Di dalam dunia perniagaan internet, pemasaran email merupakan satu alat pemasaran terbaik yang pernah dicipta oleh manusia. Semua orang yang berniaga di internet tidak kira apa jenis dan saiz sekalipun rata-rata menggunakan pemasaran email sebagai senjata pemasaran utama mereka. Walau apa sekali pun definisi anda mengenai kejayaan, anda akan mendapat manfaat yang cukup besar dengan pemasaran email dengan hanya menggunakan masa dan modal yang kecil.
Mengapa pentingnya pemasaran email?
Bayangkan dengan hanya menghantar 1 email promosi kepada senarai subscriber website anda jualan yang tinggi dapat dihasilkan. Contohnya jika anda memiliki senarai email sebanyak 2000 dan 1% membeli produk yang anda promosikan di dalam email, anda berjaya menjual 20 produk dan mendapat RM2000 jika harga produk tersebut ialah RM200. Cuma 5 minit kerja menulis email promosi dan anda dapat jualan yang banyak. Menakjubkan bukan? Anda sewa autoresponder cuma RM70-RM100 sebulan dan anda dapat hasilkan pendapatan lumayan melaluinya. Bukankah itu sangat berbaloi?
5 sebab mengapa anda harus gunakan pemasaran email:
- Murah - Bayaran minimum cuma RM70 sebulan
- Berkesan - Sudah terbukti teknik pemasaran email sangat berkesan menghasilkan jualan produk. Anda hanya perlu berkomunikasi dengan prospek anda melalui email pada bila-bila masa, di mana sahaja.
- Segera - Dalam pemasaran email, anda boleh promosikan sesuatu produk dengan segera tanpa perlu tunggu masa lain. Tuliskan email anda dan terus tekan butang “Send” untuk hantar email ke semua senarai email
- Statistik - Anda boleh ketahui statistik penting email yang dihantar seperti jumlah klik link, “Open Rate”, siapa klik link dan banyak lagi
- Mudah Digunakan – Inilah kelebihan pemasaran email, anda dengan mudahnya dapat pelajari cara-cara menggunakannya melalui antaramuka web yang mudah difahami dan sistem sokongan pelanggan yang bagus daripada penyedia autoresponder.
Bagaimana Untuk Berjaya Dengan Pemasaran Email?
Walaupun pemasaran email menjadi alat nombor 1 dalam memasarkan produk di internet, tidak semua orang tahu cara menggunakan kehebatan alat pemasaran ini terutama sekali bagi mereka yang masih baru dalam pemasaran internet. Seringkali ramai yang gagal menjana pendapatan walaupun memiliki ribuan senarai email. Tapi kejayaan pakar-pakar pemasaran email pula disebabkan oleh “Teknik-Teknik Rahsia” yang mereka gunakan di dalam pemasaran email untuk menarik perhatian prospek tentang produk yang dipromosikan. Bukan sekadar email promosi semata-mata tetapi juga mengandungi maklumat bermanfaat kepada prospek mereka sehingga ramai prospek sanggup membeli walaupun harga produk dipromosikan mencecah 500 ringgit. Inilah rahsia pakar pemasaran email yang harus anda ketahui jika ingin berjaya dalam pemasaran email.
Di Malaysia, ada beberapa pakar pemasaran email yang digeruni oleh kebanyakan Internet Marketer tempatan seperti Jamaludin Bahari, Rahman Basri, Razif Yusof, dan Zamri Nanyan. Mereka ini memiliki senarai email yang besar sehingga mencecah 10 ribu email dan ke atas. Teknik pemasaran email yang mereka gunakan juga sememangnya terbukti telah berjaya menghasilkan pendapatan 4 angka sebulan dan menjadikan mereka sebagai “Sifu Affiliate” di Malaysia.
3.0 Email Marketing
Semasa menulis artikel ini, Jamaludin Bahari telah hasilkan sebuah produk teknik pemasaran email yang dijangka menjadi produk HOT tahun 2011 ini. Walaupun saya belum lagi cuba produk ini, tetapi saya yakin akan kehebatannya kerana saya tahu pencipta produk ini ialah seorang Pakar Affiliate yang selalu menjadi TOP 1 dalam cabaran-cabaran affiliate tempatan di Malaysia. Beliau menghasilkan ribuan ringgit hanya melalui pemasaran email.
Gunakan Kuasa Pemasaran Email Sekarang!
Jika anda belum lagi memiliki autoresponder, dapatkannya sekarang di Aweber.com atau Getresponse.com kerana kedua-dua laman web ini menawarkan sistem autoresponder yang mendapat Ranking tertinggi di internet. Mereka menyediakan servis nombor 1 yang sukar dikalahkan oleh mana-mana penyedia autoresponder yang lain. Mulakan mengumpul senarai email dan gunakan kuasa email dalam pemasaran internet anda. Selamat berjaya!