Thursday, April 29, 2010

Faedah-faedah Penubuhan Syarikat Sendirian Berhad

CGC mempunyai pelbagai skim untuk memenuhi kehendak anda.
Skim Jaminan Laluan Terus
Skim Jaminan Usahawan Kecil
Skim Kredit Enhancer-i
Skim Jaminan Anjal
Skim Pembiayaan Francais
Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i
Skim Jaminan Laluan Terus-i
Skim Kredit Enhancer
Direct Access Guarantee Scheme Start Up
Skim Jaminan Bank Terus
Skim Pembiayaan Teknologi Hijau

Adakah anda diketepikan kerana saiz perniagaan anda yang kecil? Adakah anda tidak layak untuk mendapatkan kebanyakan kontrak-kontrak kerana syarikat anda tidak diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM/ dahulunya dikenali sebagai ROC)? Sekiranya anda mangalami keadaan-keadaan berikut anda mungkin patut mempertimbangkan untuk memperbadankan syarikat anda di bawah status Sendirian Berhad.


Walaupun anda baru sahaja ingin memulakan perniagaan, anda seharusnya menilai produk-produk dan para pelanggan anda dengan berhati-hati sekiiranya anda berpendapat adalah lebih baik anda memulakan perniagaan sebagai Sendirian Berhad daripada perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian.

Tidak dapat dinafikan bahawa adalah lebih mudah menguruskan perniagaan jenis empunya tunggal atau perkongsian dari segi pentadbiran dan bayaran cukai dan kos yang lebih rendah, tetapi perniagaan jenis ini akan menjejaskan perkembangan perniagaan anda sekiranya anda bercadang untuk mengembangkan dan mendapatkan para pelanggan yang lebih besar di masa hadapan.


Faedah-faedah utama sebuah syaikat yang berstatus Sendirian Berhad


Perlindungan Liabiliti- Sebuah syarikat Sendirian Berhad adalah entiti sah yang berasingan daripada ahli-ahli individu syarikat itu. Ia bermaksud aset-aset persendirian ( sedia ada dan tidk dihasilkan) dilindungi daripada kerugian perniagaan sekiranya syarikat anda tidak dapat membayar balik hutang-hutang dan /atau disaman untuk sejumlah wang yang diluar keupayaan syarikat untuk membuat pembayaran balik. Di dalam Syarikat Sendirian Berhad, tanggunjawab anda hanyalah setakat jumlah saham yang anda miliki di dalam syarikat tersebut atau sekiranya anda atau rakan kongsi penjadi penjamin dan berlakunya pembubaran atau likuidasi, liabiliti anda hanyalah setakat jumlah sumbangan yang telah anda setuju untuk laburkan ke dalam aset-aset syarikat


Kewujudan Berterusan dan Pengenalan yang Lebih baik- penubuhan, penyelenggaran dan pembubaran syariakt Sendirian Berhad memakan masa yang lama dan perbelanjaan yang banyak terutamanya dari segi yuran guaman dan kesetiausahaan. Namun demikian, Syarikat Sendirian Berhad mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan lebih berterusan daripada empunya tunggal. Lebih-lebih lagi syarikat Sendirian Berhad tidak akan terbubar dengan kematian seorang pemegang saman. Hakmilik terhadap saham tersebut akan dipindah milik kepada waris si mati.


Institusi-institusi kewangan, agensi-agensi kerajaan dan entiti-entiti perniagaan yang besar lebih gemar berurusan dengan syarikat-syarikat Sendirian Berhad terutamanya di dalam projek-projek besar kerana ketetapan struktur kewujudanya dapat menawarkan kestabilan, kesinambungan dan perlindungan yang lebih.

Perlindungan terhadap Nama Syarikat - Sekiranya sesebuah syarikat Sendirian Berhad telah mendaftarkan nama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM), nama tersebut tidak boleh digunakan oleh syarikat-syarikat lain bagi tempoh kewujudan syarikat anda dan selama beberapa tempoh selepas pembubaran syarikat anda.


Pilihan-pilihan kewangan yang lebih- selain daripada mengambil bantuan kewangan, wang boleh diperolehi melalui penjualan stok kepada penjual-oenjual persendirian. Di peringkat-peringkat akhir, saham ini boleh ditawarkan kepada umum sekiranya syarikat tersebut menukar status kepada syarikat berhad atau syarikat awam berhad.


Syarikat-syarikat Sendirian Berhad selalunya mempunyai keupayaan untuk mendapatkan rangkaian perdagangan dengan lebih mudah daripada empunya tunggal.


Ketelusan dan Pengemaskinian Pentadbiran- akaun-akaun syarikat haruslah mematuhi piawaian –piawaian tegas yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Akaun –akaun audit tahunan mengenai keuntungan dan kerugian berserta kunci kira-kira syarikat haruslah diberikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk dilekapkan kepada satu pangkalan data yang boleh dilayari oleh orang awam.


Dari segi undang-undang semua syarikat-syarikat sendirian Berhad haruslah menggaji perkhidmatan seorang Setiausaha Syarikat untuk membantu dalam pendaftaran syarikat., memfailkan minit-minit mesyuarat dan resolusi-resolusi syarikat, dan akaun tahunan syarikat. Setiausaha-setiausaha syarikat ini mematuhi piawai-piawai yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sekaligus ini membantu mengemaskinikan pentadbiran syarikat-syarikat Sendirian Berhad di Malaysia.


Status Perintis dan Koridor Raya Multimedia (KRM)- ataupun syarikat-syarikat Sendirian Berhad dikenakan cukai korporat sebanyak 28% di Malaysia, syarikat-syarikat ini boleh memohon untuk mendapatkan status perintis atau status KRM. Status perintis manawarkan 100% pengecualian daripada cukai pendapatan statutori. Insentif ini diberikan pada peringkat pertama untuk tempoh lima tahun. Syarikat-syarikat dibawah KRM juga boleh memohon untuk mendapatkan status perintis. Syarikat-syarikat ini layak mendapat Cukai Elaun Pelaburan sebanyak 100% (ITA), geran-geran R&D (untuk majoriti syarikat-syarikat milik Malaysia yang berstatus KRM) dan mempunayai kebebasan untuk mencari modal dan mendapatkan pendanaan secara global. Faedah-faedah unik yang lain adalah seperti pengimportan kelengkapan multimedia secara bebas cukai (MDC), dan mendapat laluan ke agensi- agensi setempat, Perbadanan Perkembangan Multimedia (MDC), untuk tujuan perlesenan dan peraturan-peraturan lain. Faedah-faedah ini berubah dari semasa ke semasa, oleh itu adalah lebih baik untuk menyemak faedah-faedah terkini secara langsung di www.msc.com.my dan juga www.mida.gov.my.


Hakmilik dan Keperluan-keperluan modal sebuah Syarikat Berhad


Sesebuah syarikat Sendirian Berhad seharusnya mempunyai pemegang saham yang paling minimum sejumah dua orang dan yang paling maksimumnya 50 orang. Seorang direktor syarikat haruslah orang sebenar yang mempunyai principal atau tempat tinggal di dalam Malaysia.


Dari segi modal, bagi memulakan sebuah syarikat Sendirian Berhad anda hanya memerlukan modal berbayar yang minimum iaitu sebanyak RM2. Modal ini boleh dinaikan atau ditambah pada bila-bila masa atau sekiranya diperlukan.


Mengambil Langkah Pertama


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peraturan-peraturan yang menguasai syarikat-syarikat Sendirian Berhad anda boleh layari laman webnya iaitu: www.ssm.gov.my atau mendapatkan bantuan perunding seperti sebuah Syarikat Kesetiausahaan yang berpiagam. Terdapat banyak syarikat-syarikat begini yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Sekiranya anda tidak pasti syarikat kesetiausahan mana yang anda patut pilih, anda bolehlah merujuk kepada rakan-rakan yang mempunyai syarikat. Anda juga bole membuat pilihan secara rawak berdasarkan senarai yang disediakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Apabila anda telah mendapat senarai terpilih, anda bolehlah membuat panggilan untuk mendapatkan informasi lebih. Melalui respon yang diberikan anda akan dapat mengetahui syarikat mana yang suka membantu, profesional, boleh memberikan maklumat, dan bersesuaian dengan citarasa anda. Aturkan temujanji dengan 2-3 setiausaha-setiausaha ini. Pilih dan lantiklah Setiausaha Syarikat yang dapat memenuhi kehendak anda.


Julat yuran tahunan Setiausaha Syarikat adalah diantara RM1500 kepada RM5000. Jumlah ini kadang-kadang termasuk yuran tahunan yang telah diaudit kerana kebanyakan daripada Setiausaha-setiausaha syarikat ini juga bertambat dengan Akauntan-akauntan dan menawarkan perkhidmatan mereka secara pakej. Di Malaysia, adalah wajib untuk menggunakan khidmat Setiausaha Syarikat yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Anda haruslah membuat permohonan pertama di Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui Setiausaha Syarikat untuk memastikan sama ada nama yang telah anda rancangkan untuk syarikat anda masih lapang. Jika nama tersebut masih belum digunakan oleh syarikat-syarikat lain, penempahan selama 3 bulan haruslah dilakukan keatas nama tersebut dari tempoh kelulusan. Di dalam tempoh 3 bulan tersebut anda haruslah menyerahkan Memorandum dan Tataurusan Persatuan, Borang 6 dan Borang 48A berserta dengan yuran pendaftaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Borang 48A Akuan Berkanun diperlukan untuk setiap Direktor dan pemohon-pemohon saham. Sesebuah syarikat haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 2 direktor didalam Tataurusan Persatuan syarikat dan dua orang pemohon-pemohon saham di dalam Memorandum dan Tataurusan Persatuan syarikat yang telah dicadangkan . Borang 6 di dalam Tataurusan Persatuan syarikat yang telah dicadangkan harus mempunyai nama seorang setiausaha syarikat.


Apabila mendaftarkan sesebuah syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan mengeluarkan Sijil Penubuhan.

Anda juga bolehlah berbincang dengan rakan-rakan yang telah pun memiliki syarikat Sendirian Berhad. Secara lazimnya mereka telah melalui kesemua proses-proses ini, dan oleh itu mereka mampu memberikan informasi mengenai isu-isu yang patut anda beri perhatian dan secara amnya memberikan nasihat-nasihat yang relevan.

Artikel ini disediakan oleh Spire Media & Research

Tuesday, April 27, 2010

Malaysia's 30 Most Valuable Brands for 2009

Malaysia's 30 Most Valuable Brands for 2009 was unveiled tonight. Public Bank took the top spot, followed by Maybank and CIMB Bank... MALAYSIA'S 30 MOST VAUABLE BRANDS 2009

RANK
2009
RANK
2008
BRAND
INDUSTRY
1
(2)
PUBLIC BANK
BANKING
2
(1)
MAYBANK
BANKING
3
(3)
CIMB
BANKING
4
(6)
CELCOM
TELECOMS
5
(5)
PARKSON*
RETAIL
6
(4)
RESORTS WORLD GENTING
LEISURE/ENTERTAINMENT
7
(9)
DIGI
TELECOMS
8
(7)
ASTRO
MEDIA/ENTERTAINMENT
9
(14)
SIME DARBY
PROPERTY/INFRASTRUCTURE
10
(8)
PETRONAS**
ENERGY
11
(11)
PERODUA
AUTOMOTIVE
12
(10)
HONG LEONG BANK
BANKING
13
(12)
GIANT
RETAIL
14
(17)
AMBANK
BANKING
15
(16)
YTL
PROPERTY/INFRASTRUCTURE
16
(13)
MALAYSIA AIRLINES
AIRLINE
17
(18)
RHB BANK
BANKING
18
(15)
TV3
MEDIA
19
(21)
AIRASIA
AIRLINE
20
(20)
THE STAR
MEDIA/ENTERTAINMENT
21
(19)
JOBSTREET.COM
ONLINE RECRUITMENT
22
(22)
DUTCH LADY
FOOD & BEVERAGE
23
(25)
PADINI
APPAREL
24
(27)
SIN CHEW
NEWSPAPERS
25
(23)
AFFIN BANK
BANKING
26
(-)
ALLIANCE BANK
BANKING
27
(26)
KURNIA
INSURANCE
28
(-)
PREMIER
HOUSEHOLD PRODUCTS
29
(30)
SUNWAY CITY
PROPERTY/INFRASTRUCTURE
30
(-)
BONIA
LEATHERWEAR

*Parkson: Includes brand value of foreign retail businesses including China
** Petronas: Petronas Dagangan and Petronas Gas (B2C, B2B Petroleum, LPG and Natural Gas) business

Smber: Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Kenali Harta Intelek

Definisi

Harta Intelek adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :­

  • usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
  • karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
  • penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
  • karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Karya Yang Layak Mendapat Perlindungan Harta Intelek

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan Harta Intelek ialah :­

  1. karya sastera ;
  2. karya muzik ;
  3. karya seni ;
  4. filem ;
  5. rakaman bunyi ;
  6. siaran; dan
  7. karya terbitan

Karya-karya di atas adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Walaupun begitu peruntukan berkenaan keaslian mestilah ditepati.

Karya Sastera

Karya sastera terdiri daripada:-

  1. novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
  2. lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin;
  3. treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
  4. ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
  5. surat, laporan dan memorandum;
  6. syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;
  7. jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan
  8. program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.

Karya Muzik

Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik.

Karya Seni

  1. Lukisan cat, lukisan, ecing, litograf, ukir-kayu, ukir-pahat dan cetakan dan apa- apa karya tiga dimensinya;
  2. Peta, pelan, carta, rajah, ilustrasi, lakaran dan karya-karya tiga dimensi berhubung dengan geografi, topografi, senireka atau sains;
  3. Karya seniukir;
  4. Karya senibina dalam bentuk bangunan atau model bangunan;
  5. Fotograf yang tidak terkandung dalam filem;
  6. Karya pertukangan seni, termasuklah tenunan halus bergambar, kain bertekad dan barang-barang petukangan tangan dan seni perusahaan.

Filem

Apa-apa penetapan sesuatu siri gambaran pandangan pada bahan daripada apa-apa perihalan, sama ada lutcahaya atau tidak, supaya boleh dengan menggunakan bahan itu dengan atau tanpa apa-apa bantuan sesuatu perekaan:

  1. ditunjukkan sebagai gambar bergerak atau
  2. dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lutcahaya atau tidak supaya dengan menggunakan bahan itu ianya boleh ditunjukkan sedemikian, dan termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.

(Dari tafsiran ini bunyi latar sesuatu filem adalah dianggap sebahagian dari filem. Begitu juga fotograf yang diambil dari filem adalah dianggap sebahagian dari filem itu sendiri. Rakaman bunyi latar filem tanpa kebenaran pemunya hakcipta adalah dianggap pelanggaran hakcipta di dalam filem tersebut.)

Rakaman Bunyi

Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem.

Siaran

Pemancaran bunyi atau gambaran atau kedua-duanya melalui wayarless atau wayar untuk penerimaan orang awam.

Karya-karya lain yang mendapat hakcipta

Selain daripada karya-karya yang telah ditetapkan dibawah seksyen 7(1) Akta Hakcipta 1987 terdapat karya-karya lain yang juga diberikan perlindungan hakcipta. Karya-karya tersebut adalah seperti karya-karya berikut:

(a) Karya Terbitan

- "karya-karya terbitan" berikut adalah dilindungi seperti mana karya asal;

i) terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karya-karya yang layak bagi hakcipta; dan
ii) koleksi karya-karya yang layak bagi hakcipta yang oleh sebab pemilihan dan susunan kandungannya, menjadikannya suatu hasil ciptaan intelek.

b) Harta Intelek dalam Edisi Karya Diterbitkan

- Harta Intelek dalam edisi karya yang diterbitkan adalah hakcipta yang diberikan kepada penerbit-penerbit buku dan penerbit-penerbit lain. Setiap edisi diterbitkan bagi mana-mana satu atau lebih karya sastera, seni atau muzik sama ada dalam hal:
i) Penerbitan pertama edisi itu berlaku dalam Malaysia; atau
ii) Penerbit edisi itu adalah orang berkelayakkan pada penerbitan pertama itu.

Kelayakan bagi perlindungan

Faktor penghubung untuk mendapatkan perlindungan Harta Intelek diberi ialah:

  1. Pencipta adalah "orang yang berkelayakan"; dan
  2. Tempat di mana penerbitan pertama dilakukan iaitu samada di Malaysia ataupun di mana-mana negara yang menjadi ahli kepada Konvensyen Berne.

Jangkamasa Perlindungan Harta Intelek

(a) Karya sastera, muzik dan seni

- Bagi karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) maka hakcipta wujud semasa hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

(b) Karya yang diterbitkan selepas kematian pencipta

- Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) tidak pernah diterbitkan sebelum kematian penciptanya, maka hakcipta akan wujud hingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

(c) Karya yang diterbitkan tanpa nama atau dengan nama samaran

- Jika sesuatu karya sastera, muzik atau seni (selain daripada fotograf) diterbitkan tanpa nama atau dengan menggunakan nama samaran, maka hakcipta akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun karya itu mula-mula diterbitkan. Melainkan jika identiti pencipta diketahui kemudiannya, maka di sini jangkamasa hakcipta akan dikira sebagai sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

(d) Karya ciptaan bersama

- Dalam keadaan di mana dua orang atau lebih membuat satu karya yang boleh dikira sebagai karya ciptaan bersama, maka jangkamasa hakcipta adakah masih sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya. Tetapi ia akan dikira berdasar kan kepada hayat salah seorang pencipta bersama itu yang terakhir sekali meninggal dunia diantara mereka.

(e) Edisi diterbitkan

- Hakcipta mengenai sesuatu edisi diterbitkan akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang edisi itu mula-mula diterbitkan.

(f) Rakaman bunyi

- Hakcipta mengenai sesuatu rakaman bunyi akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang rakaman itu mula-mula diterbitkan.

(g) Siaran

- Hakcipta mengenai sesuatu siaran akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang siaran itu mula-mula dibuat.

(i) Filem

- Hakcipta mengenai sesuatu filem akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang filem itu mula-mula diterbitkan.

(j) Karya kerajaan dan badan antarabangsa

- Hakcipta mengenai karya-karya kerajaan, pertubuhan kerajaan, dan badan antarabangsa akan wujud sehingga lima puluh tahun dari permulaan tahun kalender berikutan dengan tahun yang karya itu mula-mula diterbitkan.

Hak-hak Eksklusif Pemunya Hakcipta

Hakcipta yang diberikan ke atas karya sastera, muzik, seni, filem dan rakaman bunyi memberikan kepada pemunya hakcipta itu beberapa hak eksklusif. Hak-hak eksklusif ini bolehlah dibahagikan kepada perkara-perkara berikut:

  1. Hak untuk membuat pengeluaran semula karya tersebut dalam apa-apa bentuk bahan;
  2. Hak untuk menerbitkan karya tersebut;
  3. Hak untuk membuat pertunjukan karya tersebut kepada awam;
  4. Hak untuk membuat siaran karya itu;
  5. Hak untuk membuat apa-apa penyesuaian atas karya itu; atau
  6. Hak untuk memasukkan karya ke dalam perhubungan melalui kabel.

Pengecualian kepada Hak Esklusif

(a) Perlakuan yang wajar bagi penyelidikan ,kritikan, ulasan dan lain-lain hal.

- bagi maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian, kritikan atau pelaporan peristiwa-peristiwa semasa, tertakluk kepada syarat bahawa jika penggunaan itu adalah penggunaan awam, ia hendaklah disertai dengan suatu perakuan tajuk karya itu dan penciptaannya, kecuali jika karya itu yang berkaitan dengan perlakuan apa-apa perbuatan bagi maksud-maksud penyelidikan yang bukan mencari keuntungan, pengajian sendirian dan pelaporan ulasan peristiwa-peristiwa semasa dengan cara sesuatu rakaman bunyi, filem atau siaran.

Pengecualian-pengecualian lain adalah seperti berikut:-

(b) melakukan mana-mana perbuatan di dalam seksyen 13 (1) secara parodi, pastice atau karikatur;

(c) kemasukan dalam sesuatu filem atau siaran apa-apa karya seni yang terletak di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(d) pengeluaran semula dan pengedaran salinan apa-apa karya seni yang terletak dengan kekal di sesuatu tempat di mana karya itu boleh dilihat oleh awam;

(e) kemasukan secara sampingan sesuatu karya di dalam sesuatu karya seni, rakaman bunyi, filem atau siaran. Perlu diingat bahawa kemasukan secara sampingan karya itu tidak terpakai bagi kemasukan secara sampingan sesuatu karya itu ke dalam sesuatu karya sastera; atau

(f) memasukan sesuatu karya dalam sesuatu siaran, pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam, koleksi karya sastera atau muzik, rakaman bunyi atau filem, jika kemasukan sedemikian dibuat secara illustrasi bagi maksud mengajar dan bersesuaian dengan amalan yang wajar dengan syarat bahawa sumbernya dan nama penciptanya yang terdapat pada karya yang digunakan itu hendaklah disebut.

Pelanggaran Harta Intelek

Pelanggaran terhadap hakcipta berlaku apabila seseorang, tanpa persetujuan atau lesen tuan punya hakcipta itu, mengimport sesuatu artikel ke dalam Malaysia bagi maksud:

(a) Menjual, menyewakan atau dengan cara dagangan, menawarkan atau mendedahkan artikel itu untuk jualan atau sewaan;
(b) Mengedar artikel itu;

  1. bagi maksud dagangan; atau
  2. bagi apa-apa maksud lain ke takat yang akan memudaratkan tuan punya hakcipta itu; atau

(c) Dengan cara dagangan, mempamer artikel itu kepada awam.

Keempunyaan Pertama Harta Intelek

Karya sastera,muzik dan seni.

- Jikalau sesuatu karya dibuat di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan atau dalam masa bekerja pencipta karya itu maka hakcipta adalah disifatkan sebagai berpindahmilik kepada majikan pencipta itu. Tetapi ini adalah tertakluk kepada apa-apa perjanjian di antara kedua-dua pihak tersebut yang menolak atau menghadkan pindahmilik itu.

Karya-karya yang dibuat di bawah kontrak perkhidmatan

- Jikalau seseorang itu dikatakan bekerja di bawah sesuatu kontrak perkhidmatan maka dia adalah dianggap sebagai pekerja kepada majikannya. Jadi apa saja hakcipta yang didapatinya bagi mana-mana karya ciptaannya akan dipindah milik kepada majikannya.

Karya yang ditempah

- Jika sesuatu karya adalah ditempah oleh seseorang maka hakcipta karya itu hendaklah disifatkan sebagai dipindahmilik kepada orang yang telah menempah karya itu.

Pindahmilik Harta Intelek

Hakcipta adalah dianggap sebagai harta alih yang boleh dipindahmilik melalui penyerahhakkan, pemberian wasiat atau dengan kuasa undang-undang.

Penguatkuasaan Harta Intelek

Pemunya hakcipta mempunyai dua cara untuk penguatkuasaan hakciptanya. Ia boleh mendapatkan remedi-remedi sivil di mahkamah ataupun dengan membuat laporan polis bagi membuat tindakan jenayah. Jikalau ia membuat tindakan sivil maka pemunya hakcipta harus menanggung semua perbelanjaan membawa kes itu mahkamah.

Remedi-remedi Sivil

Jikalau berlaku pelanggaran hakcipta, pemunya hakcipta mempunyai beberapa remedi sivil yang tersedia untuknya. Ini termasuklah gantirugi, injunksi dan akaun keuntungan.

a) Injunksi

- Terdapat 3 jenis injunksi yang boleh dipohon oleh pemunya hakcipta. Ini terdiri daripada yang berikut:

  1. injunksi interlokutori
  2. injunksi tetap.
  3. Quia Timet.

b) Gantirugi bagi pelanggaran hakcipta

- Pihak plaintif juga boleh membuat permohonan mendapatkan pampasan dalam bentuk pembayaran gantirugi kepadanya dari pihak defendan.

c) Gantirugi tambahan

- Gantirugi tambahan juga boleh diberikan oleh mahkamah. Apabila relif yang berkesan tidak boleh diadakan untuk plaintif dengan apa-apa jalan lain, maka mahkamah dalam mentaksirkan gantirugi untuk pelanggaran itu, adalah berkuatkuasa untuk mengawad apa-apa gantirugi tambahan sebagaimana yang difikirkan patut oleh mahkamah dalam keadaan tersebut.

d) Akaun keuntungan

- Akaun keuntungan juga boleh dipohon oleh pihak plaintif dari pihak defendan. Di dalam mentaksirkan akaun keuntungan ini pihak mahkamah akan mengambil kira keuntungan yang mungkin diperolehi oleh pihak plaintif atas karyanya jika tidak berlaku pelanggaran hakcipta ini oleh pihak defendan.

e) Hantar serah

- Pihak plaintif juga memohon bagi hantar serah karya langgaran tersebut kepadanya untuk dimusnahkan. Tujuan nya di sini adalah supaya pihak defendan tidak akan cuba melupuskan barang-barang langgaran tersebut kepada orang lain. Akta Hakcipta 1987 juga membuat peruntukan bagi beberapa kesalahan-kesalahan jenayah bagi perlanggaran hakcipta di Malaysia.

Kesalahan-kesalahan

(a) Membuat untuk jualan atau sewa apa-apa salinan langgaran;

(b) Menjual, menyewakan atau secara dagangan, mendedahkan atau menawarkan untuk dijual atau disewakan apa-apa salinan langgaran;

(c) Mengedar salinan-salinan langgaran;

(d) Memiliki bagi apa-apa kegunaan selain daripada untuk kegunaan persendirian dan domestik, apa-apa salinan langgaran;

(e) Dengan cara dagangan mempamirkan pada awam apa-apa salinan langgaran;

(f) Mengimport ke dalam Malaysia, selain daripada kegunaan persendirian dan domestiknya, sesuatu salinan langgaran; atau

(g) Membuat atau ada dalam miliknya apa-apa perekaan yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan bagi maksud membuat salinan langgaran.

Kesalahan memintasi Teknologi

(h) memintas atau menyebabkan dipintas apa-apa langkah teknologi yang berkesan;

(i) membuang atau mengubah apa-apa maklumat pengurusan hak elektronik tanpa kebenaran; atau

(j) mengedarkan, mengimport untuk pengedaran atau penyampaian kepada orang awam, tanpa kebenaran, karya atau salinan karya yang berkenaan dengannya maklumat pengurusan hak elektronik telah dibuang atau diubah tanpa kebenaran.

Penalti-penalti yang diperuntukan

Seseorang yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman-hukuman berikut:-

Dalam hal kesalahan (a) hingga (f), denda tidak kurang RM2,000 dan tidak melebihi RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, denda tidak kurang dari RM4,000 dan tidak melebihi RM40,000 bagi setiap salinan langgaran untuk kesalahan kedua dan seterusnya. Hukuman penjara juga boleh dikenakan tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya iaitu denda dan hukuman penjara.

Dalam hal kesalahan (h) hingga (j), denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan kali kemudian, denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Harta Intelek dan hak moral

Prinsip ini menerangkan berkenaan hakcipta sebagai satu hak ke atas harta dan juga hakcipta sebagai satu hak moral perseorangan (droit moral) ke atas karyanya.

Jenis-jenis Hak Moral

(a) Hak "paternity".
- Hak ini adalah merupakan hak untuk menuntut penciptaan sesuatu karya.

(b) Hak "integrity".
- Ini adalah hak untuk mencegah perubahan atau apa-apa perbuatan yang mencacatkan sesuatu karya itu.

Di Malaysia, hak-hak moral seseorang pencipta itu adalah diberi perlindungan di bawah seksyen 25 Akta Hakcipta 1987.

Hak statutori

Hak moral yang diberikan di bawah peruntukan Akta Hakcipta adalah dikira sebagai hak statutori pencipta terhadap karyanya. Jadi apa-apa pelanggaran hakcipta adalah dikira sebagai pelanggaran terhadap kewajipan statutori.

Definasi ‘Pelaku”

“pelaku ertinya orang yang membuat persembahan secara langsung.

Persembahan Secara Langsung

a) Termasuklah:-

  • persembahan karya drama, atau sebahagian daripada karya tersebut itu, termasuk sesuatu persembahan sedemikian yang dibuat dengan menggunakan boneka, atau persembahan karya drama yang dibuat secara spontan;
  • persembahan karya muzik atau sebahagiandaripada karya itu, atau persembahan karya muzik yang dibuat secara spontan;
  • pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera, atau sebahagian daripada karya itu, atau pembacaan, pengucapan atau penyampaian karya sastera yang dibuat secara spontan;
  • persembahan tarian;
  • persembahan lakonan sarkas atau lakonan anekaragam atau apa-apa tontonan atau pertunjukan seumpamanya; atau
  • persembahan berhubungan dengan pengungkapan cerita rakyat,

yang disampaikan secara langsung oleh seorang atau lebih di Malaysia, sama ada di hadapan penonton atau selainnya; tetapi

b) tidak termasuk:-

  • apa-apa pembacaan, pengucapan atau penyampaian apa-apa bahan berita atau maklumat;
  • apa-apa persembahan secara langsung sesuatu aktiviti sukan; atau
  • penyertaan dalam sesuatu persembahan secara langsung oleh penonton.

Kelayakan bagi perlindungan pelaku

Hak pelaku hendaklah wujud dalam tiap-tiap persembahan secara langsung yang pelakunya itu ialah:

a) warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
b) bukan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tetapi persembahannya-

  • di adakan di Malaysia
  • telah digabungkan dalam rakaman bunyi yang dilindungi di bawah Akta ini; atau
  • belum lagi ditetapkan dalam rakaman bunyi tetapi termasuk dalam suatu siaran yang layak untuk dilindungi di bawah Akta ini

Jangkamasa Hak Pelaku

Perlindungan diberikan selama 50 tahun dari tarikh persembahan.

Sumber:Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Kenali Maksud Cap Dagangan

Definasi

Seksyen 3 – Akta Cap Dagangan 1976.

“………Bermaksud cap yang digunakan / dicadang untuk digunakan bagi tujuan menunjukkan hubungan antara barangan / perkhidmatan dengan pemilik / pengguna berdaftar cap dagangan tersebut di dalam urusan perniagaan……..”

Cap Dagangan

Cap Dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut.

Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu.

Cap Dagangan atau lebih dikenali sebagai tanda, jenama, logo atau tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Fungsi-fungsi Cap Dagangan

Fungsi asal - Cap Dagangan ialah ia dapat menunjukkan sumber yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Fungsi Pemilihan - Cap Dagangan memudah dan mempercepatkan pengguna membuat pilihan semasa membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Fungsi Kualiti - Pengguna memilih cap-cap tertentu kerana berkeyakinan barang barang atau perkhidmatan berkenaan terjamin kualitinya.

Fungsi Pemasaran - Peranan cap dagangan selaku alat pengiklanan sangat berkesan. Menjadi kebiasaan pengguna membeli sesuatu keluaran kerana terpengaruh dengan iklan yang berterusan.

Fungsi Ekonomi - Cap-cap yang telah ‘established’ di pasaran menjadi aset yang sangat bernilai. Cap tersebut boleh dilesenkan atau di ‘franchise’kan.

Pemohon

Mana-mana pemilik cap dagangan samada warganegara atau bukan warganegara yang sedang menggunakan cap tersebut di malaysia atau bercadang untuk menggunakannya boleh membuat pendaftaran di negara ini. Pemilik-pemilik tersebut boleh terdiri daripada orang perseorangan, perkongsian, syarikat atau pertubuhan.


Permohonan Cap Dagangan

Sebelum Mengemukakan Permohonan – pemohon-pemohon adalah dinasihatkan supaya membuat carian terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Borang CD 5 – Semua permohonan cap dagangan hendaklah dikemukakan melalui 5 salinan borang CD5 beserta fee yang mencukupi. Permohonan bagi cap dagangan yang berlainan hendaklah dikemukakan secara berasingan.

Kepentingan pendaftaran cap dagangan

1. Hak Eksklusif

- Pemilik cap dagangan berdaftar mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan/perjalanan perdagangan. Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.
- Tindakan tersebut sama ada dalam bentuk sivil melalui peruntukan ‘infringment’ di bawah Akta Cap Dagangan ataupun mengemukakan aduan kepada Bahagian Penguatkuasa, KPDN & HEP untuk tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.


2. Bukti sah di sisi Undang-undang
- Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu cap dagangan. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan. Ia juga merupakan dokumen penting untuk membuktikan ‘kesahan’ hak milik cap dagangan dalam urusan pengeksportan barangan ke luar negeri.

Cap Dagangan yang boleh didaftarkan
[Seksyen 10 Akta Cap Dagangan 1976]


Seksyen 10(1)(a):
“Nama seorang perseorangan, nama syarikat atau firma yang dinyatakan dengan suatu cara khas atau tertentu"


Seksyen 10(1)(b):


Tandatangan pemohon pendaftaran atau tanda-tanda seseorang peniaga sebelumnya dalam perniagaannya:

Suatu atau beberapa perkataan yang dicipta

Seksyen 10(1)(d):

Suatu perkataan yang tiada mempunyai apa-apa hubungan yang langsung dengan sifat atau kualiti barang-barang itu, iaitu perkataan yang mengikut ertinya yang biasa bukan suatu nama berasalkan tempat atau suatu nama keluarga:

Perkataan yang dicipta:

KODAK - FILM


COLGATE - TOOTHPASTE


HORLICKS - DRINKS


MAGGI - FOOD


ADIDAS - FOOTWEAR


Seksyen 10(1)(e):


Apa-apa tanda yang distinktif

Logo

Kombinasi perkataan dan logo

Cap Dagangan yang tidak boleh didaftarkan

Cap-cap dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa perkataan atau representasi yang dilarang dibawah Seksyen 15 Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan Cap Dagangan 1997. Antara lain:

Paten, Telah Dipatenkan, Surat Paten Diraja, Berdaftar, Rekabentuk Berdaftar Dan Hakcipta.


DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Permaisuri Agong, DYMM Sultan-Sultan Dan Tuan Yg Terutama Yang

Dipertuan Negeri


Mahkota atau Lambang Diraja atau Imperial, Lencana, Lambang Kebangsawanan atau Lambang Kebesaran


Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia


Bulan Sabit Merah Dan Palang Geneva Yang Berwarna Merah Dan Palang Persekutuan Swiss Yang Berwarna

Putih Atau Perak Yang Berlatarkan Warna Merah


Perkataan atau representasi Asean dan Bunga Raya

Larangan-larangan mengenai pendaftaran
[Seksyen 14 Akta Cap Dagangan 1976]

Perlindungan terhad dalam Malaysia

Sekiranya pemilik cap dagangan ingin mendapat perlindungan di luar negara, mereka perlu membuat permohonan secara berasingan di setiap negeri yang dikehendaki. Bagaimanapun permohonan pendaftaran di Malaysia boleh digunakan untuk menuntut ‘Hak Keutamaan’ bagi pendaftaran di negara-negara ahli Konvesyen Paris dan WTO.

Tempoh sah pendaftaran

Setiap pendaftaran adalah sah untuk tempoh sepuluh (10) tahun daripada tarikh permohonan. Pembaharuan pendaftaran perlu dibuat setiap sepuluh tahun selagi masih berminat.

Yuran yang berpatutan

Yuran yang dikenakan adalah berpatutan. MyIPO telah membuat kajian perbandingan dengan negara lain, ternyata yuran yang dikenakan adalah berpatutan berbanding dengan negara lain terutamanya di kalangan negara-negara ASEAN. Apa-apa yuran yang diterima oleh MyIPO adalah untuk menampung perbelanjaan mengurus proses suatu permohonan pendaftaran cap dagangan.


Prosedur pendaftaran yang cepat

Tempoh masa selama 12 hingga 18 bulan adalah sebenarnya prosedur biasa dalam suatu pendaftaran cap dagangan. Pada tarikh pemfailan, pengeluaran resit dan nombor permohonan diberikan. Sesuatu permohonan cap dagangan yang difailkan, perlu menanti untuk tempoh 6 bulan mengikut prosedur “Paris Convention” bagi membolehkan pihak ketiga yang mempunyai “priority date claim” dari negara-negara Konvensyen, untuk mendapat “priority” ke atas cap-cap yang sama atau yang seakan menyerupai.

Selepas bulan ketujuh dari tarikh pemfailan, surat setuju terima atau bantahan akan dikeluarkan. Bagi permohonan yang tidak menepati peruntukkan Akta Cap Dagangan 1976 (Akta) seperti cap dagangan tidak boleh didaftar atau menyerupai atau menyamai cap dagangan orang lain, ianya akan memakan masa yang lebih lama dan tidak termasuk di dalam standard prosedur kerja.

Bagi cap dagangan yang telah menepati peruntukkan Akta, surat setuju terima akan dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang akan dikenakan sebelum pewartaan dibuat. Sekiranya pemohon bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, pemohon akan mengembalikan surat setuju terima tersebut dalam tempoh dua bulan. Selepas dikembalikan, proses pewartaan dalam Warta Kerajaan akan dibuat, dan tempoh masa selama dua bulan yang telah ditetapkan oleh undang-undang bagi membolehkan pihak ketiga yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pendaftar untuk membuat bangkangan terhadap pendaftaran cap dagangan tersebut. Sekiranya tiada bangkangan diterima dalam tempoh itu, proses pengeluaran sijil pendaftaran akan dibuat.

Pemohon pada kebiasaannya dinasihatkan untuk membuat carian awal terlebih dahulu bagi memastikan cap dagangan yang hendak difailkan tidak menyerupai atau menyamai cap dagangan pihak lain. MyIPO juga menyediakan khidmat nasihat awal bagi memastikan cap dagangan yang hendak difailkan adalah asli dan boleh didaftarkan seperti diperuntukkan di bawah Akta.

Perlu diingatkan kepada pemohon, sijil pendaftaran cap dagangan yang dikeluarkan memberikan hak eksklusif kepada pemilik untuk memonopoli dan menghalang orang lain dari menggunakannya. Dengan ini sebelum hak eksklusif diberikan, Pendaftar perlu memastikan kriteria permohonan cap dagangan dipatuhi menurut undang-undang bagi menjaga kepentingan pemilik serta orang awam dari segi pendaftarannya.

Bagi cap dagangan yang tidak asli atau tidak boleh didaftarkan, mereka boleh membuat penjenamaan semula agar permohonan mereka boleh didaftarkan.

Keperluan untuk mendaftar bagi peniaga kecil-kecilan

Peniaga kecil seperti pembuat makanan ringan yang terdiri daripada kerepek, dodol, wajik, kuah rojak dan lain-lain, merasakan tidak perlu mendaftar kerana berniaga secara kecil-kecilan. Golongan ini tidak sedar bahawa cap dagangan mempunyai fungsi pemasaran yang terbaik bagi meningkatkan pengeluaran produk mereka. Bagi produk yang tidak mempunyai cap dagangan, orang ramai sukar untuk mendapatkan semula produk yang sama.

Cap dagangan juga merupakan tanda kenal bagi peniaga tersebut di mana melalui cap dagangan, peniaga mudah dikenali untuk dihubungi sekiranya ada pihak ketiga yang ingin memasarkan produk mereka dan dengan ini cap dagangan mereka boleh dilesenkan.

Begitu juga bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan seperti khidmat konsultansi, klinik, bank dan sebagainya. Kepentingan pendaftaran membolehkan cap perkhidmatan mereka dapat dilindungi dari digunakan oleh orang lain seperti cap dagangan Klinik KITA, Hotel Seri Malaysia, Hospital PUSRAWI dan lain-lain. Apabila pihak ketiga hendak menggunakannya, mereka perlu mendapat kebenaran dan ini boleh dilakukan dengan konsep francais atau memberi lesen bagi penggunaannya.


Kurang kesedaran di kalangan pengusaha

Kesedaran mengenai harta intelek ini telah mula dibuat melalui program yang dianjurkan oleh SMIDEC di mana pihak MyIPO diberikan satu sesi selama dua jam bagi memberikan maklumat ringkas mengenai harta intelek.

Pelbagai seminar termasuk seminar pengkhususan kepada usahawan untuk meningkatkan kesedaran mengenai harta intelek telah banyak dianjurkan oleh MyIPO. MyIPO juga telah bekerjasama dengan pelbagai agensi yang berkaitan untuk mengadakan program bersama bagi menyebarkan maklumat harta intelek ini.

Semasa menjalankan aktiviti penyebaran maklumat harta intelek, MyIPO menyediakan khidmat carian dan nasihat awal secara percuma kepada para pengusaha bagi memastikan cap dagangan mereka boleh didaftarkan.

Adalah didapati bahawa terdapat banyak produk tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa tetapi tidak mempunyai pendaftaran cap dagangan di Malaysia. Ini akan mengakibatkan kerugian di pihak pengusaha kerana pihak ketiga boleh menggunakan cap dagangan yang sama bagi barangan yang sama tanpa memohon kebenaran pengusaha tersebut.

Pada kebiasaannya, apabila sesuatu produk yang hendak dipasarkan di luar negara, adalah menjadi keperluan pengusaha untuk memfailkan permohonan pendaftaran cap dagangan di negara tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan masalah seperti pelanggaran cap dagangan atau isu berkaitan kelirupaan (passing off) atau parallel import.

Berdasarkan kepada isu-isu yang dibangkitkan di atas, MyIPO menyarankan agar pengusaha-pengusaha tempatan memberikan keutamaan kepada pendaftaran cap dagangan kerana pendaftaran cap dagangan dapat memberikan perlindungan kepada kepentingan perniagaan para pengusaha.

Sumber:PErbadanan Harta Intelek Malaysia

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI