Monday, December 22, 2008

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERHEBAT PADA 23HB. DISEMBER 2008

Pelatih IKS siri 2 dan siri 3/2008 yang telah mendapat sijil masing-masing
Bergambar bersama Pengajar-pengajar kursus IKS dan pelatih iks Siri 2 dan 3/2008

VVIP yang hadir sempena Majlis Penyampaian Sijil PERHEBAT



Pelatih terbaik ialah En. Jamri Bin Tukiman (tengah) , Sijil Projek Berpotensi dari kanan En. Othman bin Nayan serta En. Subaher bin Hj. Zakaria


Keadaan keseluruhan pelatih PERHEBAT sedang menunggu majlis berlangsung.




Antara sebilangan pelatih IKS sedang menunggu Majlis Penyampaian Sijil PERHEBAT




















Saya bagi pihak semua pengajar IKS mengucapkan jutaan tahniah di atas kecemerlangan kepada semua pelatih IKS siri 2 dan Siri 3/2008. Semoga pada tahun -tahun mendatang, akan memperolehi kejayaan di dalam kehidupan seterusnya dan juga kerjaya masing-masing. Selamat Maju Jaya. Syabas dan TAhniah sempena Majlis Penyampaian Sijil PERHEBAT 2008









Tuesday, December 16, 2008

Lawatan Sambil Belajar IKS siri 3/2008 untuk Industri Pertanian di 4 buah syarikat



Seorang bekas askar iaitu En. Hambali yang telah lama menceburi ternakan lembu secara trading terutamanya musim perayaan/musim korban di ulu Langat, Selangor
Penerangan cara pemprosesan baja oleh pengarah urusan Bhumimas
En. Mohd Rosnei , Pengarah Urusan Bhimimas Sdn. Bhd. memberikan taklimat kepada peserta iks siri 3/08 berkaitan industri pemprosesan baja keluaran syarikat beliau, cara-cara proses dan kaedah proses, cara jualan dan pemasaran produk serta masalah-masalah ynag dihadapi.
Bergambar di lokasi ternakan lembu pedaging di Ulu Langat Syarikat Wawasan Agrotani Sdn. Bhd bersama dengan pengurus dan pelatih IKS siri 3
En. Mohd Zakaria memberi taklimat berkaitan industri ternakan lembu, pengalaman beliau, kos terlibat, cara pemasaran dan bagaimana ingin memulakan bidang ternakan lembu.

Monday, December 15, 2008

BETUL KER AKU NI NAK JADI USAHAWAN?! [SIRI 1]

Ada orang berkata, untuk berniaga memerlukan modal. Ada orang lain pula berkata, untuk berniaga memerlukan rangkaian. Ada lagi orang berkata, untuk berniaga perlukan itu dan ini. Berniaga dikatakan memerlukan macam-macam perkara. Apabila semuanya sudah cukup, barulah boleh berniaga.

Lain orang lain pendapatnya, berdasarkan pengalaman mahupun apa yang didengar oleh orang lain. Apabila mendengar pendapat orang lain, timbul was-was yang boleh menyebabkan kita berfikir semula,

"Betul ker aku ni nak jadi usahawan …?!"

Tetapi disini, yang ingin diperbincangkan adalah bagaimana seseorang usahawan itu boleh berjaya dan terus-menerus berjaya dalam menjalani dunia perniagaan. Penulis pernah membaca di satu makalah, terdapat 3 pemilikan yang perlu ada bagi setiap individu perniagaan bagi meneruskan apa yang mereka mahukan iaitu berjaya sebagai usahawan.

pemilikan pertama : BIJAK

Ramai yang pakar dalam berniaga. Tetapi adakah boleh dikategorikan sebagai bijak? Ramai yang boleh membahaskan perkara berniaga ini dengan memberikan contoh orang lain yang sedang berjaya. Selalu kita mendengar kisah orang lain berjaya. Tetapi kita sendiri tak pernah berjaya.

Pakar dan bijak mungkin boleh dibezakan sepertimana contoh dengan seorang saintis yang pakar dalam bidang sains tetapi kadangkala tidak tahu untuk menukar tayar keretanya sendiri. Sebenarnya pakar tersebut faham cara untuk menukar tayar kereta, tetapi disebabkan tidak pernah ada pengalaman, maka jadilah dia seperti tak tahu langsung.

Kata-kata hikmah, "Raih pendapatan sehari RM300, RM1,000 .." dan bermacam lagi dijadikan kata motivasi untuk mempengaruhi diri kita supaya menjadi seperti idola yang dicanangkan.

Apabila berkata demikian, dengan meminjam perkataan-perkataan orang lain ini, kita kadangkala menjadi seperti seorang pakar dalam satu-satu bidang perniagaan. Semuanya kita tahu untuk menerangkan. Tetapi untuk menangkis soalan pertikaian pihak lain, kita pula yang terkedu-kedu.

Ini kerana, skrip untuk bercerita telah ditetapkan daripada awal. Cerita kejayaan orang lain dijadikan sandaran untuk kita jadikan sebab untuk kenapa kita tidak boleh berjaya seperti "orang lain" itu. Hasilnya, kita terima bulat-bulat tanpa memberikan masa untuk diri sendiri berfikir dengan sebaik mungkin.

Disebabkan ceteknya pengetahuan, boleh menyebabkan kita kurang bersedia untuk memberikan pemahaman kepada orang lain berkenaan apa yang kita ingin perniagakan dengan sebaik-mungkin. Hasilnya, rasa rendah diri dan lemah semangat berlaku apabila soalan ditanya bertalu-talu.

Tetapi, kalau kita bijak mengawal suasana, bagaimana pula keadaanya. Biasanya, orang yang bijak adalah orang yang telah melalui banyak pengalaman. Pengalaman yang baik dan yang teruk. Lain orang lain pengalamannya.

Dengan mengalami kepelbagaian pengalamanlah, kita dapat membaca rentak dan langkah pihak lawan. Kita sudah boleh bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Kalau menjadi pakar dalam bidang tertentu, kita hanya dapat menerangkan berkenaan satu bidang sahaja. Pakar dalam memasak tidak semestinya bijak dalam mencipta sesuatu jenis masakan yang baru. Pakar dalam kejuruteraan, tidak semestinya bijak dalam bidang kepimpinan.

Sebelum berniaga, seorang usahawan biasanya akan terlintas dalam fikirannya untuk memperniagakan sesuatu produk atau perkhidmatan. Idea timbul daripada buah fikiran dan selepas daripada itu, pelbagai soal dan jawab akan bermain dalam fikiran. Otak akan memainkan peranan setiap masa sehingga kebuntuan berlaku.

Apabila buntu, persoalan akan ditanya kepada rakan terdekat. Rakan akan memberikan maklumbalas samada positif atau negatif. Sekiranya mengikut sepertimana yang kita harapkan, maka sudah tentulah ia satu galakkan yang positif. Tetapi, sekiranya berlawanan dan tidak mengikut apa yang kita jangkakan, sudah tentu ianya negatif yang melemahkan semangat.

Sudah tentu, kita akan banyak berjumpa dengan ramai pakar tidak rasmi dalam bidangnya. Bukannya salah berbuat demikian, tetapi itulah situasi yang biasanya berlaku. Pakar ini akan menilai perancangan kita, sehingga kita timbul was-was "Betul ker aku ni nak jadi usahawan?"

Ketika inilah, semangat akan memainkan peranan. Jika kita bijak memainkan peranan, maklumbalas negatif akan dapat dibalas dengan sokongan yang boleh memuaskan hati. Untuk berniaga sememangnya memerlukan sokongan. Kalau tidak banyak pun, sekurang-kurangnya sokongan semangat pun sudah memadai.

Apabila sudah mengetahui bahawa kita mampu untuk melakukannya, sokongan akan menjadi satu bonus. Ini kerana orang yang bijak, akan menggunakan sebaik mungkin sokongan daripada pihak lain yang pakar dalam bidang masing-masing. Lagi banyak sokongan pakar, lebih baik pula hasilnya.

Sebagai contoh, katakan kita mahu membuka kedai kek. Sudah tentu, kita akan mendapatkan nasihat daripada yang pakar dalam pengubahsuian kedai, pakar dalam kerja-kerja masakan, pakar dalam khidmat nasihat pasaran dan bermacam-macam lagi pakar. Kita tidak boleh keseorangan dalam usaha menjadi usahawan.

Apa-apa hal pun, kebijaksanaan mengukur baju di badan sendiri perlu ada kerana apa yang terfikir memang semua boleh dibuat, tetapi berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Maka, sebagai seorang usahawan yang bijak, kebijaksanaan mendapatkan sokongan daripada ramai orang yang pakar juga adalah sebagai kaedah untuk mengurangkan beban yang dipikul oleh bahu yang semakin sakit.


Bersambung ..

BELAJARLAH PERKARA ASAS SEBELUM BERJAYA

Seringkali kedengaran ramai usahawan yang baru mula berniaga menemui kegagalan sebelum masanya mereka berjaya. Tidak sampai beberapa bulan mereka menceburi diri mereka dalam perniagaan yang didengari indah khabar dari rupa, kekecewaan melanda diri apabila masalah datang bertimpa-timpa tanpa diminta. Secara tidak langsung, bagi mereka yang tidak tabah, akan menyalahkan pihak yang disekitar sebagai penyebab kegagalan.

Bagaimana sekiranya kita yang baru mula berniaga, meletakkan diri kita sebagai peringkat masih belajar. Jika dahulu selama hampir 11 tahun kita pernah belajar disekolah untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk kerjaya, bagaimana pula sekiranya sekarang ini kita belajar pula untuk berniaga. Bagi yang ada ilmu dan pengalaman perniagaan semasa di universiti atau disekolah, mungkin menyumbang sedikit sebanyak kejayaan dalam bidang perniagaan yang ingin diceburi. Bagaimana pula bagi mereka yang tiada asas langsung, tetapi ingin juga berjaya sepertimana rakan-rakan yang telahpun mengorak langkah mereka terlebih dahulu.

Seperti membuat rumah, perkara membina asas atau foundation adalah aktiviti yang melecehkan. Kerja-kerja seperti membuat "piling" dan "beam" merupakan aktiviti yang memakan masa berhari-hari dan memakan kos luar jangka. Atas pelan memang nampak mudah, tetapi apabila berada di lapangan(site) memang sukar dan memenatkan. Masalah demi masalah disedari semasa berlangsungnya kerja membuat rumah. Semua ini tidak terfikir semasa cadangan, tetapi pengalaman dirasai semasa proses melakukannya. Semakin banyak halangan, semakin banyak dipelajari. Dan yang dipelajari ini pula tidak pernah diajar secara mendalam semasa disekolah.

Membuat jalanraya juga adalah perkara yang nampaknya mudah, tetapi sedarkah bahawa kerja-kerja asas seperti mengorek tanah, menambak crusher-run dan pasir sebagainya mengambil masa yang lama berbanding dengan menambak bitumen(tar). Kerja menambak bitumen kadangkala hanya mengambil masa sehari berbanding kerja-kerja asas yang mengambil masa berminggu disebabkan pelbagai faktor seperti keadaan tanah, cuaca, mesin dan pekerja. Bagi yang telah mempunyai mesin dan pekerja sendiri, masalah ini tidaklah sukar, kerana telahpun mempunyai perkara asas.

Ambil contoh yang lain seperti memasak. Menyediakan bahan untuk masakan mengambil masa berbanding memasak. Jarak dan masa untuk pergi kekedai lebih lama berbanding kerja memasak. Sekiranya beringat, bekalan akan disimpan terlebih dahulu di peti ais dan untuk persediaan memasak akan mengambil masa yang singkat berbanding sekiranya bahan yang diperlukan tiada semasa diperlukan. Sudah tentu, proses memasak juga memerlukan pengalaman, kerana sekiranya tiada pengalaman, maka semasa kerja memasak sedang dijalankan, akan banyaklah barangan rencah yang terlupa disediakan. Ia boleh menjejaskan kualiti masakan nanti. Bila makan, cepat pula masa untuk dihabiskan, berbanding untuk menyediakan masakan tersebut.

Itu adalah contoh yang mudah difikirkan. Menyalahkan takdir sudah tentu bagi yang kurang berakal. Menerima takdir dengan baik kerana ia adalah sebagai menunjukkan Allah memberikan sokongan dengan memberikan pengalaman dan ilmu secara tidak langsung. Kita senantiasa berdoa untuk berjaya dalam lapangan perniagaan, tetapi dibalas oleh Allah secara tidak terfikir dek akal. Kadangkala, kita meminta untuk dipermudahkan perjalanan perniagaan, tetapi yang datang adalah masalah yang pelbagai. Bergantung kepada bersarnya pulangan yang dimahukan, semakin besarlah pula dugaan yang diberikan Allah.

Bezanya, adakah kita bersedia untuk menerima dugaan sebelum masanya menerima kejayaan? Kita melihat dan mendengar rakan-rakan yang berjaya seperti mereka ini tiada masalah untuk mengekalkan kejayaan perniagaan mereka. Tidak mereka ceritakan masalah atau halangan yang telah dihadapi kerana ia akan menjejaskan reputasi sekaligus kredibiliti untuk berurusan. Kita memandang kejayaan demi kejayaan rakan-rakan, berbanding kita yang semakin bermasalah demi masalah.

Tetapi, percayalah bahawa yang paling berjaya itulah yang paling banyak menerima cabaran terbesar dengan kadar masa yang mungkin singkat. Dugaan yang diterima kadangkala tidak dapat diterima oleh kita yang biasa. Kalau dugaan hanya diperingkat biasa, mungkin keseronokan untuk berpuashati dengan kejayaan mungkin tidaklah semanis mereka yang berjaya menghadapi kesukaran.

Sekarang ini, terdapat pelbagai kursus dan ceramah motivasi untuk berjaya dalam perniagaan seringkali dianjurkan oleh pihak yang berkenaan. Pihak kerajaan sudah tentu menggalakkan aktiviti seperti ini kerana usahawan yang menjalankan perniagaan akan menjana ekonomi negara secara tidak langsung. Walaupun ianya adalah mikro tetapi dengan kuantiti yang ada, ia sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan pelabur luar untuk berurusniaga perniagaan dengan rakyat Malaysia. Masalah yang timbul apabila berniaga adalah semakin kurang masa untuk kita memotivasikan diri kita menghadiri kursus peningkatan perniagaan. Moral kita semakin jatuh apabila sokongan persekitaran semakin tidak memihak kepada perniagaan kita.

Kadangkala kita merasakan apa yang kita ada sudah mencukupi untuk menghadapi semua. Pengalaman kerjaya yang bertahun juga dijadikan sandaran begitu juga rangkaian kenalan yang banyak meyakinkan kita untuk meneruskan aktiviti perniagaan. Dengan sokongan rakan-rakan kita mula merasakan sudah boleh berniaga tanpa memikirkan bahawa risiko yang datang hampir-hampir diluar jangkaan. Keegoan boleh menjadi barah kepada diri sekiranya kita tidak bersyukur dengan apa yang diterima.

Apabila sudah memasuki alam perniagaan yang sebenar, sokongan rakan-rakan semakin berkurang berkadar dengan peningkatan masalah yang dihadapi. Hanya rakan yang memahami boleh memberikan perangsang untuk kita meneruskan perjuangan. Tetapi, ada ramaikah rakan yang betul-betul memahami apa yang dihadapi oleh kita?

Jadi persoalannya, adakah kita benar-benar sudah bersedia untuk menerima cabaran yang sebegitu rupa. Asas untuk berniaga adalah perlu. Perlu untuk dipelajari dan dihadapi samada rela atau tidak. Jangan kita memikirkan asasnya hanya asas ilmu perniagaan sahaja, tetapi asas agama adalah perlu kerana landasan agama adalah penting agar kita tidak tersasar daripada landasan.

Etika perniagaan perlu dijaga kerana ia melibatkan amanah dan kepercayaan. Semakin kita menghadapi dunia perniagaan, semakin banyak asas yang dipelajari tanpa disedari. Pada ketika itu, kesediaan untuk berkongsi ilmu kadangkala menjadi satu halangan pada diri. Ego sekali lagi menjadi sebab untuk kita merasakan apa yang kita dapati adalah atas usaha sendiri tanpa menyedari bahawa sekiranya Allah tidak membuka ruang sokongan daripada persekitaran, kita tidak mungkin akan berjaya.

Nabi kita begitu menggalakan umatnya berniaga. Menjadi usahawan adalah sebagai menyokong usaha Islam untuk umatnya berjaya. Umat Islam akan berjaya kerana adanya sokongan daripada usahawan yang yakin bahawa rezeki itu adalah hak Allah. Allah boleh memberi atau menarik rezekiNya dengan tidak disangka-sangka.

Kesimpulan
Kesukaran sehingga menjadi usahawan yang berjaya, hanya mereka yang pernah melaluinya boleh menceritakannya dengan baik. Ini kerana pengalaman yang didapati adalah mahal, disebabkan asas kearah tersebut memakan masa usia kita. Dan masa adalah emas yang bernilai kepada usahawan untuk berjaya. Sebagai usahawan, menghargai masa adalah satu daripada asas yang perlu difahami.

Sekian.

Sunday, December 14, 2008

Bekas doktor tanam cendawan shiitake

Cendawan satu ketika dulu hanyalah tumbuhan liar, yang banyak didapati pada kayu reput, atas tanah, dalam hutan dan seperti kata pepatah, kelihatan selepas hujan.

Dengan kata lain, ciri-ciri tersebut menjadikan tumbuhan tersebut tidak mempunyai nilai komersial dan hanya penting untuk makanan semata-mata.

Itu senario dulu tetapi dengan perkembangan sektor pertanian yang semakin memberangsangkan, ramai menyedari bahawa cendawan sebenarnya satu tanaman industri yang berpotensi untuk menjana ekonomi.

Malah, dengan perkembangan bidang bioteknologi, cendawan juga boleh dianggap penyumbang kepada bidang tersebut kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.

Jabatan Pertanian bagaimanapun menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua kilogram setahun.

Ketika ini, pelbagai cendawan yang popular ditanam di negara ini antaranya Auricularia sp (telinga kera /jeli hitam), Schizophyllum commune (cendawan kukur), Flammulina velutipes (jarum emas) dan Agarcius braslllensis (cendawan butang), Spesies lain termasuk Ganoderma sp. (Ling zhi), Hericum erinaceum (cendawan bunga kubis) Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu).

Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.

Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai, Kedah sejak 1985 lagi.

Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak ramai berminat dengan tanaman cendawan.

Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000 daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk cendawan brazil, butang dan oyster.

“Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada 1996 dan meninggalkan ayahnya untuk meneruskan perusahaan tanaman tersebut.

Ketika di sana, dia mendapat tahu bahawa selain brazil, cendawan shiitake antara yang popular dan ia mendorongnya untuk meneruskan projek tersebut.

Cendawan, shiitake katanya lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam daging. Ia juga mempunyai nilai perubatan.

“Orang gemar menggunakannya sebagai makanan tambahan, masak lemak cili api dan serunding.

“Sejak itu saya yakinkan bapa saya supaya memberi tumpuan kepada shiitake yang bermula pada 1997,” ujarnya.

Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanadam, beliau kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju melabur RM1 juta pada 2005.

Shiitake atau nama saintifiknya Lentinus edodes mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol.

Namun katanya, kerja menyediakan bahan untuk menanam cendawan tersebut melibatkan banyak perkara kerana ia merupakan spesies yang sensitif dan memerlukan keadaan bersih terutama semasa inokulasi.

Kaedah menanamnya lebih kurang sama dengan cendawan lain seperti tiram kelabu yang juga menggunakan polibeg tetapi perlu ditegakkan.

Tanaman cendawan yang diusahakannya juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam iaitu kurang populasi bakteria.

Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia.

Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu.

Katanya benih tersebut mestilah yang berbunga besar, batang tebal dan kejap serta mempunyai insang tertutup untuk proses kultur tisu.

Bagi membolehkan ia menghasilkan keluaran lebih baik, benih seharusnya diambil daripada generasi ketiga.

Justeru, meskipun shiitake berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai cendawan hibrid gunung tersebut.

Selain itu, ia perlu diubah kepada media oat terlebih dahulu dari kultur tisu sebelum ditanam sepenuhnya kerana dengan cara ini peluang hidup lebih tinggi berbanding terus kepada kultur tisu.

Polibeg shiitake perlu diletakkan menegak bagi membolehkan misellium nya bergerak dari atas ke bawah dan kemudiannya membentuk koloni.

Mengenai penjagaan pula katanya, apabila cendawan muncul di mulut polibeg dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari dan ‘rehat’ selama 20 hari.

Selepas 20 hari, ia perlu disiram dalam keadaan polibeg tertutup dan terbalikkan dan akan cendawan akan muncul semula pada hari kelima.

Ia boleh menghasilkan cendawan dalam tempoh tiga atau empat bulan sebelum memulakan penanaman baru.

Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak di pasarkan ke pasar raya-pasar raya besar.

Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.

Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut.

Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.

Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.

“Saya ingin menasihati mereka yang ingin menceburi perusahaan cendawan supaya menjaga kualiti dan mencari pasaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.agrobio_future.com.

Petikan dari Utusan Online...

Gemukkan kambing guna Magic Box

Teknik Magic Box yang diaplikasikan Fauzi diyakini berupaya merangsang pertumbuhan kambing.

SETELAH 11 tahun berkecimpung dalam dunia perusahaan penternakan kambing, Muhammad Fauzi Daud, 44, membuktikan usaha gigih, pergorbanan serta pengalaman yang sentiasa mendewasakan beliau dalam industri berkenaan pasti membuahkan hasil.

Bermula hanya dengan 20 ekor kambing serta bermodalkan wang sebanyak RM30,000, beliau memulakan perusahaannya di sebuah ladang ternakan di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Lebih menarik, beliau yang tidak tergopoh gapah untuk mencari keuntungan ataupun pulangan dalam masa yang singkat, sebaliknya menghabiskan masa selama lima tahun untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri berhubung segala faktor yang berkaitan perusahaannya.

Ini termasuk mengkaji sistem ternakan terbaik, faktor pemakanan dan juga aspek penjagaan yang dapat diaplikasikan kepada kambing-kambing ternakannya.

Langkah tersebut adalah bagi memastikan penceburan beliau dalam bidang tersebut bukan sekadar untuk menjual serta membekalkan kambing, malah mewujudkan sebuah sistem yang benar-benar efektif dalam menghasilkan ternakan yang benar-benar berkualiti.

Pada masa sama beliau juga berharap dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Dalam jangka masa lima tahun menjalankan R&D, beliau tidak menjual walau seekor mahupun membekalkan kambing kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, beliau memfokus terhadap mengkaji cara untuk membina sistem kandang, teknik pembiakan, penjagaan dan faktor pemakanan yang mampu mempengaruhi tumbesaran kambing.

Muhammad Fauzi mengakui, jangka masa lima tahun itu dirasakan agak panjang dan mungkin menjejaskan perusahaan kerana tiada janaan pulangan modal dalam lingkungan masa terdekat.

Namun, berteraskan minat serta pengalaman perniagaan yang mantap sebelum ini, Fauzi yang merupakan seorang pengusaha perabot, hanya mula membekalkan kambing kepada umum pada tahun ke enam selepas beliau benar-benar berpuas hati dengan ternakannya.

Menurutnya, selepas menjalankan sendiri R&D yang komprehensif, kambing yang diternak mampu membesar dengan lebih besar daripada saiz biasa.

“Pembinaan kandang yang bersesuaian serta pemakanan yang baik mampu mempengaruhi faktor pembesaran seekor kambing itu,’’ katanya.

Bekat kesabaran beliau itu, Fauzi kini memiliki dua ladang ternakan iaitu di Lenggeng dan Batang Berjuntai, Selangor.

Ladang ternakan di Lenggeng itu mempunyai keluasan 20 ekar dengan 10 ekar daripadanya menempatkan tiga tapak kandang kambing dan selebihnya adalah kawasan rumput untuk dijadikan makanan kambing.

Sehingga kini, beliau memiliki 1,050 ekor kambing daripada jenis Jamnapari yang bakanya diimport dari Indonesia, manakala 1,300 ekor kambing lagi ditempatkan di Batang Berjuntai meliputi jenis Jamnapari dan Bebiri.

Antara yang menarik, Fauzi mengaplikasikan teknik pembinaan kandangan kambing yang dipanggil Magic Box dan menyelaraskan teknik pemakanan Feed lot bagi menggalakkan pembesaran kambing-kambing ternakannya.

Kandang tersebut merupakan tempat Fauzi menempatkan kambing yang berusia lebih dari tiga bulan untuk ‘digemukkan’.

Melalui teknik Magic Box ini, kambing-kambing akan ditempatkan pada petak-petak yang hanya mampu menempatkan seekor kambing dan akan dibiarkan di dalam petak tersebut untuk suatu jangka masa sehingga berbulan-bulan.

Setiap petak dilengkapi dengan tempat pemakanan yang khas di mana kambing-kambing tersebut akan mendapat bekalan makanan yang mencukupi.

Selain itu, ruang yang kecil turut membataskan pergerakan kambing di dalam kotak tersebut sekali gus menjadikan ia lebih gemuk.

Sistem tersebut ternyata berkesan kerana kambing-kambing yang ditempatkan di dalam Magic Box itu mempunyai peningkatan dari segi berat dan saiz berbanding kambing yang diternak di dalam kandang biasa.

Pada kebiasaannya, seekor kambing Jamnapari yang matang memiliki berat antara 60 hingga 70 kilogram (kg), manakala menerusi Magic Box berat kambing mampu mencecah sehingga 100-120 kg.

Jelas Fauzi lagi, kambing-kambing yang ditempatkan di dalam Magic Box nyata sihat-sihat belaka dan bebas daripada penyakit kerana petak khas itu telah dicipta dengan tempat pembuangan sisa yang begitu efektif sekali gus menjamin kebersihan kandang.

“Paling penting, penjagaan yang teliti perlu dilakukan bagi menjamin kualiti ternakan,’’ ujarnya.

Dari segi pemakanan pula, Fauzi menggunakan dedaun hijau daripada pelbagai jenis tumbuhan yang dicampur dengan hampas soya, barli dan juga kandungan mineral DG Premix.

Tambah beliau lagi, memproses makanan ternakan sendiri menjadikan kos pemakanan dapat dikurangkan dan lebih menjimatkan.

“Sekiranya, pengusaha menggunakan pellet sebagai bahan makanan, purata kos bagi seekor kambing adalah pada RM1 untuk sehari, padahal jika makanan diproses sendiri, kos tersebut mampu dijimatkan sehingga 30 sen bagi setiap ekor untuk sehari,’’ jelasnya.

Kini, selain membekalkan daging dan baka kambing, beliau turut menawarkan projek mini perladangan kontrak ternak kambing dan bebiri.

Pakej tersebut didatangkan dengan kandang, khidmat nasihat serta bantuan selepas jualan, kursus, kontrak pembelian balik hasil.0196509690

Pinggan pakai buang ubi kayu

Pinggan pakai buang yang boleh dimakan, dihasilkan daripada ubi kayu.

Hasil keluaran NHI berbeza dengan pinggan polistrin kerana pinggan ubi kayu lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tempoh 28 hari

UBI kayu memang sinonim di negara ini sebagai pengalas perut ketika Perang Dunia Kedua. Kini ia lebih popular sebagai makanan ringan seperti kerepek selain dijadikan kanji memekat kuah masakan.

Di Brazil, tepung ubi kayu digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Ia digoreng, dipanggang dan dipercik dengan santan manakala di Amerika Syarikat pula, ubi kayu diuli kecil bersaiz dua hingga tiga milimeter (mm) untuk dijadikan perhiasan seperti mutiara.

‘Resume’ ubi kayu di seluruh dunia memang hebat. Justeru, tidak hairan apabila sebuah syarikat tempatan, Natures Harmony Industries Sdn Bhd (NHI) yang menjalankan penyelidikan selama tiga tahun berjaya menghasilkan pinggan daripada ubi kayu. Lebih unik, pinggan yang dihasilkan itu boleh dimakan.

Sejak diperkenalkan pada awal Oktober lalu, NHI menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mengetahui keistimewaan pinggan ubi kayu. Dengan dihasilkan daripada bahan semula jadi dan mesra alam, pinggan pakai buang ubi kayu memang ditunggu-tunggu untuk menggantikan pinggan pakai buang yang ada di pasaran sekarang.

Memang diakui di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama pinggan pakai buang yang kebanyakannya dihasilkan daripada bahan buangan. Ada juga yang dihasilkan daripada bahan petroleum. Justeru, dari segi kesihatan, penggunaan produk itu agak berisiko kerana ia mungkin merangsang sel barah, lebih-lebih lagi ia mengambil masa antara 120 hingga 80 hari untuk terbiourai.
Doh perlu diuli selama 30 minit.

Pinggan daripada ubi kayu agak berbeza kerana ia lebih mesra alam dan boleh lupus dalam tanah pada masa lebih cepat, iaitu 28 hari.

Pengarah Urusan NHI, Ramaness Parasuraman, berkata pinggan daripada ubi kayu bukanlah satu-satunya produk keluaran NHI, sebaliknya syarikat itu akan menghasilkan mangkuk, sudu, garfu selain bekas makanan dan talam daging daripada bahan itu mulai tahun depan.

Ramaness berkata, matlamat utama syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu bertujuan untuk memberi pilihan produk yang mesra alam kepada pengguna.

“Pinggan ubi kayu adalah pilihan terbaik bagi kempen cintai alam sekitar. Ia mudah lupus kerana dibuat daripada bahan semula jadi selain sisanya boleh dijadikan makanan ternakan,” katanya.
P Ramaness (kanan) berbangga dengan produk pinggan ubi kayu mesra alam hasil penyelidikan selama tiga tahun.

Pinggan ubi kayu memiliki jangka hayat selama dua tahun dan selepas itu mikrobnya akan lupus secara semula jadi menjadikan saiznya mengecil daripada saiz sebenar.

Ramaness berkata, syarikat itu menghasilkan pinggan ubi kayu berasaskan pemerhatian selain pembangunan dan penyelidikan yang dilakukannya.

“Dulu ubi kayu popular sebagai kerepek. Sekarang, ia boleh dibangunkan menjadi pinggan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi petani. Penggunaan pinggan ubi kayu juga bersesuaian dengan polisi sesetengah negara yang menggalakkan produk mesra alam,” katanya.

Beliau berkata, polisi kebanyakan negara barat yang mengharamkan penggunaan bekas makanan daripada polistrin membuka ruang kepada produk berkonsepkan mesra alam seperti pinggan ubi kayu.

“Ketika kami membawanya ke Amerika Syarikat buat pertama kali, ia mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Malah, kami menerima tempahan dari sebuah rangkaian hipermarket di negara itu dan mulai tahun ini kami akan meningkatkan pengeluarannya,” katanya.

Selain Amerika Syarikat, konsep mesra alam pinggan ubi kayu ini turut menarik perhatian syarikat pengendali kereta api China, iaitu China Railways Road yang menyediakan ribuan kotak makanan sehari untuk penumpangnya menggunakan pinggan pakai buang, polistrin.

Bekas makanan itu biasanya sukar diuruskan kerana jumlahnya yang banyak dan mengambil masa lama untuk dilupuskan.

Ramaness berkata, selain mempromosikan produk mesra alam untuk menembusi pasaran antarabangsa, pengeluarannya pinggan ubi kayu boleh meningkatkan taraf hidup petani di negara ini yang mengusahakan tanaman itu.

Ketika ini kebanyakan bekalan ubi kayu yang diperoleh NHI dibawa masuk dari Thailand. Namun, menjelang tahun depan bekalan mentah ubi kayu juga dijangka diperoleh dari ladang tempatan seperti Kelantan.

NHI kini beroperasi di Nilai dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta unit sebulan. Oleh kerana sambutan sungguh menggalakkan daripada pasaran tempatan dan luar negara, NHI akan memperbesarkan saiz kilang, menambah lima buah mesin yang dibeli dari Jerman.

Peningkatan taraf kilang dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 48 juta unit pinggan. Untuk memenuhi permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat dan China, NHI juga mengalu-alukan mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dan menjadi wakil pengedar.

INFO: Pinggan ubi kayu

# Pinggan ubi dihasilkan daripada 99 peratus tepung ubi kayu

# Prosesnya bermula dengan diformulasikan selama 20 minit sebelum diuli dengan mesin uli berbentuk kawah kecil selama 30 minit.

# Selepas menjadi doh, ia akan dipotong-potong kecil menggunakan mesin pemotong.

# Setiap satu doh dimasukkan ke dalam acuan membentuk pinggan.

# Setiap satu doh akan dibakar selama 45 saat pada tahap 220 hingga 240 darjah Celsius.

# Pinggan yang dihasilkan akan dihantar ke mesin pengukur dan pemotong berbentuk saiz pinggan bagi memastikan setiap produk memiliki ukuran standard.

# Pinggan ubi kayu boleh menahan kepanasan hingga 180 darjah Celsius atau selama empat jam sebelum mula mengembang.

# Bagi makanan sejuk ia boleh bertahan selama sehari.

# Jika tidak digunakan langsung, ia boleh bertahan selama dua tahun.

# Bagi memastikan mutu dan kualiti pinggan yang dihasilkan, hanya ubi kayu jenis KU 55 saja digunakan. Ini kerana ubi kayu jenis ini memiliki kandungan serat yang tinggi.

Fikir...fikirkanlah.... bakal usahawan

Dear All,

A friend that works at a car dealership was recently discussing a sales technique with me. "We're not allowed to let customers leave...until they take a test drive," she said. "If they take a test drive, the chances that they'll buy really improve."

What does this have to do with today's topic? The car dealership's policy clearly illustrates the difference between selling features and selling benefits.

So what's the difference?

Feature: The structure, physical description, or attributes of your product or service.

Benefit: The emotional reasons or connections your prospect makes with your product or service.

At a car dealership, putting the consumer in the driver's seat changes the way they view the vehicle. No longer are they looking at the "features" of the car, they are experiencing the benefits. (Hence the increase in sales.)

So what can you do to make sure your message is speaking to your prospect's heart and not their head? Ask yourself a series of questions:

How will their life be better, easier, or more fun with my product or service?
Why will they want to tell their friends about my company?
Without my product or service, what will the prospect be missing?
How will the prospect justify this purchase to themselves or their spouse?

By answering these questions, you will discover the benefits that will attract your prospects. No matter how tempted you may be to point out the incredible "features" of your product, sell with the prospect in mind.

When you constantly put the prospects emotions first, you will create marketing messages that drive sales like you've never seen before.


Sincerely,
Moderator

Syed Abdullah Buktikan Orang Melayu Juga Boleh Buat Yong Tau Foo


KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Sabtu itu kedai Hikmah Food Specialities Sdn Bhd dibuka seperti biasa dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Beberapa pekerja sibuk membungkus pelbagai jenis bahan pramasak untuk hidangan yong tau foo, campuran makanan laut dan tauhu, dalam kuantiti yang banyak.

Pada setiap bungkusan besar bebola ikan, ketam dan sotong, bendi dan cili yang disumbat surimi, wantan dan fucuk, karipap ikan dan jejari ikan hinggalah kepada serbuk supnya, kuah kicap manis, kuah cili, dan bawang goreng, bijan dan kacang tumbuk, tertulis nama destinasi bungkusan itu akan dihantar - sebuah hotel ternama di Jalan Ampang.

Dalam masa yang sama beberapa pelanggan Melayu sibuk membeli bahan yong tau foo pilihan mereka. Ini tidak menghairankan kerana makanan asal Cina ini sudah popular dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. Cuma yang membuatkan yong tau foo Hikmah Food Specialities istimewa ialah kerana pengusahanya seorang Melayu, yang mempromosi yong tau foo halal.Produk yong tau foo Hikmah ini semakin banyak didapati di pasar malam, pasar tani dan pasar raya di negeri-negeri.MELAYU BERNIAGA YONG TAU FOOKenapa pilih yong tau foo? soal penulis kepada pengarah urusan syarikat ini Syed Abdullah Syed Hassani, 48, ketika beliau berbicara mengenai asal usul beliau menceburi perniagaan ini.


"Saya mahu mencari kelainan," katanya mengakui yang bukan tidak ramai kawan-kawan mencadangkan perniagaan biasa seperti tom yam, tetapi baginya yong tau foo halal keluaran seorang Melayu, banyak potensinya."Susah untuk mencari yang halal pada mulanya dan masalah ini saya jadikan peluang untuk saya memajukan perniagaan," katanya sambil menceritakan untuk sampai ke tahap yong tau foo keluaran syarikatnya dikenali, tidak semudah yang dijangka.Bapa kepada empat orang anak dan tinggal di Seremban ini mengakui tidak ada ilmu asas membuat yong tau foo, oleh itu beliau mencari rakan kongsi - seorang peniaga pasar malam Zainon Hashim dan Low Pik Woon yang pernah bekerja di kilang tauhu semasa kecil.Bahkan untuk mendapatkan pinjaman memulakan perniagaan ini juga Syed Abdullah terpaksa bersusah dahulu kerana pertama, 1999 (tahun beliau memulakan perniagaan) adalah waktu kemelesetan ekonomi mula menjengok, kedua, beliau seorang Melayu yang mahu berniaga barang yang bukan tradisi orang Melayu dan ketiga, beliau tidak ada trek rekod berniaga sedangkan bank-bank begitu memilih ketika itu

"Pernah pada mulanya saya ke sebuah cabang pelaburan kerajaan membawa kertas kerja, tapi belum pun sempat nak tunjuk, saya sudah dileteri lebih setengah jam... orang Melayu tidak tahu berniaga...," katanya.BELAJAR DARIPADA KESILAPAN SENDIRIPerniagaan beliau bermula dengan sejumlah modal sendiri dan RM100,000 pinjaman daripada Bank Pertanian ketika itu untuk menyewa lot bangunan dan menyediakan bilik sejuk.Low pada mulanya cuba mengajar pekerja, asas membuat bebola ikan sementara Syed Abdullah menjalankan pelbagai tugas - beliaulah bos, beliau jugalah pekerja yang membancuh bahan ikan dan menggoreng.Dalam masa yang sama beliau berusaha mencuba pelbagai cara dan resepi sendiri untuk menghasilkan yong tau foo terbaik, lengkap dengan rempah sup, kuah manis dan kuah cilinya."Mula-mula mencuba, banyak bahan yang terbuang, kena marah dengan pelanggan pun ada, kerana pekerja saya tak pandai hendak kawal kualiti. Kuah hangus dan sebagainya.

"Saya bekerjasama dengan beberapa pengusaha Cina melalui cara membantu mereka mengamalkan proses yang betul untuk mendapatkan sijil halal dan dalam masa yang sama saya belajar daripada mereka. Tapi biasalah masing-masing ada resepi rahsia sendiri," jelas beliau.Selepas empat tahun, baru orang mula mengenali produk yong tau foo Hikmah dan Syed Abdullah sudah memberanikan diri membuat pemasaran sendiri, menyertai pameran, membeli mesin baru dan membesarkan premis pengeluaran dan jualan di Taman Industri Bolton, Batu Caves.Syarikat ini mengilang dan mengedar bahan yong tau foo menggunakan kira-kira 500kg ikan sehari dan jualan mencecah RM250,000 hingga RM300,000 sebulan."Margin untung saya kecil sebab saya perlu ikut pemintaan dan pasaran dalam menetapkan harga dan sebagainya," katanya.

Kini Hikmah Food Specialities mempunyai pekerja seramai 40 orang dan sebuah cawangan di Subang.BERPINDAH KE TEMPAT BARUSyarikat ini akan berpindah ke premis baru yang lebih besar di Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Kampung Batu Muda, Batu Caves, kemungkinan akhir tahun ini bersama 17 pengusaha Industri Kecil dan Sederhana yang lain.Syed Abdullah melabur RM3 juta untuk membeli mesin baru dan sebagainya untuk premis barunya.Beliau memang menantikan peluang yang diberikan Mara ini untuk mengembangkan sayap perniagaannya termasuk ke luar negara, mengedarkan produknya ke pelbagai cabang - hotel, restoran, lebih banyak pasar raya dan sebagainya.

Dalam hal ini beliau berazam untuk maju dalam saingan dengan mendapatkan pensijilan HACCP (Hazard Analysis Critical Point) dan GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik) melalui Kementerian Kesihatan.Syed Abdullah yang memiliki ijazah dan sarjana kewangan dan perniagaan, berharap pengiktirafan itu akan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap produk yong tau foonya dan membantu beliau meluaskan pasaran.STATUS HALAL DIPELIHARASyed Abdullah kini boleh berbangga produk yong tau foo halalnya sama standard dengan produk di pasaran.Katanya dalam memastikan produk yong tau foonya 100 peratus halal, beliau tidak menggunakan bahan kimia yang tidak menentu atau plasma (protein darah haiwan) yang boleh melikatkan dan melembutkan tekstur bebola atau kek ikan."Saya sudah biasa menerima komen perbandingan seperti ini, kenapa bebola orang lain berkilat dan putih, rasa tidak sama dan sebagainya dan setiap kali itu saya akan menambah baik produk saya di mana yang boleh tetapi untuk mengabaikan proses halal, saya tidak buat," katanya.SOKONGAN ORANG MELAYUAda sedikit kekecewaan ketika beliau menceritakan mengenai proses beliau belajar sampai boleh berdiri dan kini sudah bersedia untuk berlari dengan pengusaha yong tau foo yang lain.

Pertama, tunjuk ajar susah didapatkan baik daripada pesaing kaum lain, mahupun sokongan orang Melayu untuk membekalkan bahan dan produk halal, ejen penjual atau promoter."Saya menghadapi masalah pembekal tidak konsisten dan promoter Melayu tidak bersungguh," katanya.Syed Abdullah bercerita bagaimana pada satu ketika beliau mendapatkan bekalan telur puyuh daripada seorang Melayu (beliau memerlukan 30,000 hingga 40,000 biji telur puyuh sehari), masuk bulan ketiga, orang itu gagal membekalkan jumlah yang dijanjikan dan terpaksa bergantung kepada pembekal bukan Melayu.Dan promoter yang digajinya di pasar raya pula adakalanya tidak datang membuka stesen mereka dan akibatnya beliau akan dimarahi pihak pasar raya yang sudah tentu tidak mahu mendengar masalah beliau.Syed Abdullah juga pernah cuba menolong siswazah Melayu berniaga bahan yong tau foo yang beliau bekalkan, tetapi tidak kekal lama.Untuk ejen pembekal di negeri-negeri pula, syarat beliau ialah mereka perlu keluar modal sediakan bilik sejuk dalam anggaran RM20,000 tetapi ramai yang tidak sanggup kerana mereka takut rugi.Kenapa tidak menumpang saja stokis makanan beku jenama Melayu terkenal yang ada?. Syed Abdullah jelas menyimpan perancangan sendiri."Saya tidak mahu menjadi barisan kedua, kerana cita-cita saya mahu memastikan jenama yong tau foo saya teguh dan ada tempat sendiri," katanya.Dalam masa yang sama beliau juga menghadapi pesaing Cina yang mempunyai modal besar yang mengawal pembelian bahan ikan kerana ada di antara mereka mempunyai jeti sendiri.Oleh itu, kata Syed Abdullah, beliau berusaha keras mencari bekalan yang tetap dan terbaik umpamanya beliau kini berunding dengan nelayan di jeti Tok Bali Kelantan untuk mendapatkan bekalan ikan kecil seperti kelisi bagi bahan suriminya.CITA-CITA BANTU PEKERJA SENDIRISyed Abdullah bagaimanapun tidak pernah lemas bergerak perlahan untuk berjaya kerana "saya anggap saya dalam larian maraton, perlahan tetapi tidak mengalah".Hasrat utama Syed Abdullah kini ialah memajukan perusahaan yong tau foo berasaskan ikannya di Batu Caves, produk berasaskan soya (tauhu) di Subang dan koay teow di Seremban.Dalam proses itu beliau tidak lupa melatih beberapa pekerjanya dalam usaha membesarkan perniagaannya supaya satu hari nanti, katanya, mereka juga boleh menjadi pengusaha yong tau foo Melayu dan rakan kongsinya.

Wednesday, December 10, 2008

Kursus Latihan Peralihan Industri Kecil dan Sederhana 6 bulan

Kursus IKS di Bahagian Latihan Pengurusan adalah merupakan kursus latihan peralihan selama 6 bulan yang memberikan latihan secara teori dan praktikal berkaitan dengan dunia keusahawanan. Latihan teori dijalankan selama 4 bulan dan praktikal selama 2 bulan.
Latihan teori dilaksanakan di PERHEBAT dengan modul-modul tertentu seperti pengenalan kepada usahawan dan keusahawanan, pemasaran, kewangan dan perakaunan, pengurusan sumber manusia, perundangan, kontaktor cuci bangunan,rancangan perniagaaan dll termasuk dengan lawatan sambil belajar seperti industri pemprosesan makan sejuk beku, kedai dobi, ternakan, bengkel, dll industri. Ini bertujuan memberi pendedahan realiti sebenar dalam bidang perniagaan yang mereka minati nanti.
Latihan praktikal ialah OJT selama lebih kurang 2 bulan ditempatkan di pelbagai industri yang mereka minati. Artikel yang akan datang saya akan masukkan gambar-gambar lawatan iks siri 3/2008

How To Get Business With Your Business Card?

So, you have a business card? And you have given it to a few of your friends as well? Great! But did you get those cards to give to your acquaintances or to get business? Are they getting business for you??
That is the key question.Most of us today have a business card, except those few who plans to survive the battle of brands without the most necessary armor. In this 20th century business world, even a mom-n-pop shop needs a business card and a logo to survive—today these are the bare necessities for any business.
Now, having business card is not good enough, the question is how good is your business card?
Is it getting the desired business for you? Or in other words, are you able to use your business card to its full potential?
We must realize a business card is not just a piece of paper or a small card stock with your contact information. It is an essential branding tool for your business and has every potential to get you new business, provided you know how to use it.
When you hand over your business card to a client, you expect him to contact you for your product or service, but have you ever thought, why should he contact you and not your competitor, if he has both the cards? This is where a well-planned business card gives you the advantage.
Your business card must have something in it that would create an interest in the prospect to contact you.
There are several ways to do this.
1. You can add a tag line to your business card that speaks about your USP.
2. You can offer a discount to people purchasing your products if they present your business card while purchasing.
3. You can have a small survey at the back of your business card and ask the people to fill it up and submit back to you or your shop and they are eligible for some discount or prize based on a draw on those surveys. At the same time, when they come to return you those survey cards, don’t forget to give them a new business card without any survey.
4. You can ask people to visit your website and give them a discount for subscribing to the newsletter. (This serves two purposes, you get a client base to inform about your new products and services at the same time the your prospective customers became aware of your web presence)
5. Give your business cards to all your first time customers and promise them a discount on repurchase – this can be highly effective to increase your customer loyalty.
You must also understand that when I say that your business card should get you more business I don’t want your business card to look like a billboard. You must be careful while drafting your business card and ensure that along with your contact information it has got just the minimal information that is required to prompt a prospect to initiate an action that can culminate to a sale.
You should also take proper care about the design and the quality of paper that you use. If you can keep in mind, all these factors while designing your business card and then use it effectively, be assured, you have just employed one of the most effective sales agent for your company.

Why You Need a Research Before Start Your Home Based Business


A home based business idea is focus on providing a source of income from a home office and the smart way to identify the Best Home Based Business Idea is to make a serious study of the assets you possess and find out which are good at and love doing.

Research each home based business idea on your list. Do some careful research a person should be able to easily find a good computer home based business.
So, if you do have a business that relies on your home based business idea, say an invention, then you need to research protecting your home based business idea through trademark, patent, or copyright.Network Marketing is a learning process which requires time and research. If you have never run a business before and have little business understanding, do some research to teach yourself some skills. It is very important for anyone wanting to start a home based business to do their research on the opportunity before joining.
Using a variety of accurate internet marketing business reviews can be a great way to shed a little bit of light on your research and there are many out there that can make looking for marketing reviews easier for the consumer or the prospective business owner.
Doing this is simply a matter of having the right sources, reading the right internet marketing business reviews, and learning how to spot a scam.Internet marketing business reviews can come from multiple sources, but a general rule of thumb is to keep an eye out for a general consensus amongst the reviewers.
There are many issues that may come into play in terms of Internet marketing business reviews. Some reviews may use testimonials to attempt to create more realistic tone. When reading internet marketing business reviews, it is important to maintain a clear focus so as to understand the actuality of what the review says and not just the spin.
A knowledge business can be a wonderful home based business idea for a number of reasons, for example, start-up costs can be very low, the business can be started part-time and develop into a full-time venture, you will be dealing with topics that you know and love by integrating your passion and the last point is the most successful home based business idea is based on a particular person's passion.

TERNAKAN LANDAK SEBAGAI SATU PERNIAGAAN

Menternak landak? Biar betul? Mungkin itu adalah respons yang akan diberikan oleh orang ramai sambil mengerut dahi jika kita memberitahu mereka yang kita telah melibatkan diri dalam ternakan landak.

Ketika ramai yang memilih menternak haiwan yang menjadi makanan pilihan orang atau sajian harian seperti ayam, lembu atau kambing, menjadikan landak sebagai komoditi ternakan, sememangnya mengundang persoalan.

Apatah lagi, landak merupakan haiwan eksotik dan dilindungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan adakah menternaknya juga merupakan satu kesalahan?

Sebenarnya, walaupun landak bukan merupakan makanan popular tetapi harga makanan berasaskan haiwan itu seperti sup dan daging segarnya agak mahal.

Dilaporkan bahawa semangkuk sup daging landak mampu mencecah RM10 dan pasaran daging segarnya mencecah RM60 sekilogram.

Pernah seseorang memberitahu yang daging landak manis dan lembut, kadangkala rasanya seperti daging arnab.

Namun, itu pendapat mereka yang pernah menikmati daging landak tetapi bagi yang cerewet kepada makanan, barangkali tanggapan daging landak sedap sukar dipercayai.
Masalah lain ialah berkaitan satu mitos yang mengatakan bahawa duri landak akan dilepaskan ke arah mana-mana objek yang mengancamnya sedangkan tidak ada bukti ia benar-benar pernah berlaku.

Ia hanya mengembangkan durinya yang dikatakan berjumlah 30,000 pada setiap ekor apabila terancam dengan menadah bahagian belakang apabila diancam.

Selain itu, dengan mengetahui bahawa landak atau nama saintifiknya Hystrix bracyura adalah haiwan yang tergolong dalam keluarga tikus, mungkin ramai yang tidak sanggup mendekati haiwan ini apatah lagi menternaknya.

Bagi sesetengah orang, itu semua tidak menjadi masalah kerana ternakan landak adalah dibolehkan dan daging landak juga tidak diharamkan oleh agama.

Namun landak, yang mempunyai banyak jenis namun spesies yang popular ialah landak raya dikatakan sukar untuk melahirkan anak kerana mempunyai masalah pembiakan.

Biasanya seekor landak betina jenis landak raya beranak lima kali dalam tempoh dua tahun dengan jumlah antara seekor atau dua ekor sekali beranak.

Dengan sifat pembiakan yang demikian dan minat orang ramai yang masih rendah, maka ia dijadikan sebagai satu cabaran kepada sebuah syarikat penternakan bumiputera untuk mencuba projek ternakan tersebut.

Tujuh siswazah
Syarikat terbabit, Bahtera Ternak yang sudah memulakan ternakan landak awal tahun ini dianggotai tujuh siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM), bertekad mempopularkan ternakan landak sebagai industri baru dan hidangan berkhasiat pada masa akan datang.

Mereka memperoleh permit daripada Perhilitan pada November tahun lalu selepas membentangkan kertas kerja cadangan menternak landak.

Mereka berpendapat mampu mengharungi cabaran memajukan projek penternakan landak tersebut dengan bantuan Perhilitan kerana mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan.

Dengan modal awal sebanyak RM120,000, mereka yang berkelulusan dalam pelbagai bidang termasuk arkitek, pertanian menaruh azam yang kuat untuk menjayakan projek tersebut.

Dengan segenggam tekad, mereka membuka kawasan ternakan seluas 0.8 hektar (dua ekar) di Kampung Kapal, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Kawasan tersebut dibangunkan dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian untuk menjalankan projek ternakan termasuk membina tujuh unit rumah pekerja, dua unit paddock, dan kandang untuk menempatkan 66 ekor landak.

Menurut Pengerusi Bahtera Ternak, Rathuan Md. Som, meskipun kesemua rakan kongsi mempunyai pekerjaan tetap, mereka komited dan sepakat untuk menjadikan projek ternakan landak tersebut berdaya maju.

“Ia berdasarkan ternakan ini belum diterokai sepenuhnya dan setakat ini hanya ada tiga atau penternak yang melibatkan diri.

“Berdasarkan kajian kami dan bantuan Perhilitan, daging landak mempunyai khasiat pemakanan yang tinggi,’’ ujarnya.

Harga daging landak menjadi tinggi kerana ia dikatakan mendapat tempat di pasaran Hong Kong, China, Singapura dan Thailand.

Berdasarkan faktor-faktor tersebut, pihaknya yakin ia mempunyai prospek cerah untuk dimajukan.
Tambahan pula pengurusan ternakan landak tidak terlalu rumit.

“Landak makan pisang, ubi kayu, buah kelapa sawit, sayur, rumput serta hampas kacang soya.
“Kami juga beri makan pelet sekali sekala,’’ katanya sambil menambah ternakan diberi makan dua kali sehari.

Landak, kata beliau, diberi makan makanan semula jadi tanpa campuran kimia bagi mengekalkan kualiti dagingnya.

Beliau berkata, projek ternakan yang sedang dijalankan sekarang menunjukkan perkembangan positif dengan bantuan pegawai Perhilitan.

Perlu lesen
Menceritakan lanjut bagaimana hasrat menternak itu bermula, Rathuan berkata, pihaknya perlu terlebih dahulu memohon lesen daripada Perhilitan untuk menangkap landak pada kadar yang ditetapkan untuk dijadikan baka.

Landak mempunyai tabiat aktif pada waktu malam, makan yang kerap dan aktif mengawan. Seekor landak mampu melahirkan anak antara dua dan tiga ekor sekali beranak.

Landak diternak dengan menggunakan sangkar dinding konkrit dan bahagian depannya besi jeriji dengan setiap sangkar boleh diletakkan seekor atau dua ekor (sepasang).

Sementara itu menurut Pengarah Bahtera Ternak, Nurul Azam Haron, mereka yakin jika industri ternakan landak berjaya dilaksanakan, maka daging landak akan lebih popular.

“Kami akan memasarkan daging landak ini sekiranya ternakan mencapai lebih 100 ekor dan menyasarkan jumlah sehingga 1,000 ekor dalam jangka panjang,’’ ujarnya.

Menurut Rathuan pula, kawasan tersebut juga akan dimanfaatkan untuk ternakan kambing pada masa akan datang bermula dengan jumlah yang kecil.

Menurutnya, penglibatan mereka dalam bidang ternakan bertujuan mahu menyumbang kepada perkembangan industri yang sihat dan sebagai sumber makanan.

Syarikat tersebut boleh dihubungi di talian 012-2132401.
Petikan dari utusan online

KECACATAN BUKAN HALANGAN JADI USAHAWAN

Hati ibu bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak yang lahir ke dunia tidak mempunyai sepasang tangan dan kaki sempurna seperti anak lain.

Sudah pasti lebih gundah-gulana apabila memikirkan masa depan dan kepayahan yang akan ditempuhi permata hati mereka pada hari-hari mendatang.

Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun lepas setelah dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut.

Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik menangisi akan kekurangannya itu.

Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang melibatkan banyak aktiviti fizikal.

Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang.Beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan tilapia.Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini.

Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000 dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan sekali.

Mungkin pendapatan yang puratanya kira-kira RM800 sebulan itu tidak berskala besar, namun bagi insan istimewa seperti Mohd. Khairi, ia cukup bermakna dalam membantu kehidupannya sekeluarga.Rutinnya, Mohd. Khairi akan berkerusi roda dari rumahnya sebelum menuruni anak tangga ke sangkar ikan menggunakan kedua-dua lengan dan pehanya.

Beliau kemudian memberi makan ikan dengan mengepit bekas berisi makanan ikan (palet), malah kadangkala mengangkat sendiri guni berisi makanan itu ke setiap sangkar ikan.Beliau juga terpaksa membersih kawasan sangkar daripada sampah sarap yang hanyut ke kawasan sangkar bagi mengelak ikan ternakannya mati.

“Dengan keadaan fizikal macam ini, memang banyak cabaran perlu ditempuhi tetapi saya sudah biasa sejak kecil,” kata Mohd. Khairi ketika ditemui di sini.Bagaimanapun, menurut Mohd Khairi, pada setiap pusingan hasil, beliau akan dibantu beberapa saudara dan rakannya untuk mengeluarkan ternakan ikan berkenaan untuk jualan.

Seorang lagi pemuda OKU, Mohamed Mahidin, 38, dari Kampung Kiambang, Ganchong di sini juga tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk menjadi penternak ikan sangkar yang berjaya.Bekas pemenang pingat perak acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Paralimpik Asia 1998 di Bangkok, Thailand, itu kini berjaya mengusahakan 18 sangkar ikan talapia dan patin.

Beliau yang mengalami kecacatan di kaki kanan, berkata, penglibatannya dalam bidang akuakultur sejak enam tahun lepas membawa pulangan antara RM1,000 dan RM1,500 sebulan.Katanya, hasil ternakan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna terutama di pasar besar Kuantan.

Ditanya kesukaran yang dihadapinya bagi menjayakan projek itu, Mohamed berkata, beliau akan sedaya upaya berusaha mengatasi segala masalah.“Lagipun saya memang dibesarkan di kawasan kampung, sudah biasa bermain sungai," katanya.

Namun, katanya, cabaran yang paling besar ialah setiap kali musim banjir yang memaksanya memberhentikan sementara aktiviti penternakan ikan.Kedua-dua pemuda berkenaan seperti usahawan lain, juga menyimpan hasrat memajukan perniagaan masing-masing.

Dengan kerahan keringat bagi menjayakan perusahaan sangkar ikan tersebut, usaha Mohd. Khairi dan Mohamed telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan .Pada 23 Oktober lepas, kedua-dua pemuda berkenaan telah menerima bantuan menerusi Skim Perkhidmatan Sokongan Akuakultur (SPeKs) yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan.

Skim berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan serta meningkatkan pendapatan pengusaha akuakultur melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan.

Bagi Mohd. Khairi bantuan tersebut akan dapat mempertingkatkan pengeluaran hasil ternakannya pada masa akan datang.“Penambahan sangkar ikan memerlukan modal yang besar dan bantuan ini pasti membantu," katanya.

Bagi Mohamed, beliau bercadang mengembangkan aktiviti ternakan ikan sangkarnya kepada industri hiliran dengan menghasilkan produk sejuk beku, pekasam dan keropok.Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukannya, kesemua produk berkenaan kini semakin diminati dan mendapat permintaan yang baik di pasaran seluruh negara.
- Bernama

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI