Monday, July 15, 2019

Cara Daftar AdSense YouTube Untuk Buat Duit Dengan YouTube

Menjana pendapatan dari YouTube bukan lah sesuatu perkara yang mustahil. Ia boleh di lakukan oleh sesiapa sahaja.

Malah, ramai pelajar sekolah yang mampu melakukanya santai2 di masa lapang untuk buat duit melalui YouTube
Jika mereka mampu melakukan nya, sudah pastinya ladyboss juga!
Cara paling mudah untuk buat duit guna YouTube ialah dengan melalui iklan Google AdSense. Dengan cara ini, pendapatan yang diterima adalah autopilot atau apa yang biasa disebut orang passive income.
Ladyboss hanya perlu upload video yang berkualiti dan disukai ramai.
Itu sahaja.
Mudah, kan?
The rest.. just leave it to Google to do all the work.
Cukup tempoh, Google akan membuat pembayaran melalui AdSense akaun.

Apa itu Google AdSense?

AdSense memberi peluang kepada Video Creator (Yes, that is you lah) untuk berkongsi keuntungan dari iklan yang Google tayangkan di YouTube channel anda.

Caranya?

Dengan menyertai YouTube Partner Program, anda memberi kebenaran kepada Google untuk mempamerkan iklan di ruangan video anda.

Iklan yang bagaimana tu?

Iklan samada dalam bentuk teks atau imej dan mungkin juga video selingan.
Berdasarkan pada konten di video anda, Google akan secara auto memilih jenis iklan yang sesuai untuk tontonan golongan niche anda.
Anda mungkin dibayar mengikut jumlah viewers atau mengikut jumlah ketikan ke ruangan iklan itu.

Mengapa AdSense? Tak dak ke cara lain untuk buat duit dari YouTube?

Ada.

Kelebihan buat duit dengan YouTube melalui AdSense

  • Anda in full control
  • Layan hobi (buat video/ tonton video) sambil buat duit secara pasif
  • Hanya iklan yang membayar bidding yang tinggi sahaja di terima
Walaupun Google yang menentukan pilihan iklan di ruangan video anda, namun anda masih ada kuasa muktamad dalam pemilihan iklan.
Ladyboss masih mampu untuk blok iklan yang tidak mengikuti citarasa, pendirian atau kewarasan anda hihi
Ladyboss juga boleh customise di bagian mana iklan itu sepatutnya muncul.
Pendek kata, ladyboss masih the boss!

Sebab nya?

Cause you are in full control.
You are allowed to choose, iklan yang bagaimana yang bersesuaian untuk ditayangkan di YouTube channel anda
Yalah, our YouTube channel ibarat rumah kita.
Tak kan lah kita nak memberi kebenaran setiap salesman untuk memasuki kediaman kita?
Ya kan?
Oleh kerana Google hanya memilih mereka yang membayar kadar iklan yang tinggi sahaja untuk ditayangkan, maknanya, peluang bagi kita untuk jana pendapatan dengan YouTube dari AdSense terjamin.
Best ke best?

So, macam mana kita? Nak ke buat duit dari YouTube dengan AdSense?

Jika jawaban anda adalah “Ya!”
Jom kita ketahui cara2 untuk melakukan nya dengan lebih detail.
Untuk buat duit dari YouTube , terlebih dahulu kita perlu memohon untuk menyertai YouTube Partner Program
Setelah mendapat kelulusan Google, kita perlu menghimpun sebanyak 10,000 viewers untuk melayakkan video kita menerima penempatan iklan dari Google.
Ini biasa nya hanya akan terjadi setelah kita mendapat Google Review. Kita boleh bersiap2 sedia memohon dari awal, supaya ia boleh dilakukan secara auto oleh pihak Google sebaik sahaja kita hit the mark of 10,000 viewers, yahooo..

Bagaimana caranya kita di bayar oleh Google?

Haahh.. that’s where AdSense comes in.
Untuk menerima bayaran dari Google, kita memerlukan Adsense akaun
So pastikan ladyboss sudah pun daftar Adsense YouTube terlebih dahulu, walaupun kemungkinan untuk menerima bayaran masih agak jauh.
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Mengapa?

Sebab, seandainya kita sudah pun mencapai tahap 10K viewers dan iklan sudah pun mula di tayangkan di video kita, namun kita masih belum mempunyai Adsense akaun, Google tidak akan membayar walau sesen pun ke atas iklan yang telah ditayangkan.
Faham itu.
Jika ladyboss sudah pun mempunyai blog atau website sendiri dan sudah pun mempunyai akaun AdSense, then its the very easy peasy.
Just link it.
Tapi…
What if ladyboss masih belum lagi ada blog atau website?
Don’t worry..
Ladyboss boleh ikuti di sini : Daftar website dalam 15 minit
Pergi lah daftar website dulu, akak ada di sini, tak kemana pun. Setelah daftar nanti ke sini semula, akak ada nii.

Cara nak daftar Adsense YouTube

Untuk  memastikan permohonan AdSense mendapat kelulusan, anda perlu memohon disini
Daftar Adsense YouTube

Step 1

: Pastikan anda sudah pun sertai YouTube Partner Program

Step 2

: Daftar AdSense akaun untuk terima bayaran
Daftar AdSense YouTube

Step 3

: Maklum kan kat Google pilihan iklan anda (yang melanggar syariah tu.. tak mau lah kan)

Step 4

: Tunggu untuk di review sebaik sahaja video anda mencapai 10K viewers (Pastikan video2 yang diupload memenuhi terma dan syarat yang di tetapkan tau)

Ok, siap sudah cara2 daftar Adsense YouTube



No comments:

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI