Sebagai pusat informasi setempat untuk pelatih kursus Pembangunan Keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)selama 6 bulan di PERHEBAT dan untuk mengumpul para usahawan bekas tentera dalam pelbagai bidang perniagaan dalam satu komuniti bersepadu. Semoga memberikan peluang yang luas kepada bakal pesara tentera mahu pun pesara tentera dalam menceburi bidang keusahawanan.Hubungi 03-61569412 samb. 1170
Tuesday, November 3, 2020
Tinggalkan kerjaya sebagai kontraktor, raih pendapatan lumayan sebagai petani
Saturday, October 31, 2020
Kenapa perlu berniaga? 5 Sebab Perlu Berniaga
Anda ingin berjaya....perlu ada sikap orang-orang berjaya
Siapa sahaja tak inginkan kejayaan?
Tak kira sama ada dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan mahu pun perkara peribadi, pasti korang inginkan sesuatu yang bakal dilaksanakan itu mendatangkan hasil dan keputusan yang diiringi kejayaan.
Tapi, kadangkala disebabkan beberapa kekangan seperti kurang motivasi, hilang arah dan tujuan, maka hasil yang diimpikan itu akhirnya seperti ‘separuh masak’ atau diakhiri dengan kegagalan.
Menurut kajian psikologi, perkara utama untuk sesorang individu mencapai kejayaan bermula daripada perubahan set minda (mindset) dan sikap dalam diri seseorang.
Nampak mudah untuk diperkatakan, tapi tak semestinya mudah untuk sesetengah daripada kita untuk merubah sikap.
Tiada salahnya kita mulakan sedikit demi sedikit. Tiada istilah terlambat jika ingin berubah.
Jom lihat apakah sikap-sikap tersebut.
7 SIKAP YANG ADA PADA ORANG BERJAYA
1. JELAS PADA NIAT DAN TUJUAN
Sebelum kita fikir target, result dan sebagainya, berhenti sejenak dan fikirkan kembali seketika apakah tujuan dan niat kita untuk mencapai kejayaan itu?
Dalam dunia yang serba pantas kini, kita kadangkala terlupa maksud, sebab dan tujuan yang lebih halus untuk kita mencapai kejayaan tersebut.
Minda manusia sebenarnya merupakan alat paling berkuasa yang boleh mempengaruhi tindakan.
Cari kembali kekuatan dalaman dan set semula niat korang. Fikir untuk apakah tujuan korang melakukan sesuatu perkara itu.
Dengan niat dan tujuan yang jelas, kita secara langsung akan memotivasikan diri sebelum memulakan langkah untuk berjaya.
2. PERCAYA PADA DIRI
Orang yang berjaya sentiasa ada rasa percaya pada diri mereka sendiri.
Rasa percaya diri ini bukanlah bermaksud ‘overconfident’, sebaliknya percaya pada kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Percayalah pada diri sendiri, maka akan datanglah juga rasa percaya pada kerjaya, percaya pada perniagaan, percaya kepada idea-idea dan lain-lain.
Percaya pada diri sendiri akan memberi korang kesungguhan untuk berjaya tak kira dalam apa jua situasi.
Kalau kita sentiasa ragu dan sangsi, bagaimana pula hendak berjaya, kan?
3. MINAT ATAU MINAT GILERRR?
Tak kira sama ada korang seorang usahawan yang menawarkan perkhidmatan, atau seorang pekerja yang melakukan skil tertentu. Cuba bayangkan perkara yang dilakukan itu disertai dengan minat.
Setiap hari korang bangun pagi dan lakukan sesuatu dengan minat sahaja tak cukup sebenarnya.
Korang mestilah ‘passionate’ atau minat gilerrr dengan perkara tersebut.
Orang yang berjaya tidak pernah merasa terbeban atau terikat dengan perkara yang mereka lakukan.
Mereka lakukan perkara tersebut kerana ada minat yang mendalam terhadapnya.
4. TAK TAKUT GAGAL
Persamaan sikap yang terdapat pada semua orang yang berjaya adalah mereka tak takut pada kegagalan.
Dalam perjalanan untuk menuju kejayaan dan kecemerlangan, kegagalan pasti akan ada. Kita hidup di dalam dunia realiti, bukan fantasi.
Jadi, dalam proses untuk berjaya itu, kegagalan itu perkara biasa.
Orang yang berjaya percaya pada ini: 1 kegagalan akan menghasilkan 10 lagi cara untuk mencari kejayaan.
Oleh itu, jangan berhenti jika jatuh dan gagal, bangkitlah dan cari semula cara untuk berjaya.
Tokoh pencipta dan juga usahawan Amerika berjaya, Thomas Edison, merupakan orang yang mencipta mentol lampu pernah berkata:
“I have not failed. I’ve just found 10,000 ways that won’t work.”
(Saya tidak gagal. Saya hanya jumpa 10,000 cara yang tidak berhasil)
5. TERIMA ILMU, KRITIKAN, FAKTA DAN DATA
Orang yang berjaya sentiasa ‘lapar’ dalam mencari ilmu baru. Mereka tak pernah rasa dah cukup pandai atau syok sendiri hingga menafikan kritikan yang diterima.
Mereka sentiasa terbuka untuk menerima kritikan daripada orang sekeliling dan juga menerima idea-idea baharu.
Mereka juga sentiasa rendah diri dan belajar daripada orang lain yang berpengalaman.
Seiring dengan ilmu yang ada, dan juga mengambil kira kritikan yang diterima, orang yang berjaya juga sentiasa mengkaji sesuatu perkara berdasarkan fakta dan data, agar tidak melakukan kesilapan.
Fakta bermaksud sesuatu maklumat yang sahih dan benar.
Data pula bermaksud statistik atau analisa yang dijadikan rujukan bersama fakta.
So ingatlah, untuk berjaya sentiasalah terbuka untuk terima 4 perkara ini iaitu : Ilmu, Kritikan, Fakta Dan Data.
6. KONSISTEN & GIGIH
Korang dah ada niat yang jelas, percaya pada diri sendiri, ada pula minat yang mendalam, langsung tak takut gagal dan terima segala ilmu dan kritikan.
Tapi kalau korang tak konsisten dalam melakukan sesuatu. Maka, akhirnya hasil yang diimpikan tidak akan terlaksana dengan berjaya.
Tanpa mengira sebarang situasi sama ada senang atau sukar, kalau korang sentiasa konsisten, ini secara langsung akan membentuk disiplin dalam diri korang untuk memiliki sifat gigih.
Orang berjaya sentiasa konsisten dalam melakukan sesuatu biarpun ketika keadaan tak menentu atau ketika rasa hilang semangat dan motivasi.
Sikap konsisten juga akan mewujudkan reputasi baik dan rasa hormat daripada orang lain terhadap korang.
Ia menunjukkan korang yakin dan ambil kisah terhadap perkara yang korang lakukan tersebut. Barulah lebih mudah untuk berjaya!
7. BERSERAH & BERDOA
Apabila korang dah tanamkan segala sikap di atas ketika melakukan sesuatu perkara, akhir sekali berserahlah kepada Allah dan berdoalah supaya dirahmati dengan kejayaan.
Tawakkal pada bahagian rezeki masing-masing serta percayalah pada qada’ dan qadr, setelah korang berhempas pulas berusaha dan juga setelah melakukan yang terbaik sehabis mungkin.
InsyaAllah, dengan sikap-sikap positif di atas ini di dalam diri korang serta disudahi dengan doa dan sikap berserah dan tawakkal, kejayaan itu pasti dalam genggaman korang semua!
Kredit : https://pejuanghartanah.com/7-sikap-yang-ada-pada-orang-berjaya/
Monday, October 26, 2020
Berbicara dengan sayuran
Bagi yang melalui kawasan perumahan Precint11, Putrajaya pasti akan memberhentikan kenderaan sejenak bagi melihat kebun kecil milik Anuar Kamal Ismail, 43, yang diusahakan mengikut kaedah akuaponik.
Di bahagian hadapan laman rumah, pelbagai jenis tumbuhan hijau seperti sawi dan salad subur menghijau dan menunggu masa untuk dipetik manakala di bahagian belakang terdapat tanaman seperti kangkung, tomato, pudina, bendi dan kesum yang ditanam di dalam pasu turut menggunakan kaedah sama.
Menurut Anuar, pada awal 2018, dia mulai sedar mengenai pentingnya pengambilan makanan organik memandangkan pelbagai penyakit mudah menyerang berpunca daripada faktor pemakanan.
“Mulanya saya berhasrat membela ayam kampung, tetapi terhalang disebabkan tiada kawasan sesuai. Menerusi pencarian di Facebook saya mendapati kaedah akuaponik paling sesuai kerana menjimatkan ruang dan mudah dijaga.
“Saya mula mencari barang-barang terbuang seperti batang paip dan besi serta mengeluarkan modal M1,000 untuk membeli ikan, biji benih dan peralatan lain. Namun ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana saya perlu melakukan berkali-kali agar sistem pengaliran air berjalan lancar dan tidak tersekat,” katanya.
Katanya lagi, akuaponik menggabungkan kombinasi di antara akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (tanaman tanpa tanah). Ia bertujuan membantu meringankan beban melalui ternakan ikan dan tanaman sayuran, namun jika diusahakan secara komersial mampu menjana punca pendapatan lumayan.
“Ini kerana akuaponik tidak memerlukan ruang besar dan boleh diusahakan di kawasan bandar. Menariknya ia adalah teknologi pertanian yang digabungkan dengan perikanan. Oleh itu dalam sekali produksi akuaponik dapat menghasilkan dua produk sekali gus iaitu sayur-sayuran dan penternakan ikan,” katanya.
Pada peringkat permulaan Anuar menanam timun dan cili, namun kurang menjadi disebabkan gangguan serangga perosak. Kemudian dia beralih kepada tomato, pudina, bendi dan kangkung menggunakan pasu manakala untuk sayuran hijau dia menggunakan paip plastik PVC.
Keistimewaan akuaponik ialah ia tidak menggunakan baja kimia sebaliknya nutrisi tanaman diperoleh menerusi sisa yang dihasilkan oleh ikan tilapia yang menghasilkan nitrit dan amonia semula jadi.
“Kotoran dihasilkan ikan ini dialirkan menuju ke tanaman dan tersebar sehingga diserap ke seluruh bahagian akar. Bentuk sistem akuaponik pula beragam dan boleh disesuaikan dengan jenis tanaman yang akan ditanam,” katanya.
Katanya lagi, ikan seperti tilapia dan keli paling sesuai digunakan disebabkan faktor mudah dijaga dan hidup dalam air tawar.
Jimat beli sayur
Sejak mengusahakan tanaman akuaponik Anuar tidak lagi membeli sayur-sayuran sebaliknya hanya memetik di hadapan rumah. Sistem tanaman ini juga tidak memerlukan masa yang lama untuk matang. Sebagai contoh sawi hanya memerlukan masa tidak lebih 45 hari sebelum boleh dimakan begitu juga tanaman lain.
“Bagi mengelak semua tanaman matang serentak jadi saya membahagikan peringkat tanaman agar semua sayuran tidak dipetik pada waktu yang sama. Jika ada pastinya ia menjadi rezeki untuk jiran tetangga sama seperti ikan talapia,” katanya.
Merancang untuk mengusahakan secara lebih teratur dan dapat dikomersialkan, kaedah ini bukan saja dapat dijalankan di kawasan perumahan jenis teres, tetapi juga kondominium asalkan mempunyai sistem yang teratur.
“Apa yang penting adalah memastikan bekalan elektrik tidak terputus agar pengaliran air berjalan lancar. Begitu juga dengan makanan ikan yang diberikan mengikut jadual. Tidak boleh terlebih atau kurang kerana akan menjejaskan kualiti ikan ini,” jelasnya.
Menceritakan lebih lanjut, Anuar yang semakin serasi dan gembira dengan aktiviti terbarunya ini menjelaskan setiap pagi sebaik bangun tidur
pasti dia akan melihat tanaman akuaponik terlebih dulu, memberi makan ikan dan membuang lumut jika ada pada bahagian saliran air.
“Inilah aktiviti saya setiap pagi. Berbicara dengan sayur-sayuran hijau dapat melegakan tekanan dan menjadikan tubuh lebih sihat. Warna hijau pula menjadikan mata lebih sihat,” ujarnya gembira.
Pada masa akan datang dia berhasrat membina sistem akuaponik di sekolah sebagai salah satu teknik pembelajaran di sekolah. Sekurang-kurangnya pelajar dapat melihat secara praktikal bagaimana kaedah ini dilaksanakan, berbanding hanya menerusi pembacaan.
Friday, October 23, 2020
Kenali 3 Segmen Pemasaran Strategik Untuk Kempen Periklanan
9 Perkara Belajar Daripada Amazon
Budaya menjadi senjata luarbiasa mereka
Hari ni Ahyat dijemput dalam satu bisnes group melawat sebuah syarikat gergasi dunia Amazon.com. Jualan setahun mereka ni mencecah rm1 trillion setahun (Rujukan 1). Mereka ni dianggap 4 gergasi teknologi bersama Google, Apple, FB. Diasas pada tahun 1994 oleh Jeff Bezos, lelaki terkaya dunia (Rujukan 2).
Ni antara benda benda yang Ahyat belajar tadi di AWS: Amazon Web Services di pejabat mereka di KL Eco City dekat Bangsar.
1.Setiap hari macam hari pertama
Mereka ada culture Day 1. Maksudnye setiap hari macam hari pertama. Ini supaya mereka sentiasa bersemangat. Sentiasa berkobar berkobar. Sentiasa tak selesa. Bila dah selesa, bermulalah kejatuhan.
2. Segala galanya untuk pelanggan
Semua yang mereka lakukan adalah untuk memberikan perkhidmatan untuk pelanggan pelanggan mereka. Kepuasan hati pelanggan menjadi nombor satu. Daripada itu mereka work backwards untuk susun apa yang perlu dibuat.
3. Mesti kalahkan diri sendiri
Mereka membenarkan seluruh team mereka berfikir dan inovasi. Malah mereka akan cabar idea idea sendiri. Sebelum orang lain yang disrupt, mereka mahu disrupt diri sendiri. Kerana mereka tak mahu pesaing yg kalahkan idea idea n service service yang ada, mereka kena kalahkan diri sendiri sebelum pesaing kalahkan mereka!
4. Laju dan experimen
Idea dan service service baru ni ramai orang pun boleh buat. Tapi mereka mahu jadi lagi laju daripada orang lain. Mereka mahu roll out apa apa service tu dengan laju. Setiap tindakan mereka tu mereka lihat sebagai experimen kerana takkan tahu apa sebenarnye hasilnye nanti. So taknak sembang banyak, buat terus.
5. Kegagalan tak bermaksud bodoh
Failure does not mean incompentence. Bila laju buat tindakan, kalau tak berjaya, itu tidak dianggap sebagai satu kebodohan. Itu hanya menunjukkan bahawa mereka jumpa satu jalan yang tidak menghasilkan results yang mereka mahukan. Malah setiap kegagalan mereka membawa kepada produk dan servis baru yang tetiba jadi super power.
6. Cinta kepada data
Mereka takde budaya sembang kencang. Semua benda mesti buat. Mesti experimen dan semua benda diukur. Mereka kata, kalau benda tu tak boleh diukur, mereka takkan experimen dan spend duit. Data akan win. Cakap ni kosong. Kalau cakap cakap takde data, mereka akan challenge dgb experimen.
7. Pengambilan pekerja sangat penting
Nak ambil pekerja ni satu proses yang sangat berat. Ada banyak step dan prosidur. Pekerja lain akan dilibatkan untuk membincangkan pengambilan pekerja baru. Setiap orang akan dicabar untuk terangkan kenapa mereka rasa pemohon pemohon itu sesuai atau tidak diambil. Mereka takkan ambil orang yang tak boleh sesuaikan diri dengan budaya Amazon.
8. Pekerja diberi kuasa untuk stop produk
Kuasa diberikan kepada setiap peringkat syarikat mereka untuk keluarkan satu satu produk daripada sistem. Mereka taknak jual produk yang pekerja mereka lihat sebagai tak bagus. Ofkos ada prosidur2nye tapi kuasa itu diberikan kepada semua pekerja mereka.
9. Penjimatan akan diberikan kepada pelanggan
Bila bila diorang dapat penjimatan kos, ia akan diberikan kepada pelanggan. So ada perkhidmatan perkhimatan mereka yang akan semakin murah bila penjimatan kerana volume yang tinggi atau harga daripada pembekal turun.
Banyak lagi yang Ahyat belajar hari ni. Tapi ni antara yang sempat share. Usahawan kena terus belajar. Especially daripada syarikat syarikat gergasi dunia. Semoga kita semua diberikan peluang untuk belajar untuk mendapat kejayaan dunia dan akhirat!
Rujukan:https://pejuanghartanah.com/9-perkara-ahyat-belajar-daripada-amazon/
5 Cabaran Bagi Orang Berniaga Dan Cara Hadapinya…
Pada masa kini, ramai yang sudah berjinak-jinak di dalam bidang perniagaan sama ada sebagai sumber pendapatan utama atau sumber pendapatan tambahan (berniaga secara sambilan).
Sektor perniagaan yang dijalankan oleh para usahawan ini secara langsung mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu serta meningkatkan pendapatan dan aktiviti ekonomi negara.
Apabila menceburi bidang perniagaan dan bergelar seorang usahawan, masalah yang bakal korang hadapi pula adalah berbeza daripada masalah yang dihadapi oleh mereka yang hanya bekerja makan gaji.
Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran ini boleh diselesaikan sekiranya korang mempunyai ilmu yang cukup, tahu teknik dan selok-belok, serta bijak dalam menghadapinya.
Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka yang menjalankan perniagaan atau lebih dikenali sebagai usahawan ini?
5 CABARAN BAGI ORANG BERNIAGA DAN CARA HADAPINYA
1. CABARAN KEWANGAN
Ini adalah cabaran utama yang dihadapi oleh para usahawan.
Cabaran kewangan merangkumi perkara-perkara seperti masalah modal, masalah aliran tunai (cashflow), masalah bajet, masalah bayaran masuk, masalah pengurusan akaun, masalah pengurusan hutang dan kos-kos operasi syarikat serta kos-kos tambahan dan lain-lain.
Perniagaan yang mantap ialah perniagaan yang tiada masalah kebocoran duit. Setiap transaksi kewangan direkod dengan baik manakala laporan akaun syarikat sepadan.
Tanpa ilmu pengurusan kewangan yang betul, bagaimana korang nak pastikan perniagaan yang dijalankan itu masih bernyawa?
Cara hadapi:
★ Lengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan dengan secukupnya .
★ Pisahkan antara kewangan perniagaan dengan kewangan peribadi.
★ Dapatkan bantuan mereka yang pakar dalam pengurusan kewangan.
★ Pastikan pendapatan dan untung mengatasi kos dan hutang perniagaan.
★ Sediakan dana atau tabung kecemasan perniagaan sekiranya situasi mendesak.
2. CABARAN PERSAINGAN
Cabaran kedua yang sering dihadapi oleh para usahawan pula ialah cabaran persaingan.
Kadangkala, terdapat jenis perniagaan yang sama yang dijalankan oleh beberapa individu, lalu wujudnya persaingan.
So, ini akan membuatkan korang sukar untuk menyerlahkan perniagaan korang dan juga sukar untuk menarik pelanggan.
Ini belum lagi cabaran persaingan yang melibatkan mereka yang menggunakan jalan pintas dan teknik kotor.
Cara hadapi:
★ Amalkan persaingan sihat. Jalan pintas dan kotor bukan hanya menyalahi etika dan undang-undang, tetapi ia juga tidak kekal lama. Reputasi dan imej perniagaan juga bakal tercalar.
★ Lakukan strategi pemasaran yang betul. Pasarkan perniagaan ikut kumpulan sasaran.
★ Tekankan kepada penjenamaan perniagaan. Fikirkan perkara unik yang boleh jadi kunci dalam menyerlahkan perniagaan korang. Cari USP (Unique Selling Point).
3. CABARAN EMOSI
Cabaran nombor tiga ini lebih bersifat peribadi dan melibatkan diri korang sendiri sebenarnya.
Walaupun didorong oleh sikap profesionalisme dan semangat keusahawanan tinggi, namun korang masih tetap manusia biasa yang ada emosi dan perasaan.
Masalah-masalah perniagaan seperti rugi teruk, tiada pelanggan, untung sedikit dan sebagainya boleh membuatkan semangat korang pudar.
Maka, mulalah rasa hilang semangat dan tiada motivasi untuk meneruskan perniagaan.
Cara hadapi:
★ Kosongkan minda buat seketika. Kaji semula niat, tujuan dan matlamat korang tubuhkan perniagaan ini. Jika diiringi dengan tujuan yang betul, pasti akan beri korang kekuatan untuk teruskan perniagaan tersebut.
★ Rapatkan diri dengan insan-insan yang positif dan berpengalaman. Ambil inspirasi daripada kisah dan ‘aura’ positif mereka.
★ Hadiri kelas atau seminar perniagaan. Kebanyakan kelas ini mempunyai eleman dan unsur motivasi yang boleh membantu.
4. CABARAN SISTEM
Cabaran keempat pula melibatkan sistem perniagaan.
Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang sistematik.
Ada dua faktor utama yang mendorong sesebuah perniagaan itu untuk menjadi sistematik:
– Faktor Sistem Pengurusan Dalaman.
– Faktor Sistem Jaringan (Networking).
Faktor Sistem Pengurusan Dalaman
Faktor ini melibatkan pengurusan dalaman syarikat seperti pekerja, dokumen syarikat, kewangan dan juga lokasi sesuatu perniagaan itu. Bayangkan tanpa kewujudan sistem yang teratur, maka boleh terjadi kes pekerja syarikat bermasalah, rahsia dan dokumen syarikat terbongkar atau kewangan syarikat diseleweng dan sebagainya.
Faktor Sistem Jaringan (Networking)
Faktor ini pula ialah faktor luaran yang sama pentingnya juga seperti faktor yang pertama di atas. Networking ini penting kerana tiada perniagaan yang mampu berdiri dengan sendiri tanpa rantaian sokongan yang sistematik. Mereka ini adalah jemaah yang menjayakan perniagaan anda. Contohnya, pembekal, pemborong, rakan kongsi, penasihat-penasihat syarikat dan lain-lain.
Cara hadapi:
★ Wujudkan sistem pengurusan dalaman syarikat yang teratur, mudah diikuti dan mesra pekerja.
★ Pastikan juga dokumentasi dan pengurusan kewangan adalah sistematik.
★ Dapatkan lokasi perniagaan (jika perlukan pejabat) yang sesuai.
★ Uruskan perkara berkaitan lokasi tersebut, seperti pengurusan bangunan dan lain-lain.
★ Sertai kumpulan atau persatuan yang melibatkan para peniaga (usahawan) untuk bina networking.
★ Sertai juga seminar perniagaan. Ini tempat yang bagus untuk bina networking.
★ Kekalkan hubungan baik dengan jemaah networking itu.
★ Tawarkan pertolongan atau tambah nilai secara bersama (mutual) antara diri korang dan networking yang dibina itu.
5. CABARAN PERTUMBUHAN
Cabaran perniagaan yang terakhir adalah cabaran yang melibatkan pertumbuhan syarikat.
Kadangkala, apabila perniagaan itu telah dijalankan setelah tempoh yang tertentu, korang akan dapati bahawa sukar untuk mengembangkan perniagaan tersebut kepada suatu tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya.
Sudah pasti korang tak mahu perniagaan yang dijalankan hanya bersifat statik dan tidak berubah selepas 10 atau 20 tahun ditubuhkan, betul tak?
Bayangkan syarikat lain semakin membesar, namun syarikat korang hanya dalam keadaan sama. Korang mesti tak mahu ini terjadi.
Jika kita lihat profile usahawan-usahawan yang berjaya, mereka ini kebanyakannya mempunyai portfolio perniagaan yang pelbagai.
Dalam erti kata lain, mereka mempunyai lebih daripada satu cabang perniagaan.
Sebagai contoh, usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri, pada peringkat awal telah memulakan langkah perniagaan di dalam bidang kosmetik.
Kini beliau mempunyai rangkaian portfolio perniagaan yang merangkumi kilang pengeluaran, pakaian, dan juga restoran yang secara langsung telah membantu beliau menghasilkan empayar perniagaan yang kukuh.
Cara hadapi:
★ Pelbagaikan portfolio perniagaan korang. Jangan tumpu hanya pada satu cabang perniagaan sahaja.
★ Lakukan kajian jenis perniagaan baharu yang sesuai untuk korang.
★ Laburkan keuntungan bagi menubuhkan perniagaan baharu itu.
★ Pastikan perniagaan utama dan perniagaan yang seterusnya saling menyokong antara satu sama lain.
★ Gabungkan portfolio perniagaan ini untuk wujudkan empayar perniagaan.
Semoga perkongsian artikel kali ini bermanfaat!
Sumber rujukan : https://pejuanghartanah.com/5-cabaran-bagi-orang-berniaga-dan-cara-hadapinya/
MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)
M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN
M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN
M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN
M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN
M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI