BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Wednesday, November 23, 2011

Pemikiran Positif Dimanakah Tahap Kita…

Kehidupan kita sehari-hari seperti yang diketahui adalah satu perjalanan yang mempunyai matlamat tertentu. Matlamat yang jelas sangat penting supaya perjalanan atau arah tuju hidup kita akan penuh bermakna dan tidak terumbang ambing di dalam usaha menuju kejayaan.

Persoalan yang penting yang perlu ditanya pada diri kita ialah Apakah kita berjaya mencapai kejayaan yang telah kita definisikan? Apakah kita telah berjaya mencapai matlamat yang telah kita tentukan? Apakah kita tersasar dari perjalanan mencapai matlamat yang telah ditentukan?
Kita perlu merenung kembali perjalanan yang telah kita lalui selama ini. Kita perlu menilai tahap kejayaan semasa dan membandingkan dengan perancangan yang telah kita lakarkan.


Pertama sekali, definisi kejayaan kita perlu ditulis dengan jelas. Definisi yang terbentuk dalam minda sahaja tidak akan membantu menilai kembali definisi yang dimahukan.

Sekiranya definisi terdahulu tidak ditulis,, inilah masanya untuk kita menulisnya kembali. Berikan tempoh masa yang sesuai dan jangan tergesa-gesa. Satu definisi yang jelas akan membantu pencapaian kejayaan yang kita benar-benar mahukan.


Perkara kedua ialah jangka masa penyampaian kejayaan keseluruhannya.Lihat kembali adakah pada hari ini kejayaan telah dicapai ? Atau di tahap mana kejayaan telah tercapai.Adakah kita sendiri gembira di atas pencapaian setakat ini?


Sekiranya kita belum mencapai tahap kejayaan yang diingini maka satu jangka masa yang baru perlu ditetapkan. Jangka masa yang sesuai perlu diketengahkan mengikut kemampuan diri.
Seterusnya , kita aturkan kembali matlamat yang boleh menjurus kepada kejayaan yang kita idamkan. Kegagalan mencapai matlamat bermakna kegagalan mencapai kejayaan yang dihasratkan.


Dengan matlamat baru yang lebih jelas, kita sebenarnya lebih bersedia untuk memulakan perjalanan yang baru dengan lebih komited dan disiplin. Persoalannya, adakah kita benar-benar bersedia untuk memulakan perjalanan yang baru ini.

Apakah motivasi yang diperlukan kali ini? Gambarkan bagaimana keadaan kita apabila telah mencapai kejayaan.


Kita harus melupakan kegagalan yang lepas dan anggaplah ia sebagai cabaran semata-mata. Dengan semangat, komitmen dan disiplin yang baru , kita sebenarnya bersedia untuk memulakan perjalanan menuju kejayaan. Perjalanan ini akan menjadi lebih mudah apabila kita mempunyai strategi dan perancangan yang lebih teliti. Senjata yang penting ketika ini ialah pengalaman lalu dan kita tidak mahu pengalaman tersebut menjadi penghalang kepada pencapaian kejayaan kali ini.


Aturkan strategi yang lebih baik dari strategi yang lampau dan rancanglah perjalanan dengan lebih teratur. Pengalaman lampau akan memberi ruang dan peluang untuk kita merancang dengan lebih berkesan.


Definisi kejayaan telah kita tuliskan, matlamat dalam perjalanan telah kita lakarkan, strategi telah kita aturkan, perancangan perjalanan telah kita susunkan dan tibalah masanya untuk kita melangkah memulakan perjalanan itu sendiri dengan penuh ketabahan.


Gambarkan kejayaan kita setiap masa dan tingkatkan keyakinan bahawa kita mempunyai kemampuan untuk berjaya dan terus Berjaya. Laksanakan tindakan dalam perancangan dengan penuh komitmen. Kaji pencapaian tanpa jemu dan kejayaan yang diidamkan akan menanti di penghujung perjalanan.


Selamat Berjaya.

Pena Keusahawanan
Putra(Mohd Hisham b Idris)
Bahagian Pengajian Pengurusan

Tuesday, November 8, 2011

Informasi & Teknologi mengubah perniagaan- AWAS!

Sememangnya informasi dan teknologi banyak membantu perniagaan secara positif. Tetapi, ada juga kalanya di mana informasi dan teknologi memberi kesan negatif kepada sesuatu perniagaan.


Contohnya:

Ketika awal 2000, antara perniagaan Internet saya yang pertama adalah menjual “Peta Malaysia”. Mungkin anda ada terbaca di buku, majalah atau akhbar tentang kisah saya ni. Tetapi, dengan bertambahnya teknologi maklumat, sekitar 2006-2007, dengan adanya peta-peta online termasuk Google Maps, perniagaan “Peta Malaysia” pun turut berkurang. Tak mengapa, rezeki ada di tempat lain


Baru-baru ni, sebuah syarikat di US “Netflix” yang menjalankan konsep sewa DVD melalui pos mengalami kesukaran. “Netflix” telah menyebabkan syarikat sewa VHS/DVD yang top di US bernama “Blockbuster” gulung tikar. Tetapi, kini, “Netflix” pula bersemuka dengan keadaan gulung tikar apabila teknologi membolehkan pelanggan download/streaming movies yang mereka ingin tonton. Awas… bila-bila masa perniagaan kita juga boleh dalam keadaan ini.



Kita semua kenal syarikat “Kodak” bukan? Dulu-dulu zaman sebelum digital kamera, kita mencari kodak. Kalau tak cukup kodak, kena pergi kedai kodak. Kalau kodak habis, dah tak boleh ambik gambar Hari ini, Kodak pula berhadapan dengan keadaan muflis. Nama yang GAH satu hari dulu dalam bidang fotografi, kini tinggal kenangan (macam kenangan dalam gambar kodak) Teknologi membolehkan gambar disimpan dalam SD disk sahaja… tak perlu lagi kodak. Kalau dulu paling banyak pun 36 keping gambar boleh ambil dengan satu filem kodak. sekarang, 3,600 gambar digital pun boleh lagi!



Dalam perniagaan kita perlu ada plan B. Perniagaan boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja. Sememangnya kita perlu fikir positif sahaja untuk perniagaan kita, tetapi, fikir juga, implikasi teknologi dan maklumat yang negatif seperti di atas.

Sumber:irfankhairi .com

Perniagaan Internet sebagai kerja sambilan

Perniagaan Internet boleh bermula sebagai kerja sambilan. Tahun 2000, saya mulakan perniagaan Internet ketika saya bekerja fulltime. Bila pendapatan perniagaan Internet melebihi pendapatan perniagaan sepenuh masa, baru saya berhenti kerja sepenuh masa.


Asas untuk berjaya dalam perniagaan Internet secara sambilan adalah:

1.Kongsikan banyak informasi mengenai industri anda. Tak kira apa sahaja yang anda ingin niagakan, pengguna Internet sering mencari informasi mengenai industri anda. Dengan memperbanyakkan perkongsian Informasi yang releven dan menarik, anda akan dapat menarik lebih ramai pelawat ke laman web anda.


2.Perbanyakkan platform perniagaan Internet sambilan anda. Seringkali saya di tanya, “IK, yang mana lagi efektif, menjual di blog, di facebook atau di laman web?”. Jawapannya - kesmuanya sekali! Lagi banyak platform kita gunakan, lebih mudah orang ramai untuk menjumpai salah satu platform perniagaan Internet kita- dan pastikan kesemuanya mempunyai informasi yang baik (lihat 1 di atas)


3.Eratkan hubungan bersama pengikut platform-platform perniagaan sambilan anda. Zaman pertanian pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini kita di zaman komunikasi. Eratkan hubungan bersama bakal pembeli, pengikut, prospek dan juga pelanggan anda dengan platform-platform komunikasi di Internet seperti blog, email, Facebook, twitter dan lain-lain!


Oleh kerana Internet boleh didapati di mana sahaja, dari rumah dan secara mobile ianya merupakan pilihan yang baik untuk anda menjalankan kerja sambilan - perniagaan Internet!

Sumber: irfankhairi.com (jutawan internet)
Related Posts with Thumbnails