Pada 7hb hingga 9hb Disember 2012, PERHEBAT telah diberi peluang untuk menyertai pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Program pameran yang diadakan secara tahunan ini penting bagi memberikan pendedahan terutamanya kepada usahawan bekas tentera berkaitan peluang dan memperluaskan pasaran sehingga ke peringkat global.
Di samping itu , penjenamaan PERHEBAT akan lebih terserlah dari segi peranan PERHEBAT dan fungsinya dalam membantu meningkatkan sosioekonomi mereka terutamanya dalam bidang keusahawanan. Seramai 21 usahawan Veteran ATM telah menyertai pameran ini di bawah pavilion PERHEBAT.
Manfaat program SDSI ini adalah:
· *sebagai pusat sehenti atau one stop center bagi memperoleh pelbagai maklumat mengenai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan secara terus daripada kementerian atau agensi kerajaan yang turut menyertai pameran ini .
· *dapat memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan menerusi seminar yang dianjurkan
· * dapat memperluaskan jaringan perniagaan (networking) serta mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan dalam sesi ‘business matching’ atau pemadanan perniagaan.