Ketika musim perayaan semakin
menghampiri pastinya di minda para usahawan akan dijentik dengan soalan
‘bagaimana cara untuk melariskan produk yang sedia ada.
Kebimbangan pasti timbul jika stok yang
menimbun itu tidak surut sebelum perayaan berakhir. Tetapi adakah
kebimbangan itu hanya akan tinggal sebagai kebimbangan tanpa ada
sebarang tindakan?
Mungkin produk anda sangat diperlukan
oleh pelanggan ketika musim perayaan tetapi cara anda mensasarkan produk
itu salah. Kerana itu anda perlu gunakan 5 formula mudah ini bagi
melariskan jualan anda ketka musim perayaan.
#1- Keunikan.
Ketika melewati bazar ramadhan kita akan
melihat makanan dan minuman yang sama dijual. Tiada sesuatu yang unik
dan benda baru yang boleh dicuba. Jadi persaingan pasti sengit akan
berlaku.
Cuba anda keluar dari kebiasaan yang
sejahtera bagi anda. Jika di bazar sinonim dengan air buah-buahan, nasi
lemak, nasi ayam, beraneka kuih muih dan sebagainya, anda boleh berniaga
pelbagai jenis kerabu contohnya.
Kerabu kaki ayam, kerabu mangga, kerabu
kerang dan lain-lain jenis kerabu. Fokusnya hanya satu, kerabu. Dan
pastinya di bazar tersebut hanya anda yang berniaga kerabu. Peluang
untuk jana keuntungan pasti ada sebab zero saingan.
Jadi untuk berniaga ketika musim raya,
cuba terokai keunikan produk yang hendak dijual yang luar daripada
kebiasaan dan paling penting boleh diterima ketika musim perayaan.
#2- Selidik Siapa Bakal Pelanggan Anda
Selidik bukan bererti anda kepochi
tetapi anda perlu tahu siapa pelanggan sasaran anda sebenarnya. Maklumat
demografi pelanggan seperti umur, jantina, pekerjaan diperlukan bagi
membantu memudahkan anda dalam posisi jualan kelak.
Jangan ambil mudah dengan data pelanggan
sebab data ini yang akan menentukan produk yang anda ingin keluarkan
berdasarkan kehendak pasaran nanti. Nanti macam simple tetapi beri impak
pada bisnes ada sebenarnya.
#3-Pancing Emosi Pelanggan
Kajian menyatakan 75% pembelian dibuat
adalah berdasarkan emosi. Ya emosi yang berjaya dipancing. Emosi yang
menjentik jiwa pelanggan berhari-hari.
Kita sangat dekat dengan emosi. Jadi
anda perlu gunakan kebijaksanaan anda untuk membalut emosi pelanggan itu
supaya mereka sedar jika mereka tidak membeli produk anda mereka akan
alami kerugian atau tidak senang duduk dibuatnya,
Anda boleh menggunakan kaedah seperti
gambar, video, ayat dan juga tawaran bagi menjentik emosi prospek untuk
membeli . Gunakan juga perkataan-perkataan mahal dalam ayat iklan anda.
Contohnya, jualan pengosongan kedai, jualan penghabisan stok, jualan
sempena hari ibu atau lain-lain.
#4- Rebut Peluang Isu Semasa
Peluang
sudah di depan mata, tetapi adakalanya kita tidak gagal mengesan
peluang itu. Apa isu semasa terbaru bagi nilai perniagaan? Pastinya
pemasuhan GST pada 1 Jun nanti sangat-sangat ditunggu oleh seluruh
rakyat Malaysia.
Anda boleh pujuk pelanggan untuk membeli
produk anda yang bebas GST dan harga yang ditawarkan pastinya boleh
buat pelanggan pengsan. Cari solusi berdasarkan isu semasa yang dapat
menjentik hati pelanggan.
Contohnya, harga minyak yang tidak lagi
bermain dengan paras turun naik setiap minggu pastinya mengurangkan kos
minyak kenderaan bisnes anda. Jadi anda beri solusi kepada pelanggan
dengan menawarkan mereka harga yang jauh lebih murah yang pasti
berbaloi-baloi.
#5- Jual Ketika Pelanggan Berduit
Bagaimana pelanggan hendak membeli jika
tiada duit di poket. Anda perlu peka tarikh-tarikh penting gaji-gaji
syarikat swasta dan awam supaya senang anda hendak merangka strategi
ketika tibanya hari dah gaji.
Menjual ketika pelanggan berduit lebih
mudah kerana jika anda berjaya memujuk mereka pastinya belian akan
dilakukan dengan segera. Jika bukan hari gaji, pasti anda akan menunggu
berminggu-minggu lamanya untuk pelanggan membuat keputusan mereka kan?
Sumber : http://www.majalahniaga.com/5-formula-mudah-ini-akan-dapat-membantu-anda-lariskan-jualan-ketika-musim-raya.html