Kunci dalam berkomunikasi dengan seorang pengunjung dan menjadikannya
seorang pelanggan ialah dengan membina kepercayaan. Mungkin produk anda
adalah yang terbaik di dunia atau peralatan pejabat yang paling
membosankan, kedua-duanya dapat dijual secara online jika pengunjung
tahu yang kamu adalah pengedar terbaik untuk produk atau perkhidmatan
tersebut.
Kita selalu memberi nasihat tentang bagaimana untuk mendapat
kepercayaan melalui review laman web, dan saya telah menyenaraikan
nasihat-nasihat yang kami telah beri selama ini. Sudah tentu kepercayaan
dapat juga dibina melalui cara-cara lain yang tidak tersenarai di sini,
tetapi kami akan kongsikan tujuh terlebih dahulu.
1. Menggunakan bahasa yang jelas dan biasa
Perkara yang lazimnya diabaikan ini seringkali menyebabkan kekecewaan
para pengunjung. Anda perlu bertutur dalam ‘bahasa’ mereka, bukannya
melemaskan mereka dengan pengunaan spesifikasi teknikal yang anda
sendiri tidak cukup fahami. Gunakan gaya penulisan yang jelas dan
ringkas. Sentiasa fikirkan tentang para pembaca. Jangan terlalu fokus
dalam memberitahu mereka apa yang anda mahu maklumkan, tetapi fokuskan
lebih dalam memberi sebanyak mungkin sebab mengapa kualiti hidupnya akan
menjadi semakin baik selepas membeli produk tertentu.
2. Kesaksian
Jangan memuji produk anda sendiri. Jika produk atau perkhidmatan anda
betul-betul bagus, saya pasti anda akan dapat mencari orang lain untuk
memuji-mujinya. Pastikan para pengunjung faham tentang kesaksian yang
ditulis oleh pengguna sebenar, dengan menyenaraikan sekurang-kurangnya
nama dan syarikat, malah gambar pengguna tersebut. Video juga merupakan
satu lagi cara yang baik untuk merakamkan kesaksian. Pada pendapat saya,
video kesaksian harus dipaparkan sekali dengan kesaksian bertulis.
3. Tanda pengesahan (Verified Sign)
Semua orang dapat membuat satu tanda pengesahan, jadi jangan biarkan
diri anda tertipu dengan tanda-tanda pengesahan. Tetapi majoriti
daripada pengunjung memang percaya akan kenyataan seperti “Pendandan
rambut paling dihargai di Mississippi” atau “Tukang Paip Terbaik 2006”.
Wah, saya sangat tidak menyukainya. Tetapi apabila tanda-tanda ini
adalah daripada syarikat-syarikat ternama, ia sememangnya akan menambah
nilai kepada sesebuah kedai web.
4. Sertakan Alamat Fizikal
Ini perkara yang sangat mudah: orang ramai ingin tahu bahawa adanya
tempat untuk dikunjungi sekiranya masalah berlaku (jika ada). Mempunyai
kedai sebenar selain daripada kedai web adalah lebih baik, lebih-lebih
lagi jika ramai pelanggan tempatan.
Di Netherlands, digitalstreet.nl telah menjayakan konsep ini, walau
pun mereka berlokasi di barat daya Netherlands, orang ramai datang dari
seluruh Netherlands kerana mereka lebih senang membeli produk dari
gedungnya. Ada banyak lagi kisah yang sama, tetapi sekiranya anda tidak
mahu berbuat demikian, hanya dengan menyertakan alamat anda pada laman
daftar keluar akan menambahkan kepercayaan pelanggan.
5. Apa yang berlaku selepas daftar keluar?
Selalunya timbul perasaan teragak-agak dalam semua keputusan
pembelian: sejurus sebelum anda mengklik butang “Bayar Sekarang”. Apa
akan berlaku selepas ini? Adakah saya dikenakan bayaran cukai, import,
dan apa lagi? Bolehkah saya memilih kertas pembalut? Terangkan apa yang
akan berlaku selepas menekan butang ini. Dengan itu pelanggan
dimaklumkan dalam proses pesanan dan tidak akan berlaku kejutan. Ia
dapat dilakukan hanya dengan beberapa baris ayat:
6. Tunjukkan yang anda mengambil berat dalam mencari keuntungan
Yang paling penting adalah laman web anda mencerminkan kepercayaan
anda terhadap produk atau perkhidmatan yang anda berikan. Hanya memberi
senarai produk tidak mencukupi. Maklumkan juga kepada pelanggan tentang
syarikat anda, nilai-nilai utama dan kenyataan misi (mission statement).
Selain daripada menunjukkan penglibatan anda, ia juga menyebabkan
faktor simpati dan kepercayaan.
Sumber:usahawan.com