BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Tuesday, May 27, 2008

Pelatih IKS Siri 2 dan Pelatih Pelancongan sedang menghadir i latihan praktikal untuk Kursus Kontraktor Cuci Bangunan




Peralatan untuk cuci bangunan


Pelatih sedang teliti mendengan taklimat dari penceramah



Pelatih sedang mencuba alat untuk mencuci lantai

Kursus Kontraktor Cuci Bangunan di PERHEBAT mengambil masa selama 5 hari dengan latihan teori dan praktikal. Mereka diajar bagaimana untuk mengambil tender dan menubuhkan syarikat serta mempelajari dari segi aspek teknikal bagaimana hendak menggunakan peralatan cuci bangunan. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan para pelatih mendapat Sijil Khas iaitu Sijil Asas Kontraktor Pembersihan Bangunan.

SEPANJANG LAWATAN PELATIH IKS KE MIHAS DAN BIO HERBA DI MATRADE PADA 8HB. MEI 2008


Para pelatih sedang menunggu bas PERHEBAT


Pintu masuk ke MIHAS

Pelbagai produk yang ditawarkan di MIHAS






Pameran HERBA ASIA berlangsung di Dewan A dalam MATRADE

Para pelatih IKS siri 1 dan 2 ( 6 bulan) di bawa ke Pameran MIHAS dan Bio Herba yang berlangsung di dewan MATRADE pada 7hb. hingga 11hb. MEI 2008. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dan peluang kepada bakal-bakal pesara tentera terutamanya pelatih Pusat PEmbangunan Keusahawanan bagi mencari seberapa banyak informasi dan perniagaan yang mereka boleh turut serta. Kebanyakan para peserta mempunyai respon yang amat baik kerana dengan adanya lawatan ini mereka boleh bertanya tentang peluang niaga yang mereka boleh tawarkan kepada pesara tentera seperti francais produk dll.

Thursday, May 8, 2008

Lawatan IKS Siri1&2/08 Industri Cendawan, CIMA Agro Industries, Kuala Selangor

Related Posts with Thumbnails