Friday, March 28, 2014

Ternak ikan lebih lumayan


Ikan yang mencapai saiz pasaran perlu digredkan dan dijual segar melalui kedai rangkaian My Fish Aquaculture Sdn. Bhd.


Kepakaran asalnya adalah untuk mengenali kayu dan pernah berkhidmat dalam industri perkayuan agak lama. Namun atas dasar minat yang mendalam terhadap hobi memancing akhirnya Mohd. Khari Latif menceburi penternakan ikan air tawar. Segalanya bermula empat tahun lalu apabila, dia dan beberapa lagi rakan kongsinya sering bertukar-tukar pandangan serta maklumat berkenaan industri akuakultur ketika sedang memancing.
Minat yang mendalam dalam aktiviti tersebut mendorongnya mengumpulkan maklumat serta menyertai pelbagai kursus penternakan ikan air tawar sebelum memutuskan untuk menceburi bidang tersebut.
Apa yang pasti, keputusan itu bukan mudah apatah lagi dia dan beberapa lagi rakan kongsinya tidak memiliki pengetahuan dalam industri akuakultur.
Namun, kekurangan tersebut bukan penghalang, malah dijadikan sebagai pembakar semangat untuk mendalami pelbagai ilmu berkenaan industri akuakultur.
“Industri akuakultur mampu menjana pendapatan yang lumayan kerana terdapat permintaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat negara ini.
“Apatah lagi sumber ikan di habitat semulajadi terutamanya laut kini semakin berkurangan dan pengguna kini beralih arah kepada ikan tawar yang memiliki nilai protein yang lebih tinggi," katanya ketika ditemui di Semenyih, Selangor baru-baru ini.
Industri penternakan ikan air tawar bukanlah sesuatu yang baharu, namun My Fish Aquaculture Sdn. Bhd. yang memperkenalkan jenama iKANnFish sedang mengorak langkah ke arah konsep baharu iaitu penjagaan kualiti dari kolam ke meja makan.
“Kebanyakan penternakan ikan air tawar kurang mementingkan aspek kualiti ikan yang diternak kerana permintaan pengguna yang amat tinggi untuk sumber protein ini.
“Malah, sesetengah daripada kita juga tidak mengambil endah keadaan ikan air tawar yang berbau lumpur serta hanyir yang terlalu kuat dengan alasan itu adalah sifat semulajadi ikan air tawar.
“Sebenarnya ikan air tawar tidak begitu hanyir dan tidak berbau jika dipelihara dengan sistem serta persekitaran yang betul," katanya.
Tambah Mohd. Khari, terdapat banyak faktor mempengaruhi kualiti ikan yang diternak antaranya adalah air serta produk makanan.
“Untuk menghasilkan ikan yang berkualiti, sihat dan tidak berbau sumber air yang digunakan perlulah benar-benar bersih dan tidak tercemar.
“Ini kerana, rasa serta bau yang terdapat dalam isi ikan berkait rapat dengan persekitarannya," katanya.
Jelasnya lagi, kandungan oksigen di dalam kolam ternakan juga memainkan peranan penting kerana ikan yang cukup oksigen akan lebih cergas dan cepat membesar.
Ujar Mohd. Khari, usaha mencari kawasan yang sesuai untuk dijadikan kolam ternakan turut memakan masa yang panjang, malah mencecah bertahun lamanya.
Pemilihan kawasan adalah berdasarkan keadaan muka bumi yang sesuai selain sumber air bersih daripada hulu Sungai Batangsi yang bersih.
Di sana, antara ikan utama yang dipelihara adalah tilapia merah yang telah dijenamakan semula sebagai red Pearl.
Lima kolam dengan keluasan hampir satu hingga satu setengah ekar dengan kedalaman hampir 10 kaki tersebut mampu menempatkan hampir 20 tan ikan tilapia merah dalam satu-satu masa.
Selain menggunakan sumber air bersih dari hulu Sungai Batangsi, Mohd. Khari turut menggunakan empat alat pengudaraan (paddle wheel) bagi setiap kolam untuk memastikan kandungan oksigen sentiasa berada pada tahap yang tertinggi.
“Kami turut bekerjasama dengan Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), untuk melakukan beberapa analisis berkaitan air serta kesihatan ikan yang dipelihara.
“Proses ini (analisis air) amat penting bagi memastikan ikan yang dipelihara sentiasa berada di dalam keadaan baik agar tumbesarannya tidak terbantut, berkualiti tinggi sekali gus memberikan pulangan yang lebih lumayan," katanya.
Bagi mendapatkan benih ikan yang berkualiti, pihaknya mengambil inisiatif menghasilkannya sendiri bagi mengurangkan kos.
Bagi menghasilkan benih ikan yang berkualiti, lasak serta memiliki kadar survival yang tinggi beberapa proses asuhan perlu dilaksanakan sebelum dilepaskan ke dalam kolam utama.
“Di sini kami menghasilkan anak benih ikan secara semulajadi di kolam kedua iaitu di Taman Tasik, Semenyih di mana kami ada dua buah kolam simen untuk penetasan dan pembesaran anak ikan dan satu kolam simen untuk asuhan khas sebelum anak ikan dilepaskan ke kolam utama.
“Sehingga kini, hampir 300,000 hingga 500,000 anak ikan dihasilkan dan diasuh selama sebulan sehinggalah saiznya mencecah satu inci panjang.
“Pihak kami ada juga menerima permintaan anak ikan daripada pihak luar namun keperluan di kolam sendiri masih tidak mencukupi menyebabkan kami terpaksa menolak," katanya.
Untuk memastikan kadar pengeluaran ikan sentiasa berjalan, proses pembenihan anak ikan juga turut dilakukan secara berterusan.
Mohd. Khari menambah, ikan tilapia merah merupakan antara ikan yang mampu membiak sepanjang tahun menjadikannya mudah untuk diternak.
Setiap ikan yang diternak mengambil masa selama empat hingga empat bulan setengah untuk membesar pada saiz gred A, dan pengeluaran dilakukan setiap minggu secara berperingkat-peringkat.
Untuk memenuhi kriteria gred A, seekor ikan tilapia merah perlu memiliki berat sekitar 700 gram (g) ke atas dengan bentuk tubuh yang agak gempal dan berisi.
Bagi ikan gred B, beratnya adalah sekitar 500 hingga 650g dan gred C sekitar 350 hingga 450g, namun pihaknya menumpukan pengeluaran ikan pada skala gred A, manakala gred B dan C hanya akan dijual apabila kolam dituai sepenuhnya.- ASHRIQ FAHMY AHMAD.


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20140324/ag_01/Ternak-ikan-lebih-lumayan#ixzz2xDpW2uDk 


Nota: Syarikat di atas adalah  di mana para pelatih iks siri 1/2014 telah membuat lawatan pada akhir feb baru-baru ini di TKPM  Batangsi Semenyih selangor.

Thursday, March 27, 2014

Karnival Usahawan IKS anjuran para pelatih Kursus Pembangunan Usahawan IKS siri 1/2014






 Pemenang hadiah teka biji betik 
Karnival usahawan iks ini dianjurkan oleh Bahagian Pengajian Pengurusan PERHEBAT dan diuruskan oleh para pelatih Kursus Pembangunan IKS siri 1/2014 seramai 12 orang yang diketuai oleh Mej. Mohd Faizal. Karnival ini adalah merupakan salah satu kaedah simulasi perniagaan yang dibuat oleh pihak BPP bagi memberi kemahiran dan pengalaman kepada para pelatih khususnya kepada mereka yang mengambil kursus Pembangunan Usahawan IKS selama 6 bulan di PERHEBAT. Simulasi ini memberi pengalaman bagaimana untuk menguruskan sesuatu acara atau event dan memberi pendedahan kepada para pelatih dalam menjalankan aktiviti perniagaan secara langsung. 

Lawatan ke TKPM Sg Batangsi , Daerah Hulu Langat Selangor merangkumi Pusat tanaman tebu, Belimbing, nagka madu, pisang, ternakan madu kelulut, ternakan ikan tilapia dan projek buah markisa





 Taklimat oleh pemilik ladang belimbing, nangka madu dan markisa . Ladang beliau seluas 10 ekar
 tanaman pisang berangan seluas mata memandang
 Pandangan dari atas projek ternakan ikan tilapia milik pengusaha lain seluas 10 ekar.
 Kolam ternakan ikan tilapia milik seorang pengusaha bumiputera 
 Ladang madu kelulut
 Pemilik madu kelulut memberi sedikit penerangan berkaitan kaedah pembiakan dan proses madu
 Pelatih merasa khasiat madu kelulut original dari sarang

 Sarang kelulut dari batang pokok


Sarang kelulut yang dipindahkan ke kotak khas


 Keadaan sarang kelulut di dalam kotak 
 Pemilik kolam ternakan ikan tilapia memberi sedikit penerangan tentang projek ikan tilapia


 Semoga dengan begitu  banyak pendedahan yang diberikan oleh para pengajar usahawan PERHEBAT , para pelatih dapat mengambil peluang yang sangat berharga ini untuk digunakan dengan sebaik mungkin untuk masa depan mereka agar lebih maju jaya dan lebih banyak mencapai kejayaan dalam mencari kerjaya yang kedua selepas tamat tempoh perkhidmatan nanti. Insyaa Allah.


GAMBAR LAWATAN PELATIH IKS SIRI 1/14 DI LADANG TERNAKAN KAMBING, KILANG BAJA ORGANIK DAN LADANG TERNAKAN ARNAB

 Lawatan  ke Ladang ternakan dan pemprosesan baja organik milik hj Khamzah di Kuala Selangor

 Taklimat oleh pemilik Ladang Hj Khamzah

 Taklimat dan sessi penerangan oleh Pengarah urusan Bakam Suci Sdn Bhd berkaitan Baja Gunung Berapi 
 Lokasi kilang di Kuala Selangor
 Penerangan oleh pemilik syarikat Ladang Arnab Bukit Badong, ijok , Selangor. Beliau menternak lebih dari 4000 ekor arnab pelbagai spesis

Senarai harga arnab yang dijual

5 Sebab Mengapa Perlu Media Sosial Untuk Setiap Perniagaan Oleh Irfan Khairi

Kini, media sosial lebih kepada dua hala dan lebih interaktif bukan sahaja dengan teks dan gambar sahaja, tetapi juga dengan bunyi, video dan animasi. 

Terutama bagi usahawan dan bakal usahawan, ia merupakan satu medium yang amat penting dalam perniagaan zaman ini. Bagi mereka yang mengabaikannya, akan mengabaikan pasaran yang amat besar untuk perniagaan mereka.

Mengapa anda memerlukan media sosial untuk perniagaan? Berikut adalah 5 sebab ringkas...
Image
1.       Ianya percuma
Zaman telah berubah, kaedah promosi juga perlu berubah. Sekiranya dulu perlu mencetak beribu-ribu brochure dan leaflet untuk diedarkan kepada bakal pelanggan dan memakan belanja yang tinggi, kini hanya menggunakan media sosial, anda dapat mencapai beribu-ribu prospek secara percuma.

2.       Kenalan dan prospek menggunakan media sosial
Kenalan dan prospek anda kini sering menggunakan media sosial. Dengan lebih 80% pengguna Internet Malaysia mempunyai akaun Facebook, bakal pelanggan anda adalah dihujung jari sahaja oleh kerana ramai kini menggunakan media sosial secara mobile di telefon pintar atau tablet.

3.       Mendapat publisiti
Mereka di industi media sering mencari bahan-bahan baru setiap hari. Ramai antaranya kini menggunakan media sosial untuk mencari bahan tersebut. Sekiranya perniagaan anda dapat menarik perhatian media melalui media sosial, ia merupakan peluang untuk anda mendapat publisiti tambahan untuk perniagaan anda.

4.       Mendapat jualan
Setiap kali anda meninggalkan mesej, status, tweet,  komen di media sosial anda, ia merupakan usaha untuk meningkatkan jenama anda di kalangan pengikut anda. Setiap kali jenama anda diingati prospek, maka lebih mudah untuk anda melakukan jualan. Sampaikan maklumat-maklumat berguna di medial sosial anda untuk mendapat pengikut yang meminati industri perniagaan anda.

5.       Pesaing anda melakukannya
Setiap hari makin banyak perniagaan yang menggunakan media sosial. Sekiranya anda tidak, pastinya anda akan ketinggalan dengan pesaing-pesaing anda. Bayangkan kini betapa ramai followers pesaing anda memiliki. Sekiranya dibiarkan dan anda tidak melakukan apa-apa untuk meningkatkan followers anda, apa akan terjadi dengan perniagaan anda setahun atau dua tahun akan datang? Pastinya akan tertewas dengan pesaing...

Apa yang anda perlu lakukan? Sekiranya anda berniaga atau meracang untuk berniaga, pastikan anda lengkapkan ilmu perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial untuk mendapat kelebihan lebih jauh dari pesaing anda!

sumber:irfankhairi

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI