Jangan buka bisnes hanya semata-mata anda rasa anda boleh buat, diri
anda kental dan rasa yakin dapat duit banyak. Nak tahu anda bersedia
atau tidak? Layak atau tidak nak risikokan hidup anda buka bisnes ini?
Sila jawab 6 soalan ini terlebih dahulu.
#1-Bolehkah Anda Hadapi Kritikan?
Jika anda adalah ketua dalam syarikat, anda harus menjangkakan anda
mendengar banyak kritikan baik yang bagus ataupun yang buruk.
Sekali anda menjejakkan langkah ke alam bisnes, pasti ada pelanggan yang sedar kewujudan anda.
Selalu ingat yang anda tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.
Anda harus tanam dalam fikiran anda akan ada lebih ramai orang yang
mencari kelemahan produk anda berbanding yang menghargainya.
Orang lebih cenderung memilih yang negatif berbanding positif. Setiap
orang akan memberikan reaksi yang berbeza apabila berhadapan dengan
kritikan yang negatif terutamanya, jadi anda harus bersedia.
Walaupun pelanggan tidak selalunya betul, mereka bebas menyurakan
pandangan mereka jika mereka tidak suka dengan apa yang anda tawarkan.
Cabarannya di sini adalah, secara analoginya, menerima semua limau
yang diberi kepada anda walaupun cukup masam dan kerja anda adalah
menukarkannya kepada jus limau yang sedap.
#2-Adakah Anda Menceburi Bisnes Kerana Inginkan Kemasyhuran?
Anda patut sedar yang jika anda ingin memulakan bisnes untuk
mendapatkan perhatian, pujian, dan buat orang kagum dengan anda, itu
adalah sebab yang silap.
Anda harus sedar, buat bisnes bererti anda mencari masalah. Hidup anda tidak akan setenang,sebahagia dan segembira yang anda sangka terutamanya di awal perjalanan.
Anda harus sedar, buat bisnes bererti anda mencari masalah. Hidup anda tidak akan setenang,sebahagia dan segembira yang anda sangka terutamanya di awal perjalanan.
Bisnes adalah perjalanan yang penuh dengan liku-liku kesusahan,
cabaran yang memerlukan anda untuk sentiasa memegang sabar dan tabah.
Jika anda buat bisnes hanya untuk kaya dan glamor semata-mata maka
anda harus sama ada batalkan niat anda atau betulkan niat anda untuk
buat bisnes kerana jika tidak, bisnes anda pasti tidak akan kekal lama.
Anda akan mudah rasa putus asa dan mengalah saat mengalami kesukaran kerana niat anda salah.
Apa yang paling penting, anda sendiri gmebiara dengan apa yang anda
lakukan dan buat orang lain gembira juga. Barulah anda akan mendapat
kepuasan kerja atau kepuasan dalam hidup sebagai usahawan.
#3-Adakah Anda Bagus Dalam Menyelesaikan Masalah?
Dalam dunia ini, tidak akan ada bisnes yang tiada masalah. Kerana masalah jugalah bisnes wujud.
Dengan menyelsaikan masalah jugalah bisnes kita akan kekal lama.
Hidup sebagai seorang usahawan tidaklah semudah yang disangkakan.
Sebagai usahawan, anda akan selalu berdepan dengan krisis dan konflik
mengenai hala tuju syarikat. Usahawan yang bagus adalah usahawan yang
sedar yang semua ini adalah proses wajib yang harus dilalui dan peluang
untuk mematangkan diri dalam dunia perniagaan.
Ini adalah faktor yang akan menolak bisnes anda untuk lebih maju kehadapan disebalik babak-babak yang nampak memeritkan.
Memendam perasaan dan emosi peribadi ketika konflik berlaku tidaklah
mudah apatah lagi kalau konflik itu melibatkan anda. Anda patut kekal
tenang dan cuba selesaikan masalah yang berlaku.
Jika kesilapan berpunca daripada anda, akui salah anda dan mohon maaflah dengan seadanya.
#4-Sejauh Mana Tahap Empati Anda?
Sebelum kotorkan tangan, kaki dan serabutkan otak buat bisnes, anda kena tahu tahap empati anda terhadap orang.
Apabila berhadapan dengan pekerja dan pelanggan, adalah penting
mengenai bagaimana anda bercakap dengan orang lain. Anda harus pandai
membaca dan menganalisa bahasa badan agar dapat berkomunikasi dengan
baik.
Kemahiran ini anda perlu kuasai kerana ini adalah cerminan jenama dan
bisnes anda. Kemahiran empati tidak boleh dipelajari dalam sehari.
Agak sukar untuk mengaitkan diri sendiri dengan orang lain
terutamanya yang melibatkan bisnes. Apakah yang diperlukan untuk
memuaskan hati pelanggan yang tidak gembira?
Adakah anda bersedia untuk menghadapi isu berbangkit oleh pekerja
anda? Ini adalah contoh perkara yang anda kena selesaikan secara
berhemah dan daripada kaca mata empati.
#5-Adakah Punyai Rancangan Jangka Panjang?
Sebagai usahawan, anda tidak dapat lari daripada persaingan. Persaingan boleh jadi menakutkan.
Anda tidak akan bertahan lama dalam bisnes jika anda hanya fokus kepada duit.
Nak mulakan bisnes adalah lebih senang berbanding mengekalkannya.
Bersedia untuk menghadapi banyak perancangan yang akan gagal lebih
daripada menjadi dan disinilah, komitmen anda akan teruji.
Dengan adanya pelan jangka panjang, anda akan dapat mengekalkan
bisnes anda selama yang mungkin. Fikir masak-masak sebelum mrancang dan
buat keputusan dan jangan juga terlalu keras dengan perubahan yang
perlu.
#6: Sejauh Mana Anda Boleh Berkorban?
Soalan yang terakhir ini adalah soalan yang paling sukar. Tidak semua
boleh jawab dengan ikhlas dan jujur apatah lagi jika baru bermula dalam
bisnes.
Kata orang, jika anda tidak sanggup merisikokan segalanya maka anda belum sepenuhnya berjiwa usahawan.
Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak. Anda tidak
akan dapat sepenuhnya apa yang anda inginkan sekiranya anda tidak
memberi sehabis yang mungkin.
Antara yang wajib anda korbankan adalah masa,duit, tenaga dan perkara
lain secara konsisten walaupun anda rasa ia tidak menampakkan hasil.
Jadi usahawan bermakna, anda sedia untuk berkorban dan ambil risiko
untuk kepentingan semua pihak. Jika anda dapat menjawab semua soalan ini
dengan baik maka anda sememangya sudah bersedia jadi usahawan.
Sumber: http://www.majalahniaga.com/6-soalan-penting-yang-anda-kena-tanya-kepada-diri-anda-sendiri-sebelum-buka-bisnes.html
Sumber: http://www.majalahniaga.com/6-soalan-penting-yang-anda-kena-tanya-kepada-diri-anda-sendiri-sebelum-buka-bisnes.html