Pada hari ini , saya ingin membincangkan berkaitan tentang trend perniagaan tahun baru 2012 ini. Zaman ini adalah zaman komunikasi. Untuk berjaya dalam perniagaan, kita tidak boleh lagi bergantung kepada kaedah/cara lama (tradisional) iaitu brochure, leaflet, iklan di akhbar, majalah dan lain-lain, tetapi perlu tahu cara menggunakan Internet untuk komunikasi perniagaan kita dalam menjana keuntungan yang lebih lumayan.
- Penggunaan Media Sosial dalam pemasaran perniagaan. Kini, lebih 65% orang dewasa menggunakan media sosial setiap hari. Statistik ini adalah petanda besar pemasaran perniagaan perlu dilakukan di media sosial untuk tahun baru 2012 ini. Antaranya seperti Facebook, Twitter, Forum-forum, groups dll.
- Pemasaran Mobile / Smartphone. Dengan berleluasanya komputer tablet, smartphone dan juga hand phone, kita kini sering mencari lebih banyak penggunaan untuk gajet yang dimiliki. Dari pemasaran SMS sehingga apps untuk smartphone, perniagaan kini perlu membuka mata dan mempelajari kaedah-kaedah baru ini yang masih kurang diterokai.
- Pemasaran video. Jika a picture paints a thousand words, maka video paints a million words! YouTube kini merupakan enjin pencari yang #2 popular selepas Google. Mereka yang tidak menggunakan pemasaran video adalah perniagaan yang dalam kerugian.
1 comment:
Tahun 2012 adalah tahun yang mencabar dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.Adakah industri yang berkaitan pemprosesan makanan pilihan yang terbaik untuk individu yang berminat menceburi dunia keusahawanan?
Post a Comment