Showing posts with label Tips Niaga. Show all posts
Showing posts with label Tips Niaga. Show all posts

Wednesday, September 8, 2021

5 Tips Rahsia Untuk Peniaga Online Yang Baru Mula Berniaga

 

Sudah semakin ramai usahawan muda yang mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mula menapak dalam bidang ini dengan meniaga secara dalam talian sebagai peniaga online. 

Fenomena ini dilihat bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya mula menarik minat ramai usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan secara online selepas meilhat bidang ini mempunyai potensi besar dan peluang yang cerah. Bukan sahaja ianya berpotensi besar dalam memajukan perniagaan, ia turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. 

Bagi yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan ataupun ingin menjadi usahawan online, kami berbesar hati ingin berkongsi beberapa tips permulaan untuk mereka yang ingin berniaga secara online.

CARA UNTUK BERNIAGA SECARA ONLINE

Anda harus ingat KATA KEKUNCI ini iaitu “, “Cari”,Jual”, “Manfaat”, “Guna” dan “Rajin”

  • CARI ilmu berniaga
  • JUAL minat anda
  • MANFAAT penggunaan platform ataupun media sosial 
  • GUNA strategi pemasaran terbaik
  • RAJIN berusaha dan bertanya

1. Cari Ilmu Berniaga

Perkara pertama yang paling penting adalah cari dahulu ilmu tentang perniagaan. Kalau produk kita bagus, jangan terus yakin untuk menjual produk anda. Anda haruslah mempunyai ilmu tentang cara berniaga, apa yang anda perlu niagakan, bagaimana anda boleh berjaya. dan market research. Buat research terlebih dahulu mengenai produk yang anda ingin jual. Itu yang penting. Anda kena tahu apa yang anda jual. 

Contohnya jika anda mempunyai niat untuk menjual T-shirt, anda harus mengetahui apakah barang-barang yang diperlukan untuk menjual T-shirt seperti mesin yang perlu anda gunakan untuk menghasilkan design T-shirt seperti heat press, material untuk membuat T-shirt, strategi perniagaan untuk T-shirt,  dan banyak lagi faktor. Jangan tangkap muat sahaja kerana maklumat berada dihujung jari. Jika anda sendiri tidak tahu bagaimana, belajar untuk mengetahuinya. Ambil kelas atau kursus yang berkaitan untuk memperkuatkan diri anda. Jadilah pakar dalam bidang anda.

Walaupun ia kedengaran seperti banyak proses yang anda perlu lalui. Percayalah, setiap usaha itu perlukan masa dan usaha tidak pernah mengkhianati kita. Lebih banyak ilmu yang kita perolehi, lebih bersedia untuk kita menghadapi sebarang cabaran dalam perniagaan.

gambar hiasan

2. Jual Minat Anda Sebagai Peniaga Online

Jual benda yang anda minat dan yang anda tahu. Apabila anda mempunyai minat terhadap sesuatu produk, anda akan mempunyai semangat yang tinggi untuk menjual produk anda. Dalam berniaga inilah peluang untuk anda lakukan perkara yang anda minati. Berbeza jika anda bekerja. Tidak semua kerja kita minat untuk lakukan. Dengan berniaga, anda bebas melakukan apa sahaja.

Sebagai peniaga online, sekiranya anda minat menjual T-shirt, LAKUKANNYA. Nak tahu kenapa? Kalau anda melakukan sesuatu perkara dengan penuh minat, anda tidak akan mudah patah semangat lebih-lebih lagi kalau anda gagal mendapatkan jualan. 

Walaupun dunia keusahawanan ini ada turun naiknya. Rezeki anda sudah dijamin oleh-Nya. Yang penting, anda janganlah cepat berputus asa. ðŸ’ª 



3. Manfaatkan Platform Media Sosial

Kalau dahulu kita terpaksa meniaga di tepi jalan ataupun bawa barang jualan dari rumah ke rumah. Namun, itu semua sudah berakhir. Dengan adanya internet, kita mampu mengembangkan potensi jualan ke seluruh dunia.

Internet sememangnya merupakan medium yang sangat terbaik untuk anda mempromosikan produk anda. Dengan adanya laman sosial seperti FacebookInstagramTwitter dan blog,  ia adalah antara platform yang cukup dikenali ramai untuk anda pasarkan produk anda. 

Langkah permualaan terbaik adalah anda boleh create satu page ataupun akaun khas untuk memperkenalkan produk anda. Kemudian, anda boleh dapatkan sokongan daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan jaringan kawan-kawan di media sosial. Ada lagi media sosial yang anda ketahui? Gunakannya. Sekarang ni TikTok pun boleh jadikan platform bisnes tau.

gunakan sosial media medium peniaga online

4. Guna Strategi Peniaga Online Yang Terbaik

Guna dan janakan strategi pemasaran terbaik selepas anda membuat market research. Nak berniaga kena ada strategi marketing paling sesuai dengan produk anda. Dengan cara ini, perjalanan perniagaan anda lebih berstruktur dan terancang. Siapa tak nak perniagaan berjalan dengan lancar kan?

Jadi sekiranya anda memilih Facebook untuk mempromosikan produk, anda harus tahu bahawa teknik permasaran adalah berbeza sedikit daripada Instagram dan sebagainya. Cuba guna ads marketing (iklan pemasaran) di Facebook untuk jana likes, follower dan sebagainya. 

Begitu juga dengan Instagram. Anda boleh gunakan hashtag dan post-post yang menarik untuk menarik minat pembeli. Yang penting, gambar-gambar produk haruslah jelas, terang dan menarik. Barulah orang nak beli. Jangan lupa sasarkan produk anda kepada pelanggan yang berpotensi meminati produk anda. Anda harus mengetahui kumpulan sasaran pelanggan anda.

rancang perniagaan online

5. Rajin Berusaha Dan Bertanya

Perkataan rajin ini konteksnya luas. Rajin disini adalah sentiasa usaha dan ringan-ringankanlah mulut bertanya dengan orang yang arif dan pakar dalam bidang perniagaan online. Rajinkanlah diri anda untuk sentiasa mencari peluang perniagaan. Tanamkan dalam diri kata-kata semangat dan positif untuk anda terus berjuang dalam perniagaan anda.

Apa-apa pun yang anda lakukan, anda perlulah ada modal untuk mula berniaga. Sebagai seorang peniaga online, Tidak salah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan modal yang rendah tetapi keuntungannya berlipat ganda. Buat yang sudah berniaga sekiranya anda menghadapi kesukaran. Jangan putus harapan, teruskan usaha dan niat. Anda pasti akan mencapai kejayaan.

Sumber: https://www.diyprintingsupply.com/mblog/5-tips-rahsia-untuk-peniaga-online-yang-baru-mula-meniaga/

Tuesday, November 8, 2011

Informasi & Teknologi mengubah perniagaan- AWAS!

Sememangnya informasi dan teknologi banyak membantu perniagaan secara positif. Tetapi, ada juga kalanya di mana informasi dan teknologi memberi kesan negatif kepada sesuatu perniagaan.


Contohnya:

Ketika awal 2000, antara perniagaan Internet saya yang pertama adalah menjual “Peta Malaysia”. Mungkin anda ada terbaca di buku, majalah atau akhbar tentang kisah saya ni. Tetapi, dengan bertambahnya teknologi maklumat, sekitar 2006-2007, dengan adanya peta-peta online termasuk Google Maps, perniagaan “Peta Malaysia” pun turut berkurang. Tak mengapa, rezeki ada di tempat lain


Baru-baru ni, sebuah syarikat di US “Netflix” yang menjalankan konsep sewa DVD melalui pos mengalami kesukaran. “Netflix” telah menyebabkan syarikat sewa VHS/DVD yang top di US bernama “Blockbuster” gulung tikar. Tetapi, kini, “Netflix” pula bersemuka dengan keadaan gulung tikar apabila teknologi membolehkan pelanggan download/streaming movies yang mereka ingin tonton. Awas… bila-bila masa perniagaan kita juga boleh dalam keadaan ini.



Kita semua kenal syarikat “Kodak” bukan? Dulu-dulu zaman sebelum digital kamera, kita mencari kodak. Kalau tak cukup kodak, kena pergi kedai kodak. Kalau kodak habis, dah tak boleh ambik gambar Hari ini, Kodak pula berhadapan dengan keadaan muflis. Nama yang GAH satu hari dulu dalam bidang fotografi, kini tinggal kenangan (macam kenangan dalam gambar kodak) Teknologi membolehkan gambar disimpan dalam SD disk sahaja… tak perlu lagi kodak. Kalau dulu paling banyak pun 36 keping gambar boleh ambil dengan satu filem kodak. sekarang, 3,600 gambar digital pun boleh lagi!



Dalam perniagaan kita perlu ada plan B. Perniagaan boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja. Sememangnya kita perlu fikir positif sahaja untuk perniagaan kita, tetapi, fikir juga, implikasi teknologi dan maklumat yang negatif seperti di atas.

Sumber:irfankhairi .com

Perniagaan Internet sebagai kerja sambilan

Perniagaan Internet boleh bermula sebagai kerja sambilan. Tahun 2000, saya mulakan perniagaan Internet ketika saya bekerja fulltime. Bila pendapatan perniagaan Internet melebihi pendapatan perniagaan sepenuh masa, baru saya berhenti kerja sepenuh masa.


Asas untuk berjaya dalam perniagaan Internet secara sambilan adalah:

1.Kongsikan banyak informasi mengenai industri anda. Tak kira apa sahaja yang anda ingin niagakan, pengguna Internet sering mencari informasi mengenai industri anda. Dengan memperbanyakkan perkongsian Informasi yang releven dan menarik, anda akan dapat menarik lebih ramai pelawat ke laman web anda.


2.Perbanyakkan platform perniagaan Internet sambilan anda. Seringkali saya di tanya, “IK, yang mana lagi efektif, menjual di blog, di facebook atau di laman web?”. Jawapannya - kesmuanya sekali! Lagi banyak platform kita gunakan, lebih mudah orang ramai untuk menjumpai salah satu platform perniagaan Internet kita- dan pastikan kesemuanya mempunyai informasi yang baik (lihat 1 di atas)


3.Eratkan hubungan bersama pengikut platform-platform perniagaan sambilan anda. Zaman pertanian pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini kita di zaman komunikasi. Eratkan hubungan bersama bakal pembeli, pengikut, prospek dan juga pelanggan anda dengan platform-platform komunikasi di Internet seperti blog, email, Facebook, twitter dan lain-lain!


Oleh kerana Internet boleh didapati di mana sahaja, dari rumah dan secara mobile ianya merupakan pilihan yang baik untuk anda menjalankan kerja sambilan - perniagaan Internet!

Sumber: irfankhairi.com (jutawan internet)

Monday, October 3, 2011

Ingat 5 Rahsia Ini Sampai Bila-bila!

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya... dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.
.
Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.
.
Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.
.
Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup anda akan berubah. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
.


Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya disini?

.
Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gaya hidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.

.
Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan.
.~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaannya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit ke poket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
.

Aset : Wang masyuk

Liabiliti: Wang keluar

.
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

.
Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianyamembawa kita kepada...

.
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
.

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya."

.
Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai di situ sahaja.

.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.

.
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit

..
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.

.
Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.

.
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
.
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.
.
Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.
.
Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.
.
Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan seseorang.
.
Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.
.
Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara di atas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

Sunday, July 3, 2011

Tip untuk mendapat network berkualiti

Oleh kerana ekonomi down, ramai yang terlibat dalam bidang perkhidmatan (insurans, MLM, kewangan, hartanah, takaful, mutual funds dan sebagainya) semakin sukar mencari pelanggan. Oleh itu, minggu ini, saya ingin kongsikan sedikit mengenai cara mendapat Pelanggan Tanpa Had- ketika ekonomi down.

Hari ini sedikit tip untuk mendapat network yang ramai.




Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah “If you are not networking, you are not working!”


Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau menyebut untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.
Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:




  • Perlu berlimu
    Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu emnunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.

  • Perlu menambahkan jaringan
    Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.

  • Perlu punyai perasaan tolong menolong
    Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!


Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara itu: Ilmu + Tambah jaringan + Tolong menolong = Network yang berkualiti!


Sumber: Irfan Khairi blog



Thursday, January 27, 2011

NASIHAT UNTUK USAHAWAN YANG SEDANG MENINGKAT

Untuk berjaya dalam perniagaan , usahawan perlu mempunyai minat yang mendalam dan jati diri yang tinggi” – Dato’ Mohd Nadzmi


Falsafah inilah yang dipegang oleh Y Bhg Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi Eksekutif, Nadicorp Holdings Sdn Bhd. Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah tengahari PUNB bertajuk ” Revitalising Companies – The Way Forward” pada 27 Julai 2004


Bermula dari dunia korporat, Dato’ Nadzmi telah diberi peluang untuk mengendalikan syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasalah dan berjaya membawa syarikat-syarikat ini keluar dari kemelut dan masalah perniagaan. Nama-nama seperti PROTON, MARA, Park May Sdn Bhd, BAM dan sebagainya banyak dikaitkan dengan ketegasan dan komitmen tinggi beliau mengurus secara lurus dan mantap. Bentuk pengurusan ini sinonim dengan nama beliau.


Sebagai seorang yang berjaya dan berpengalaman, beliau sering memberi tip sebagai panduan kepada usahawan PUNB untuk berjaya dalam dunia perrniagaan :-
Ini adalah nasihat beliau:
• Anda mesti mempunyai sikap rajin.

• Seseorang yang ingin menjadi usahawan perlu mempunyai minat, keinginan dan kesungguhan yang tinggi dan tidak berbelah bahagi. Tanpa elemen ini , mungkin kejayaan yang diharapkan tidak akan tercapai. Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, sikap untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja adalah satu sikap yang baik.
Mengikut Dato’ Mohd Nadzmi, kita tidak dapat meramal masa depan kita. Contohnya jika seseorang yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan bukan bermakna dia akan mendapat ‘A’ dalam semua perkara. Jika kita lihat usahawan yang berjaya, mungkin mereka bukan dari golongan yang mendapat pangkat ‘A’ dalam peperiksaan. Tetapi mereka terdiri dari golongan yang gemar mengambil risiko dan akan berbuat apa sahaja untuk bertahan. Mereka belajar dari pengalaman dan berani mengambil risiko. Tanpa minat yang tinggi, kesungguhan, kesabaran dan takwa, usahawan tidak akan beroleh kejayaan cemerlang.
• Anda mesti mempunyai keyakinan diri.

• Disamping minat dan kesungguhan, kreativiti juga perlu ada dalam diri seseorang. Ini perlu dipupuk dengan sikap bertanggungjawab, semangat yang tekad , keimanan yang kukuh dan berfikiran terbuka dan positif. Bagi Dato’ Mohd Nadzmi, usahawan adalah insan yang istimewa. Mereka merupakan golongan yang berani dan sanggup mengharungi pahit getir dunia perniagaan yang mencabar. Oleh itu, menurut Dato’ Mohd Nadzmi, seorang usahawan tidak perlu teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan semasa mengurus perniagaan. Apa yang penting, perlu ada ketegasan dalam membuat keputusan untuk menjamin keutuhan perniagaan tersebut. Setiap keputusan yang dibuat mempunyai risiko yang bakal dihadapi, tetapi jangan terlalu difikirkanya. Usahawan perlu menghadapinya dan terpulanglah kepada diri bagaimana untuk menyelesaikannya
• Mengurus organisasi dan operasi syarikat adalah penting.

• Mengurus organisasi dan operasi syarikat merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian khusus. Contohnya pengurusan aliran wang tunai (cash flow) amat penting kerana ia diibaratkan seperti nadi dalam tubuh manusia. Jika aliran wang tunai tidak diurus secara mantap, syarikat tersebut akan menjadi kelam kabut dan akhirnya akan runtuh. Oleh yang demikian, setiap usahawan perlu memastikan aliran wang tunai syarikat mereka berada dalam keaadan yang kukuh.
• Penghormatan mesti diberi dan bukan diminta.

• Seseorang usahawan perlu mengetahui secara terperinci mengenai hal ehwal perjalanan operasi perniagaan mereka. Ini dapat tercapai jika mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman kerana kedua-dua ini penting untuk meletakkan seseorang usahawan itu di tahap yang lebih tinggi dari para pekerjanya dan pesaingnya. Menurut beliau, penghormatan mesti diberi dan bukan diminta dan usahawan hanya akan mendapatkannya melalui ilmu pengetahuan. Sekiranya ilmu tersebut tidak terdapat di sini maka usahawan perlulah berusaha mencarinya di tempat yang lain atau mendapatkannya dari orang yang lebih berpengalaman.
• Belajar apa yang perlu mengenai cara menguruskan operasi peniagaan.

• Fokus kepada bagaimana sesuatu perniagaan itu harus dijalankan. Usahawan perlu menentukan misi dan visi diri dan syarikat. Lebihkan tumpuan kepada bagaimana cara untuk menangani sesuatu permasalahan perniagaan yang timbul. Jangan optimis kepada sesuatu yang anda suka sahaja tetapi belajarlah tentang semua perkara untuk mengurus perniagaan dengan cemerlang .
• Belajar dari kesilapan.

• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, tiada manusia di dunia ini sempurna. Kesilapan yang timbul mengajar manusia untuk memperbaiki kelemahan diri agar dapat mengembangkan minda kita menjadi lebih kreatif menyelesai masalah. Buatlah ‘post mortem’, kaji kesilapan yang telah berlaku dan jangan ulangi kesilapan itu. Di samping itu, sikap ego perlu diketepikan dan akuilah kesilapan yang telah berlaku. Jika kesilapan yang lalu tidak diperbaiki dan diulangi, pasti kejayaan tidak dapat akan tercapai.
• Ambil tindakan berasakan keutamaan.

• Usahawan perlu bijak bertindak mengikut kepentingan sesuatu perkara. Menurut Dato’ Mohd Nazmi, beliau akan menulis dalam buku nota tentang perkara yang memerlukan tindakan beliau apabila perkara tersebut terlintas di kotak fikirannya. Beliau kemudian menyenaraikan perkara-perkara tersebut mengikut kepentingan dan bertindak mengikut senarai yang tertulis. Menurut beliau lagi, sekiranya seseorang berada di dalam kemelut perniagaan, tulislah apa yang difikirkan. Tetapi apa yang penting, janganlah takut dengan masalah tersebut dan bertindaklah untuk menyelesaikanya secara bijak.
• Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab.

• Menurut Dato’ Mohd Nadzmi, beliau menjadikan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri Malaysia sebagai mentor. Minat beliau untuk menjadi usahawan timbul setelah diberi tanggungjawab mengendali syarikat-syarikat Kerajaan yang bermasaalah. Beliau tidak diberi pilihan tetapi perlu memastikan syarikat-syarikat di bawah kendaliannya berjaya.
Dato’ Mohd Nadzmi juga menasihati para usahawan bahawa sekiranya diberi tugasan penting seseorang itu perlulah:-
- melakukan tugasan yang diamanahkan dengan cara yang terbaik.
- mempunyai keupayaan untuk menganalisa dan menyelesaikan masalah.
- kreatif dalam membuat keputusan.
- jadikan masaalah yang timbul sebagai satu peluang untuk berjaya.
Seorang pemimpin mesti mempunyai imej yang baik supaya dihormati oleh orang-orang pimpinannya dan pesaingnya. Seorang peminpin juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang pengurusan dan operasi syarikatnya dan juga syarikat pesaing. Semua ini perlu untuk seseorang mencapai kejayaan cemerlang dalam perniagaan, Insyallah.

10 KESILAPAN UTAMA DALAM PENIAGAAN KECIL

KESILAPAN-KESILAPAN BERIKUT MERUPAKAN KESILAPAN UMUM YANG DILAKUKAN OLEH KEBANYAKAN USAHAWAN DAN PEMILIK PERNIAGAAN KECIL. BERHATI-HATILAH DENGAN KESILAPAN YANG AMAT MERBAHAYA INI……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya.
Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran.
Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda.
Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat.
Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan.
Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan reality.
Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan.
Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri.
Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada ’Mastermind’.
Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa.
Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Monday, May 31, 2010

Perancangan, Plan, Blueprint...... semuanya perlu

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading. Anda juga perlu perancangan untuk berjaya atau memulakan perniagaan. Jadi semuanya memerlukan perancangan atau plan..

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? 3 bulan, 1 tahun dll. Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditipu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu…

Berikan pendapat anda?

Thursday, February 11, 2010

Penetapan Harga

Menetapkan harga bagi produk anda adalah antara strategi terpenting dalam perniagaan. Terdapat 4 komponen dalam strategi pemasaran iaitu, Product, Place, Price dan Promotion (4P).

Namun, seringkali HARGA (Price), tidak di ambil kira oleh peniaga. Kebanyakan akan mengambil keputusan meletakkan harga yang rendah atau sewenang-wenangnya untuk bersaing.

Perlu diingat bahawa, meletakkan harga yang rendah sememangnya boleh menarik pelanggan. Tetapi, ia juga menarik pesaing anda untuk turut merendahkan harga dan terjadinya akan berlakunya perang harga.

Akibat perang harga, keuntungan akan berkurang. Ini mengakibatkan dana untuk promosi juga berkurangan. Dana untuk promosi adalah amat penting dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Merendahkan harga produk atau perkhidmatan anda akan meyukarkan proses mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.

Daripada bersaing dengan mengurangkan harga, lebih efektif anda tambahkan nilai produk atau perkhidmatan anda… kemudian, lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggi

Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik

Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendah

Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan

Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran

Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelementasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar.



Tuesday, July 21, 2009

Mengapa Anda Tidak Kaya ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Ramai yang beranggapan mereka tidak kaya disebabkan tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi. Ramai berfikir ” Kalaulah aku punya pendapatan yang lebih, maka aku boleh membuat simpanan dan pelaburan dengan baik..

2. Yang lucunya, itulah pernyataan yang muncul, walau sudah beberapa kali memperolehi pendapatan yang lebih baik dari yang terdahulu. Sebelum gaji RM2,000, itulah alasannya, selepas gaji RM2,000 itu juga alasannya. Alasan lapuk!

3. “Becoming a millionaire has less to do with how much you make, it’s how you treat money in your daily life.” Maknanya menjadi jutawan bukannya dari berapa yang kita perolehi tetapi bagaimana kita menguruskan wang dalam kehidupan!

4. Sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan dengan pengurusan kewangan yang betul tidak kira berapa banyak pendapatan kita.

5. Antara ’syaitan’ yang menjadi batu hasutan untuk kita terpesong dengan pengurusan wang dengan baik adalah :

Terlalu mengambil berat kereta yang dipakai : Di Malaysia, membeli sesebuah kenderaan hanya akan membuatkan bank kaya. Kereta akan susut nilai hari demi hari. Ini bukan pelaburan, ini adalah ‘peleburan’.

Gaya hidup ekslusif : Kalau rasa nak pakai baju branded setiap masa, handphone bertukar setiap bulan, atau shopping setiap minggu, ia hanya akan menambahkan hutang anda. Hutang yang besar akan menghalang anda dari membina kekayaan.

Kurang kepelbagaian pelaburan : Dulu-dulu, ibu saya hanya menyimpan di dalam ASN atau ASB. Itu satu2nya bentuk pelaburan yang selamat dan menguntungkan yang beliau tahu pada ketika itu. Kita yang dah celik, mesti cuba mempelbagaikan.

Lewat Mula Melabur : Sesetengahnya menyebut sebagai konsep compounding. Contohnya kalau anda melaburRM10 sebulan, maka dalam setahun anda akan memperolehi RM110 sekiranya pelaburan tersebut memberi pulangan 10%. Lagi cepat anda memulakan compounding, lagi cepat hasil yang anda perolehi.

Tak Buat Benda Yang Anda Suka : Kalau anda buat benda yang anda benci dan tak suka, anda akan stress! Anda terpaksa mencara cara untuk release tension. Nak pakai duit lagi …. Banyak pakai duit, kurang kaya lah gitu..

Tak Suka Belajar : Ramai ingat bila dah graduate, tak payah nak belajar lagi. Semua rasa dah pandai. Tetapi kalau rajin, tambah lagi ilmu untuk improve pekerjaan dan pendapatan anda. Sure bole!

Ada banyak lagi sebab. Sedar atau tidak, kita sebenarnya mungkin kurang disiplin untuk menjaga benda2 seperti ini.

Apa pun, kalau kita percaya dengan kemampuan diri kita, jangan risau dengan berapa pendapatan yang kita dapat. Cara kita menguruskan pendapatan kita akan menjadi lebih penting.

Tuesday, July 14, 2009

5 Deria Seorang Usahawan

Perkataan “usahawan” semakin banyak dan hangat diperkatakan sekarang. Jangan disebabkan anda berjaya membina perniagaan anda sendiri bermaksud anda adalah seorang usahawan. Maaf, jika apa yang saya katakan ini menyinggung perasaan anda.

Usahawan mempunyai “mindset” yang berbeza jika dibandingkan dengan orang lain. Usahawan akan melakukan perkara yang tidak terjangkau oleh pemikiran orang lain dan menghabiskan setiap kerja yang mereka mulakan.

Di sini, saya telah menyenaraikan apa yang saya panggil sebagai 5 Deria Ciri-Ciri Seorang Usahawan berbanding orang biasa. Seperti yang kita ketahui, manusia mempunyai 5 jenis deria iaitu deria bau, rasa, pendengaran, sentuh dan penglihatan. Usahawan juga mempunyai kelima-lima deria ini, tetapi ia berbeza sama sekali.

Di bawah menceritakan bagaimana kelima-lima deria ini digunakan oleh usahawan:

BAU
Seorang usahawan boleh menghidu kejayaan daripada jauh lagi. Mereka boleh menghidu kejayaan walaupun belum pernah mengalaminya. Kemanisan menghidu kejayaan ini membolehkan mereka terus bergerak untuk mencapai matlamat mereka. Seseorang usahawan bukan sahaja boleh menghidu kejayaan malah mereka juga boleh menghidu risiko yang bakal dialami. Saya tidak mengatakan bahawa semua penyelesaian dan kejayaan berada dalam genggaman mereka, cuma apabila mereka menggunakan pengalaman-pengalaman yang mereka ada, mereka dengan pantas dapat menghidu apa yang bakal berlaku. Ini merupakan deria yang paling penting dalam keusahawanan. Jika sesuatu peluang itu tidak mendatangkan keuntungan yang besar, seseorang usahawan itu biasanya akan membiarkan ia pergi begitu sahaja.

RASA
Seseorang usahawan dapat merasai kejayaan dalam setiap apa yang mereka lakukan. Mereka tidak peduli akan kepahitan yang sedang dialami sekarang kerana mereka tahu akan rasa kemanisan kejayaan yang bakal diperolehi di kemudian hari. Walaupun mereka rasa ada sesuatu yang tidak betul, sama ada mereka tersalah dalam membuat keputusan ataupun perbincangan tidak berjalan lancar, mereka tidak akan cepat berputus asa malah akan terus berjuang sehingga berjaya. Sama seperti kita di waktu kecil dahulu, kita dipaksa untuk memakan sayur-sayuran walaupun kita tidak suka memakannya. Setelah kita meningkat dewasa, kita boleh memilih apa yang kita mahukan di pinggan kita, betul tak? Begitu juga seorang usahawan. Mereka mesti melalui saat-saat getir dan kepayahan seperti orang lain sebelum mereka berjaya.

PENDENGARAN
Melalui telinga, ia menerima banyak gelombang bunyi dan memproses isyarat tersebut kepada sesuatu yang boleh difahami oleh akal kita. Kita semua mendengar pelbagai maklumbalas yang berbeza, pelbagai peluang perniagaan dan potensi urusniaga dalam kehidupan kita. Apa yang membezakan diantara usahawan dengan yang lain ialah mereka akan mentafsir informasi yang diperolehi dan bertindak. Usahawan juga memiliki kemampuan untuk menghalang informasi negatif daripada didengari oleh telinga mereka. Usahawan bukanlah mereka yang membiarkan perkara atau informasi yang negatif menguasai diri dan seterusnya tindakan mereka. Mereka lebih suka untuk memilih apa yang mereka mahu dengar. Mereka tahu apa yang mereka hendak dengar dan mereka tahu bagaimana bunyinya sesuatu kejayaan.

SENTUHAN
Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan mudah berputus asa sehingga berjaya menggapai apa yang mereka mahukan. Pada satu ketika, ia memakan masa yang agak lama dan ada yang mengambil masa yang singkat sahaja. Tidak semua yang usahawan lakukan akan mendatangkan hasil. Apa yang ingin diperkatakan disini ialah mereka tahu akan perasaan yang mereka mahukan selepas beroleh kejayaan. Mereka juga tahu bila dan tahap mana mereka perlu bekerja keras.

PENGLIHATAN
Usahawan boleh melihat sesuatu yang peniaga biasa tidak boleh. Maksudnya, mereka boleh melihat potensi sekecil-kecil sesuatu benda, sama ada ia merupakan tren baru atau melakukan sesuatu yang berlainan. Hasilnya, mereka mendapat pulangan yang banyak berbanding oran lain di sekeliling mereka. usahawan juga mempunyai pandangan yang jauh untuk melihat halangan dan masalah yang kebiasaannya menjadi titik noktah bagi peniaga biasa yang lain. Mereka tidak berapa hebat dalam perkara-perkara yang berlaku di hadapan mata mereka, perkara-perkara seharian kerana mereka sudah memikirkan sesuatu perkara dengan lebih jauh. Ya, anda boleh katakan usahawan sentiasa peka, dan apabila mereka fokus pada sesuatu, mereka akan melihat sehingga ke penghujungnya. Apa yang mereka nampak, mereka akan terus lakukannya agar tidak menimbulkan kebimbangan, keraguan dan seterusnya kehilangan momentum.

Seperti yang anda dapat lihat di atas, terdapat banyak faktor yang membezakan di antara seorang usahawan dengan peniaga biasa. Jadi, adakah anda tergolong di dalam golongan usahawan atau pemilik perniagaan biasa?

Renung-renungkan! :)

Wednesday, June 3, 2009

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik pe

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil.

Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan.Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka. 9. Tiada ‘Mastermind’ Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor!

Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai.

Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka.

Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif. 10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan.

Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI