Ramai
yang tidak tahu bahawa rakyat Malaysia merupakan antara rakyat negara
Asia yang paling ramai melayari internet dalam dunia. Ya, dunia!
Keajaiban internet tidak perlu dipersoalkan lagi. Usahawan-usahawan di
seluruh dunia menjana hampir berbilion ringgit daripada medium ini. Sama
ada produk digital mahupun fizikal, semuanya adalah mungkin dengan
kewujudan internet. Ini kerana jika secara offline, bilangan manusia
adalah terhad manakala secara online ,
perniagaan anda mampu di perkenalkan pada beribu-ribu orang dalam
masa yang sekejap sahaja. Dan sebagai usahawan di Malaysia, adakah
kenyataan di atas masih tidak meyakinkan anda untuk memanfaatkan medium
ajaib ini ke paras maksimum?
Kini,
transaksi yang berlaku di internet adalah berjumlah trillion USD
setahun dan setiap hari berbilion-billion USD bertukar tangan.
Kerancakan transaksi wang di internet di sokong lagi dengan pengembangan
internet ke handphone dan juga penggunaan kad kredit.
Apabila bercakap mengenai perniagaan internet ramai di antara kita membayangkan produk “ making money online” . Sebenarnya,
perniagaan internet ini mempunyai banyak cabang yang boleh
diterokai. Di negara kita, pasaran produk fizikal lebih tertumpu di
forum-forum tempatan serta laman lelongan online seperti lelong.com.my dan ebay.
Perkembangan
yang bagus tetapi produk yang dijual kebanyakannya boleh dikatakan
remeh. Contohnya, pen, sarung bantal, jus kuruskan badan,
tudung, keychain
dan yang sewaktu dengannya. Bagaimana dengan barangan yang lain? Atau
usahawan tempatan masih kurang berpengetahuan tentang keajaiban medium
ini?
Ikuti faedah-faedah memasarkan produk perniagaan di internet.
Perniagaan auto-pilot.
Anda
tidak perlu bersengkang mata untuk berjaga 24 jam untuk menjaga kedai
anda. 24 jam 7 hari seminggu 365 setahun. Tidak seperti kedai biasa yang
hanya beroperasi jam 7 pagi – 8 malam.
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah pastikan anda ada laman web dan ianya berfungsi. Ya semudah itu! Tetapi harus diingat yang setiap
entri perlulah menarik kerana ia berupaya untuk membawa pelanggan
tersebut kepada pengenalan produk atau perkhidmatan yang disediakan.
Proses berkenaan perlulah mengambil kurang daripada 10 saat. Anda harus
ingat bawa anda tidak tahu dari mana pengunjung-pengunjung laman web
anda datang. Maka, menjadi tugas seorang usahawan untuk menarik
perhatian mereka dalam masa yang amat terhad.
Sebarang soalan yang diajukan pelanggan akan masuk ke dalam emel dan anda boleh jawab apabila anda online .
Anda juga boleh setkan sistem pembayaran automatik menggunakan kad
kredit dan apa yang anda perlu buat adalah menerima bayaran dan
memproses tempahan. Di Malaysia budaya pembayaran melalui online mungkin azgak baru. Sebagai usahawan, anda perlu meyakinkan pelanggan bahawa setiap transaksi online yang mereka lakukan adalah selamat untuk digunakan.
Komunikasi pantas.
Jika
anda ada pelanggan di Kelantan dan anda pula berada di Johor, anda
tidak perlu bergerak ke Kelantan untuk berjumpa dengan pelanggan anda,
anda boleh berkomunikasi terus di Internet. Jika ada masalah,
mereka boleh ajukan pada anda di Internet sahaja. Sediakan borang
pertanyaan di laman web anda dan pastikan anda respon dalam jangka masa
yang terdekat.
Prospek perniagaan yang luas.
Anda
dapat menjimatkan ratusan malah ribuan ringgit dengan memasarkan produk
anda di internet. Kos pemasaran di televisyen, radio dan di billboard adalah sangat tinggi, bukan semua uasahawan mampu untuk membayarnya, dan target market
belum tentu seperti diuar-uarkan. Di internet, yang sebaliknya
berlaku. Dengan ratusan ringgit sahaja, anda dapat menyampaikan
maklumat kepada prospek pelanggan yang tersangat ramai. Bayangkan jika
anda mampu memperkenalkan perniagaan anda kepada jutaan orang di
internet, paling teruk pun 1 peratus sahaja yang membeli dari anda,
agak-agak untung dah berapa? Ya! Tersangat banyak!
Agen yang bekerja secara percuma
Anda tidak perlu ada agen pemasaran yang ramai di dalam syarikat anda untuk promosi produk secara online dengan adanya sistem affiliate. Affliate
adalah agen dan anda tidak perlu bayar gaji pada mereka. Mereka akan
menerima komisyen berdasarkan jualan yang mereka hasilkan. Jika tiada
jualan, anda tidak perlu bayar gaji pada mereka.
Senang untuk mencari rakan niaga.
Seperti
yang diberitahu, di internet, yang terbalik dari dunia nyata
berlaku. Anada tidak perlu cari rakan niaga, meraka yang cari anda!
Jika mereka rasa produk anda bernilai, bagus dan ada potensi,
mereka sendiri akan hubungi anda untuk menjadi agen atau wakil pengedar.
Maka, di laman web, anda boleh sediakan ruang rakan niaga untuk
memperkembangkan lagi perniagaan anda. Menarik bukan?
Anda tidak perlu buka mulut langsung.
Di
internet, anda tidak perlu pening-pening memikirkan cara untuk
meng’ayat’ para pelanggan anda. Sekadar mengisi laman web anda dengan
informasi terkini mengenai produk, pasti ada yang sudah tersangkut.
Dan jika mereka ada soalan, mereka boleh hubungi anda. Persembahan
di laman web akan menjadi wakil jurucakap anda.
Banyak cawangan dengan kos yang sedikit dan proses yang mudah.
Antara
senjata pemasaran ialah cawangan. Membuka cawangan kedai di internet
tidak memerlukan kedai baru, peralatan baru, pekerja baru atau
lesen baru. Domain dan hosting. Sahaja. Adanya dua perkara tersebut,
anda boleh buka dan kawal perniagaan sebanyak mana cawangan yang anda
mampu. Hebat?
Bagaimana?
Sudah cukup meyakinkan untuk memanfaatkan internet ke paras maksimum?
Seorang usahawan yang baik harus tahu untuk menggunakan segala peluang
yang ada untuk memaksimumkan jualan dan internet adalah satu medium
ajaib yang wajib diterokai. Tetapi pasti anda tertanya-tanya bagaimana
tu?
Berikut adalah beberapa cara yang boleh diaplikasikan yang telah membantu ramai usahawan:
Sebenarnya
ianya bergantung pada bajet. Jika terlebih bajet, gunakan kaedah
yang kedua, jika tidak berapa mampu, gunakan kaedah yang
pertama. Apapun, pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan
lakukan manual submission.
1. Emel
Adalah wajib bagi anda untuk mempunyai laman web opt-in atau landing page
yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama
dan emel mereka di laman web tersebut. Kemudian, anda boleh
mulakanpemasaran produk atau servis anda dengan menghantar emel kepada
mereka. Menggunakan perisian bernama autoresponder. Autoresponder ini
boleh hantar mesej kepada ribuan emel
pada satu-satu masa! Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya masukkan
beberapa mesej untuk dijadikan emel di dalam autoresponder anda supaya
setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan emel mereka,
mereka akan mendapat emel ini secara automatik dan berterusan dari anda.
Mereka pasti beranggapan yang anda ambil berat dengan mereka sedangkan
anda hanya perlu lakukan sekali sahaja, hebat?
2. Komen Blog
Adalah
mudah untuk anda lakukan promosi sebegini memandangkan terdapat
bermacam-macam jenis blog di pasaran. Selepas melakukan sedikit kajian,
anda akan dapati bahawa sesetengah blog mempunyai pembaca setia
mereka tersendiri dan mereka inilah sasaran terbaik untuk produk atau
perkhidmatan yang anda promosikan.
Walaubagaimanapun, jangan sampai anda dilabel ‘blog spammer’
dengan terus beriklan melalui komen blog dengan kerapa dan secara
terang-terangan. Sebaliknya, jadikan kebiasaan untuk meninggalkan
komen di blog yang berkaitan dengan niche
anda SAHAJA. Jangan sesekali habiskan terlalu banyak masa dengan baca
setiap blog, setiap post dalam blog dan setiap komen. Memang alamat
24 jam lah anda duduk depan computer?. Cari sekurang-kurangnya 10 blog berkaitan niche
anda dan tinggalkan 10 komen di setiap blog itu setiap hari. Melalui
cara ini, anda dapat tingkatkan kredibiliti anda. Maklumlah,
balik-balik anda yang komen!
4. Youtube
Masih
ramai lagi yang kurang arif dengan kehebatan pemasaran melalui video.
Antara kebaikannya ialah pertama, ia membolehkan anda mendapat
keputusan segera. Video biasanya dapat dilihat secara terus manakala
kandungan bercetak pula lebih cenderung untuk ditinggalkan dalam inbox
atau mailbox sehingga berhari-hari lamanya. Kedua, video membolehkan
anda menyampaikan cerita dengan lebih baik. Video menawarkan satu
peluang yang baik dengan mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan
perniagaan anda. Orang ramai lebih cenderung kepada ‘menonton’ maklumat,
bukan lagi ‘mendengar’ maklumat.
Ketiga,
anda berpeluang untuk membekalkan kandungan yang berlainan setiap
kali. Untuk mendapatkan posisi yang tinggi di Google, pemilik laman
web hendaklah sentiasa memperbaharui kandungan di laman webnya.
Menghasilkan artikel sememangnya memakan masa, tetapi menghasilkan
video adalah mudah, murah dan pantas!
Keempat,
anda akan dilihat sebagai usahawan yang berkemampuan untuk mencuri
tumpuan para pengunjung melalui cara baru. Jika para pengunjung sudah
bosan dengan bahan-bahan bercetak, maka video berkemungkinan akan
menyemarakkan minat mereka terhadap bisnes anda. Kelima, ia
membolehkan orang ramai melakukan promosi untuk anda. Semua laman web
video atau laman sosial seperti YouTube, Facebook, MySpace menyediakan kemudahan untuk orang ramai menyebarkan video anda ke seluruh Internet.
Keenam, komuniti video online biasanya lebih ‘hidup’ dan rancak berbanding dengan komuniti artikel online .
Anda mampu mencapai jumlah tontonan 1000 ke atas dalam beberapa minggu
sahaja! Dan yang terakhir, jumlah persaingan yang kurang. Kebanyakan
peniaga Internet masih lagi menggunakan artikel untuk pemasaran bisnes
mereka, oleh itu persaingan dalam pemasaran video masih belum sengit
seperti cara-cara promosi yang diterangkan di atas.
Antara cara pemasaran melalui video ialah:
1. Cipta video sendiri.
2. Daftar akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche anda.
3. Masukkan tajuk video yang ada keyword sasaran anda.
4. Letakkan link ke landing page anda di description.
5. Masukkan keyword sasaran anda di dalam tags.
6. Masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche anda ke dalam description.
2. Daftar akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche anda.
3. Masukkan tajuk video yang ada keyword sasaran anda.
4. Letakkan link ke landing page anda di description.
5. Masukkan keyword sasaran anda di dalam tags.
6. Masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche anda ke dalam description.
Sumber: https://www.usahawan.com/strategi-bisnes/pemasaran-produk-yang-lebih-efektif-di-internet.html/