Tuesday, May 10, 2016

Gagal dalam Perniagaan? – Brand New Businessman

Pernah tak anda jumpa orang yang gagal dalam perniagaan? Jika anda memang dalamfield business dan banyak terlibat dalam melebarkan networking, anda akan kerap bertemu dengan orang yang menceritakan kisah silam mereka dalam perniagaan yang menyedihkan.

Kalau yang jatuh dalam perniagaan sikit-sikit tu biasalah, ini yang jatuh melibatkan kerugian berjuta ringgit ataupun diisytiharkan muflis.

GAGAL DALAM PERNIAGAAN? VS BRAND NEW BUSINESSMAN


Di antara ramai orang yang pernah jatuh ini akan ada seorang dua sahaja yang akan bangun menjadi Brand New Businessman. Ya, bilangannya amat sedikit.

Yang lain akan terus meratapi kegagalan dan asyik menyalahkan orang lain atas kegagalannya sampai mati. Tahu tak kenapa?

Untuk Brand New Businessman, mereka sebenarnya ada satu sikap yang amat jarang tersemat dalam hati para usahawan (terutamanya melayu).



ENTHUSIASM – KEPERCAYAAN KEPADA DIRI SENDIRI

Iaitu sifat ENTHUSIASM – iaitu kepercayaan kepada diri sendiri. Kepercayaan bahawa matlamat mereka dalam sesuatu perniagaan memang bagus (walaupun orang lain kata tak bagus) dan yakin akan dapat dicapai.

Orang yang ada sifat Enthusiasm ni ada semangat yang berkobar-kobar dalam perniagaan dan apa sahaja halangan di hadapannya akan dihadapi secara profesional. Orang seperti ini misi dan visi nya dalam perniagaan sentiasa jelas. Tidak samar-samar.

Berniaga bukan hanya kerana wang semata-mata tetapi kerana minat untuk mempelajari 

APAKAH ITU CABARAN-CABARAN DALAM PERNIAGAAN mereka.

Sifat Enthusiasm hanya dapat diukur apabila kita berada dalam tekanan perniagaan. Sama juga mengikut kajian psikologi, kalau nak mengetahui sifat sebenar seseorang, lihatlah sifatnya sewaktu berada dalam tekanan atau situasi buruk (bad times).

Kalau masa sedang gembira, ketawa-ketawa, suka, kita tak akan dapat tahu sifat sebenar seseorang tu.

Jadi, bagaimana dengan anda? Walau apa pun saya jamin kita akan berjaya dalam perniagaan jikalau kita ada ENTHUSIASM yang TINGGI!

Ia wajib bermula dengan DIRI KITA SENDIRI, bukan kerajaan, bukan pakar motivasi, bukan ORANG LAIN!

ANDA GAGAL DALAM PERNIAGAAN? APA PERLU ANDA BUAT?

Betulkan niat. Kenapa perlu anda berniaga? Kalau nak berniaga duduk rileks, arah orang, dapat duit banyak, betulkan niat.

Bangun seawal pagi yang mungkin. Anda akan lebih banyak masa untuk membuat kerja. Waktu kerja orang bisnes ialah ketika buka mata (bangun) sehingga melelapkan mata (tidur).

Jangan malas dan jangan tangguh kerja. Anda akan cepat gagal dalam perniagaan jika anda buat ini secara berterusan.

Banyakkan bersedekah.

Jangan lupa solat, baca Al Quran, berzikir.

RINGKASAN DARI BUKU MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Sedikit nota yang saya ambil dan jadikan panduan. Manusia setiasa lupa.

Checklist – Strategi kejayaan

Business Model Canvas: Cost Structure





Alhamdulillah, kita telah sampai ke blok terakhir Business Model Canvas iaitu Cost Structure atau Struktur Kos. Bahagian ini menerangkan kos yang terlibat dalam menyampaikan Value Proposition kepada pelanggan. 


Cost Structure boleh jadi Cost-Driven (Pacuan Kos) atau Value-Driven (Pacuan Nilai). Bagi Cost-Driven Cost Structure, harga jualan berkait rapat dengan kos penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan. Value-Driven Cost Structure pula meletakkan harga berdasarkan persepsi nilai sesuatu produk atau perkhidmatan.


Contoh paling mudah, kos bahan mentah Nasi Lemak Istimewa adalah sama di gerai dan di hotel. Katakan kosnya RM3. Namun Cost Structure gerai adalah Cost-Driven menyebabkan pemilik gerai hanya boleh caj maksima RM6. Berbeza dengan Cost Structure hotel yang Value-Driven membolehkan harga diletakkan melebihi RM20. Dalam keadaan ini, persepsi 'keistimewaan' itu yang turut dijual bersama kepada pelanggan.

Ciri-ciri kos pula adalah seperti berikut:

Kos Tetap

Sesetengah bisnes mempunyai kos tetap yang signifikan. Selalunya ciri ini wujud dalam bisnes-bisnes yang memerlukan infrastruktur fizikal yang besar. Sebagai contoh, kilang mempunyai kos tetap yang besar bagi bangunan, mesin dan overhead bulanan untuk elektrik, gaji serta air.

Kos Boleh Ubah

Kos boleh ubah pula boleh dilihat dalam bisnes seperti khidmat guaman. Peguam tidak dapat tahu lebih awal berapa banyak kos pengangkutan dan kos dokumentasi yang diperlukan bagi setiap kes. Hanya setelah selesai kes barulah dia tahu kos sebenar. Kos bagi kes berikutnya pula akan berbeza walaupun dalam bidang yang sama.

Economies of Scale

Model bisnes yang melibatkan pengeluaran biasanya mempunyai economies of scale kerana semakin banyak produk dihasilkan, semakin murah kosnya. Sebagai contoh, kos membuat acuan dan mesin menghasilkan berus gigi itu mahal kos permulaannya tetapi kos bahan mentah setiap unit berus gigi itu sangat murah. Setelah kos permulaan dapat ditampung, maka kos pengeluaran setiap unit selepas itu menjadi tersangat murah.

Economies of Scope

Economies of Scope pula datang apabila sesuatu bisnes menambah perkhidmatan atau produk yang mengoptimumkan penggunaan sumbernya. Sebagai contoh, syarikat perlombongan yang mempunyai kuari batu boleh menambah perkhidmatan sebagai kontraktor pembinaan jalan. Berbekalkan sumber utama yang terus dan lebih murah, mereka dapat meletakkan harga yang lebih rendah bagi kualiti yang sama.

Alhamdulillah, kita sudah menamatkan siri Business Model Canvas. Download eBook Business Model Canvas di http://bit.ly/eBookBMC4

Business Model Canvas: Key Partnership



Blok seterusnya dalam Business Model Canvas adalah Key Partners atau Rakan Utama. Terdapat tiga motif mendapat rakan niaga iaitu:

Economy of Scale

Bagi motif ini, peniaga mahu mendapatkan kuasa pembelian yang lebih besar bagi mengurangkan kos. Sebagai contoh, McDonalds Malaysia yang mempunyai ramai franchisee dapat membeli bahan mentah pada harga yang lebih murah kerana mereka dapat membeli secara pukal.

Risk Reduction (Pengurangan Risiko)

Berbeza dengan Kumpulan Karangkraf, PTS Publication tidak mempunyai unit percetakan sendiri. Kos membeli dan mengendalikan mesin pencetak adalah sangat mahal. Overhead yang tinggi dapat memberi kesan buruk kepada operasi syarikat. Tambahan pula, kepakaran yang diperlukan juga sangat berbeza. Buku mungkin tersalah cetak dan mesin boleh mengalami pincang tugas. Oleh itu, bagi mengurangkan risiko operasi dan kewangan, adalah lebih baik bagi PTS menggunakan khidmat syarikat pencetak.

Acquisition of Resources & Activities (Pemerolehan Sumber & Aktiviti)

Sebagai contoh, sebuah syarikat pembinaan boleh mempunyai sebuah syarikat perlombongan batu sebagai rakan niaga. Ini akan memberinya bekalan terus pada harga yang lebih murah dan konsisten. Kerjasama ini dapat memberikan kelebihan yang signifikan terutamanya bagi projek berskala besar.

Topik Seterusnya: Cost Structure (Struktur Kos)

Business Model Canvas: Key Activities


Alhamdulillah, kita dapat bersambung lagi tentang Business Model Canvas. Topik kita hari ini adalah Key Activities atau Aktiviti Utama. Blok inilah di mana 'kerja sebenar' berlaku dan terdapat tiga jenis iaiatu Production (Pengeluaran), Problem Solving (Menyelesaikan Masalah) dan Platform/Network (Platform / Rangkaian).


Pengeluaran (Production)

Pengeluaran melibatkan penghasilan produk fizikal. Sebagai contoh, Ramly Burger mengeluarkan burger (tentulah! hehe) dan nugget dari kilangnya. Aktiviti jenis ini memerlukan bahan mentah serta mesin dan pekerja. Pengeluaran bersifat rutin di mana setiap produk yang dihasilkan adalah sama.

Menyelesaikan Masalah (Problem Solving)

Berbeza dengan pengeluaran, penyelesaian masalah memerlukan penyelesaian yang berlainan bagi setiap pelanggan. Contoh paling mudah adalah klinik di mana doktor perlu mendiagnos pesakit dan memberikan rawatan yang bersesuaian. Kerja doktor adalahproblem solving tetapi kilang pengeluaran ubat adalah production.


Platform / Network (Platform / Rangkaian)

Aktiviti jenis ini lebih rumit berbanding pengeluaran dan penyelesaian masalah kerana platform berhadapan dengan pelbagai jenis pelanggan dan pembekal (multi-sided). Sebagai contoh, syarikat Karangkraf harus mengendalikan pembaca akhbar serta majalah, wartawannya sendiri, penulis luar, penulis dan pengiklan. Pengendali platform harus memastikan platform dikenali dan semua infrastrukturnya berjalan lancar. Pihak Karangkraf harus memastikan semua majalah terbit tepat pada masanya, diedarkan dengan menyeluruh, dipromosikan secara meluas dan mendapat pengiklan yang berprestij.

Kerja pengendalian platform adalah renyah dan melibatkan kedua-dua production sertaproblem solving. Sebagai contoh, kerja mencetak majalah adalah production tetapi memujuk pengiklan membeli ruang iklan itu adalah problem solving.

Topik Seterusnya: Key Partnership

Business Model Canvas: Key Resources


Kali ini kita akan melihat tentang sumber-sumber utama dalam sesuatu bisnes. Terdapat empat jenis key resources dalam sesuatu model bisnes.


Manusia
Sumber manusia meliputi pekerja serta konsultan dan kontraktor luar. Dalam sesetengah bisnes, bakat sumber manusia adalah penjana utama pendapatan.

Fizikal
Antara contoh sumber fizikal adalah premis, bahan mentah dan infrastruktur.

Kewangan
Sebut sahaja bahagian ini, ramai yang terbayang pinjaman dan geran daripada bank atau agensi kerajaan. Sebenarnya terdapat banyak sumber lain termasuklah bayaran awal daripada pelanggan.

Intelek
Sumber jenis ini semakin penting dalam ekonomi baru. Kebiasaannya sumber ini dalam bentuk paten, hakcipta dan trade secret. Jenama juga termasuk dalam sumber intelek.

Topik Seterusnya: Key Activities

Business Model Canvas: Revenue Stream (2)


Hari ini kita bersambung sedikit lagi tentang Revenue Stream iaitu tentang Mekanisme Harga. Secara umumnya, Mekanisme Harga terbahagi kepada dua iaitu Fixed Menu (Harga Tetap) dan Dynamic Pricing (Harga Dinamik)


Harga tetap:

List price (harga tersenarai) 
Product feature dependant (Bergantung kepada ciri produk) - contoh: model kereta Toyota Camry mempunyai beberapa varian di mana harganya bergantung kepada saiz enjin dan bodykit 
Customer Segment Dependant (Bergantung kepada segmen pelanggan) - contoh: harga tiket Aquaria berbeza untuk pelajar dan pelancong biasa 
Volume Dependant (Bergantung kepada jumlah pembelian) - contoh: membeli barang secara borong akan membawa kepada harga yang lebih murah 


Harga Dinamik

Negotiation (Rundingan / Tawaran) 
Yield Management (Pengurusan Hasil) - contoh: Harga tiket AirAsia lebih murah jika dibeli lebih awal. Sistem pula memastikan semua kerusi dipenuhi. 
Real-time-market (Pasaran masa nyata) - contoh: jual beli komoditi seperti emas, minyak, perak 
Auction (Lelongan) 

Topik Seterusnya: Key Resources

Business Model Canvas: Revenue Stream (1)


Setelah kita melihat aspek nilai, pelanggan dan penyaluran, hari ini kita akan lihat pula bagaimana untuk memperolehi pendapatan. Di sini terdapat 7 saluran aliran pendapatan (revenue stream) dan ini merupakan satu aspek yang menarik untuk berinovasi.

Asset Sale (Jualan Aset)
Ini adalah aliran pendapatan yang klasik, peniaga menjual stok produk fizikal yang dimilikinya kepada pelanggan. Kita berhadapan dengan transaksi jenis ini setiap hari apabila berurusan dengan kedai runcit dan kedai makan. Sama juga apabila kita membeli baju dan kasut.

Usage Fee (Yuran Penggunaan)
Aliran pendapatan ini pula bergantung kepada kadar penggunaan oleh pengguna. Sebagai contoh, Celcom mengenakan caj 15sen seminit bagi panggilan telefon dalam negara. Pos Malaysia pula mengenakan caj RM3 bagi satu sampul kecil Pos Ekspres.

Subscription Fee (Yuran Langganan)
Aliran pendapatan jenis ini pula bergantung kepada tempoh penggunaan sesuatu perkhidmatan atau penghantaran produk. Sebagai contoh, kita boleh melanggan perkhidmatann UniFi pada harga RM149 sebulan dan melanggan dengan mamak di kampung bagi menghantar akhbar ke rumah setiap hari. Langganan juga membawa maksud penggunaan berterusan dan selalunya mempunyai tempoh minima setahun.

Lending / Renting / Leasing (Sewaan)
Sewaan pula merujuk kepada caj penggunaan bagi tempoh yang spesifik. Sebagai contoh, syarikat Avis mengenakan caj RM200 sehari bagi menyewa sebuah kereta.


Licensing (Perlesenan)
Perlesenan pula merujuk kepada yuran atau caj atas kebenaran menggunakan sesuatu. Selalunya perlesenan adalah bagi harta intelek seperti buku, muzik dan video. Sebagai contoh, komposer mendapat royalti setiap kali lagunya dimainkan di radio.

Brokerage Fee (Komisen)
Komisen pula diperolehi apabila sesuatu entiti menjadi orang tengah bagi sebuah transaksi. Kadar komisen boleh jadi mengikut peratusan atau satu kadar rata. Sebagai contoh, kita dikenakan bayaran RM1 apabila mengeluarkan wang melalui ATM bank lain. Bank pula mengenakan caj 3% bagi transaksi kad kredit. Paypal pula mengenakan kadar rata RM2 serta caj 3.9%.


Advertising (Iklan)
Pendapatan jenis ini pula adalah atas hak untuk menyiarkan iklan dalam medium atau platform yang dimiliki oleh peniaga. Iklan digunakan sama ada untuk mengurangkan kos bahan penerbitan (Utusan Malaysia) atau memberi perkhidmatan percuma (Google).

Inovasi Value Proposition & Revenue Stream Coway
Syarikat Coway terkenal sebagai syarikat yang menjual penapis air. Sektor ini sudah lama dan dilihat sudah tepu. Penapis air adalah satu produk yang agak mahal dan memerlukan pengguna membeli terus daripada peniaga. Selepas itu pula, pengguna harus membeli sendiri alat ganti dan membuat penyelenggaraan sendiri. Paling hebat sekalipun, pihak penjual menawarkan ansuran mudah bagi memudahkan pengguna membeli produk yang mahal itu.

Ini adalah tawaran yang tradisional, iaitu pengguna membeli terus daripada peniaga. Coway menambahkan Value Proposition Risk Reduction dengan servis percuma satu tahun dan Cost Reduction alat ganti percuma. 

Kemudian Coway pergi satu tahap lagi dengan melakukan inovasi pada Revenue Stream. Mereka menukarkan Asset Sale yang mahal kepada model Subscription (langganan) dan Renting/Leasing (sewaan) yang lebih mampu dimiliki oleh para pengguna. Mereka juga meningkatkan Value Proposition Risk Reduction dan Kos Reduction dengan menambahkan tempoh servis serta bekalan alat ganti percuma.



Ini adalah tawaran baru yang berinovasi pada Revenue Stream & Value Proposition. 
Hasilnya, Coway berjaya menembusi pasaran Malaysia dan dalam masa yang sama meluaskan pasaran kepada mereka yang selama ini tidak mampu membeli penapis air yang mahal.

Business Model Canvas: Customer Relationship




Kali ini kita akan melihat pula beberapa pilihan Perhubungan Pelanggan dalam menjalankan sesuatu bisnes.

Personal Assistance (Bantuan Peribadi)
Personal Assistance berlaku sama ada melalui staf di kedai atau melalui telefon, emel & alat-alat komunikasi lain. Dalam cara perhubungan ini, memang ada seseorang yang melayan pelanggan secara peribadi pada waktu tersebut.

Dedicated Personal Assistance (Bantuan Peribadi Khusus)
Bentuk perhubungan pelanggan jenis ini selalunya dijumpai bagi produk dan perkhidmatan yang lebih mahal. Sebagai contoh pengurus dana saham amanah mungkin akan menjaga seorang hartawan yang melaburkan berjuta-juta.

Self-Service (Khidmat Mandiri)
Vending Machine adalah contoh terbaik bagi perhubungan pelanggan jenis ini. Pelanggan dibiarkan untuk bertindak sendiri dengan sistem atau mesin yang disediakan oleh syarikat.

Automated (Sistem Auto) 
Kaedah Automated pula lebih canggih berbanding self-service kerana sistem ini akan mengetahui profil pelanggan dan dapat berinteraksi dengan pengguna. Sistem tempahan tiket online adalah contoh tipikal kaedah ini.

Communities (Komuniti)
Para pelanggan akan berkomunikasi sesama sendiri melalui forum atau platform online yang sudah disediakan. Kebanyakan pertanyaan-pertanyaan biasa akan dapat dijawab oleh pelanggan lain dan selebihnya akan dijawab oleh wakil syarikat.

Co-Creation
Co-Creation berlaku apabila syarikat dan pelanggan sama-sama terlibat dalam menawarkan produk atau perkhidmatan. Sebagai contoh Quirky.com membolehkan pengguna upload rekabentuk produk mereka lalu diperhalusi oleh ahli-ahli lain sebelum dikilangkan serta diedarkan oleh Quirky. Perhubungan pelanggan jenis ini kurang digunakan dalam konteks tempatan kerana memerlukan pembangunan platform co-creation yang khusus.

Antara pertimbangan dalam pemilihan kaedah Perhubungan Pelanggan adalah kos. Personal Assistance tentunya paling mahal kerana memeang memerlukan syarikat membayar gaji, latihan dan infrastruktur. Sedangkan Self Service dan Automated itu kosnya lebih murah bagi setiap transaksi. Perbezaan kos ini sangat ketara apabila kita berinteraksi dengan syarikat seperti AirAsia kerana harga tiket akan berbeza mengikut kaedah perhubungan yang kita pilih. Malah, talian telefon AirAsia X merupakan talian premium yang mengenakan caj RM1.95 seminit!

Business Model Canvas: Channels

Setelah melihat asas Value Proposition dan Customer Segment, hari ini kita lihat pula tentang Channels. Channels atau Saluran adalah jambatan antara Value Proposition kepada Customer Segment. Dalam erti kata lain, Channels adalah medium untuk anda membawa nilai kepada pelanggan.


Channels pula kemudiannya mempunyai beberapa jenis dan berfungsi untuk beberapa fasa.


Terdapat lima jenis saluran yang boleh digunakan:

Pemborong (Orang Tengah + Rakan) 
Kedai Rakan Niaga (Orang Tengah + Rakan) 
Kedai Sendiri (Orang Tengah + Sendiri) 
Web (Sendiri + Terus) 
Jurujual (Sendiri + Terus) 

Syarikat Air Asia menggunakan paling tidak tiga jenis Saluran iaitu Kedai Rakan Niaga (Agensi Pelancongan), Kedai Sendiri dan Web (AirAsia.com).


Fasa-fasa saluran:

1. Kesedaran

2. Penilaian

3. Pembelian

4. Penghantaran

5. Khidmat selepas jualan


Setiap saluran pula boleh digunakan untuk kesemua jenis fasa atau sebahagiannya. Sebagai contoh, kempen kesedaran boleh dilakukan secara online sehingga pada tahap pembelian (pembayaran) tetapi selepas itu penghantaran dan khidmat selepas jualan dilakukan oleh jurujual atau ejen syarikat.

Pemisahan antara fasa-fasa ini selalunya jelas bagi produk-produk yang mahal seperti tiket penerbangan dan modul latihan. Jika di pasar malam, fasa satu hingga empat bergabung terus dalam masa yang singkat. Pelanggan pilih produk yang mereka mahukan, berikan duit, dapat produk dan terus beredar. Fasa kelima mungkin langsung tidak akan berlaku.

Business Model Canvas: Value Propositon


Value proposition atau tawaran nilai adalah apa yang dijanjikan oleh peniaga atas perkhidmatan atau produk yang dijual. Dalam erti kata lain, apa yang pelanggan dapat dengan wang mereka? Terdapat pelbagai jenis value proposition dan perbezaan itu boleh berlaku walaupun menggunakan alat yang sama serta industri yang serupa.





Newness (Baru)
Peniaga menawarkan perkara baru dalam produk atau perkhidmatannya yang tidak pernah dijual sebelum ini. Sebagai contoh, syarikat Karangkraf mengeluarkan majalah baru Hijabista yang mempunyai rangkuman yang baru dan berbeza dengan majalah-majalah lain.

Performance (Prestasi)
Tawaran nilai prestasi selalunya berlaku dalam industri yang melibatkan peralatan dan jentera. Sebagai contoh, Toyota menawarkan kereta-kereta yang dicanang sebagai mempunyai prestasi yang lebih baik dari segi kuasa dan penjimatan minyak. Perbandingan prestasi boleh dibuat kepada produk sendiri atau pesaing.

Customization (Personalisasi)
Tawaran nilai ini adalah bagi perniagaan yang menghasilkan barangan atau memberikan perkhidmatan secara tempahan. Sebagai contoh, tukang jahit dan kedai papan tanda.

Getting the Job Done (Selesaikan Tugas)
Ada masanya, pembelian dibuat kerana 'terpaksa' dan 'terdesak' bagi menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, seseorang itu memanggil syarikat Rentokill kerana rumahnya sudah diserang anai-anai dan dia mahu semua perosak itu dihapuskan. Dalam erti kata lain, syarikat menawarkan sesuatu yang menjadi penyelesaian kepada masalah pelanggan.

Design (Rekabentuk)
Dalam sesetengah industri, rekabentuk menjadi perbezaan tawaran apabila harga sudah lebih kurang serupa. Sebagai contoh, kereta-kereta Toyota, Nissan dan Honda mensasarkan kelas harga yang sama. Dalam keadaan sebegini agak ramai juga yang membuat pilihan berdasarkan rekabentuk.

Status
Ada juga barangan dan perkhidmatan yang dibeli kerana status jenamanya. Sebagai contoh, memliki beg L0uis Vuitton dikaitkan dengan kekayaan dan kejayaan.

Price (Harga)
Sebuah syarikat boleh menonjol dalam pasaran dengan menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama pada harga yang lebih rendah. Sebagai contoh, pasaraya Mydin dan syarikat penerbangan Air Asia.

Cost Reduction (Pengurangan Kos)
Value Proposition ini berlaku apabila pilihan membeli adalah lebih murah berbanding membuat sendiri. Sebagai contoh, adalah lebih murah membeli baju melayu yang sudah siap berbanding membeli kain dan menghantarnya kepada tukang jahit.

Risk Reduction (Pengurangan Risiko)
Bagi Value Proposition ini, pembeli tidak semestinya tidak boleh membuat sendiri produk atau perkhidmatan tersebut. Tetapi membiarkan pihak lain membuatnya adalah lebih selamat. Sebagai contoh, kita boleh sahaja baiki wayar lampu di rumah tetapi lebih baik kita panggil tukang bagi melakukan kerja tersebut.

Accessibility (Kebolehcapaian)
Kebolehcapaian membolehkan pengguna membeli produk dan perkhidmatan yang selama di luar jangkauan mereka atas sebab-sebab tertentu. Sebagai contoh, syarikat PTS banyak menerbitkan buku-buku terjemahan bestseller. Ini memberi satu value proposition yang besar kepada para pengguna yang kurang fasih Bahasa Inggeris tetapi sangat berminat dengan konten versi asal.

Convenience (Kemudahan)
Sektor makanan banyak memberi contoh bagi value proposition seperti ini. Kemudahan boleh datang dalam bentuk makanan segera atau sejuk beku. Serbuk perencah juga satu bentuk kemudahan - berapa ramai antara kita masih membancuh serbuk kari sendiri? Bagi makanan siap juga, rangkaian makanan segera adalah raja kemudahan melalui perkhidmatan penghantaran dan kaunter pandu lalu.

Topik seterusnya: Channels (Saluran)

Business Model Canvas: Customer Segment



Terdapat lima jenis segmen pelanggan iaitu:

Mass Market (Umum)
Niche
Segmented (Bersegmen)
Diversified
Multi-sided


Mass Market (Umum)
Perniagaan yang mempunyai segmen pelanggan seperti ini adalah pasaraya dan juga perkhidmatan pengangkutan. Mereka memnjual dan memberi perkhidmatan kepada semua. Antara contoh adalah Giant dan Transnasional.

Niche
Menyambung contoh pasaraya, fikirkan niche pasaraya seperti barangan organik dan halal. Contohnya rangkaian kedai az-Zain. Perniagaan yang mensasarkan niche mempunyai ciri unik yang tersendiri.

Segmented (Bersegmen)
Sebuah syarikat boleh mempunyai pelbagai segmen produk bagi kategori pelanggan yang berbeza. Sebagai contoh, syarikat Lego mempunyai sub-jenama Technic bagi remaja lelaki, Duplo bagi kanak-kanak dan Mindstorm bagi pelanggan yang lebih dewasa serta sektor pendidikan.

Diversified
Segmen pelanggan diversified berlaku apabila sebuah syarikat mempunyai pelanggan-pelanggan yang tidak berkaitan langsung. Sebagai contoh, konglomerat seperti Sime Darby menjual rumah dengan niche tersendiri (lifestyle) dan dalam masa yang sama menjual produk makanan berjenama Alif untuk mass market.

Multi-Sided
Segmen multi-sided atau platform selalu berlaku dalam penerbitan. Sebagai contoh syarikat Karangkraf mempunyai pelanggan dari kalangan pembaca majalah yang membeli naskhah dan pelanggan dari kalangan pengiklan yang membeli iklan yang diletakkan dalam majalah.

Business Model Canvas


Sebelum ini kita telah menyentuh beberapa aspek model bisnes. Hari ini kita akan mula menjelajahi tentang Kanvas Model Business. Business Model Canvas merupakan satu pendekatan yang diasaskan oleh Alexander Oesterwalder & Yves Pigneur dalam mencipta dan menilai model bisnes. Dalam satu halaman, pendekatan ini dapat merangkumi semua elemen-elemen penting bisnes tanpa berisiko menjadi terlalu ringkas.



Setiap kanvas mempunyai 9 blok asas seperti berikut:




1. CS - Customer Segment (Segmen Pelanggan)

2. VP - Value Proposition (Tawaran Nilai)

3. CH - Channels (Saluran)


4. CR - Customer Relationship (Perhubungan Pelanggan)
5. R$ - Revenue Stream (Aliran Pendapatan)
6. KR - Key Resources (Sumber Utama)


7. KA - Key Activities (Aktiviti Utama)
8. KP - Key Partnership (Rakan Utama)
9. C$ - Cost Structure (Struktur Kos)
Setelah melihat pandangan luas tentang topik ini bermula esok kita akan melihat satu persatu blok-blok kanvas ini bermula dengan Segmen Pelanggan, InsyaAllah.

Sumber rujukan :http://www.firdausariff.com/2012/07/business-model-canvas.html

Top 10 Business Model Pitfalls

How to draw a business model canvas

Apa Itu Business Model Canvas

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI