Untuk berjaya dalam perniagaan yang dipenuhi pesaing kini, usahawan perlu mencari satu ‘kelainan’ dalam produk dan perkhidmatan yang diberikan. Untuk menonjolkan perniagaan kita dalam pasaran yang amat gamat, kelainan diperlukan.
Payung mana yang mempunyai kelainan?Teringat saya ketika ke pasar malam dan ingin membeli burger. Sudah tentunya di pasar malam, kurang-kurang ada 3-4 gerai burger. Kesemuanya menjual burger yang sama, kecuali satu gerai burger ni, mempunyai kelainan!
Si peniaga burger tersebut, sambil membuat burger tersebut, melambung daging burger itu ke udara, dan menyambut semula ke kuali. Selang beberapa saat, dia akan lakukan lagi, melambung daging burger keudara dan menyambutnya semula. Pada gerainya ditulis ‘Burger lambung’!Wah! Hebat sungguh dan memang ramai beratur untuk membeli ‘burger lambung’ ni. Tidak seperti gerai-gerai burger yang lain. Usahwan ini berjaya menciptakan kelainan sehingga barisan beratur pun panjang- termasuk diri saya sendiri yang ingin merasa ‘burger lambung’ ini.
Setelah 20 minit menunggu, baru dapat merasa burger lambung ini. Ingatkan, sedaplah sangat burger lambung ni, rupa-rupanya, rasanya sama sahaja dengan burger-burger lain! Lambung tak lambung, serupa sahaja rasanya!Walaupun lucu juga kisah ini, tetapi, apa yang penting adalah ‘kelainan’ yang berjaya dibawa oleh usahawan ‘burger lambung’ ini. Walaupun produknya sama dengan produk pesaing yang lain, tetapi, kelainan perniagaan yang dibawanya berjaya menarik perhatian pengunjung-pengunjung pasar malam itu.
Sumber:blog irfan khairi
Sebagai pusat informasi setempat untuk pelatih kursus Pembangunan Keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)selama 6 bulan di PERHEBAT dan untuk mengumpul para usahawan bekas tentera dalam pelbagai bidang perniagaan dalam satu komuniti bersepadu. Semoga memberikan peluang yang luas kepada bakal pesara tentera mahu pun pesara tentera dalam menceburi bidang keusahawanan.Hubungi 03-61569412 samb. 1170
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)
M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN
M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN
M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN
M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN
M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI
1 comment:
Wow ...ni semua muka-muka masa aku pergi kursus sampingan dulu nih.....cikgu-cikgu apa khabar semua, harapnya sihat walafiat yer..
Post a Comment