Tuesday, November 27, 2012

Karnival Usahawan Sempena Majlis Konvokesyen PERHEBAT pada 19 dan 20 Dis 2012

Sempena Majlis Konvokesyen PERHEBAT 2012, BPP ditugaskan untuk menguruskan Karnival Usahawan tersebut yang akan berlangsung selama 2 hari iaitu 19hb. - 20hb. Dis 2012 (2 hari) bertempat di luar Dewan Besar PERHEBAT . Majlis tersebut bakal dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia . Sehubungan dengan itu sebanyak 30 ruang niaga akan disediakan. Kepada mereka yang berminat untuk berniaga pada hari tersebut boleh menghubungi talian 0192272127 (Hisham) atau  0133619429 (Shukri). Maklumat terperinci seperti berikut:

 1. Bayaran RM150 (2 hari)
 2. Khemah 20 x 20  dipecahkan 2 lot /khemah
 3. Meja dan kerusi disediakan
 4. Booth juga disediakan
 5. Bekalan elektrik disediakan (sila bawa ext. wire sendiri)

Jika berminat boleh hubungi terus bagi memdapatkan borang permohonan dan mesti dihantar sebelum 12 Disember 2012 (Rabu) beserta bayaran.

Wednesday, November 14, 2012

Tips Perniagaan 1

Salam kepada semua pengunjung

 
Apa khabar ? Kami harap semuanya sihat sejahtera hendaknya. Baiklah, ramai dikalangan kita yang mengetahui 9/10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan. Jadi ramailah yang berpusu-pusu untuk berniaga.

Tidak kurang hebatnya ada yang sanggup berhenti kerja dengan  serta merta semata-mata ingin menjalankan perniagaan secara  sepenuh masa.


Bila dah mula berniaga, barulah anda sedar yang hakikat berniaga ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan pengorbanan yang amat besar.  Setelah bulan kedua anda menjalankan perniagaan, anda gagal untuk mendapatkan sebarang jualan daripada perniagaan anda.

************************
Masalah Utama
************************
Anda terlupa yang anda mempunyai komitmen untuk membayar ansuran kereta, ansuran rumah, perbelanjaan harian, kalau yang ada anak maka lagi banyaklah komitmen yang anda terpaksa tanggung termasuklah isteri tercinta.

Tanya dahulu diri sendiri, bersediakah anda untuk menghadapi keadaan-keadaan yang tak terduga seperti perniagaan mengalami kerugian, kadar jualan menurun mendadak, pelanggan lari, dan macam-macam lagi.

Berniaga ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat.  Bak kata orang hati mesti kering. Barulah anda benar-benar  layak untuk berniaga.

**************************************
Apakah Persiapan Sebenar
**************************************
Baiklah, berapakah sumber kewangan yang perlu disediakan sebelum kita terjun ke dalam bidang perniagaan ini? Untuk menjelaskan secara tepat dan selamat adalah anda memerlukan dana sebanyak enam bulan perbelanjaan bulanan anda.

Jadi sekiranya purata perbelanjaan anda adalah RM2,000 sebulan,  jadi, purata perbelanjaan bagi 6 bulan adalah sebanyak RM 12,000!

Oleh itu, fikirlah sejenak & berikan ruang kepada diri anda  untuk bersedia menghadapi sebarang ujian & dugaan dalam dunia  perniagaan. Bila perkara ini anda sudah bersedia, selamat datang ke dunia perniagaan kami ucapkan!

Semoga sedikit motivasi pagi ini memberi kesedaran supaya membuat persiapan rapi sebelum terjun dalam bidang perniagaan!

Salam kejayaan,

SALAM MAAL HIJRAH

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI