Ini soalan yang kemungkinan biasanya berlegar dalam fikiran masa nak tulis ayat iklan.
Dah tulis, delete.
Tulis lagi, delete.
Kadang-kadang hampir sejam tenung je skrin.
Blur sebab idea tak keluar-keluar.
Betulkan?
Sebenarnya, anda tak ada idea untuk tulis ayat iklan sebab anda tidak kenal segmen pelanggan anda.
Kenali segmen pelanggan anda dahulu sebelum buat iklan.
Kemudian, fokus pada headline @ tajuk sebelum mula menulis ayat iklan yang lengkap.
Headline yang bagus adalah yang ada kemampuan untuk menarik perhatian prospek.
Fakta! 80% dari prospek buat keputusan untuk beri perhatian atau tidak pada iklan selepas membaca headline.
Jadi, kalau headline anda tidak menarik perhatian, anda telah kehilangan 80% dari prospek anda.
Jadi, kalau headline anda tidak menarik perhatian, anda telah kehilangan 80% dari prospek anda.
Macam Mana Nak Cari Idea Untuk Headline?
Untuk mula tulis headline yang menarik perhatian, anda perlu kenal dulu siapa segmen pelanggan anda.Dan anda perlu pastikan, satu ayat iklan hanya sesuai untuk satu segmen pelanggan sahaja.
Ini soalan pertama yang anda perlu tanya pada diri anda sebelum tulis copywriting adalah:
“Siapa yang perlukan produk aku?”
Dengan bertanya soalan ini anda dapat menjimatkan 50% dari masa anda untuk menulis headline.Anda perlu tahu, satu copywriting hanya sesuai untuk satu segmen pelanggan.
Sebagaimana mana satu saiz baju hanya sesuai untuk satu saiz badan sahaja. Tak ada satu saiz baju pun yang sesuai untuk semua saiz badan.
Kalau satu-satu copywriting anda tulis untuk lebih dari satu segmen pelanggan, copywriting anda kemungkinan besar iklan anda ke laut.
Jadi, anda perlu pilih satu segmen pelanggan sebelum anda tulis headline.
“Alaaa… Tuan, saya pening la. Segmen pelanggan tu menatang pa pula? Huhu…”Segmen pelanggan adalah kepada siapa yang kita nak jual produk kita.
Okay, nak mudah faham saya beri satu contoh.
Ini 3 segmen pelanggan untuk produk ‘Serum Rambut’:
- Wanita bertudung yang ada masalah keguguran rambut
- Lelaki yang keguguran rambut sebab faktor usia
- Lelaki keguguran rambut sebab faktor genetik
Lepas tu, pilih satu segmen yang anda nak sasarkan.
Pilih satu saja segmen pelanggan.
Kalau anda nak jual kepada segmen lain, anda perlu tulis copywriting lain.
Dalam contoh ini, saya nak pilih segmen pelanggan wanita bertudung yang ada masalah keguguran rambut.
Ini Formula Mudah Untuk Tulis Headline
[Produk] + [Segmen Pelanggan] + [Masalah]
Produk: Serum rambut
Segmen Pelanggan: Wanita bertudung
Masalah: keguguran rambut.
Kemudian, susun ayat dan jadikan satu headline.Segmen Pelanggan: Wanita bertudung
Masalah: keguguran rambut.
Contoh Headline:
Serum Rambut Khas Untuk Wanita Bertudung yang Ada Masalah Keguguran Rambut
Sekarang, cuba anda gunakan formula ini untuk hasilkan headline bagi ayat iklan anda.Rasanya tak sampai pun 7 saat, anda dah dapat siapkan headline.
Sebenarnya, nak tulis headline ni kejap je.
Tapi, proses nak buat research untuk cari segmen itu yang biasanya mengambil masa.
Ada Belajar Sesuatu?
Pastikan anda Share artikel ini untuk manfaat rakan-rakan anda yang lain.Artikel ini adalah olahan semula dari perkongsian Aqif Azizan di program OBAC BizNet Challenge. Konten asal boleh dirujuk di Blog Copywriting Danial Arif.