Tuesday, August 4, 2015

KARNIVAL USAHAWAN IKS PADA 26 ogos 2015

Tempahan Booth dibuka sekarang!!!

Karnival Usahawan IKS PERHEBAT di kem sg buloh pada  26 ogos 2015 dari jam 8.00 pg hingga 5 petang. sewaan hanya rm80 termasuk khemah dan kerusi meja. berminat hubungi 0178976797 @ 0196894154 untuk tempahan tapak niaga. Terdapat lebih dari 1000 pengunjung yang ada.

Thursday, July 9, 2015

Bagaimana saya ubah kegagalan menjadi kejayaan dalam Perniagaan Internet

Oleh: Irfan Khairi

Tahun 2000 adalah tahun pertama saya memulakan perniagaan Internet saya. Wah… sudah 15 tahun kini! Namun, perjalanan saya bukan terus mudah dan mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet. Selama satu tahun pertama, saya hanya berjaya mendapat 3 pelanggan berbayar sahaja- Pelanggan berbayar… pelanggan buat kerja secara percuma memang ada! 😉
Ketika itu, perniagaan Internet saya adalah perniagaan reka cipta (graphic design) oleh kerana sememangnya itu latar belakang pendidikan saya di University.

Tahun 2000 adalah tahun agak penting untuk Internet oleh kerana ketika itu begitu banyak perniagaan-perniagaan online bermula. Mungkin ada yang kata, ketika itu tidak ramai pesaingan maka, mudah untuk memulakan perniagaan dan mencapai keuntungan.

Namun, perlu diingatkan pada tahun 2000, pengguna Internet hanyalah seramai 360juta pengguna sahaja! Jika di bandingkan dengan hari ini, lebih 3bilion pengguna Internet, iaitu 10x ganda dibandingkan 15 tahun dulu.



Seperti yang disebutkan pada tahun pertama saya hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja. Soalannya bagaimana saya berjaya mengubahkan kegagalan tersebut menjadi kejayaan sehingga mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 3 tahun kemudian? Jawapannya…

1. Lakukan apa yang anda minat
Minat saya pada reka grafik adalah sejak kecil lagi. Alhamdulillah diberi bakat Allah SWT dalam bidang seni grafik/lukis. Di sekolah agama, sekiranya pertandingan tulisan khat, selalunya InsyaAllah saya menjadi juara. Di sekolah menengah pula, menjadi presiden kelab seni lukis. Menambung pendidikan di University di United Kingdom juga dalam bidan Multimedia Graphic Design.

Pendek kata, memang minat saya dalam bidang grafik sejak kecil hingga kini.

Mengapa ini penting adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu yang kita tidak minat, pastinya amat mudah dan pantas kita berputus asa. Walaupun saya mendapat 3 pelanggan untuk hasil kerja grafik saya dalam masa setahun, bagi saya ianya memadai oleh kerana saya lakukannya kerana minat.

Sekiranya melakukan kerja atau usaha tanpa minat dan kesungguhan, pastinya pada tahun pertama, saya sudah putus asa dan tidak menjalankan perniagaan Internet grafik yang dilakukan. Oleh itu… JANGAN PUTUS ASA!

2. Ketahui ada sebab kita gagal
Buang rasa ego atau terasa diri sudah pandai. Ada sebab mengapa kita gagal. Sekiranya kita fikirkan kita sudah pandai dan tahu segalanya (ego yang tinggi), maka, tiada ruang untuk memperbaiki diri kita. Kesilapan saya yang mengakibatkan kegagalan dalam perniagaan adalah kelemahan saya dalam ilmu perniagaan.

Dalam erti kata lain, pada tahun 2000 apabila saya memulakan perniagaan Internet, saya “main redah” sahaja. Tanpa ilmu yang betul, tanpa cara yang terbaik dan tanpa strategi yang sebenar. Akibatnya, pastinya perniagaan akan gagal.

Kekurangan ilmu ini membuatkan saya tekad mencari ilmu perniagaan Internet sebenar dan belajar dari mereka yang berjaya dalam perniagaan Internet. Ketika itu, saya melaburkan beribu-ribu ringgit juga untuk mencari ilmu perniagaan Internet yang sebenar.

Mujur ketika itu saya bekerja fulltime sebagai Multi Media Designer di sebuah syarikat dan mempunyai gaji untuk dilaburkan mencari ilmu. Perniagaan Internet ketika itu adalah secara part-time. Oleh itu… CARI ILMU TANPA HENTI!

3. Aplikasikan ilmu serta merta

Sering saya dengar dan lihat orang ramai yang rajin membaca, menghadiri seminar, mencari ilmu, tetapi tidak mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Memang bagus mencari ilmu, tetapi, sedihnya bila ramai yang mempunyai ilmu, tidak cuba mengaplikasikan ilmu yang di cari. Tidak henti-henti mencari ilmu, namun tidak TAKE ACTION!

Mungkin anda pernah kenali orang sebegini?

Ketika remaja lagi, saya suka membaca buku-buku motivasi. Dan dalam semua buku motivasi menyebut pentingnya menetapkan matlamat. Namun dalam semua buku motivasi juga mengatakan pentingnya untuk mengambil tindakan (take action), barulah matlamat akan tercapai!

Begitu juga dengan ilmu yang kita pelajari. Sekiranya ilmu yang dipelajari hanyalah untuk mengembangkan ilmu di dada, sememangnya tidak salah. Tetapi, sekiranya ilmu yang dipelajari adalah untuk mengembangkan pendapatan, ekonomi, kekayaan dan kejayaan perniagaan, maka segalanya perlu diaplikasikan.

Aplikasikan ilmu dan take action tanpa putus asa. Ada juga yang mengaplikasikan ilmu, kemudian, lihat masih sukar, mereka akan putus asa. Action perlu disertakan dengan konsisten, bukan hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu… TAKE ACTION SEKARANG!

3 tip di atas adalah 3 perkara penting yang saya lakukan sejak 2000 hingga kini. Sememangnya bunyi mudah, tetapi tidak dinafikan, adakalanya ianya susah untuk dibuat. Perlu ingat, sekiranya mudah, pastinya semua orang sudah berjaya kini.

Tetapi, oleh kerana ianya sukar, maka mereka yang melalukan sesuatu kerana minat, mereka yang sering mencari ilmu dan mereka yang terus mengaplikasikan ilmu di dada… mereka lah yang akan berjaya!

Thursday, June 18, 2015

LAwatan pelatih iks siri 1/2015 di Agro Chips di Sepang dan ternakan lembu /Landak milik Mejar Azam



























LAwatan pelatih iks siri 1/2015 ke sazdena Collection di Shah Alam - Jahitan Langsir dan cadar






Aktiviti pembentangankertas kerja pelatih siri 3/2014







6 Perkara Ini Buatkan Bisnes Anda Rugi!


1. Tidak Menyediakan Pelan Pemasaran

Statistik daripada kajian Harvard menunjukkan hanya 3% daripada perusahaan kecil berjaya maju menjadi syarikat besar. Elemen utama yang dikongsi oleh perusahaan-perusahaan kecil yang berjaya ini adalah masing-masing mempunyai pelan pemasaran yang tertulis dan diikuti secara aktif. Ini merupakan bukti yang cukup kukuh.

2. Tidak Menonjolkan Kelainan Dalam Perniagaan

Dalam dunia perusahaan kecil, anda tidak perlu cemerlang, anda hanya perlu ada kelainan.

Perusahaan kecil yang menawarkan pengalaman yang lain daripada yang lain, menarik, tidak diduga dan luar biasa, adalah bakal menjadi perusahaan yang lebih berjaya. Perusahaan kecil yang memberi pengalaman yang biasa biasa sahaja akan mendapat hasil yang biasa biasa juga.

3. Tidak Mempunyai Program Rujukan (Referral)

Strategi pemasaran yang paling unggul dan #1 bagi perusahaan kecil adalah pemasaran melalui rujukan (referral marketing).

Perniagaan kecil yang berjaya tidak bergantung denagn pengkhabaran mulut ke mulut, tetapi melalui proses sistematik untuk menggalakkan pemberian rujukan (referrals).

4. Tidak Melakukan Pemasaran Kepada Pelanggan Anda

Asset paling berharga dalam apa jua perniagaan adalah senarai pelanggan. Perusahaan kecil yang berjaya sedar akan perkara ini. Mereka tidak akan membelanjakan wang untuk pemasaran kepada orang umum, tetapi akan menggunakan sumber kewangan mereka untuk melakukan pemasaran kepada pelanggan yang sedia ada.

Pemasaran kepada pelanggan tetap akan mendatangkan …
Pesanan yang lebih besar
Pembelian lebih kerap
Lebih banyak rujukan

5. Tiada Sasaran Kumpulan Pelanggan

Terdapat ungkapan yang menyatakan,”Jika semua orang adalah prospek anda, maka tiada orang yang akan menjadi pelanggan anda.”

Cara paling pantas untuk meningkatkan jualan ialah dengan memilih sasaran pemasaran dan menumpukan segala kekuatan pemasaran anda untuk menembusi kumpulan pembeli tersebut. Apabila anda berbuat demikian, kegiatan pemasaran anda akan membuahkan hasil yang lebih banyak dengan pelaburan yang sedikit.

6. Tidak Menyedari Tentang Perniagaan Yang Diceburi

Ini disebut sebagai “Emyth Syndrome.” Terlalu banyak pemilik perniagaan yang gagal mengenal pasti satu fakta mudah: PEMASARAN adalah pemacu perniagaan. Jadi janganlah leka dengan penjualan produk dan perkhidmatan sahaja; anda seharusnya menumpukan perhatian untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Michael Gerber berkata,”Tumpukan perhatian TERHADAP perniagaan, dan bukannya DALAM perniagaan.”

Kesimpulan

Inilah enam kesilapan besar pemasaran perusahaan kecil. Terdapat banyak kesilapan yang mungkin dibuat oleh pemilik perniagaan kecil, tetapi ini merupakan kesilapan-kesilapan yang paling BESAR.

Tumpukan perhatian dalam menyelesaikan semua masalah ini, dan perniagaan anda akan lebih maju dan sentiasa mendatangkan keuntungan.

Artikel ini disiarkan di: http://www.usahawan.com

Thursday, January 15, 2015

Berada Dekat Dengan Sumber Peluang Sebagai Cara Mencapai Cita-cita Anda


Ramai orang yang berada dekat dengan sesuatu peluang, tetapi tidak berhasrat atau bercita-cita mencapai sesuatu peluang. Manakala orang yang bercita-cita mencapai sesuatu pula tidak berusaha untuk berada dekat dengan peluang.
Jadi kali ini saya akan menerangkan bagaimana anda yang ingin mencapai sesuatu cita-cita dengan kaedah berapa dekat dengan peluang tersebut. Ini mungkin langkah paling awal untuk anda mencapai sesuatu yang anda cita-citakan dalam apa saja bidang.
Jika anda ingin memancing ikan, anda perlu berada di kolam memancing, tasik ataupun laut yang mempunyai ikan didalamnya. Anda tidak mungkin mendapat ikan jika memancing di longkang di belakang rumah atau di kolam renang. Jadi anda perlu mengenalpasti lautan yang anda ingin terokai dahulu sebagai langkah awal.
Contohnya, katakan anda bercita-cita menjadi seorang penyanyi tetapi anda tidak nampak jalan bagaimana untuk mencapai cita-cita itu ataupun anda tidak kenal sesiapa penerbit yang ingin mengambil anda untuk mengembangkan bakat yang anda ada. Ataupun anda tidak kenal sesiapa komposer untuk mengubah lagu untuk anda.
Langkah awal yang anda harus lakukan adalah berusaha untuk berapa dekat dengan industri yang anda ingin ceburi itu.
Bagaimana caranya ?
Cita-cita anda adalah untuk menjadi penyanyi, sebagai langkah awal anda boleh cuba untuk mendapatkan mana-mana tugas berikut.
- Cari kerja yang berkaitan dengan industri musik. Samada anda menjadi office boy di pejabat musik atau menjadi penyanyi latar untuk penyanyi lain. Dengan kaedah seperti ini, anda akan mengetahui lebih mendalam mengenai industri ini. Semua pengalaman yang anda dapat ini akan membantu anda dalam mencapai cita-cita anda kelak
- Cari peluang untuk anda mendengarkan lagu anda kepada orang disekeliling anda. Orang disekeliling kita adalah individu yang terbaik untuk anda mencuba sesuatu. Mereka mungkin membuat lawak atas inisiatif anda ini, namun ia lebih baik daripada orang yang anda tidak kenali membuat lawak mengenai kelemahan anda. Jadi anda mempunyai peluang luas untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
- Hasil daripada mengenali kelemahan yang ada, anda boleh belajar dan cuba memperbaiki kelemahan ini sehingga ke tahap untuk anda pergi ke lebih ramai orang
- Gunakan kuasa internet dengan cuba menulis blog atau merakamkan lagu anda untuk diletakkan dalam youtube dan facebook supaya lebih ramai orang dapat melihat bakat anda ini.
Semua di atas adalah kaedah untuk anda ‘berada dekat dengan industri’  yang anda idamkan.
Apa sebenarnya yang anda dapat dengan berada lebih dekat ?
- Anda dapat masuk ke dalam dunia baru. Iaitu dunia industri idaman anda. Di dunia ini anda akan mula mengenali rakan-rakan yang dapat membantu anda mencapai tujuan dan cita-cita anda.
- Anda memahami selok belok industri ini. Ini sangat penting kerana tanpa mengetahui asam garam sesuatu industri, adalah mustahil untuk anda berjaya di dalamnya.
- Anda tahu apa kehendak industri ini dan mula mencari jalan untuk memenuhi kehendak industri ini..
Ini samalah seperti jika anda ingin menjadi seorang usahawan. Anda perlu berada dekat dengan industri ini, mula berkawan dengan kawan-kawan usahawan yang lain dan fahami selok belok perniagaan dengan lebih baik. Anda akan mendapati, kaedah ini adalah sangat efektif dan anda tidak akan gagal untuk berjaya mencapai cita-cita anda.
Cuba praktikkan teknik ini dan anda akan mula mendekati cita-cita anda ini hari demi hari. Sentiasa ingat mengenai cita-cita anda dan berusaha secara berterusan untuk mencapainya. Usaha tangga kejayaan.

Bagaimana Mencari Modal Memulakan Perniagaan / Bisnes


Persoalan paling utama ataupun lebih tepat jika disebut alasan paling utama untuk seseorang untuk tidak memulakan perniagaan adalah MODAL.

Modal yang dimaksudkan adalah duit tunai.

Saya pernah menghadiri banyak seminar dan perjumpaan usahawan dengan wakil rakyat. Persoalan utama yang selalu dibangkitkan.

“Kami tak ada duit, macam mana nak start perniagaan ?”

“Bank kejam kerana tidak mahu beri pinjaman kepada peniaga kecil”

“Kenapa kerajaan tidak meluluskan gran (duit free) untuk perniagaan kami ?”

“Kerajaan patut bantu kami untuk maju, apa guna kami sokong kerajaan ini ?”

Wakil rakyat pula akan dengar rungutan ini dan akan menjawab, “Saya telah dengar segala rungutan ini dan saya akan panjangkan kepada boss saya untuk tindakan yang lanjut. Kami faham masalah anda dan akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan”

Ini adalah skrip biasa yang dihalwakan dalam telinga usahawan. Setelah selepas majlis itu, wakil rakyat dan usahawan ini akan melupakan perkara ini. he he he.

Jawapan dari saya,

1. Untuk meminjam dari bank, anda perlu buktikan yang anda mampu membayar balik. Ini adalah persoalan asas dari bank. Sama juga jika kita sendiri yang meminjamkan wang kita kepada orang lain.

2. Jika perniagaan anda mempunyai masa depan dan meyakinkan, dan rekod perbankan anda cantik, bank pasti akan bagi duit. Memang bisnes model bank adalah membuat keuntungan dari pinjaman yang diberikan. Ini adalah peluang perniagaan bagi mereka, kenapa perlu mereka tolak ? Kerana perancangan anda tidak meyakinkan atau rekod anda buruk.

Jadi anda tidak dapat modal dari pelabur adalah atas beberapa sebab iaitu

1. Anda belum pernah buktikan apa-apa. Saya tahu bahawa anda yakin dengan perancangan bisnes anda. Semua orang pun yakin dengan perancangan bisnes mereka.

2. Bisnes yang anda rancang memang tak ada masa depan.

Jika anda masih yakin dengan perancangan bisnes anda. Teruskan dengan apa yang ada. Jangan la nak mengharapkan kerajaan atau bank untuk berikan pinjaman atau bantuan gran.

OK. berbalik kepada persoalan asal.

Adakah anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan ?

Sebenarnya anda boleh memulakan perniagaan dengan modal yang kecil atau tanpa sebarang modal.

Sebagai manusia, kesemua kita sudah dikurniakan dengan modal yang sedia ada. Iaitu modal dalam bentuk…

1. Masa 24 jam sehari

2. Otak dengan akal dan fikiran

3. Tubuh badan yang mempunyai tenaga

4. Manusia lain yang mempunyai semua 3 modal di atas.

Fikir dengan 4 modal utama ini, apa yang boleh anda lakukan. Saya akan sediakan beberapa cara di bawah ini.

Jika anda ingin membuat bisnes yang kecil, mulakan dengan mencari apa masalah yang anda boleh selesaikan ? dan mendapat wang dari penyelesaian ini.

Menawarkan Khidmat Percuma

Anda boleh menawarkan khidmat membuat website jika anda pandai membuat website. Jika klien ini tak nak anda buat website. Cakap pada klien tersebut.

“Jangan risau, saya akan buat website ini secara percuma, jika anda suka nanti baru bayar”

Ini salah satu cara untuk kita membina pelanggan. Jika kerja yang anda buat itu baik, tidak ada orang yang tidak akan bayar. Jika dia tak bayar pun, dia akan promosikan kepada rakan-rakannya. Anda kini sudah mempunyai seorang marketing agent.

Mencari Rakan Trading

Trading yang sama maksudkan disini adalah mencari rakan niaga strategik yang dapat kita bertukar ilmu dan kepakaran.

Anda inginkan sebuah website tetapi anda tidak mempunyai modal. Anda perhatikan diri anda dan lihat apa yang anda boleh buat. Jika anda mampu untuk mengajar memasak. Mungkin anda boleh offer dalam mudah.my atau dalam facebook bahawa anda boleh mengajar memasak kepada student universiti sebagai trading untuk membuat website.

Bagi anda memasak adalah mudah, bagi student itu membuat website adalah mudah. Jadi anda dapat website, student itu mendapat ilmu memasak.

Pengalaman peribadi saya, website saya www.kursusborongchina.com dibuat dengan percuma oleh seorang rakan saya Bub. Saya tidak pun menyuruh dia buat website ini, setelah siap dia tunjuk kepada saya. Saya terkejut dan suka dengan website ini. Sebagai balasan saya offer banner syarikatnya Bub Hosting untuk diletakkan dalam website saya secara percuma.

Saya yang tidak pandai membuat website dapat website, bub yang perlukan iklan dapat iklan. Situasi menang-menang.

Menawarkan Servis

Sebagai seorang manusia, tentu ada kemahiran anda yang anda sudah mahir.

Mengajar ilmu kepada orang lain adalah servis yang mudah yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal.

Jika anda mampu mengajar pelajar universiti anda boleh menyediakan tuisyen untuk mereka, jika anda tidak mampu, ajarlah budak sekolah menengah, jika masih tidak mampu, ajarlah budak sekolah rendah.

Jika masih tidak mampu, adakah anda tahu menulis dan membaca ? Terdapat orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Jadi tawarkan servis ini kepada mereka. Kepada kanak-kanak di Tadika.

Walaupun ramai parent yang tahu menulis dan membaca, mereka mungkin tidak mempunyai masa untuk ini. Jadi tawarkan servis ini kepada mereka untuk mengajar anak-anak mereka membaca dan menulis.

Jika anda tidak tahu membaca dan menulis..

Tawarkan apa-apa kemahiran yang anda tahu. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat terdapat kursus seperti Kursus Mengosok Baju, Kursus Makan Secara Formal, Kursus Memikat Wanita, Kursus Mengajar Bahasa Isyarat, dan banyak lagi.

Bagi saya secara peribadi, alasan modal adalah alasan paling tidak logik untuk diberikan jika anda ingin bekerja sendiri atau memulakan perniagaan.

Usahawan adalah seorang yang mengabungkan sumber yang ada untuk mencapai objektifnya. Sumber ini boleh jadi tanah pertanian, rakan yang ramai, minat yang mendalam dalam satu-satu bidang atau apa saja yang anda dapat gunakan untuk mencapai objektif anda.

Adakah anda masih perlukan modal ?

Jika jawapan anda Ya, anda sesuai kekal sebagai seorang pekerja makan gaji sepanjang hidup anda.

Bekerja makan gaji adalah cara terbaik menjadi binatang peliharaan yang berada di dalam kandang, berkawan dengan rakan-rakan yang terhad, tiada kebebasan, terpaksa dengar arahan boss, membuat kerja yang tidak disukai, dipersalahkan atas semua kesalahan dan yang paling utama, makan gaji adalah kareer yg palingg berisiko. Anda boleh dipecat bila-bila masa. Tapi masyarakat mengajar kita, kerja makan gaji adalah kerja yang selamat.

Sumber Rujukan : http://www.shahabudeenjalil.com/2011/03/bagaimana-mencari-modal-memulakan-perniagaan/

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI