Friday, June 1, 2018

5-formula-mudah-ini-akan-dapat-membantu-anda-lariskan-jualan-ketika-musim-raya

Ketika musim perayaan semakin menghampiri pastinya di minda para usahawan akan dijentik dengan soalan ‘bagaimana cara untuk melariskan produk yang sedia ada.
Kebimbangan pasti timbul jika stok yang menimbun itu tidak surut sebelum perayaan berakhir. Tetapi adakah kebimbangan itu hanya akan tinggal sebagai kebimbangan tanpa ada sebarang tindakan?
Mungkin produk anda sangat diperlukan oleh pelanggan ketika musim perayaan tetapi cara anda mensasarkan produk itu salah. Kerana itu anda perlu gunakan 5 formula mudah ini bagi melariskan jualan anda ketka musim perayaan.

#1- Keunikan.

Ketika melewati bazar ramadhan kita akan melihat makanan dan minuman yang sama dijual. Tiada sesuatu yang unik dan benda baru yang boleh dicuba. Jadi persaingan pasti sengit akan berlaku.
Cuba anda keluar dari kebiasaan yang sejahtera bagi anda. Jika di bazar sinonim dengan air buah-buahan, nasi lemak, nasi ayam, beraneka kuih muih dan sebagainya, anda boleh berniaga pelbagai jenis kerabu contohnya.
Kerabu kaki ayam, kerabu mangga, kerabu kerang dan lain-lain jenis kerabu. Fokusnya hanya satu, kerabu. Dan pastinya di bazar tersebut hanya anda yang berniaga kerabu. Peluang untuk jana keuntungan pasti ada sebab zero saingan.
Jadi untuk berniaga ketika musim raya, cuba terokai keunikan produk yang hendak dijual yang luar daripada kebiasaan dan paling penting boleh diterima ketika musim perayaan.

#2- Selidik Siapa Bakal Pelanggan Anda

Selidik bukan bererti anda kepochi tetapi anda perlu tahu siapa pelanggan sasaran anda sebenarnya. Maklumat demografi pelanggan seperti umur, jantina, pekerjaan diperlukan bagi membantu memudahkan anda dalam posisi jualan kelak.
Jangan ambil mudah dengan data pelanggan sebab data ini yang akan menentukan produk yang anda ingin keluarkan berdasarkan kehendak pasaran nanti. Nanti macam simple tetapi beri impak pada bisnes ada sebenarnya.

#3-Pancing Emosi Pelanggan

Kajian menyatakan 75% pembelian dibuat adalah berdasarkan emosi. Ya emosi yang berjaya dipancing. Emosi yang menjentik jiwa pelanggan berhari-hari.
Kita sangat dekat dengan emosi. Jadi anda perlu gunakan kebijaksanaan anda untuk membalut emosi pelanggan itu supaya mereka sedar jika mereka tidak membeli produk anda mereka akan alami kerugian atau tidak senang duduk dibuatnya,
Anda boleh menggunakan kaedah seperti gambar, video, ayat dan juga tawaran bagi menjentik emosi prospek untuk membeli . Gunakan juga perkataan-perkataan mahal dalam ayat iklan anda. Contohnya, jualan pengosongan kedai, jualan penghabisan stok, jualan sempena hari ibu atau lain-lain.

#4- Rebut Peluang Isu Semasa

Peluang sudah di depan mata, tetapi adakalanya kita tidak gagal mengesan peluang itu. Apa isu semasa terbaru bagi nilai perniagaan? Pastinya pemasuhan GST pada 1 Jun nanti sangat-sangat ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.
Anda boleh pujuk pelanggan untuk membeli produk anda yang bebas GST dan harga yang ditawarkan pastinya boleh buat pelanggan pengsan. Cari solusi berdasarkan isu semasa yang dapat menjentik hati pelanggan.
Contohnya, harga minyak yang tidak lagi bermain dengan paras turun naik setiap minggu pastinya mengurangkan kos minyak kenderaan bisnes anda. Jadi anda beri solusi kepada pelanggan dengan menawarkan mereka harga yang jauh lebih murah yang pasti berbaloi-baloi.

#5- Jual Ketika Pelanggan Berduit

Bagaimana pelanggan hendak membeli jika tiada duit di poket. Anda perlu peka tarikh-tarikh penting gaji-gaji syarikat swasta dan awam supaya senang anda hendak merangka strategi ketika tibanya hari dah gaji.
Menjual ketika pelanggan berduit lebih mudah kerana jika anda berjaya memujuk mereka pastinya belian akan dilakukan dengan segera. Jika bukan hari gaji, pasti anda akan menunggu berminggu-minggu lamanya untuk pelanggan membuat keputusan mereka kan?

Sumber :  http://www.majalahniaga.com/5-formula-mudah-ini-akan-dapat-membantu-anda-lariskan-jualan-ketika-musim-raya.html

6-soalan-penting-yang-anda-kena-tanya-kepada-diri-anda-sendiri-sebelum-buka-bisnes

Jangan buka bisnes hanya semata-mata anda rasa anda boleh buat, diri anda kental dan rasa yakin dapat duit banyak. Nak tahu anda bersedia atau tidak? Layak atau tidak nak risikokan hidup anda buka bisnes ini? Sila jawab 6 soalan ini terlebih dahulu.

#1-Bolehkah Anda Hadapi Kritikan?

Jika anda adalah ketua dalam syarikat, anda harus menjangkakan anda mendengar banyak kritikan baik yang bagus ataupun yang buruk.
Sekali anda menjejakkan langkah ke alam bisnes, pasti ada pelanggan yang sedar kewujudan anda.
Selalu ingat yang anda tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Anda harus tanam dalam fikiran anda akan ada lebih ramai orang yang mencari kelemahan produk anda berbanding yang menghargainya.
Orang lebih cenderung memilih yang negatif berbanding positif. Setiap orang akan memberikan reaksi yang berbeza apabila berhadapan dengan kritikan yang negatif terutamanya, jadi anda harus bersedia.
Walaupun pelanggan tidak selalunya betul, mereka bebas menyurakan pandangan mereka jika mereka tidak suka dengan apa yang anda tawarkan.
Cabarannya di sini adalah, secara analoginya, menerima semua limau yang diberi kepada anda walaupun cukup masam dan kerja anda adalah menukarkannya kepada jus limau yang sedap.

#2-Adakah Anda Menceburi Bisnes Kerana Inginkan Kemasyhuran?

Anda patut sedar yang jika anda ingin memulakan bisnes untuk mendapatkan perhatian, pujian, dan buat orang kagum dengan anda, itu adalah sebab yang silap.
Anda harus sedar, buat bisnes bererti anda mencari masalah. Hidup anda tidak akan setenang,sebahagia dan segembira yang anda sangka terutamanya di awal perjalanan.
Bisnes adalah perjalanan yang penuh dengan liku-liku kesusahan, cabaran yang memerlukan anda untuk sentiasa memegang sabar dan tabah.
Jika anda buat bisnes hanya untuk kaya dan glamor semata-mata maka anda harus sama ada batalkan niat anda atau betulkan niat anda untuk buat bisnes kerana jika tidak, bisnes anda pasti tidak akan kekal lama.
Anda akan mudah rasa putus asa dan mengalah saat mengalami kesukaran kerana niat anda salah.
Apa yang paling penting, anda sendiri gmebiara dengan apa yang anda lakukan dan buat orang lain gembira juga. Barulah anda akan mendapat kepuasan kerja atau kepuasan dalam hidup sebagai usahawan.

#3-Adakah Anda Bagus Dalam Menyelesaikan Masalah?

Dalam dunia ini, tidak akan ada bisnes yang tiada masalah. Kerana masalah jugalah bisnes wujud.
Dengan menyelsaikan masalah jugalah bisnes kita akan kekal lama. Hidup sebagai seorang usahawan tidaklah semudah yang disangkakan.
Sebagai usahawan, anda akan selalu berdepan dengan krisis dan konflik mengenai hala tuju syarikat. Usahawan yang bagus adalah usahawan yang sedar yang semua ini adalah proses wajib yang harus dilalui dan peluang untuk mematangkan diri dalam dunia perniagaan.
Ini adalah faktor yang akan menolak bisnes anda untuk lebih maju kehadapan disebalik babak-babak yang nampak memeritkan.
Memendam perasaan dan emosi peribadi ketika konflik berlaku tidaklah mudah apatah lagi kalau konflik itu melibatkan anda. Anda patut kekal tenang dan cuba selesaikan masalah yang berlaku.
Jika kesilapan berpunca daripada anda, akui salah anda dan mohon maaflah dengan seadanya.

#4-Sejauh Mana Tahap Empati Anda?

Sebelum kotorkan tangan, kaki dan serabutkan otak buat bisnes, anda kena tahu tahap empati anda terhadap orang.
Apabila berhadapan dengan pekerja dan pelanggan, adalah penting mengenai bagaimana anda bercakap dengan orang lain. Anda harus pandai membaca dan menganalisa bahasa badan agar dapat berkomunikasi dengan baik.
Kemahiran ini anda perlu kuasai kerana ini adalah cerminan jenama dan bisnes anda. Kemahiran empati tidak boleh dipelajari dalam sehari.
Agak sukar untuk mengaitkan diri sendiri dengan orang lain terutamanya yang melibatkan bisnes. Apakah yang diperlukan untuk memuaskan hati pelanggan yang tidak gembira?
Adakah anda bersedia untuk menghadapi isu berbangkit oleh pekerja anda? Ini adalah contoh perkara yang anda kena selesaikan secara berhemah dan daripada kaca mata empati.

#5-Adakah Punyai Rancangan Jangka Panjang?

Sebagai usahawan, anda tidak dapat lari daripada persaingan. Persaingan boleh jadi menakutkan.
Anda tidak akan bertahan lama dalam bisnes jika anda hanya fokus kepada duit.
Nak mulakan bisnes adalah lebih senang berbanding mengekalkannya. Bersedia untuk menghadapi banyak perancangan yang akan gagal lebih daripada menjadi dan disinilah, komitmen anda akan teruji.
Dengan adanya pelan jangka panjang, anda akan dapat mengekalkan bisnes anda selama yang mungkin. Fikir masak-masak sebelum mrancang dan buat keputusan dan jangan juga terlalu keras dengan perubahan yang perlu.

#6: Sejauh Mana Anda Boleh Berkorban?

Soalan yang terakhir ini adalah soalan yang paling sukar. Tidak semua boleh jawab dengan ikhlas dan jujur apatah lagi jika baru bermula dalam bisnes.
Kata orang, jika anda tidak sanggup merisikokan segalanya maka anda belum sepenuhnya berjiwa usahawan.
Jangan berumah di tepi pantai jika takut dilambung ombak.  Anda tidak akan dapat sepenuhnya apa yang anda inginkan sekiranya anda tidak memberi sehabis yang mungkin.
Antara yang wajib anda korbankan adalah masa,duit, tenaga dan perkara lain secara konsisten walaupun anda rasa ia tidak menampakkan hasil.
Jadi usahawan bermakna, anda sedia untuk berkorban dan ambil risiko untuk kepentingan semua pihak. Jika anda dapat menjawab semua soalan ini dengan baik maka anda sememangya sudah bersedia jadi usahawan.

Sumber:  http://www.majalahniaga.com/6-soalan-penting-yang-anda-kena-tanya-kepada-diri-anda-sendiri-sebelum-buka-bisnes.html

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI