Dalam lambakan produk keluaran import di pasaraya, produk
keluaran tempatan dilihat mempunyai ruang yang terhad untuk bersaing di
pasaran Malaysia. Adakah produk ni kurang mendapat perhatian kerana
pembeli masih ragu ragu dengan kualitinya? Bagaimanakah cara untuk
pengusaha produk tempatan membuktikan bahawa produk mereka setanding
dengan produk keluaran syarikat yang sudah dikenali?
MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PROMOSI
Seperti umum sedia maklum bahawa pengusaha produk keluaran tempatan
ini terdiri dari pengusaha kecil-kecilan atau usahawan desa yang
mengusahakan perniagaan dari rumah. Pasaran produk mereka juga terhad
hanya di beberapa kawasan tertentu. Di sini lah pengusaha ini harus
memanfaatkan penggunaan gadget dan media social sebagai medium untuk
mempromosi produk keluaran mereka dan ianya percuma! Mereka hanya harus
memuat turun aplikasi seperti Facebook dan Instagram dan memuat naik
gambar dan menyertakan lokasi perniagaan, nombor telefon dan alamat
email untuk memudahkan individu yang berminat mencuba produk anda.
Pengusaha belacan dan keropok losong pun boleh mencuba alternatif ini.
Kenapa tidak?
ALTERNATIF PROMOSI
Usahawan desa ini biasanya menjalankan operasi di dalam kawasan
kampung jadi salah satu cara untuk mempromosi produk mereka adalah
mempamerkan signboard, bunting dan poster di tepi jalan utama dan
sekaligus menjadikan pengguna jalan raya sebagai pelanggan anda.
Keberkesanan cara ini terbukti sebagai medium yang efektif dalam usaha
mempromosi produk anda terutamanya dalam musim cuti umum dan musim
perayaan di mana penduduk kota berpusu pusu pulang ke kampung halaman.
AGEN SELURUH MALAYSIA.
Tidak semua usahawan desa ini mampu membuka kedai fizikal oleh itu,
mempunyai agen di serata Malaysia adalah salah satu cara yang
mendapat respon yang memberansangkan. Agen juga kebanyakkannya terdiri
dari suri rumah dan ibu tunggal yang ingin menjana pendapatan sekaligus
membantu menaikkan taraf kehidupan golongan ini. Oleh kerana itu,
produk anda juga lebih mudah didapati dan tidak tertumpu pada kawasan
sekitar saja. Siapa tak kenal Jeruk Madu Pak Ali yang dulunya diusahakan
secara kecil- kecilan saja tapi sekarang bukan sahaja memiliki kedai
sendiri malah, Jeruk Madu Pak Ali mempunyai agen di seluruh negara
terdiri dari peruncit kecil, ibu tunggal dan suri rumah. Jadi ianya
memudahkan pelangganyang ingin membeli produk anda tidak perlu lagi ke
kawasan perusahaan anda yang mungkin terletak agak jauh dari lokasi
mereka.
MENYERTAI EKSPO DAN KARNIVAL
Terdapat pelbagai juga ekspo atau karnival keusahawanan yang diadakan
untuk usahawan desa ini mempromosi produk keluaran mereka seperti
AgroFest dimana usahawan ni giat mempamerkan produk keluaran mereka dari
ubatan tradisional, produk makanan sunnah, makanan sejuk beku,
dan produk asas tani yang lain. Ini ialah peluang terbaik bagi
usahawan desa untuk memikat hati pengunjung yang hadir, sediakan
juga pamplet untuk kemudahan pengunjung menghubungi anda semula
sekiranya mereka berminat. Terdapat pelbagai alternatif yang boleh
digunakan untuk memasarkan produk tempatan selain menjual barangan di
pasaraya dan cara ini juga membuatkan pengusaha lebih mudah didekati
pelanggan dan lebih bersifat telus.
Sumber: https://www.usahawan.com/strategi-bisnes/cara-memasarkan-produk-keluaran-tempatan.html/