Wednesday, September 28, 2016

Cara Mulakan Bisnes Online Anda Sendiri Dengan 3 Langkah Mudah!

Cara Mulakan Bisnes Online Dengan Mudah
Sejak kos sara hidup semakin meningkat, ramai yang mula mencari cara untuk mulakan perniagaan sambilan tanpa kos ataupun dengan modal yang minima.

Formula tersebut diberi nama Langkah 3P.

Formula Mulakan Perniagaan Internet Dengan Mudah

Ini adalah 3P yang terkandung dalam Langkah 3P.

P – Produk

P yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang kita nak jual.
Kalau takde produk, macam mana nak buat bisnes kan?
Untuk perniagaan sambilan, Tuan Irfan Khairi galakkan cari satu produk berdasarkan minat ataupun hobi kita.
Bila kita jual sesuatu yang kita minat, yang kita ada passion, biasanya kita akan lebih bersemangat and seronok.
Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat.
Contoh:
Kita nampak orang jual simkad macam best jer.
Macam senang jer dia dapat ratus-ratus atau ribu-ribu sebulan.
Itu dia…
Kita belum tentu.
Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan.
Saya sendiri pernah hadapi masalah yang sama dulu (2 bisnes tutup kedai tak sampai 3 bulan).

P – Platform

Bila anda dah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda nak jual, tibalah masa untuk anda pilih apa platform yang anda nak guna.
Contoh platform (ataupun bahasa lain – channel pemasaran) adalah:
  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. Blog
  5. Email
  6. Minisite
  7. Dan banyak lagi…
Tuan Irfan Khairi nasihatkan supaya kita mula dengan platform yang kita dah biasa guna.
Contohnya kalau kita dah memang familiar dengan Facebook & Instagram, guna jelah 2 platform tersebut dulu.
Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini.
Bila dah maju dan nak berkembang, barulah kita explore platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.

P – Pemasaran

Produk dah ada…
Platform pun kita dah pilih.
Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk kita.
Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.
Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.
Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.
Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.

3 Fasa Penting Dalam Pemasaran

Bila sebut tentang pemasaran ataupun Marketing, saya rasa tak lengkap kalau saya tak kongsikan ilmu yang saya belajar daripada mentor saya, Dr Azizan Osman.
Kata beliau, bila kita buat Marketing, ada 3 fasa penting yang perlu kita lalui.

Fasa #1 – Buat Orang Tahu @ Kenal

Fasa pertama dalam pemasaran adalah untuk buat orang tau tentang produk atau servis kita.
Kalau orang tak tau, memang confirmlah mereka tak akan beli daripada kita.
Jadi kena sentiasa fikir macam mana nak orang tau yang kita jual produk sekian sekian.

Fasa #2 – Buat Orang Ingat

Kalau orang sekadar kenal kita, belum cukup bagus.
Sebab apa?
Sebab manusia ni cepat lupa!
Jadi kita kena buat pemasaran secara konsisten supaya orang sentiasa ingat kita.
Antara contoh yang bagus:
  1. Colgate – Sebut jer ubat gigi, mesti orang akan cakap Colgate
  2. Maggi – Walaupun ada banyak jenama mee segera di pasaran, Maggi adalah yang sentiasa menjadi sebutan
  3. Pampers – Kalau nak beli diapers jer, orang akan sebut ‘Pampers’
Itu antara contoh hebatnya strategi pemasaran yang mereka guna pakai sampai dah jadi sebati dalam minda pengguna.
Kalau untuk produk kosmetik pula, boleh tengok contoh teknik pemasaran produk Qu Puteh Pamoga dan juga brand D’Herbs.

Fasa #3 – Buat Orang Suka

Kalau orang kenal & ingat jer belum cukup untuk buatkan mereka membeli.
Sebab…
Kajian membuktikan manusia membeli disebabkan emosi.
Kalau orang tu benci & menyampah dengan kita, macam mana kita nak harapkan dia beli dengan kita?
Sebab itulah dalam fasa yang ke-3 ini, kita kena buatkan orang suka dengan kita.

Macam Mana Nak Buat Orang Suka?

Antara kesilapan yang biasa dibuat oleh ramai usahawan adalah terlalu asyik menjual ataupun hard selling.
Kalau kita asyik nak jual dan suruh orang beli, orang akan menyampah & bosan.
Strategi yang betul bila nak menjual (dan nak kekal lama dalam pasaran) adalah dengan berkongsi.
“Never Sell, Always Share.”
Strategi Mulakan Bisnes Tanpa Kos
Anda boleh berkongsi…
  1. Tips-tips percuma untuk selesaikan masalah prospek
  2. Manfaat dan juga kelebihan produk yang boleh membantu prospek
  3. Testimoni & feedback pelanggan anda
  4. Aktiviti bisnes anda
    • Tengah packing & hantar barang (tak kisah banyak ke sikit)
    • Tengah layan soalan-soalan prospek (sambil anda kongsikan jawapan)
    • Baru dapat Whatsapp dari customer cakap barang dah sampai (dan customer happy sangat)
Bila anda kerap berkongsi dan kurang menjual, orang bukan setakat kenal & ingat anda sebagai penjual produk sekian sekian…
Tapi kredibiliti anda akan meningkat dan orang juga akan suka dan tak sabar nak baca perkongsian anda yang seterusnya.
Dengan erti kata lain, secara tidak langsung, anda akan mula mempunyai peminat.
Senang ke senang nak jual sesuatu pada orang yang dah minat anda?
Kalau tak percaya, cuba tengok betapa mudahnya artis-artis mulakan bisnes dan sekejap jer dah berjaya buat sales ratus ribu malah ada yang jutaan ringgit sebab mereka dah ada peminat.

Langkah 3P + 3 Fasa Marketing = Kaching!

Sebagai kesimpulan, saya ulang semula apa isi penting dalam artikel kali ini.
Langkah 3P untuk mulakan bisnes online:
  • Produk
  • Platform
  • Promosi
3 Fasa Marketing:
  1. Kenal
  2. Ingat
  3. Suka
Dan matlamat utama bila buat marketing adalah untuk mendapatkan fans ataupun follower.
Bila dah ramai fans, kita tak perlu jual pun orang nak beli.

Ada Belajar Sesuatu?

Terima kasih sebab berjaya luangkan masa untuk baca sampai habis artikel ini. Saya harap ianya berbaloi!
Kredit to :https://firdausazizi.my/cara-mulakan-bisnes-online/

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI