh orang lain. Disebabkan itu, orang lain akan menganggap Anda seseorang yang penting.

Mereka menjadikan Anda menjadikan Anda orang penting yang mesti ada tiap kali nak buat apa-apa keputusan. Ini membangkitkan kuasa pengaruh, menjadikan mereka hormat pada Anda.

Bangunan menara berkembar Petronas, Litar F1 Sepang, CyberJaya, Wawasan 2020 dimulakan oleh seorang lelaki yang banyak menggunakan mindanya, Dr Mahathir Mohammad.

Untuk kita membina kecemerlangan diri, banyak-banyakkan guna minda kita.

Banyakkan membaca, banyakkan berfikir cemana nak memajukan diri, banyakkan menafsir perkara-perkara yang kita lalui dan yang kita lihat setiap hari. Setiap situasi, benda dan perkara mesti ada motivasi tersirat disebaliknya.

Kegagalan bermula di minda

Apa yang banyak kita fikirkan, itulah akan banyak ditarik datang kepada kita.

Kejayaan bermula dengan minda, kegagalan juga bermula dengan minda, bahkan dari minda.

Bila kita banyak berfikir tentang kegagalan kemudian kita merasa kurang bersemangat, maka kesannnya kita akan ditemukan dengan lebih banyak kegagalan di masa akan datang.

Fikiran kita menarik perkara-perkara yang serupa dengan apa yang kita fikirkan.

Banyak-banyakkanlah berfikir tentang kejayaan supaya Anda ditemukan dengan banyak jenis kejayaan, sama ada kejayaan-kejayaan kecil atau kejayaan-kejayaan besar.

Fikiran kita bertindak seperti doa.

Lebih banyak kita berfikir pasal sesuatu, tamsilannya samalah seperti kita banyak berdoa meminta sesuatu.

Kita banyak berfikir pasal kejayaan, samalah seperti kita banyak berdoa supaya kejayaan didatangkan kepada kita.

Ramai di kalangan kita mahu keluar dari kegagalan – misalnya gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam pekejerjaan, gagal dalam aspek kekeluargaan.

Masalahnya, mereka masih terperangkap dalam minda kegagalan.

Asyik berfikir pasal kegagalan lalu dan rasa menyesal tak sudah-sudah.

Bangkit dari kegagalan satu perkara yang memerlukan kemahiran.

Anda perlu mahir mengawal apa yang selalu bermain di fikiran.

Anda perlu mahir mengawal kata-kata yang terucap di hati, yang bermain di minda juga yang Anda ucapkan pada diri sendiri.

Keluar dari kegagalan boleh dilakukan, Anda cuma perlu belajar bagaimana melakukannya.

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI