Penentuan harga jualan dapat mempengaruhi samada produk yang anda
jual akan laku atau tidak. Harga sesuatu produk merupakn antara
faktor-faktor utama kejayaan sesuatu perniagaan.
Para pelanggan lebih cenderung membeli sesuatu produk jika ia
dipasarkan dengan harga yang tepat. Harga yang sesuai mampu menentukan
samada produk yang dijual itu laku atau tidak. Oleh itu, strategi
penentuan harga sesuatu produk amatlah penting.
- Menentukan harga pokok
Dalam menentukan harga jualan, seseorang penjual perlu mengetahui kos
produk yang akan dijual. Kos produk dapat dikira berdasarkan beberapa
perkara seperti kos bahan-bahan dan ditambah dengan kos-kos yang lain.
Selepas itu, anda boleh mengira untung yang ingin diperolehi, dan
daripada itu anda akan dapat menentukan harga jualan sesuatu produk.
- Sesuaikan dengan keadaan pasaran
Sebelum menentukan harga, anda perlu mengetahui samada produk yang
akan dijual biasa digunakan oleh orang ramai atau tidak. Jika produk
yang hendak dijual sememangnya lazim di pasaran, maka anda boleh
meletakkan harga yang lebih tinggi. Ini kerana permintaan yang cukup
tinggi memang sudah wujud untuk produk tersebut dan ini membuatkan anda
lebih mudah untuk mengenakan harga yang tinggi.
- Memantau harga pesaing
Cara termudah untuk menentukan harga produk dengan betul ialah dengan
membuat perbandingan harga-harga yang dikenakan oled para pesaing.
Sekurang-kurangnya anda akan mendapat idea tentang harga yang sesuai dan
setanding dengan harga jualan pesaing.
- Mengenakan harga yang lebih rendah
Sebagai seorang peniaga, anda perlu peka terhadap harga jualan
pesaing. Ini kerana produk anda sudah tentu menjadi pilihan para
pelanggan jika harga yang dikenakan adalah berpatutan. Selain itu, jika
anda mempunyai produk yang tidak dijual oleh mana-mana pesaing maka ini
akan menjadi kelebihan bagi perniagaan anda.
- Mempunyai sasaran
Ketika menentukan harga produk, terdapat beberapa faktor yang dapat
dipertimbangkan. Ini termasuklah menentukan suatu sasaran atau target
yang hendak dicapai.
Tips-tips di atas boleh dijadikan panduan untuk anda dalam menetapkan
harga produk. Anda perlu bijak dalam menentukan harga jualan supaya
mampu bersaing dengan peniaga-peniaga lain. Walau apapun, keputusan
terakhir dalam penentuan harga produk adalah di tangan anda.