Monday, May 5, 2014

Cara Untuk Memotivasi Diri

Motivasi bukan sesuatu yang mudah untuk datang, terutama jika keadaan sekeliling anda tidak menuntut anda untuk sentiasa mempunyai motivasi diri. Anda menyedari yang motivasi merupakan kunci utama untuk pelbagai aktiviti manusia. Anda tidak boleh main-main di sekolah, jika tidak anda mungkin tidak akan dapat masuk universiti, dan seterusnya anda tidak akan mendapat pekerjaan. Dan apabila sudah bekerja, makan gaji atau kerja sendiri, anda tidak boleh tinggalkan kerja dan duduk berehat di rumah. Anda perlu lakukan seperti apa yang anda lakukan di sekolah dahulu: mematuhi tarikh akhir, menyiapkan laporan, dan sebagainya. Secara umum, menjalani kehidupan dengan bertenaga.

Bagaimana anda boleh memberi motivasi kepada diri sendiri? Bagi kebanyakan orang yang telah terbakar, ianya sangat sukar untuk dicapai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa petua yang boleh anda pertimbangkan apabila anda merasakan diri anda sudah tidak larat lagi untuk pergi lebih jauh atau lebih lanjut:

- Tahu apa sebenarnya yang anda mahu. Apa yang anda motivasikan diri anda untuk lakukan? Adakah anda hanya mahu menyelesaikan kerja, atau adakah anda mahu mendapatkan wang yang banyak? Tetapkan matlamat yang nyata, atau sekurang-kurangnya matlamat yang mampu dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mencapainya, dan anda boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.

- Tetapkan tujuan untuk usaha yang anda lakukan. Masalah dengan ramai orang adalah mereka bekerja keras tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu wang? Adakah mereka bekerja ke arah wang? Adakah anda mahu wang, atau apakah tujuan mencari wang? Berikan diri anda tujuan yang nyata supaya anda tahu untuk apa anda berusaha.

Berusaha untuk mendapat wang yang banyak adalah matlamat kosong; berusaha untuk wang supaya anda boleh mendapatkan rumah yang baik dan kereta yang bagus mungkin lebih nyata; berusaha untuk mendapat lebih banyak wang supaya anda boleh membantu adik-beradik memasuki universiti, untuk ibu bapa menikmati persaraan mereka, dan sebuah rumah yang lebih baik untuk keluarga, dan mungkin sebuah kereta mewah untuk diri sendiri… adalah lebih nyata.

- Bercuti dan berehat. Kadang-kadang anda perlu menjauhkan diri dari semuanya untuk seketika. Luangkan masa untuk diri sendiri, dan dapatkan pandangan orang luar tentang situasi anda.

Jika anda mula lebih kerap penat, badan anda mungkin memberitahu anda supaya perlahan sedikit, ambil cuti untuk memulihkan tenaga. Sekurang-kurangnya pergi bersiar-siar. Anda mungkin mahu mengetepikan sedikit masa setiap hari untuk anda cas semula diri, supaya anda tidak sentiasa dibebani dengan kerja.

- Jangan takut untuk mengatakan tidak apabila anda diberikan tugasan lain. Kadang-kadang anda mungkin mempunyai terlalu banyak kerja dan anda merasa sangat stres sehingga sampai ke satu titik di mana anda berputus asa dan tidak lagi mahu buat kerja. Pastikan kerja anda berada di tahap yang terurus. Anda perlu kekal waras untuk terus bekerja dalam jangka masa yang panjang.

Beri ganjaran kepada diri sendiri untuk sesuatu pencapaian. Rancang percutian untuk diri sendiri, atau berjanji untuk membawa diri anda menonton filem jika anda berjaya menyiapkan kerja anda. Ganjaran yang kecil seperti makanan ringan dan secawan coklat panas pun berkesan juga.

Sambungan Bingkisan Pelatih PERHEBAT 2

Aktiviti di Gunung Semanggol
Aktiviti Menanam Pokok Bakau
'Tengah Shooting '
Permulaan Membuka Syarikat

Sebelum saya bersara saya tidak mempunyai perancangan untuk menceburi bidang pelancongan ini.Saya fikir jika saya ceburi dalam bidang ini,berapa sangat pendapatan yang saya dapat.Abang ipar saya En Khairul Salleh yang sudah 2 tahun buat pakej pelancongan mengajak saya menceburi bidang ini pun,saya seolah-olah memandang sebelah mata sebab dia tidak memberi sebarang gambaran atau peluang dengan lebih terperinci.

Permulaan cerita bermula semasa saya bercuti kursus peralihan,ketika itu ada rombongan datang dari Politeknik Kulim Kedah mengambil pakej lawatan dan menanam bakau.Abang saya mengajak saya untuk membantu beliau untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tersebut dalam menjalankan aktiviti yang mereka pilih.Sedangkan ketika itu bot yang yang kami gunakan adalah bot nelayan kerang berenjin diesel.

Lama-kelamaan ada sekolah dan IPTA yang menyertai aktiviti yang kami tawarkan dengan harga yang berpatutan.Kami berpakat untuk menubuhkan sebuah syarikat pelancongan yang diberi nama Kuala Sepetang Eco Track.

Ketika itu bot pelancong hanya ada satu sahaja dan kami terpaksa menggunakan tongkang nelayan kerang untuk aktiviti menanam bakau dan river cruise.Apabila makin ramai rombongan dan pelancong yang kami bawa ke Kuala Sepetang, taukeh cina mengambil kesempatan membeli bot pelancong.Akibat dari tersebut mereka mula monopoli dan bermulalah episod untuk menaikan harga dan banyak karenah.

Kadang-kadang banyak karenah tak seperti mula-mula saya kenali.Saya pun berazam tunggu suatu hari nanti saya juga akan ada bot sendiri,kirim salam nak bagi pelanggan dekat dia.Selepas saya bersara saya mula mencari peluang untuk membeli sebuah bot pelancong.

Dalam diam-diam saya ambil lesen jurumudi bot dan kursus pemandu pelancong alam semulajadi (Nature Tour Guide). Pada tahun itu juga saya membeli bot berkapasiti 18 orang penumpang dan 2 krew.Bila saya mula nak ambil pelancong, ramai cina yang perhatikan saya , yang terkial-kial nak parking bot.Sebab untuk pandu tak ada masalah,cuma nak parking bot susah sikit,walaupun saya dah ada lesen,apa pun yang penting saya sudah ada bot sendiri.

Apabila ramai pelancong yang datang,saya lihat bot pelancong pun makin bertambah.Ketika ini sudah ada 12 buah bot pelancong semuanya.Kaum cina memang pandai ambil kesempatan dalam perniagaan,pantang ada peluang mereka akan bersedia untuk bersaing dan membolot peluan yang ada.

Untuk memperkenalkan KSET, aktiviti promosi tidak ketinggalan. Saya juga pernah keluar dalam Tv Al-Hijrah,rancangan cuti-cuti 1Malaysia pada tahun 2013 yang lepas.Malah yang baru selesai pengambaran adalah dari rancangan Sarapan TV3,yang akan bersiaran pada hari Ahad jam 9 pagi,bulan puasa nanti.

Promosi masih giat dijalankan untuk memberi hebahan kepada umum dan dyarikat kami KSET juga salah satu daripada 8 penggiat syarikat pelancongan Negeri Perak di bawah Exco Pelancongan YB Datuk  Noolee.Baru-baru ini kami berpakat dengan orang melayu di kawasan pelancongan ini untuk menubuhkan Persatuan Pengusaha Pelancongan Melayu Kuala Sepetang,di mana saya di lantik menjadi YDP persatuan tersebut.

Saya bersama dengan barisan Ajk akan memohon bantuan dari pihak Koridor Utara(NCIA) yang mana pihak tersebut akan menyalurkan bantuan setelah tertubuhnya persatuan pelancongan orang melayu di kawasan itu.Kami akan berusaha untuk memajukan kawasan Eco Pelancongan di sini agar penduduk setempat dapat manfaat dan mengambil kesempatan untuk menjana ekonomi sebagai pendapatan tambahan.

 Pelancong yang mengambil pakej kami pun makin bertambah dari 5000 orang tahun 2012 ke 10000 orang  tahun lepas 2013.

Mudah-mudahan ianya akan bertambah lagi pada tahun-tahun akan datang.Saya juga bersedia berkongsi ilmu jika pelatih PERHEBAT memilih untuk datang ke sini melihat dengan lebih dekat bagaimana peluang menceburi bidang perniagaan ini boleh menjana pendapatan lumayan.

SEDIKIT NASIHAT PADA BAKAL-BAKAL PESARA

Saya bukannya memaksa bakal-bakal pesara memilih bidang pelancongan ini untuk diusahakan apabila bersara nanti.Saya cuba berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang ada untuk persediaan apabila bersara nanti.Apa-apa bidang sekali pun yang ingin diceburi asasnya adalah lebih kurang sama,untuk memajukan perniagaan.
               
Yang ingin berniaga perlu bijak memilih bidang dan peluang yang ada di mana kita akan menetap apabila kita akan bersara nanti.Kita juga perlu lihat persaingan disekeliling kita dan perlu prihatin dengan kehendak penduduk setempat dan  menilai.  Jika saya keluarkan produk /perkhidmatan adakah mereka akan membeli ?
                
Prinsip yang saya gunakan seperti mana yang diajar oleh cikgu usahawan PERHEBAT semasa saya kursus  usahawan pada tahun 2012. Kadang-kadang kita terlepas pandang dan kursus pun sekadar menghabiskan masa sahaja. Ada juga sesetengah peserta menganggap kursus ini hanyalah memenuhi sukatan peralihan saja dan memandang rendah pada PERHEBAT.

Apapun inilah prinsip yang saya amalkan untuk memajukan bidang ini.Prinsip yang saya maksudkan adalah
1.Mempunyai Produk berkualiti
2.Lokasi Yang Stategik
3. Promosi Yang Menyeluruh
4. Layanan Khidmat Pelanggan Yang Terbaik
5.Pengurusan Akaun Yang Cekap

            Saya juga menasihatkan agar buat tinjauan yang menyeluruh terlebih dahulu sebelum membuka satu-satu bidang perniagaan.Malah perlu berhati-hati untuk memulakanya dan gunakan bajet secara kecil-kecilan terlebih dahulu dan perlu tahu keuntungan akan datang sedikit demi sedikit.Jangan terlalu tamak..berbelanja biar berhemah..gunakan modal yang sedikit,sebab risiko kerugian,kita tak tahu.
               
Setelah dapat pusingan modal dan untung barulah boleh buat penambahan dan mengembangkan perniagaan.Berusahalah..Insyaa Allah rezeki akan menanti dengan sinar kejayaan.  

Usaha Tangga Kejayaan
Sekian,terima kasih.


MOHD JUSRI YUSOF
KUALA SEPETANG ECO TOURISM


(Original dari En Mohd Jusri Yusof, bekas pelatih PERHEBAT)

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI