Membina sebuah blog merupakan suatu kerja yang amat mudah pada hari ini kerana hanya dengan 1 klik sahaja, sebuah blog telah siap disediakan dalam masa kurang 3 minit. Apa yang sukar ialah bagaimana untuk membina sebuah blog yang konsisten!
Lihat sahaja blog-blog autoriti seperti TechCrunch.com, Mashable.com, Copyblogger.com dan banyak lagi, mereka kerap mengemaskini artikel di blog mereka setiap hari. Pelawat blog-blog tersebut tidak jemu kunjungi dan membaca artikel yang ada di blog itu.
Tetapi.. Apa yang akan terjadi sekiranya anda tidak mempunyai idea untuk menulis di blog?
Usah bimbang, Copyblogger.com telah berkongsi tips yang agak menarik untuk anda jika secara tiba-tiba anda mengalami sindrom tiada idea untuk menulis di blog anda. Tiada lagi alasan untuk anda tidak mengemaskini blog anda!
Infografik berikut ada penyelesaiannya:
(Sumber grafik: Copyblogger.com)
Sumber: http://www.majalahniaga.com/terbongkar-22-tips-idea-penulisan-blog-pantas-infografik.html