Hidup ini umpama roda, kadang-kadang di atas bila kita senang dan kadang-kadang di bawah bila hidup kita dilanda kesusahan. Hidup di dunia materialistik ini semuanya tentang duit, mula dari bangun pagi sehingga malam hari, segala aktiviti manusia memerlukan perantaraan wang atau duit. Dah takde lagi system barter atau swap barangan yang kita perlukan.
Zaman sekarang ini manusia dididik memerlukan duit untuk hidup dari sejak dilahirkan, sangat menyedihkan.. Dan wang juga menyebabkan sebilangan besar kita menghadapi masalah dalam mendapatkannya atau mencukupkannya...kita mungkin boleh berkerja, mengambil upah dan berniaga untuk mencari wang kehidupan tapi bagaimana kalau kita telah terjerumus dalam kancah masalah kewangan akibat bisnes yang gagal, atau diberhentikan kerja dan beban hutang yang tidak mampu diselesaikan lagi.
Sedikit panduan bagi kawan-kawan yang dilanda masalah kewangan, panduan di bawah ini adalah hasil daripada pengalaman peribadi insan-insan yang berhati mulia yang sanggup berkongsi cara mereka bangkit dari masalah kewangan dan beban hutang
1) Senaraikan semua hutang yang ada, daripada yang sekecil-kecil hutang hinggalah sebesar-besar hutang macam pinjaman rumah dan kereta. Kemudian senaraikan mengikut keutamaan yang lebih penting untuk dibayarkan dulu, contoh tunggakan hutang pinjaman perumahan lebih utama diselesaikan dahulu berbanding hutang kad kredit. Kalau tak dibayarkan dulu, bila bank keluarkan surat perintah lelong rumah susah anda nanti. Segala harta benda dalam rumah tu jadi milik bank dan tak boleh bawa keluar, tinggal sehelai sepinggang anda.
2) Senaraikan semua harta benda anda yang boleh dijual untuk mendapatkan duit tunai segera, contoh seperti emas, perabot rumah, barangan elektrik, kamera, notebook, handphone, jam tangan, barangan peribadi berjenama anda dan barang-barang perniagaan. Jualkan barang-barang anda ini secara online atau offline, contohnya di mudah.com atau di facebook. Sekiranya anda tolak kat kedai harga yang ditawarkan jauh lebih murah, jadi lebih baik jual sendiri dahulu.
3) Sedikit panduan tentang emas, sekiranya emas anda memang sudah dipajakgadaikan dahulu, anda masih boleh menjualnya. Cari contact pembeli emas terpakai kerana mereka boleh menolong anda menebus emas di pajak gadai kemudian membeli emas anda itu mengikut nilai harga semasa emas. Selepas tolak harga tebus gadai, baki tunai pasti milik anda. Memang sayang emas dan barang-barang kita tu, tapi kenalah berkorban...bila kewangan kita sudah stabil nanti belilah semula. Jangan terlalu beremosi sangat sampai semua barangan ada sentimental value bagi anda..kena ingat kalau hutang tak terbayar sampai kita diisytiharkan muflis...lagi rasa takde value nanti, hidup tak tenteram dikejar hutang.
4) Sekiranya pihak-pihak pemiutang anda telefon pastikan anda menjawabnya, berbincang dengan mereka masalah kewangan yang anda hadapi sekarang dan mohon jasa baik mereka untuk memberikan anda lebih tempoh masa pembayaran hutang tersebut. Sekiranya anda tidak mengangkat telefon mereka atau menukar nombor telefon dengan tujuan lari dari dikejar oleh mereka, percayalah tindakan susulan undang-undang seperti surat saman akan sampai ke rumah anda dan ini akan membuatkan anda lebih serabut dan stress!.. Contohnya hutang bank, mungkin hutang kereta anda sudah 4 bulan tertunggak kerana masalah kewangan anda setelah anda berhenti kerja. Ceritakan masalah anda tersebut, biasanya pegawai bank akan mencatatkan sahaja masalah anda itu sebagai rekod mereka dan meminta satu tarikh di masa hadapan yang anda boleh jelaskan hutang tersebut, pastinya mereka akan menasihatkan anda supaya jangan keluarkan kereta tersebut dari kawasan dalam pagar rumah anda bagi mengelakkan si penarik kereta tarik kereta tersebut. Kerana ini akan menyusahkan pihak bank dan juga anda.
5) Mohon pertolongan kawan-kawan rapat, emak ayah anda, adik beradik atau saudara mara dengan meminjam wang mereka seorang sedikit. Biasanya susah nak dapat…masa ni anda akan kenal siapa kawan sebenar di masa susah anda, banyak yang nak berkawan atau bersaudara masa kita senang atau kaya saja. Lumrah manusia bila ada duit macam-macam keinginan yang nak dibeli sehingga ada insan yang sangat memerlukan pertolongan pun tak diperdulikan kerana rasa duit tak cukup saja. Hal keperluan sudah lengkap tapi tetap kata tak cukup duit, takut duit yang ada menyusut dan tak cukup makan anak beranak. Padahal umat Islam kena ingat Allah dah menjanjikan bahawa setiap amal sedekah dan pertolongan yang kita hulurkan akan dibalas dengan rezeki yang berlipat ganda, semakin banyak kita menolong orang maka semakin banyaklah pahala dan rezeki yang akan diterima. Jadi anggaplah cara ini sebagai cara sampingan saja, orang kata kot-kot kalau dapat…kita cuba manalah tau ada insan yang berhati murni sanggup menolong kita. Kalau tak berjaya janganlah berkecil hati dan terlalu beremosi sangat yer..baik teruskan fokus anda cara lain bagi menyelesaikan masalah hutang-hutang tersebut.
6) Disamping menjual segala harta dan barang-barang yang anda ada, anda juga perlulah mencari kerja untuk menanggung perbelanjaan hidup yang berterusan ini secepat mungkin. Tidak kiralah apa kerja pun asalkan tidak salah di sisi undang-undang dan halal bagi umat Islam. Mungkin gaji tak sebesar mana dan jawatannya tak sesuai untuk anda yang ada ijazah atau sarjana, dinasihatkan kerja lah dulu untuk terus survive..sambil tu cari la lagi kerja yang betul-betul sesuai dengan kelayakan anda itu. Bermula dari bawah semula, bangkit dari zero dan selesaikan hutang piutang yang tertunggak. Jika benar-benar minat berniaga, mulalah kumpul modal sedikit-sedikit dan jangan cuba-cuba mencari jalan mudah dengan membuat pinjaman modal awal dalam memulakan bisnes. Dengan simpanan yang tiada untuk menampung kos-kos kehidupan anda diawal perniagaan, pastinya anda akan menggunakan duit keuntungan perniagaan itu. Jika ini berlaku maka tak akan berkembanglah bisnes tersebut dan jika perniagaan itu mengalami kerugian di awal tahun perniagaan, pastinya tragedi kegagalan dan masalah beban hutang akan berlaku sekali lagi.
7) Kebanyakan manusia apabila dilanda musibah dan kesusahan barulah cari tikar sejadah untuk sujud mengadu pada Allah, tetapi bila senang berduit mula lupa dan leka menunaikan tuntutan ilahi dengan alasan terlalu sibuk berniaga dan jumpa client tak tentu masa. Sedarlah bahawa segala rezeki di dunia ini datangnya dari Allah, kalau Allah nak bagi dan nak tarik rezeki itu hanya pada bila-bila masa sahaja yang kadangkala tak terjangkau dek akal manusia. Kadangkala bila kita diuji dengan masalah bisnes yang rugi, ditipu rakan kongsi, atau tiba-tiba syarikat yang kita kerja gulung tikar..perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah tenangkan perasaan anda, bersolat dan berdoalah pada Allah yang maha mendengar mohon dipermudahkan ujian ini dan diberikan jalan penyelesaian masalah anda. Jangan lupa untuk menunaikan solat sunat Dhuha di pagi hari dan bertahajjud di malam hari, kadangkala ujian yang diberi menandakan Allah rindu untuk mendengar doa-doa hambanya yang mula lupa dan alpa di kala senang.
Sumber:http://nisasharmeen.blogspot.com/2012/09/cara-cara-untuk-bangkit-dari-masalah.html?spref=fb