-
- KETERANGAN PROJEK
Projek ini adalah merupakan salah satu pendekatan untuk mentransformasikan Industri Nanas Malaysia kepada nanas yang mempunyai nilai premium. Tumpuan akan diberikan kepada penyusunan semula (restructuring) sektor pekebun kecil melalui koperasi / kelompok / pertubuhan atau sebagai mini estet. LPNM akan mengambil peluang untuk menebusguna tanah terbiar khususnya di Semenanjung Malaysia yang merekodkan keluasan tanah terbiar untuk tahun 2014 iaitu 117,194 hekta dan mensasarkan tambahan keluasan tanam baru sebanyak 5,500 hektar menjelang tahun 2020.
- KETERANGAN PROJEK
-
- OBJEKTIF
Projek ini bertujuan untuk mempertingkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha nanas kecil dan mikro yang berada dalam golongan B40, disamping mengekalkan kelestarian kawasan penanaman nanas yang sediaada dan memenuhi permintaan tempatan yang meliputi pasaran segar dan industri hiliran.
- OBJEKTIF
-
- SKOP BANTUAN
Skop projek yang telah digariskan dalam melaksanakan projek ini adaah seperti berikut;a. Pemberian Geran Bantuan Tanaman Nanas
b. Geran bantuan berbentuk bahan tanaman (sulur) pada kadar 49,400 sulur per hektar @ 20,000 sulur per ekar dan had maksima keluasan adalah 4.05hektar per peserta / lot;
c. Geran bantuan berbentuk input pertanian sepertimana yang ditetapkan dalam Peraturan Perindustrian Nanas Malaysia (Bantuan Kewangan Untuk Pekebun) (Pindaan 2011);
d. Pembangunan Infrasstruktur bagi memenuhi keperluan Persijilan MyGap – jalan adang, stor input, pusat pengumpulan buah, bilik sejuk dsb. Had maksima bantuan infrastruktur adalah RM250,000 per kelompok / mini estet; dan
e. Khidmat Pengembangan dan Kepakaran.
- SKOP BANTUAN
-
- SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Kriteria & Kelayakan
i. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
ii. Pemilikan persendirian atau individu atau syarikat;
iii. Berdaftar dengan LPNM;
iv. Taraf milik tanah yang sah;
v. Melengkapkan borang permohonan;
vi. Pengusaha tidak pernah mendapat benih MD2 di bawah mana-mana Projek MD2 LPNM;
vii. Maksimum kelayakan untuk diberi bantuan sulur adalah 10 ekar;
viii. Mempunyai modal pusingan yang mencukupi; dan
ix. Tanaman secara tunggal sahaja.
- SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
-
- KAEDAH PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi : –
i. Borang Permohonan Program Penanaman Nanas MD2 (Komersil / Pekebun Kecil)
ii. Surat Akuan Berkanun
iii. Surat Pelepasan Tanggungan
iv. Borang IV (permohonan bagi pendaftaran sebagai pekebun)Pemohon perlu menyediakan salinan :-
i. Kad Pengenalan
ii. Salinan geran / *Pelan Lakar (untuk tanah yang tidak mempunyai geran seperti TOL)
iii. Resit bayaran cukai tanah terkini
- KAEDAH PERMOHONAN
- JENIS & KADAR BANTUANPROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN INDIVIDU / KELOMPOK
a. Pengusaha Kecil
Ciri-ciri Projek | Kadar Bantuan |
Melibatkan peserta perseorangan @ individu;
Keluasan 0.4-1.2 ha (Keutamaan kepada 1.2 ha bagi menyokong pemadanan eksport); Pemilikan tanah yang sah; Berdaftar dengan MyGAP; Tanaman Tunggal. |
Benih MD2
Minimum : 37,000 sulur / ha Maksimum : 42,000 sulur / ha |
Ciri-ciri projek | Kadar bantuan |
Melibatkan peserta perseorangan atau koperasi atau kelompok atau syarikat;
Keluasan maksimum 4 hektar; Pemilikan tanah yang sah; Deposit RM 15,000; (jaminan pemulangan benih)dan menandatangani perjanjian; Berdaftar dan mendapat persijilan MyGAP; Tanaman Tunggal; Jaminan bekalan untuk pemadanan eksport. |
Benih MD2;
Jumlah : 49,240 sulur / ha; Konsep pemulangan dengan nisbah 1:1 iaitu setiap satu (1) beih yang dibekalkan, satu (1) benih akan dipulangkan kepada LPNM untuk tempoh yang telah ditetapkan. |
SUMBER:http://www.mpib.gov.my/projek-pengukuhan/#