Monday, January 22, 2018

PROGRAM EUSAHAWAN

Tentang eUsahawan

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau lebih dikenali sebagai MDEC telah melancarkan program eUsahawan pada tahun 2015. Dengan tujuan untuk memberi pendedahan dan memurnikan inspirasi keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menjana pendapatan lumayan menerusi platform digital.
Program yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak ini adalah satu bentuk inisiatif MDEC dan kerajaan untuk membudayakan keusahawanan digital dalam kalangan rakyat justeru turut merancakkan ekonomi negara.
Sehubungan dengan jalinan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan pengukuhan ekonomi negara, program eUsahawan turut mendokong aspirasi Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memperlihatkan usaha siaga kerajaan untuk membantu rakyat meningkatkan ekonomi diri dan keluarga ke paradigma yang lebih tinggi. DFTZ menjadi satu medan strategik gabungan zon fizikal dan maya yang membolehkan keberkesanan proses inovasi berasaskan internet dan e-dagang antarabangsa. Pacuan projek ini juga dilaksanakan dengan pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement dan pengenalan kategori lokasi baru iaitu Hab Digital Malaysia.
Justeru itu, program eUsahawan menawarkan satu dunia ilmu keusahawanan untuk diterokai oleh mereka yang berani berubah dan berminat untuk mengembangkan sayap di alam perniagaan. Para peserta akan diberi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan dalam dunia semasa.
Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

Sumber: http://eusahawan.mdec.my/program-eusahawan/

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI