Sejak kebelakangan ni,
ada banyak seminar, ada banyak produk info yang dihasilkan untuk
mewujudkan dan menambah kelompok peniaga Internet. Bagi saya, ianya
bagus. Dalam setiap seminar yang dianjurkan, pasti akan menghasilkan
peniaga Internet yang berjaya. Bagi setiap ebook yang dihasilkan tentang
perniagaan Internet juga pasti banyak menghasilkan peniaga Internet
yang power.
Tetapi, masih ramai lagi yang GAGAL buat duit di Internet.
Kenapa? (AMARAN: kandungan dibawah tidak sesuai dibaca jika anda ada penyakit sentap)
1) Tiada MENTOR
Perlu ke mentor? Zaman sekarang ni PERLU. Kerana
terlalu banyak persaingan, terlalu banyak teknologi diluar sana. Siapa
yang silap buat dan lambat bangkit, HABISS! Dengan ada nya mentor, kita
akan ditunjukkan shortcut untuk ‘memotong’ orang lain tanpa perlu bersusah payah nak buat eksperimen bagai.
2) DEGIL, TAK IKUT cakap mentor
Kes macam ni pun ada. Dah join sessi coaching, mentoring, workshop, tapi
bila balik rumah lain pula yang dibuat. Bila mentor suruh buat produk
info, balik nak buat affiliate pulak. Bila mentor suruh buat blog, balik
nak buat ebook pulak. Bila mentor suruh lalu jalan yang tak jammed, sibuk nak lalu jalan yang sesak penuh dengan semak samun. Akibatnya, sorry to say ke longkang lah jawabnya.
3) Banyak sangat noise
Terlalu banyak sangat ‘agenda’ lain nak buat. Kononnya, baling
sepuluh batu akan terkena satu dua batu. Kononnya nak mencari formula
ajaib yang orang lain tak jumpa. Kononnya nak buat sendiri A, B, C, D,
dan E supaya bolehla nanti jadi pakar semua tu. Kononnya, nak tiru macam
Tony Fernandes yang ada banyak bisnes. Hakikatnya, itu semua noise yang mengganggu.
4) Banyak buat benda merepek meraban
Padahal ikut perancangannya, jalan nak dilalui tu memang dah lurus
dan boleh terus lalu. Lampu semua dah ada. Cuma nak lalu dan ambil
tindakan saja. Tapi, benda lain pulak dibuatnya. Buat skim cepat kaya
la, buat itu ini la.. Tengok orang jadi kaya dengan buat ebook, kita pun
nak buat ebook. Tak sampai 2 hari, tengok orang jadi kaya dengan ebay,
kita pun nak buat ebay pulak. Tak sampai seminggu lepas tu tengok orang
update screenshot power buat dropship, kita pun nak buat
dropship pulak. Akhirnya, lepas setahun baru kita sedar kita banyak buat
benda merepek meraban. Kalau sedar, lepastu berubah takpe lah jugak. Ni
sedar dan ulangi perkara sama.
5) Jeles, dengki, iri hati!
Penyakit PHD ni sangatlah menebal dalam kaum kita ni. Entah kenapa
susah sangat nak buang. Bila nampak orang lain berjaya dalam bidang
affiliate, kita dengki dan berusaha untuk ceburi bidang affiliate untuk
mengalahkan sipolan (nak jadi lebih glamour dari sipolan)
6) Banyak sangat masalah yang DICIPTA SENDIRI
Buat ebook, ada saja tak kena. Software tak ada lah, masa tak ada lah, mood
tak ada lah, kerja lain banyak lah.. Pergi lepak maple tak ada masalah
la pulak. Hujan sanggup diredah, lampu isyarat merah sanggup dilanggar,
tayar pancit sanggup dibalun, pekerja maple sombong sanggup ditahan.
Tapi, untuk ebook sendiri yang dah berzaman tak siap tu macam-macam
pulak masalah.
7) Lebih percaya orang lain dari diri sendiri
Bila orang lain buat, kita percaya “ko mesti boleh buat, ko dah ada
kepakaran..”. Bila sampai kat kita, rasa tak yakin, rasa tak laku, rasa
tak boleh, dan seribu satu rasa lagi yang menimpa. Orang lain buat kita
yakin dia boleh buat. Tapi kita? yakinkah kita dengan diri kita?
8) Lebih memikirkan DUIT dari memikirkan USAHA kita
Belum buat produk lagi, dah kira dah berapa untung kita. Belum pun
jual produk lagi, dah mula rasa tamak. Belum pun produk kita dipasarkan,
dah mula fikir nak beli macam-macam. Pernah kita terfikir ke berapa
banyak usaha yang kita dah letak dalam kehidupan kita? Pernah kita
terfikir ke adakah kita dah beri yang terbaik dalam produk dan usaha
kita? Mentaliti kita masih lagi berpaksikan duit semata-mata.
9) Hidup dialam fantasi
Yang ni termasuk didalam kes parah. Pergi belajar buat duit, beli
ebook dah bermacam sampai bapak ebook pun dibeli. Tetapi, selagi poket
tak cukup kering, selagi ada member boleh bagi pinjam duit,
selagi cukup bulan dapat duit gaji, kita terus hidup dalam alam fantasi.
Alam yang penuh dengan keselesaan. Hidup perut kenyang, tidur lena,
pergi kerja balik kerja, penuh dalam alam fantasi. Terlupa semua apa
yang nak dibuat untuk memajukan bisnes online kita. Terlupa apa tindakan
kita untuk meniaga di Internet. Bila dah kering poket, tak ada tempat
nak pinjam, luka dah jadi nanah, mula lah tersedar ke alam realiti. Itu
pun tak tahu berapa lama boleh tahan berada di alam realiti sebelum
masuk ke alam fantasi semula.
10) Lebih sibuk buat kerja ‘cari SALAH’
Fasa terakhir adalah fasa kemuncak apabila buat ini tak kena, buat
itu tak kena. Mulalah sibuk dengan aktiviti ‘mencari salah’. Kerja-kerja
pemasaran, buat produk, tak ada pulak masa. Macam-macam pulak halangan.
Tapi bila masuk kerja mencari salah ni, nombor 1. Salahkan mentor,
salahkan ebook, salahkan bos, salahkan masa takde, salahkan orang yang
tak beli, salahkan poket yang tak ada duit, satu dunia disalahkan. Saat
ini terasa yang kita seorang lah yang paling betul dalam dunia.
Kesimpulan
Elakkan dari memiliki 10 punca diatas ni. Kalau boeh, hari-hari
tengok post ni samada kita ada ataupun tidak. Kalau masih ada, salam
takziah kerana kita masih lagi gagal memajukan bisnes Internet atau
lebih teruk, gagal buat duit online. Cuba buang punca-punca tersebut,
dan berubahlah.
1 comment:
Agak kasar post ini tapi ini adalah perlu bagi mereka yang ada punca-punca tersebut tapi masih tak sedar-sedar. Kadang-kadang kasar itu yang berkesan.Virtual Office Kuala Lumpur
Post a Comment