Pihak kerajaan sangat memahami halangan dan kesukaran peniaga Melayu dan usahawan Bumiputera dalam aspek ini. Memang diakui pihak bank amat berhati-hati dalam meluluskan permohonan pembiayaan jika permohonan itu tidak disertakan dengan pembuktian yang menunjukkan kemampuan bakal peminjam membayar balik pinjaman berkenaan.
Bagi mengatasi halangan dan kesukaran tersebut, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan kepada golongan usahawan tidak kira yang baru bermula atau sedia ada. Ia merangkumi skim mikro kredit dan pinjaman mudah yang sepatutnya disalurkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan tanpa peraturan yang ketat.
BANK-BANK
KERAJAAN
- Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB)
- TEKUN
- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- MARA
- Smidec
- MdeC (Teknousahawan)
- Baitulmal
Apabila maklumat mengenai sesuatu pembiayaan telah diperolehi, apa yang perlu dilakukan oleh para usahawan ialah menyediakan keperluan yang ditetapkan. Jika jenis pembiayaan tersebut memerlukan bukti kemampuan membayar balik, usahawan mestilah menyediakannya dengan ikhlas dan jujur. Jika ia memerlukan jaminan atau penjamin, ia juga perlu disediakan oleh usahawan.
Walau apa pun bentuk pembiayaan disediakan oleh kerajaan atau pihak bank, jika para usahawan dan peniaga enggan mengubah sikap dan terus tidak mementingkan perniagaan atau perusahaan mereka, tidak ada gunanya.
Oleh itu, usahawan dan peniaga haruslah memaksimumkan pembiayaan yang diperolehi untuk tujuan memantapkan perusahaan masing-masing. Bukannya apabila mendapat pembiayaan, ia digunakan untuk membeli kereta baru atau rumah baru atau pun menambah isteri.
Sumber:Petikan dari www.perakini.com
No comments:
Post a Comment