Antara jual barang secara online dengan jual secara offline, ataupun face to face dengan bakal pelanggan, mana satu yang lebih mudah?
Kedua-duanya saya pernah buat. Saya rasa, seronok juga bila dapat bertentang mata dengan bakal pelanggan. Kita boleh lihat reaksi dia. Kita boleh baca bahasa tubuhnya, sama ada dia suka atau tidak dengan apa yang kita ceritakan tentang produk yang kita nak jual.
Saya rasa, bila kita dapat jumpa dengan bakal pelanggan, boleh face to face, kalau tak dapat nak jual barang sekalipun, kita masih ada peluang untuk jadi kawan. Dia tak beli hari ini? Tak apa, mungkin esok lusa, bila dia teringat pada kita, dia akan hubungi kita semula dan buat tempahan.Cuma saya rasa, jual secara berdepan ni, agak memenatkan.
Bagaimana kedudukan yang paling sesuai untuk buat persembahan jualan?
Adakah dengan gaya duduk bertentangan?
Bagaimana kalau duduk bersebelahan?
Patut atau tidak menggunakan kaedah presentation macam dalam kelas?
Apa yang kita patut cakap kepada bakal pelanggan?
Bila masa yang sesuai untuk set up appointment?
Lokasi kat mana yang sesuai untuk berjumpa? Di ofis? Kedai makan?
Jika jumpa di kedai makan, siapa yang nak bayar bil?
Eh macam-macam pulak nak kena fikir… Kadang-kadang tu, kita dah susah payah nak cari masa yang sesuai, yang mana kita sama-sama free dan boleh berjumpa. Tapi bila dah sampai masa yang dijanjikan, salah seorang tak muncul. Ataupun, datang lambat…
Macam-macamlah alasan… ada kemalangan atas jalan raya, ada roadblock dan macam-macam hal lain.
Nak menjual kepada 400 orang yang berbeza…
Ini merupakan satu cabaran yang agak besar.
Kalau anda merupakan jurujual yang berpengalaman, anda mungkin boleh gunakan style presentation dengan bantuan penggunaan slide PowerPoint dan sebagainya. Ala… sama macam yang sifu-sifu marketing gunakan untuk jual seminar tu.
Mula-mula dia tawarkan seminar percuma dalam topik tertentu. Bila ada peserta yang daftar, dan seminar percuma selama satu hari itu pun dijalankan, dia akan gunakan peluang ini untuk jual seminar berbayar dengan pakej-pakej tertentu.
Kalau yang hadir ke seminar percuma ada lebih 1,000 orang, dan daripada jumlah tersebut, ada 400 orang yang daftar untuk ke seminar lanjutan yang berbayar, maka kat sini, anda dah berjaya jual satu produk dengan hanya melakukan satu usaha persembahan jualan.
Tapi berapa ramai yang boleh dan mampu gunakan kaedah seperti ini? Saya percaya, tak ramai. Kebanyakkan kita (termasuk saya) kalau nak jual produk secara berdepan kepada 400 orang yang berbeza, saya mungkin terpaksa ulang persembahan jualan yang sama sebanyak 400 kali.
No wonder sesetengah salesman yang kita temui, cukup petah berkata-kata, dan sangat lancar melakukan persembahan jualan. Boleh jadi, sepanjang kariernya, dia dah ulang skrip dan dialog yang sama, sekurang-kurangnya 1,000 kali!
Saya rasa, saya tak ada energi sebanyak tu.
Sebab itu, saya lebih suka, kalau nak buat jualan, saya buat secara online sahaja. Tulis-tulis dalam blog, kemudian siarkan.
Artikel yang dah siap tu, kemudiannya saya kongsikan di media sosial yang saya kendalikan. Saya akan cuba dapatkan sekurang-kurangnya 1,000 views untuk artikel yang saya tulis khusus untuk jual barang.
Adakah ianya mustahil? Sudah tentu tak mustahil. Artikel ini, yang saya tulis khusus untuk jual perkhidmatan kereta sewa di Sabah dan homestay bajet telah memperolehi jumlah views sebanyak 7,000 lebih.
Seterusnya, saya promosikan artikel tersebut menggunakan teknik-teknik pemasaran yang saya tahu. Saya cuba dapatkan seberapa banyak views atau trafik yang boleh, untuk masuk ke blog tersebut dan baca artikel yang saya tulis.
Saya diberitahu, oleh pemilik perniagaan homestay bajet dan kereta sewa di Sabah yang saya promosikan tu, sekurang-kurangnya dah ada 10 orang yang menjadi pelanggan dia, hasil daripada artikel yang saya tulis tu.
Jumlah sebenar mungkin lebih ramai, sebab dalam ramai-ramai pelanggan yang dia dapat tu, mungkin ada yang lupa, kali pertama dia dengar pasal perkhidmatan tersebut, adalah setelah dia baca blog saya. Tak apa, itu kita tinggalkan dulu.
Menjual secara online menggunakan perkataan
Saya berpendapat, adalah lebih mudah untuk menulis sekali dan seterusnya dapatkan 400 orang untuk baca apa yang saya dah tulis, berbanding cari 400 orang, dan cakap benda yang sama kepada 400 orang ini.
Kadang-kadang, saya juga pernah alami rasa seperti tak tahu nak tulis apa, apabila menghasilkan artikel jualan.
Setiap kali saya alami benda tersebut, saya akan rujuk Kamus Copywriting yang mengandungi 1500++ frasa copywriting ini.
Ya, sampai sekarang ini, saya masih lagi rujuk kamus copywriting ini.
Orang yang menjual secara offline, kadang-kadang akan alami juga keadaan yang mana dia tak tau nak cakap apa. Begitu juga keadaan yang saya alami apabila jual secara online. Saya juga kerap kali berada dalam keadaan tak tau nak tulis apa.
Tahu tak, apa bahagian paling sukar apabila nak mula menjual menggunakan perkataan atau penulisan ini?
Lain orang, lain cabarannya. Pada saya, bahagian yang paling sukar adalah untuk menulis ayat pendahuluan. Ayat pendahuluan ini juga, adakalanya dipanggil sebagai ayat headline.
Kalau ayat headline langsung tak menarik, jangan harap pembaca akan beri perhatian terhadap apa yang kita tulis. Satu ketika dulu, semasa saya masih belum belajar tentang teknik copywriting ini, saya akan mulakan artikel dengan ayat-ayat seperti
Assalamualaikum dan salam hormat…
Bismillahirrahmanirrahim…
Pada suatu hari…
Jangan salah anggap ya, ayat-ayat tersebut tak ada masalah. Sebenarnya, memang bagus kalau mula menulis dengan memberi salam. Itu juga satu perkara yang baik disisi agama.Tetapi, matlamat kita adalah untuk buat jualan. Dari segi copywriting, sebaiknya kita terus fokus kepada apa yang kita nak sampaikan.Adalah lebih baik, kalau kita mulakan terus penulisan kita tu dengan bertanya soalan yang spesifik, yang kita tahu, kita ada penyelesaiannya.
Pada hari ini, saya lebih banyak membuat jualan secara online melalui artikel-artikel yang saya hasilkan. Alhamdulillah. Rasa macam tak percaya, tapi itulah hakikatnya.
Kalau anda rasa, saya ni tipu je dan tak boleh dipercayai, saya tak salahkan anda. Malahan, kalau saya yang pada hari ni, cakap benda yang sama kepada diri saya pada tahun 2009 dulu, iaitu ketika baru nak mula menceburkan diri dalam pemasaran online, saya juga mungkin tak akan percaya dengan apa yang saya baca atau dengari.
Selagi tak lalui sendiri pengalaman tersebut, memang susah untuk terus percaya. Mujurlah, satu ketika dulu, saya buat keputusan untuk pelajari teknik penulisan copywriting ini. In Shaa Allah, teknik penulisan ini, boleh digunakan untuk jual apa sahaja produk ataupun perkhidmatan dalam dunia ini.
Cuma… larat ke nak buat artikel banyak-banyak? ha ha