Tuesday, May 10, 2016

Business Model Canvas: Revenue Stream (1)


Setelah kita melihat aspek nilai, pelanggan dan penyaluran, hari ini kita akan lihat pula bagaimana untuk memperolehi pendapatan. Di sini terdapat 7 saluran aliran pendapatan (revenue stream) dan ini merupakan satu aspek yang menarik untuk berinovasi.

Asset Sale (Jualan Aset)
Ini adalah aliran pendapatan yang klasik, peniaga menjual stok produk fizikal yang dimilikinya kepada pelanggan. Kita berhadapan dengan transaksi jenis ini setiap hari apabila berurusan dengan kedai runcit dan kedai makan. Sama juga apabila kita membeli baju dan kasut.

Usage Fee (Yuran Penggunaan)
Aliran pendapatan ini pula bergantung kepada kadar penggunaan oleh pengguna. Sebagai contoh, Celcom mengenakan caj 15sen seminit bagi panggilan telefon dalam negara. Pos Malaysia pula mengenakan caj RM3 bagi satu sampul kecil Pos Ekspres.

Subscription Fee (Yuran Langganan)
Aliran pendapatan jenis ini pula bergantung kepada tempoh penggunaan sesuatu perkhidmatan atau penghantaran produk. Sebagai contoh, kita boleh melanggan perkhidmatann UniFi pada harga RM149 sebulan dan melanggan dengan mamak di kampung bagi menghantar akhbar ke rumah setiap hari. Langganan juga membawa maksud penggunaan berterusan dan selalunya mempunyai tempoh minima setahun.

Lending / Renting / Leasing (Sewaan)
Sewaan pula merujuk kepada caj penggunaan bagi tempoh yang spesifik. Sebagai contoh, syarikat Avis mengenakan caj RM200 sehari bagi menyewa sebuah kereta.


Licensing (Perlesenan)
Perlesenan pula merujuk kepada yuran atau caj atas kebenaran menggunakan sesuatu. Selalunya perlesenan adalah bagi harta intelek seperti buku, muzik dan video. Sebagai contoh, komposer mendapat royalti setiap kali lagunya dimainkan di radio.

Brokerage Fee (Komisen)
Komisen pula diperolehi apabila sesuatu entiti menjadi orang tengah bagi sebuah transaksi. Kadar komisen boleh jadi mengikut peratusan atau satu kadar rata. Sebagai contoh, kita dikenakan bayaran RM1 apabila mengeluarkan wang melalui ATM bank lain. Bank pula mengenakan caj 3% bagi transaksi kad kredit. Paypal pula mengenakan kadar rata RM2 serta caj 3.9%.


Advertising (Iklan)
Pendapatan jenis ini pula adalah atas hak untuk menyiarkan iklan dalam medium atau platform yang dimiliki oleh peniaga. Iklan digunakan sama ada untuk mengurangkan kos bahan penerbitan (Utusan Malaysia) atau memberi perkhidmatan percuma (Google).

Inovasi Value Proposition & Revenue Stream Coway
Syarikat Coway terkenal sebagai syarikat yang menjual penapis air. Sektor ini sudah lama dan dilihat sudah tepu. Penapis air adalah satu produk yang agak mahal dan memerlukan pengguna membeli terus daripada peniaga. Selepas itu pula, pengguna harus membeli sendiri alat ganti dan membuat penyelenggaraan sendiri. Paling hebat sekalipun, pihak penjual menawarkan ansuran mudah bagi memudahkan pengguna membeli produk yang mahal itu.

Ini adalah tawaran yang tradisional, iaitu pengguna membeli terus daripada peniaga. Coway menambahkan Value Proposition Risk Reduction dengan servis percuma satu tahun dan Cost Reduction alat ganti percuma. 

Kemudian Coway pergi satu tahap lagi dengan melakukan inovasi pada Revenue Stream. Mereka menukarkan Asset Sale yang mahal kepada model Subscription (langganan) dan Renting/Leasing (sewaan) yang lebih mampu dimiliki oleh para pengguna. Mereka juga meningkatkan Value Proposition Risk Reduction dan Kos Reduction dengan menambahkan tempoh servis serta bekalan alat ganti percuma.



Ini adalah tawaran baru yang berinovasi pada Revenue Stream & Value Proposition. 
Hasilnya, Coway berjaya menembusi pasaran Malaysia dan dalam masa yang sama meluaskan pasaran kepada mereka yang selama ini tidak mampu membeli penapis air yang mahal.

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI