Tuesday, August 30, 2016

Berkongsi Pengetahuan, Cara Murah Untuk Mencapai Kejayaan Bersama

Ada tiga orang ahli silap mata, ahli silap mata A, B dan C. Mereka masing-masing mempunyai satu silap mata yang berbeza antara satu sama lain. Seorang ahli silap mata hanya mengetahui satu silap mata sahaja. Kemudian mereka berkongsi sesame sendiri silap mata yang mereka ketahui. Jadi, setiap ahli silap mata kini mempunyai tiga silap mata. Sudah tentu setiap mereka telah mengeluarkan kos tertentu untuk mempelajari silap mata masing-masing. Dengan saling bertukar pengetahuan, mereka turut mempunyai pengetahuan silap mata yang lebih banyak dan dapat menarik penonton yang lebih ramai tanpa mengeluarkan kos yang besar.

Dalam dunia perniagaan, kita tidak memiliki semua kepakaran yang ada. Mungkin ada yang hebat dalam pemasaran, ada yang pandai dalam pengeluaran, ada yang pakar teknologi sahaja, ada yang mengetahui tentang sumber tenaga manusia dan sebagainya. Bagaimanakah cara supaya semua pengetahuan ini dapat dipelajari oleh setiap ahli perniagaan? Jika perniagaannya sudah besar, mudah sahaja untuk mengeluarkan belanja dengan mengambil pekerja pakar atau perunding. Tetapi, bagi perniagaan kecil, perkara ini tentu menjadi beban utama dari segi kos dan waktu.

Untuk mengatasi masalah kos dan waktu, setiap usahawan yang mempunyai kepakaran masing-masing ini boleh saling berkongsi pengetahuan. Mereka boleh menubuhkan satu kelompok. Si A sebagai pakar pemasaran tetapi lemah dalam pengeluaran, boleh berkongsi pengetahuan dengan Si B yang berpengetahuan dalam pengeluaran tetapi lemah dalam pemasaran. Si C pula yang pakar dalam teknologi boleh saling berkongsi ilmu dengan Si D yang berpengetahuan dalam bidang sumber tenaga manusia. Maka terbentuklah satu kumpulan yang boleh saling menyokong dan saling membantu antara satu sama lain, demi kemajuan bersama..

Kaedah ini kerap digunakan oleh Master Mind Group. Mark Victor Hansen dan Robert Allen banyak menulis tentang ini dalam buku mereka “One Minute Millionaire” dan “Kekuatan dari Fokus”. Anthony Robbins mempraktikkan dengan membentuk Master Mind Group yang dianggotai usahawan-usahawan berpendapatan minimum USD$10 juta per tahun.
Idea untuk berkongsi pengetahuan ini dapat diterapkan dengan cara lain seperti berikut:

Bertukar-tukar koleksi buku, modul pembelajaran, ebook, CD dan lain-lain.
Saya pernah menggunakan cara ini bersama beberapa orang rakan. Setiap kali berjumpa, kami akan membawa sesuatu untuk saling bertukar, contohnya saya membawa buku Robert Allen “Multiple Streams of Income” manakala kawan saya membawa CD Roger Hamilton “Wealth Dynamic”.

Saling bertukar ilmu dari seminar atau latihan yang dihadiri.
Dua orang kawan juga boleh menghadiri seminar yang berbeza-beza, kemudian saling berkongsi pengetahuan yang diperolehi. Kawan saya pernah berkongsi dengan beberapa teman lain untuk mengumpul modal bagi membolehkan salah seorang dari mereka untuk berangkat mengikuti kursus oleh Robert Kiyosaki di Hawaii. Rakan yang menyertai kursus itu kemudian ditugaskan untuk mengajar semula pengetahuan yang diperolehinya tersebut kepada rakan-rakan lain yang tidak menghadiri kursus tersebut.

Membentuk Master Mind Group.
Kumpulan ini boleh dianggotai antara 5 hingga 7 orang sahaja dengan syarat, contohnya, perniagaan mereka mempunyai perolehan minimum sebanyak RM1 juta setahun dan dari bidang perniagaan yang berbeza. Kumpulan ini bertemu sebulan sekali dengan agenda menceritakan perkembangan dan masalah perniagaan yang dihadapi. Setiap anggota boleh memberi cadangan atau idea tentang masalah yang dihadapi oleh anggota yang lain.

Mengikuti mailing list perniagaan.
Di sini setiap anggota boleh saling berkongsi cerita dan informasi yang bermanfaat dengan anggota-anggota yang lain. Melalui mailing list juga anggota mungkin boleh diperkenalkan dengan hubungan perniagaan yang sedang dicari. Contohnya seorang pedagang dapat bertemu pembekal produk yang dicarinya. Mailing list juga dapat dilanjutkan secara “off air” seperti yang dilakukan oleh mailing list Marketing Club dan sebagainya. Saya sendiri berpendapat bahawa mengikuti mailing list sangat berfaedah.

Masih banyak yang dapat dilakukan untuk menggalakkan perkongsian ilmu demi kejayaan bersama. Mungkin anda juga sudah pun mengamalkannya. Sebagai penutup, saya ingin mengongsikan satu cerita menarik. Beberapa bulan yang lalu saya merancang untuk mengikuti kursus oleh Anthony Robbins di Singapura.

Kosnya adalah sekitar RM6,000 Dipendekkan cerita, saya pernah berkenalan dengan seseorang di sebuah seminar. Saya menceritakan rancangan saya tersebut. Dia menyarankan supaya saya membatalkan niat tersebut. Ini kerana, dia mempunyai dua modul yang akan disampaikan dalam kursus tersebut. Dia akan memberikan salinan notanya, dan saya hanya perlu membayar sedikit sahaja. Akhirnya, saya memperolehi modul tersebut dengan wang berjumlah RM30!

Mari kita saling berkongsi pengetahuan demi kejayaan bersama.
Semoga ini dapat membantu!
Sumber:usahawan.com

6 Tip Marketing Online Berkesan

Kunci dalam berkomunikasi dengan seorang pengunjung dan menjadikannya seorang pelanggan ialah dengan membina kepercayaan. Mungkin produk anda adalah yang terbaik di dunia atau peralatan pejabat yang paling membosankan, kedua-duanya dapat dijual secara online jika pengunjung tahu yang kamu adalah pengedar terbaik untuk produk atau perkhidmatan tersebut.

Kita selalu memberi nasihat tentang bagaimana untuk mendapat kepercayaan melalui review laman web, dan saya telah menyenaraikan nasihat-nasihat yang kami telah beri selama ini. Sudah tentu kepercayaan dapat juga dibina melalui cara-cara lain yang tidak tersenarai di sini, tetapi kami akan kongsikan tujuh terlebih dahulu.

1. Menggunakan bahasa yang jelas dan biasa
Perkara yang lazimnya diabaikan ini seringkali menyebabkan kekecewaan para pengunjung. Anda perlu bertutur dalam ‘bahasa’ mereka, bukannya melemaskan mereka dengan pengunaan spesifikasi teknikal yang anda sendiri tidak cukup fahami. Gunakan gaya penulisan yang jelas dan ringkas. Sentiasa fikirkan tentang para pembaca. Jangan terlalu fokus dalam memberitahu mereka apa yang anda mahu maklumkan, tetapi fokuskan lebih dalam memberi sebanyak mungkin sebab mengapa kualiti hidupnya akan menjadi semakin baik selepas membeli produk tertentu.

2. Kesaksian
Jangan memuji produk anda sendiri. Jika produk atau perkhidmatan anda betul-betul bagus, saya pasti anda akan dapat mencari orang lain untuk memuji-mujinya. Pastikan para pengunjung faham tentang kesaksian yang ditulis oleh pengguna sebenar, dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya nama dan syarikat, malah gambar pengguna tersebut. Video juga merupakan satu lagi cara yang baik untuk merakamkan kesaksian. Pada pendapat saya, video kesaksian harus dipaparkan sekali dengan kesaksian bertulis.

3. Tanda pengesahan (Verified Sign)
Semua orang dapat membuat satu tanda pengesahan, jadi jangan biarkan diri anda tertipu dengan tanda-tanda pengesahan. Tetapi majoriti daripada pengunjung memang percaya akan kenyataan seperti “Pendandan rambut paling dihargai di Mississippi” atau “Tukang Paip Terbaik 2006”. Wah, saya sangat tidak menyukainya. Tetapi apabila tanda-tanda ini adalah daripada syarikat-syarikat ternama, ia sememangnya akan menambah nilai kepada sesebuah kedai web.

4. Sertakan Alamat Fizikal
Ini perkara yang sangat mudah: orang ramai ingin tahu bahawa adanya tempat untuk dikunjungi sekiranya masalah berlaku (jika ada). Mempunyai kedai sebenar selain daripada kedai web adalah lebih baik, lebih-lebih lagi jika ramai pelanggan tempatan.

Di Netherlands, digitalstreet.nl telah menjayakan konsep ini, walau pun mereka berlokasi di barat daya Netherlands, orang ramai datang dari seluruh Netherlands kerana mereka lebih senang membeli produk dari gedungnya. Ada banyak lagi kisah yang sama, tetapi sekiranya anda tidak mahu berbuat demikian, hanya dengan menyertakan alamat anda pada laman daftar keluar akan menambahkan kepercayaan pelanggan.

5. Apa yang berlaku selepas daftar keluar?
Selalunya timbul perasaan teragak-agak dalam semua keputusan pembelian: sejurus sebelum anda mengklik butang “Bayar Sekarang”. Apa akan berlaku selepas ini? Adakah saya dikenakan bayaran cukai, import, dan apa lagi? Bolehkah saya memilih kertas pembalut? Terangkan apa yang akan berlaku selepas menekan butang ini. Dengan itu pelanggan dimaklumkan dalam proses pesanan dan tidak akan berlaku kejutan. Ia dapat dilakukan hanya dengan beberapa baris ayat:

6. Tunjukkan yang anda mengambil berat dalam mencari keuntungan
Yang paling penting adalah laman web anda mencerminkan kepercayaan anda terhadap produk atau perkhidmatan yang anda berikan. Hanya memberi senarai produk tidak mencukupi. Maklumkan juga kepada pelanggan tentang syarikat anda, nilai-nilai utama dan kenyataan misi (mission statement).  Selain daripada menunjukkan penglibatan anda, ia juga menyebabkan faktor simpati dan kepercayaan.

Sumber:usahawan.com

Bagaimana Menetapkan Harga Jualan yang Boleh Diterima Pelanggan

Penentuan harga jualan dapat mempengaruhi samada produk yang anda jual akan laku atau tidak. Harga sesuatu produk merupakn antara faktor-faktor utama kejayaan sesuatu perniagaan.
Para pelanggan lebih cenderung membeli sesuatu produk jika ia dipasarkan dengan harga yang tepat. Harga yang sesuai mampu menentukan samada produk yang dijual itu laku atau tidak. Oleh itu, strategi penentuan harga sesuatu produk amatlah penting.
  1. Menentukan harga pokok
Dalam menentukan harga jualan, seseorang penjual perlu mengetahui kos produk yang akan dijual. Kos produk dapat dikira berdasarkan beberapa perkara seperti kos bahan-bahan dan ditambah dengan kos-kos yang lain. Selepas itu, anda boleh mengira untung yang ingin diperolehi, dan daripada itu anda akan dapat menentukan harga jualan sesuatu produk.
  1. Sesuaikan dengan keadaan pasaran
Sebelum menentukan harga, anda perlu mengetahui samada produk yang akan dijual biasa digunakan oleh orang ramai atau tidak. Jika produk yang hendak dijual sememangnya lazim di pasaran, maka anda boleh meletakkan harga yang lebih tinggi. Ini kerana permintaan yang cukup tinggi memang sudah wujud untuk produk tersebut dan ini membuatkan anda lebih mudah untuk mengenakan harga yang tinggi.
  1. Memantau harga pesaing
Cara termudah untuk menentukan harga produk dengan betul ialah dengan membuat perbandingan  harga-harga yang dikenakan oled para pesaing. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat idea tentang harga yang sesuai dan setanding dengan harga jualan pesaing.
  1. Mengenakan harga yang lebih rendah
Sebagai seorang peniaga, anda perlu peka terhadap harga jualan pesaing. Ini kerana produk anda sudah tentu menjadi pilihan para pelanggan jika harga yang dikenakan adalah berpatutan. Selain itu, jika anda mempunyai produk yang tidak dijual oleh mana-mana pesaing maka ini akan menjadi kelebihan bagi perniagaan anda.
  1. Mempunyai  sasaran
Ketika menentukan harga produk, terdapat beberapa faktor yang dapat dipertimbangkan. Ini termasuklah menentukan suatu sasaran atau target yang hendak dicapai.
Tips-tips di atas boleh dijadikan panduan untuk anda dalam menetapkan harga produk. Anda perlu bijak dalam menentukan harga jualan supaya mampu bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Walau apapun, keputusan terakhir dalam penentuan harga produk adalah di tangan anda.

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI