BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Wednesday, September 10, 2014

Karnival Usahawan Iks siri 3/2014 dianjurkan oleh para pelatih Kursus Pembangunan usahawan IKS seramai 21 orang








Karnival ini dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelatih PERHEBAT khususnya para pelatih dari kursus IKS (6 Bulan) untuk menceburi dalam bidang keusahawanan. Di samping itu juga sebagai menimba pengalaman bagaimana menguruskan sesuatu pengurusan acara seperti penganjuran karnival dll. Alhamdulillah lebih dari 60 pemamer terlibat dalam karnival  selama 1 hari. Karnival ini dirasmikan oleh Datuk Pengerusi PERHEBAT. Terima kasih kepada semua yang terlibat. 

   Keusahawanan adalah matlamat kami
Related Posts with Thumbnails