PW 1 Zulkifli MOhammad (bersara)
bangga menunjukkan hasil titik peluh
Menakjubkan ! Kaedah fertigasi yang dipraktikkan dua bakal pesara TLDM dalam mengusahakan projek penanaman cili memberi pulangan begitu lumayan.
Pegawai Waren (PW I) Zulkifli Mohammad, 41 dan Bintara Kanan (BK) Badrudin Othman, 44 sedang menjalani latihan peralihan di Pusat Latihan Pertanian (PLP) Batu 8 Lekir selama setahun sebelum bersara dari perkhidmatan pada 18 Jun 2009. Latihan peralihan mereka bedua telah bermula dari 15 Mei 08 dan akan tamat pada 14 Mei 09.
Kedua-dua mereka yang mula menceburi TLDM pada 19 Jun 1987, dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak dan PLP Lekir yang telah memberi kawasan (tapak) kini sedang mengusahakan ladang cili dengan menggunakan kaedah fertigasi atau fetigation (fertilizer and irrigation) di dalam Rumah Perlindungan Hutan.
Sistem ini boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman moden di mana baja (dalam bentuk larutan) yang mengandungi dua belas unsur seperti Kalsium Nitrat, Zat Besi, Kalium Nitrat, Solu Potash, Magnesium Sulfat, Mangan Sulfat, Boron, Kuprum, Zink Sulfat, Mono Kalium Hidrogen Fostat, Potasium dan Natrum Molibat yang diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem pengairan (penitisan) yang dibina khas dan tidak menggunakan tanah. Sebaliknya hanya menggunakan habuk sabut atau sekam padi (bahan buangan) sebagai bahan asas tanaman. "Istimewanya, kaedah penanaman ini tidak kotor dan menjijikkan berbanding dengan keadaan konvensional lain," ujar PW Zulkifli.
Menurutnya, semua sistem pengairan yang digunakan untuk pengairan yang digunakan untuk pengagihan baja, ialah jenis tititsan yang dikawal oleh sistem jangka masa (timer) yang telah ditetapkan. Sistem pembajaan tambahan seperti baja organik, semburan hormon dan makanan tambahan (foliar) serta kawalan serangga dan kulat menggunakan sistem semburan dalam teknik fertigasi yang disyorkan.
"Memang mudah menggunakan kaedah ini kerana ia membuahkan hasil dua kali ganda lebih banyak dari menggunakan keadah penanaman biasa serta ianya merupakan satu-satunya aktiviti penanaman yang menyeronokkan serta tidak membeban dan membosankan,' ujar BK Badruin pula.
Menceritakan pengalaman, kedua-dua mereka mengakui tidak menyesal memilih bidang pertanian sebagai kerjaya setelah bersara kelak kerana ianya memberi pulangan yang memberangsangkan bak kata pepatah, tidak rugi berbudi pada tanah. "Kami berasal dari kampung dan lahir dari keluarga petani, sudah tentu asas pertanian sudah sebati dengan jiwa kami, sebab itu kami tidak kekok untuk terus menceburkan diri dalam bidang ini," ujar Badrudin bangga.
Kerana minat yang mendalam dalam bidang pertanian, kedua sahabat karib ini telah menghadiri kursus Teknologi Tanaman Sayuran Secara Kaedah Fertigasi di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada bulan Februari lalu di atas pembiayaan sendiri dengan kos sebanyak RM1,200.00 seorang. Kursus ini menekankan penanaman Rock Melon, cili, tomato dan terung yang berpotensi di pasaran.
No comments:
Post a Comment