Kehidupan kita sehari-hari seperti yang diketahui adalah satu perjalanan yang mempunyai matlamat tertentu. Matlamat yang jelas sangat penting supaya perjalanan atau arah tuju hidup kita akan penuh bermakna dan tidak terumbang ambing di dalam usaha menuju kejayaan.
Persoalan yang penting yang perlu ditanya pada diri kita ialah Apakah kita berjaya mencapai kejayaan yang telah kita definisikan? Apakah kita telah berjaya mencapai matlamat yang telah kita tentukan? Apakah kita tersasar dari perjalanan mencapai matlamat yang telah ditentukan?
Kita perlu merenung kembali perjalanan yang telah kita lalui selama ini. Kita perlu menilai tahap kejayaan semasa dan membandingkan dengan perancangan yang telah kita lakarkan.
Persoalan yang penting yang perlu ditanya pada diri kita ialah Apakah kita berjaya mencapai kejayaan yang telah kita definisikan? Apakah kita telah berjaya mencapai matlamat yang telah kita tentukan? Apakah kita tersasar dari perjalanan mencapai matlamat yang telah ditentukan?
Kita perlu merenung kembali perjalanan yang telah kita lalui selama ini. Kita perlu menilai tahap kejayaan semasa dan membandingkan dengan perancangan yang telah kita lakarkan.
Pertama sekali, definisi kejayaan kita perlu ditulis dengan jelas. Definisi yang terbentuk dalam minda sahaja tidak akan membantu menilai kembali definisi yang dimahukan.
Sekiranya definisi terdahulu tidak ditulis,, inilah masanya untuk kita menulisnya kembali. Berikan tempoh masa yang sesuai dan jangan tergesa-gesa. Satu definisi yang jelas akan membantu pencapaian kejayaan yang kita benar-benar mahukan.
Perkara kedua ialah jangka masa penyampaian kejayaan keseluruhannya.Lihat kembali adakah pada hari ini kejayaan telah dicapai ? Atau di tahap mana kejayaan telah tercapai.Adakah kita sendiri gembira di atas pencapaian setakat ini?
Sekiranya kita belum mencapai tahap kejayaan yang diingini maka satu jangka masa yang baru perlu ditetapkan. Jangka masa yang sesuai perlu diketengahkan mengikut kemampuan diri.
Seterusnya , kita aturkan kembali matlamat yang boleh menjurus kepada kejayaan yang kita idamkan. Kegagalan mencapai matlamat bermakna kegagalan mencapai kejayaan yang dihasratkan.
Dengan matlamat baru yang lebih jelas, kita sebenarnya lebih bersedia untuk memulakan perjalanan yang baru dengan lebih komited dan disiplin. Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia untuk memulakan perjalanan yang baru ini.
Apakah motivasi yang diperlukan kali ini? Gambarkan bagaimana keadaan kita apabila telah mencapai kejayaan.
Kita harus melupakan kegagalan yang lepas dan anggaplah ia sebagai cabaran semata-mata. Dengan semangat, komitmen dan disiplin yang baru , kita sebenarnya bersedia untuk memulakan perjalanan menuju kejayaan. Perjalanan ini akan menjadi lebih mudah apabila kita mempunyai strategi dan perancangan yang lebih teliti. Senjata yang penting ketika ini ialah pengalaman lalu dan kita tidak mahu pengalaman tersebut menjadi penghalang kepada pencapaian kejayaan kali ini.
Aturkan strategi yang lebih baik dari strategi yang lampau dan rancanglah perjalanan dengan lebih teratur. Pengalaman lampau akan memberi ruang dan peluang untuk kita merancang dengan lebih berkesan.
Definisi kejayaan telah kita tuliskan, matlamat dalam perjalanan telah kita lakarkan, strategi telah kita aturkan, perancangan perjalanan telah kita susunkan dan tibalah masanya untuk kita melangkah memulakan perjalanan itu sendiri dengan penuh ketabahan.
Gambarkan kejayaan kita setiap masa dan tingkatkan keyakinan bahawa kita mempunyai kemampuan untuk berjaya dan terus Berjaya. Laksanakan tindakan dalam perancangan dengan penuh komitmen. Kaji pencapaian tanpa jemu dan kejayaan yang diidamkan akan menanti di penghujung perjalanan.
Selamat Berjaya.
Pena Keusahawanan
Putra(Mohd Hisham b Idris)
Bahagian Pengajian Pengurusan
No comments:
Post a Comment