Friday, January 14, 2022

CIRI-CIRI PERSONALITI INDIVIDU YANG OPTIMISTIK

Apakah kita seorang yang lebih suka membayangkan masa depan kita akan lebih cerah, banyak perkara-perkara baik dapat dilakukan, banyak kejayaan dapat dicapai?

Andainya iya, maka kita termasuk dalam kalangan individu-individu yang disebut optimistik.
Menurut pakar-pakar psikologi, golongan optimistik mempunyai cara berfikir yang cenderung meramalkan perkara-perkara positif, yang membawa kepada kejayaan dan kebahagiaan. Manakala golongan pesimistik cenderung meramalkan sebaliknya.
Hasil kajian pakar-pakar psikologi mendapati individu-individu yang optimistik mempunyai ciri-ciri di bawah:
1. Mereka mempunyai kemahiran lebih tinggi dalam menangani dan mengurus situasi negatif.
2. Mereka mengalami tahap stress yang lebih rendah.
3. Mereka mempunyai kesihatan yang lebih baik.
4. Mereka mempunyai kesabaran dan kecekalan lebih tinggi dalam berusaha mencapai tujuan.
5. Apabila mereka mengalami kesukaran ataupun kegagalan, mereka anggap itu adalah pengalaman yang penting dalam proses belajar.
6. Dalam keadaan yang amat sukar sekalipun, mereka tetap menyimpan harapan hari esok keadaan itu akan berubah dan menjadi lebih baik.
Disebabkan golongan optimis sentiasa nampak sisi-sisi positif pada semua perkara, mereka mengalami lebih banyak peristiwa-peristiwa positif, mereka lebih puas hati dengan kehidupan, kurang stress, dan lebih sihat.
.kredit : Puan Ainon Mohd

SELAMAT TAHUN BARU 2022


 

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI