Wednesday, November 2, 2016

3 Elemen Penting Sebelum Buat FB Ads Yang Ramai Orang Terlepas Pandang

Betul ke…
Nak buat Facebook Ads ni kacang sangat! Klik sana, klik sini dah jadi…
Senang Jer Buat Facebook Ads Murah
Percaya tak…
Kenyataan tersebut memang betul!
Nak lancarkan kempen memang mudah.
Namun persoalannya adalah…
Adakah kempen itu bakal berjaya atau hanya ke laut?
Ha…
Nak pastikan kempen tersebut berjaya, tidaklah semudah itu.
Ada beberapa elemen penting yang anda perlu tau untuk pastikan setiap kempen yang anda buat berjaya.

3 Elemen Penting Sebelum Lancarkan Apa-Apa Kempen Pemasaran

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan 3 elemen penting yang anda perlu siapkan sebelum anda nak lancarkan apa-apa kempen; tak kisah lah di Facebook, Google mahupun secara offline.
Ketiga-tiga elemen ini sangat penting dan sering saya tekankan dalam mana-mana kelas yang saya adakan.
Kalau kami nak buat kempen untuk klien pun, kami akan kaji 3 elemen ini habis-habisan untuk pastikan kempen tersebut berjaya capai objektif dan target yang ditetapkan.

Elemen #1 – Kenal Pelanggan

Ini elemen yang paling penting. Pastikan anda baca & fahamkan betul-betul.
Anda mungkin biasa dengan situasi di bawah:
Ali: Abu, kau nak jual ubat kurus kau ni dekat siapa?
Abu: Aku nak jual ubat ni pada semua orang yang nak kurus.
Nampak tak?
Ini kesilapan yang paling common; tak betul-betul kenal pelanggan yang mereka inginkan.
Kempen pemasaran anda hanya bakal membuahkan hasil jika anda kenal pelanggan anda lebih dari mereka kenal diri mereka sendiri.
Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk anda kenal pelanggan yang anda nak.
Salah satunya adalah dengan menggunakan Customer Avatar.

Customer Avatar – Cara Kenal Pelanggan

Penting Kenal Siapa Pelanggan Yang Anda Nak
Ada 2 bahagian penting dalam Customer Avatar ni:
  1. Demografi
  2. Psikografi
Demografi pelanggan adalah mengenai diri pelanggan contohnya jantina, umur, pekerjaan dan di mana mereka tinggal.
Psikografi pelanggan pula ada mengenai psikologi mereka seperti impian, ketakutan dan masalah yang mereka hadapi mereka (contoh seperti gambar di bawah).
Contoh Data Customer Avatar
Ok, ini contoh avatar pelanggan untuk produk kurus.
Demografi:
  • Lelaki
  • Umur 25
  • Tinggal di Kuala Lumpur
  • Kerja sebagai pegawai kerajaan.
Psikografi:
  • Impian untuk kurus sebab nak berkahwin dalam masa lagi 3 bulan.
  • Mereka takut nanti bila bersanding dan bila ambil gambar nampak perut buncit.
  • Masalahnya adalah mereka sudah cuba pelbagai jenis diet dan senaman tapi berat badan masih tidak turun.
Untuk hasilkan avatar pelanggan, anda perlu buat sedikit kajian.
Kajian boleh dibuat melalui:
  • Pembacaan di blog-blog (terutamanya bahagian komen)
  • Forum
  • Facebook
  • Amazon

Elemen #2 – Copywriting

Ayat Iklan Yang Power Penting Untuk Hasilkan Jualan
Copywriting dalam bahasa mudah adalah ayat jualan.
Ramai yang menganggap copywriting adalah ayat power dan manis persis gula-gula.
Sebenarnya, copywriting hanyalah ayat yang ditulis menggunakan bahasa yang tepat, konten yang padat dan ditujukan pada orang yang tepat.
Bahasa yang tepat ya, bukan ayat power atau janji manis.

Hint: Kalau anda dah buat Customer Avatar dengan betul, anda akan tau apa bahasa dan ayat yang anda perlu gunakan supaya prospek terus serah duit pada anda.

Pelanggan Bukan Nak Beli Produk, Tapi…

Ini lagi satu benda penting bila anda tulis ayat iklan; anda kena tau apa sebab sebenar pelanggan membeli produk anda.
Apa sebenarnya yang mereka nak?
Apa tujuan utama mereka beli produk tersebut?
Pelanggan sebenarnya beli something yang anda jual sebab dia nak dapatkan manfaat daripada produk tersebut.
Manfaat itulah yang mereka nak sangat.
Jadi ayat iklan yang efektif adalah yang menekankan tentang manfaat yang pelanggan akan dapat daripada produk tersebut.
Anda perlu terangkan bagaimana manfaat produk dapat menyelesaikan masalah yang pelanggan sedang hadapi.
Nah, ini beberapa lagi tips tambahan untuk ayat iklan yang bagus:
  • Mengikut struktur yang teratur  (ada flow dia)
  • Mudah dibaca (bukan guna bahasa bombastik yang saintis dan doktor jer faham)
  • Ditulis menggunakan bahasa percakapan pelanggan kita (tak semestinya terlalu formal)
  • Cukup sekadar 3-5 baris sahaja untuk setiap perenggan
Dan ini antara tips paling penting yang anda wajib ingat.
Luangkan masa secukupnya untuk hasilkan tajuk yang boleh menangkap perhatian prospek dan membuatkan mereka tertanya-tanya dan ingin teruskan membaca.
Buat beberapa split testing untuk lihat tajuk mana yang paling banyak orang klik dan baca.
70% dari pelanggan membaca ayat iklan kerana tajuk. Jika tajuk tak menarik, pelanggan tidak akan membaca pun ayat iklan anda.

Elemen #3 – Gambar

Tahukah anda bahawa anda hanya ada 3 saat untuk mencuri perhatian prospek?
Sebab itu, gambar iklan memainkan peranan yang sangat penting khususnya untuk iklan di Facebook (yang sangat visual)
Kalau gambar tak menarik, prospek confirm tak perasna pun iklan anda.

Macam Mana Rupa Gambar Yang Bagus

Gambar iklan harus ada kaitan dengan tajuk iklan dan produk (bukan untuk menipu prospek supaya klik iklan anda).
Gambar yang bagus adalah gambar yang jelas menggambarkan produk yang anda jual atau apa masalah yang anda ingin selesaikan (dan untuk siapa).
Anda tak semestinya kena upah designer untuk tolong design kan gambar.
Kadang-kadang gambar yang ditangkap secara candid lebih mudah menarik perhatian prospek dan menyentuh emosi mereka.

Kesimpulannya…

Just untuk recap semula, ini adalah 3 elemen yang perlu ada untuk pastikan kempen pemasaran anda berjaya.
  • Kenalpasti pelanggan yang anda nak
  • Tulis ayat iklan yang tepat untuk pelanggan tersebut
  • Guna gambar yang menarik untuk curi perhatian prospek
Kalau terkurang mana-mana eleman, insyaAllah kempen anda bakal ke Laut China Selatan…

Sekejap! Artikel Ini BUKAN Percuma…

Artikel ini bukan ditulis ‘percuma’ untuk anda baca sorang-sorang jer.
Pastikan anda klik butang Share sebagai tanda terima kasih dan juga untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain.

Sumber: https://firdausazizi.my/elemen-penting-untuk-kempen-berjaya/

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI