Wednesday, December 23, 2009

Majlis Penyampaian Sijil PERHEBAT 23 Disember 2009. Tahniah dan Selamat Maju Jaya

Kedai serbaneka halal

Beroperasi selama 17 jam sehari, kedai serbaneka ie-mart menjalankan perniagaan berasaskan hukum syarak untuk pengguna Muslim.

Semasa membeli-belah barangan keperluan dapur di pasar raya atau kedai serbaneka, pernahkah kita bertanya sejauh mana sucinya sesuatu produk yang dijual?

Bagi pengguna Muslim, suci atau bersihnya sesuatu produk itu penting kerana ia sebahagian daripada garis halal yang perlu diketahui.

Bukan sahaja barangan berasaskan makanan, malah produk pengguna lain juga perlu melepasi tahap kesucian ini misalnya sabun mandi, serbuk pencuci, kosmetik, barangan kebersihan diri sehinggalah pakaian.

Mungkin kerana pembungkusannya yang cantik atau dikeluarkan oleh syarikat besar, maka kita beranggapan faktor bersih dan suci itu telah dipatuhi hinggakan tidak mengambil kira tentang kesahihan label halalnya.

Isu berhubung halal haram sentiasa menghantui pengguna Muslim terutama beberapa pendedahan media sebelum ini misalnya mengenai tahap kebersihan sebuah kilang roti, pusat penyembelihan ayam yang meragukan dan pusat memproses tauhu kering yang terletak bersebelahan kandang anjing.

Walaupun telah ada syarikat milik orang Islam mengeluarkan produk-produk pengguna seperti ini, tetapi adakalanya faktor pemasaran menyebabkan ia sukar dicari pembeli. Jika ada dijual di pasar-pasar raya besar, susun aturnya pula tersorok di sebalik jenama lain.

Menyedari ada keperluan dalam kalangan pengguna-pengguna Muslim tempatan, Koperasi Halal Hub Kedah Berhad (Kohalal Hub) tampil dengan kedai runcit yang memasarkan hanya produk-produk halal yang dikeluarkan oleh usahawan Muslim.

Konsep kedai serbaneka dengan nama 'ie-mart' (sebutannya i-mart) yang seumpamanya ini mula diperkenalkan pada April lalu bagi memasarkan barangan runcit halal di bawah satu bumbung.

DARI kiri: Ahmad Khir (penyelia kedai), Jamaluddin dan Mohd. Nasir bergambar di hadapan kedai serbaneka ie-mart di Pusat Perniagaan Putra, Kulim, Kedah.

Berbeza dengan kedai serbaneka biasa, ie-mart menjalankan perniagaan selama 17 jam sahaja bermula pukul 7 pagi hingga 12 malam.

Beroperasi di Pusat Perniagaan Putra, dekat Kulim, Kedah, konsep ie-mart yang menjalankan perniagaan berasaskan produk Muslim kepada pengguna beragama Islam ini pantas mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna-pengguna setempat.

Bertitik-tolak daripada ini, cawangan kedua mula beroperasi di Sungai Petani awal bulan lalu. Ia bakal disusuli tiga cawangan lain iaitu di Kedah (Alor Setar) dan Pulau Pinang (Bukit Mertajam dan Balik Pulau) dalam masa terdekat.

"Maklum balas yang diterima meyakinkan Kohalal Hub untuk mengorak langkah membuka lebih banyak cawangan kedai serbaneka ie-mart di seluruh negara," ujar Pengerusinya, Mohd. Nasir Yusoff.

Bersama dua rakannya, Mohd. Azman Mohamad yang juga bendahari Kohalal Hub dan Jamaluddin Ahmad selaku pengurus pemasaran, mereka berkongsi idea menubuhkan koperasi ini.

Menurut beliau, Kohalal Hub merupakan antara koperasi pertama di Malaysia mewujudkan peruncitan islamik yang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kemahiran tempatan dalam operasi koperasi.

Katanya, menggunakan tagline 'Peneraju Halal-Hub', misi perniagaan mereka ialah bagi menjalankan muamalah bersama ahli dan pihak-pihak lain secara koperasi.

HAMPIR 80 peratus produk di ie-mart merupakan hasil pengeluaran IKS Muslim tempatan.

"Dengan kedai serbaneka ie-mart, Kohalal Hub berhasrat menyediakan perkhidmatan runcit yang kukuh dan diyakini berlandaskan hukum syarak agar dapat memberikan keuntungan dan haiyah taibah (kehidupan yang baik) kepada ahli-ahli koperasi

"Melalui rantaian niaga pula, kita ingin tingkatkan ekonomi masyarakat Islam tempatan melalui produk makanan halal supaya setanding dengan keluaran produk sedia ada di pasaran dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi," jelasnya.

Seperti kedai serbaneka lain, ia menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, produk kesihatan, makanan kering dan basah termasuklah serbuk pencuci serta haruman, tetapi semuanya halal dan suci.

Hampir 80 peratus barangannya merupakan produk IKS Muslim tempatan di mana kira-kira 65 peratus dibekalkan oleh pengusaha IKS dari negeri Utara tanah air dan Johor. Kesemuanya mendapat status halal daripada Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) selain yang dihasilkan sendiri secara kecil-kecilan di rumah seperti kuih muih sejuk beku segera.

Menurut Mohd. Nasir, melalui perniagaan runcit ini, Kohalal Hub memasarkan produk-produk IKS Muslim ini secara sistematik selain menjamin kebersihan dan kesucian produk-produk yang dihasilkan sama ada produk perniagaan atau perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Sebenarnya ada banyak produk halal keluaran IKS bumiputera Muslim tempatan yang kualitinya setanding dengan jenama lain tetapi pada harga lebih murah sesuai dengan ekonomi semasa pengguna.

"Dengan pelan pemasaran yang strategik termasuk pemilikan Pusat Hub Halal, objektif untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Islam umumnya dan ahli koperasi khususnya, membantu meningkatkan tabungan dan simpanan anggota koperasi melalui program perniagaan boleh dicapai," jelasnya.

Bagi meluaskan lagi konsep ie-mart, Kohalal Hub menawarkan konsep pemilikan cawangan ala francais kepada mereka yang berminat menceburi perniagaan runcit ini.

Rantaian operasinya ialah menerusi usahawan rakan niaga (ie-mart), usahawan Muslim (Kohalal Hub), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seterusnya kepada pemilik (usahawan) sekali gus menjadikannya sebagai kerjaya pilihan.

"Secara tidak langsung lebih ramai usahawan Muslim dapat dihasilkan melalui program rakan niaga ini. Lantaran itu, dapat memacu ekonomi masyarakat Islam," jelas Pengurus Pemasaran Kohalal Hub, Jamaluddin Ahmad.

KEDAI ie-mart menawarkan kira-kira 1,000 item keperluan seperti barangan dapur, produk herba, makanan kering dan basah.

Menerusi pakej niaga yang disediakan, ia terbuka kepada usahawan atau bakal usahawan peruncitan untuk membuka kedai serbaneka berkonsepkan produk Muslim di seluruh negara.

Menjelaskan lebih lanjut katanya, empat pakej ditawarkan mengikut kemampuan peserta iaitu pakej A bagi modal permulaan RM10,000, B (RM30,000), C (RM60,000) dan D (RM200,000).

Menurut Jamaluddin, modal bagi pakej A dan B dibiayai oleh usahawan. Sementara itu, bagi mereka yang ingin membuat pinjaman bagi pakej C dan D, hendaklah mempunyai modal permulaan kira-kira 30 peratus dengan urusan pinjaman dibantu oleh koperasi.

"Modal RM10,000 misalnya sesuai bagi mereka yang hendak berniaga secara kecil-kecil seperti menggunakan motosikal roda tiga atau mini van terutama di kawasan perumahan.
Give the perfect gift this holiday season, Inspiron̢㢠14

"Modal RM30,000 sesuai untuk kios kecil seperti di pasar awam manakala RM60,000 untuk gerai kecil dan modal RM200,000 pula bagi sebuah kedai serbaneka lengkap.

"Kos ini bagaimanapun hanyalah bagi produk-produk runcit yang dibekalkan sahaja. Tetapi selaku ahli Kohalal Hub, kita akan pastikan peserta mempuyai rancangan perniagaan, selain pemilihan lokasi yang baik," katanya.

Menjelang tahun hadapan, Kohalal Hub menyasarkan untuk membuka kira-kira 50 hingga 100 kedai serbaneka ie-mart di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan angka ini boleh dicapai berdasarkan permintaan yang diterima setakat ini.

Ditanya tentang kemampuan bekalan, Jamaluddin berkata, sebuah Pusat Pengumpulan Bekalan yang diberi nama Pusat Halal Hub telah dibuka di Shah Alam, Selangor, sebelum tiga lagi dibuka iaitu di Kedah, Johor dan Kelantan.

"Selain merealisasikan harapan dan dasar kerajaan bagi menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, misi Kohalal Hub ialah agar pengguna-pengguna Islam dapat menikmati perkhidmatan penyediaan produk-produk halal daripada rangkaian usahawan Muslim sendiri," ujar nya.
Sumber:Harian Metro

Tuesday, December 22, 2009

Usahawan sandaran negara berpendapatan tinggi

KUALA LUMPUR - Peralihan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada asasnya bergantung kepada kejayaan dan kegagalan usahawan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia kini sedang bersaing dengan negara-negara berpendapatan tinggi, sekali gus mengurangkan jurang kelebihan yang ada.

Beliau berkata, negara kini sedang terperangkap sebagai sebuah 'Negara Berpendapatan Sederhana', terhimpit sebagai pengeluar bergaji rendah tetapi pembawa perubahan yang pantas.

Biarpun begitu, para usahawan negara kini berada di barisan hadapan untuk berada di pasaran global, tambahnya.

Berikutan itu, adalah penting sebarang keputusan pelaburan dibuat oleh para usahawan dan pasaran kolektif.

''Untuk melepaskan daripada perangkap ini, negara perlu melakukan perubahan fundamental termasuk mengubah kepelbagaian kepada pengkhususan dan membina kepakaran pembuatan sedia ada untuk melepasi kawasan-kawasan tertentu.

''Kita perlu melakukan pembaharuan dan memulakan usaha meningkatkan momentum pertumbuhan tinggi untuk memastikan visi 2020 menjadi realiti,'' katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Usahawan Ernst & Young kelapan, malam ini.

Muhyiddin berkata, usahawan juga perlu mengubah pengumpulan modal kepada inovasi termasuk nilai tambah sumber berasaskan industri.

Tambahnya, untuk menggunakan sumber-sumber pertumbuhan, mulai sekarang usahawan tempatan perlu lebih fokus dan menyelaras usaha mengenal pasti jurang kelebihan dalam ekonomi global.

Menurut beliau, para usahawan mempunyai berbagai platform membina transformasi dengan mengambil kelebihan lokasi geografi dan kepelbagaian kebudayaan dan peluasan kelompok industri sedia ada.

Untuk itu, usahawan-usahawan perlu mengenal pasti peta pengeluaran global melalui peluang pengkhususan dalam peringkat pengeluaran secara spesifik.

''Ini bukan lagi mengenai suntikan lebih banyak input tetapi bagaimana jumlah input yang sama boleh mewujudkan lebih banyak pengeluaran,'' ujar beliau.

Gambar lawatan sambil belajar sepanjang kursus IKS siri3/2009

Bergambar di Dewan Taklimat Technology Park Malaysia


Lawatan penggunaan teknologi dan inkubator di Technology Park Malaysia
Bergambar bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya
Lawatan sambil belajar di PWTC

Jual senjata ke luar negara


ZAHID HAMIDI bersalaman dengan anggota Askar Wataniah pada majlis pelancaran Kumpulan Kedua Askar Wataniah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan memantau penglibatan syarikat tempatan yang dimiliki bekas anggota tentera yang melakukan penjualan senjata api ke luar negara dalam usaha melindungi aset pertahanan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini, beliau belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu dan siasatan terperinci akan dijalankan sekiranya terdapat laporan tentang kewujudan penjualan senjata api itu termasuk aset pertahanan negara lain.

"Oleh kerana syarikat itu di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kita tidak dapat mengawal perjalanan syarikat berkenaan. Namun, jika ada pihak melaporkan sebarang aktiviti melibatkan persenjataan, aset dan peralatan pertahanan serta keselamatan negara, siasatan segera akan dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kumpulan Kedua Askar Wataniah di kementerian itu di sini semalam.

Menurut beliau, penjualan sebarang aset pertahanan yang telah digunakan atau dilupusgunakan mesti mengikut peraturan yang ditentukan mana-mana agensi dalam dan luar negara termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Aset pertahanan negara ini kita sedaya upaya yang mungkin mesti ikut peraturan yang ditentukan bukan sahaja oleh majlis PBB atau mana-mana agensi dalam atau luar negara supaya senjata tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak dikategorikan berhak menggunakannya," jelas beliau.

Saturday, November 28, 2009

Kaedah Berkomunikasi secara berkesan

Bagaimana kita boleh berkomunikasi dengan baik?

Komunikasi adalah sangat-sangat penting apabila anda perlu untuk membuat urusan dengan pihak yang lain. Lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang usahawan, anda perlu berkomunikasi dengan ramai individu dalam membuat urusniaga seharian.

Komunikasi bukan sahaja diberi perhatian dalam erti kata tatabahasa ataupun bahasa yang dituturkan. Malah perkara yang utama ialah bagaimana kita boleh menyampaikan maklumat itu kepada orang lain. Sering disebut bukan sahaja isi penyampaian, malah bagaimana cara kita menyampaikan maklumat tersebut.

Pertuturan yang jelas, bahasa yang mudah difahami, tidak terlalu laju, jangan meninggikan suara, berkata-kata dengan senyum, yakin dengan ucapan yang disampaikan, jangan terlalu bercakap hingga tiada peluang untuk orang lain bercakap.

Apakah faktor lain yang boleh mempengaruhi kemahiran komunikasi?

Banyak faktor luar yang menyumbang kepada ketajaman kemahiran berbicara. Latihan adalah perkara asas untuk kita berjaya. Sentiasa berlatih untuk kita mahir dan perbaiki segala kemahiran sedikit demi sedikit. Jangan terlalu gopoh untuk menguasai kemahiran, ini adalah proses dan kita seharusnya bersabar dengan segala pembelajaran harian.

Pembacaan banyak membantu kepada kemahiran seseorang itu berbicara. Jika kita banyak membaca, kita boleh menghasilkan banyak kosakata dalam sebutan semasa perbualan. Dan lebih bagus sekiranya pengetahuan ini boleh kita gunakan dalam perbincangan ilmiah dan dapat berbicara dengan lebih matang.

Pembelajaran dengan memerhati orang lain berbicara adalah salah satu cara kita boleh menajamkan kemahiran komunikasi ini. Kita tidak boleh nampak diri sendiri berbicara tetapi kita boleh nampak orang lain berbicara. Pilih tokoh / rakan yang baik sebagai contoh dan ikuti cara mereka bagaimana boleh mahir berkomunikasi

Motivasi Usahawan - Kenali Peribadi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdam! ping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana.
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha merekamarah
14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah.

15.Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting.

16.Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. ! Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan denganbadan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi bakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yanglain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya! Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang wal! au setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Sumber:Laman motivasi

Motivasi Usahawan - Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY

Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s.Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta – USD600,000).Pada masa yang sama, beliau mula membabitkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikanPada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang
bernilai RM1.67 bilion. --(dipetik dari I Luv Islam, 8 Julai 2007)

Tuesday, November 17, 2009

Diri dan Kehidupan

Bagaimana anda menentukan perjalanan hidup seharian anda? Adakah kita menggunakan segala kemahiran yang diterima semasa mula-mula mengenali kedua orang tua kita? atau segala senjata hasil dari didikan seorang guru yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik diri sehingga apa yang dilihat hari ini adalah hasil dari mereka dan kedua ibubapa kita. Siapa kita jika bukan ibubapa, kita tidak akan mengenal ABC jika bukan dari seorang guru, tidak dinafikan ibubapa terlebih dahulu memperlihatkan kesungguhan untuk membina otak namun tanggungjawab seorang guru membentuk kita sehingga kita boleh merasai kejayaan duduk dalam aircond, bertali leher, berkasut kilat, bergelang emas dan mengenali bilangan dan banyaknya wang ringgit. Sedar atau tidak itu semua adalah hasil dari didikan seorang guru yang telah membentuk kita supaya dapat mengenali apa yang tidak diajar oleh kedua ibubapa anda. Bukan menidakkan ibubapa yang dahulunya berkerja hanya sebagai petani, di ladang getah, kolam ikan dan sebagainya namun sebagai anak yang memberi kesinambungan kehidupan mereka kita harus membina keyakinan mereka dan memberikan apa saja yang sebaiknya bagi membalas jasa yang tidak ternilai harganya.

Jika ditanya, apa senjata yang kita guna membentuk watak hasil dari didikan orang tua dan apa pula peluru yang digunakan hasil dari seorang guru? Pergi berperang kena tahu musuh anda, kelemahan dan kelebihan mereka. Taktik amat penting, masakan ratusan tentera kita hanya menggunakan getah lastik?atau hanya berbekalkan semangat? Kita harus mengkaji dan menyeledik tindakan kita seterusnya bagi memperkukuhkan benteng pertahanan dari diancam. Sekali lagi, sedar atau tidak senjata utama kita adalah dari didikan ibubapa dan taktik anda adalah dari guru anda sendiri yang membimbing anda apabila sampai ke satu simpang empat dan strategi apabila anda berjalan seorang diri.

Cuba imbas kembali sewaktu zaman kanak-kanak iaitu sebelum bertemu dengan seorang yang bergelar guru. Adakah kata nasihat senjatanya? atau pembayang dan perumpamaan yang sering digunakan agar kita mengenali setiap batas kehidupan? Apa pendapat anda…? Jika ingin lakukan sesuatu, mak kata..jangan buat nak, nanti….bla bla bla…Abah pula, dah kata jangan buat tapi……ah ikut sukalah…tetapi tidak semua ayah bersifat demikian ya. Ibunya pula berkata ‘Wahai anakku, jadilah seorang yang berguna dan berilmu sebagai penganti diri mak dan ayah apabila sudah tiada….apa rahsia disebalik kata-kata tersebut? Boleh ke kata-kata tadi membentuk diri kita menjadi seorang yang bijak mengkaji dan berfikir?

Apa pula penyulu hidup anda hasil dari seorang guru yang telah membina otak dengan minda yang cergas setiap masa? Sekali lagi..sedar atau tidak perkara utama yang perlu dipegang adalah perkara asas! iaitu semasa guru mengajar anda untuk mengenali bentuk dan pengunaan huruf mengikut pemahaman dan kefahaman mereka sebagai seorang yang telah diamanahkan mendidik anak-anak bangsa tidak kira apa jua jenis kulit dan mata anda samada sepet atau bulat ataupun kenyit sebelah. Penting sangat ke huruf sehingga kita perlu kembali kepadanya. Penting sangat ke pemahaman dan kefahaman kita tentang huruf dengan istila tanda-tanda seperti nokta, koma, seruan, soalan dan macam-macam lagi. Penting sangat ke? aikk..dah berapa kalilah…disebut!.

Saya tahu anda mempunyai jawapannya, anda tahu kebenaranya dan anda tahu keberkesanaannya. Carilah kekuatannya, carilah kelebihannya, ada pun yang kurang bersamalah kita mencari agar dapat dikongsi bersama selamanya.

Tidak semua kata orang itu betul tetapi tetap ada yang betul namun tidak semua pendapat itu salah. Kebarangkalian dan kemungkinan ada disana…

Monday, November 2, 2009

HDC mahu latih 10,000 tenaga kerja

HALAL Industry Development Corporation Sdn Bhd (HDC) menyasarkan melatih kira-kira 10,000 tenaga kerja daripada pelbagai sektor tahun depan, dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat rujukan latihan bagi industri halal global.

Naib Presiden Halal Integriti HDC, Mariam Abdul Latif, berkata program adalah untuk pekerja daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta multinasional (MNC) menerusi modul latihan yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan industri halal.

Setakat ini, HDC sudah melaksanakan 164 sesi latihan kepada 8,191 peserta yang mana 93 peratus membabitkan syarikat PKS yang kebanyakan dalam sektor pengeluaran makanan.


“Kesedaran halal di peringkat global masih rendah. Dalam situasi ini, program latihan halal dengan modul yang terancang memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap integriti halal,” katanya pada taklimat media di Petaling Jaya. Hadir sama, Pengurus Latihan HDC, Saifol Bahli.

Menurutnya, syarikat PKS paling banyak menyertai program latihan halal yang dijalankan HDC iaitu sebanyak 237, manakala MNC membabitkan 17 syarikat dengan kebanyakan terbabit sektor pengilangan, perkhidmatan dan logistik.

Katanya, HDC menyediakan 11 modul latihan halal yang meliputi isu berkaitan keselamatan dan kebersihan makanan, produk dan perkhidmatan pengguna, khususnya dalam bidang kosmetik serta farmaseutikal.

“Modul latihan yang dibangunkan khusus bagi memenuhi keperluan industri halal, bukan saja dalam aspek syariah tetapi berhubung proses pensijilan halal, pasaran , makanan dan kepenggunaan serta bioteknologi,” katanya sambil menambah program latihan HDC turut mendapat permintaan.

Konsep perniagaan terus menerusi karavan pasar tani

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Konsep karavan pasar tani yang diperkenalkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merupakan satu perniagaan terus di mana produk yang dijual siap dibungkus dengan harga kompetitif.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, konsep ini merupakan perniagaan terus melalui van ke pasar-pasar tani, pekarangan pejabat dan kawasan perumahan secara konvoi.

''Konsep pasar bergerak atau pasar berkonvoi ini sudahpun diamalkan di beberapa bandar di Eropah dan Amerika Syarikat dengan sambutan amat menggalakkan.

''Kelebihan dari segi logistik berbanding dengan pasar raya ataupun pasar tani biasa di mana produk didatangkan kepada pengguna secara terus merupakan pilihan terbaik kepada pengguna yang sibuk serta tidak sempat ke pasar atau kedai,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian karavan pasar tani yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Noh memberitahu, kementerian telah melancarkan pelbagai jenis pasar tani di mana ia telah memberi impak besar terutama dari sudut peningkatan pendapatan usahawan tani.

Sementara itu Pengerusi Eksekutif Perez Design, Profesor Datuk Dr. Abdul Razak Omar yang merupakan pembekal utama karavan pasar tani dan rakan kongsi strategik DRB-Hicom memberitahu, syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan menyeluruh bagi yang berminat untuk menjadi peniaga karavan pasar tani.

Beliau memberitahu, selain menyediakan pusat sehenti pemeriksaan terhadap van pasar tani, ia juga menawarkan modifikasi mengikut keperluan pelanggan dan peniaga pasar tani.

''Kami juga menawarkan pinjaman secara pakej yang disediakan oleh Bank Muamalat.

''Selain menyediakan insurans bagi peralatan dalaman van pasar tani, syarikat menawarkan pemeriksaan oleh Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom),' jelasnya.

Dr. Abdul Razak memberitahu, syarikat itu juga bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkuasa tempatan lain untuk menyediakan lokasi baru kawasan perniagaan.

Katanya, para peniaga boleh menghubungi syarikat itu yang berpejabat di BB-01 Jalan Selaman 1, Dataran Palma off Jalan Ampang serta boleh dihubungi di talian 019-2890045 atau 012-2275045.

Mencari Potensi Diri yang Dikaburi oleh Minda sendiri

Hai, Apa khabar?anda buat apa sekarang? adakah anda sedang mendengar? jangan ikut perasaan buatlah sesuatu atau ada perkara lain? banyak perkara boleh anda lakukan tetapi yang pasti tidak ada jalan short cut!

Saya? “Saya tercabar dengan diri saya yang berfikiran jauh tapi kadang-kadang malu, saya mempunyai impian tinggi tetapi susah untuk mencapainya, namun saya mengubah dan melakukan banyak perkara baru dan belajar mengawal serta bertindak! Saya mencabar diri sejauh mana kelemahan dan kemahuan, analisis diri dan kini saya tahu kehendak diri dan hati, kepakaran dan kemahuan mebawa saya kepada anda untuk mencari potensi diri, anda layak untuk menerimanya…bongkarlah potensi anda yang tersembungi…”

Saya juga seperti anda, bukan berkuasa bukan juga super power tetapi saya dan anda mempunyai perbezaan dari segi kitaran hidup, anda hidup dengan cara sendiri dan saya dengan situasi sendiri yang saban hari meghadapi pelbagai dugaan dan rintangan, begitu juga anda kan? Kita tidak akan terlepas dari cabaran setiap masa, bukan hari ini sahaja malah esok mungkin cabaran lain. Hari ini belum selesai, esok cabaran baru sudah menjelma…Huh! sungguh perit kehidupan ini. Sebagai manusia kita perlu meminta petunjuk daripadanya, agar kita diberi ruang untuk bernafas, ruang untuk berfikir, ruang untuk membuat keputusan untuk setiap situasi yang hadir.

Ingin lulus dalam matapelajaran pun perlu ada ujian, samada lisan, karangan, ABC ataupun pilihan. Samalah dengan kitaran hidup kita, perlukan sesuatu jawapan yang pasti dan apabila mendapatnya perlulah menikmatinya dengan seadanya dan bersyukur pada rahmatnya. Kita tahu, sepedas mana pun dugaannya, Dia tidak akan menduga anda jika tidak mampu untuk mengharunginya, Dia lebih mengetahui, kita harus berserah kepadanya tetapi harus diikuti dengan usaha tetapi perlu juga menerima ketentuannya. Dengan itu, anda dan saya perlu berusaha untuk mencari kemahuan diri, mencari potensi yang hilang tetapi bersembungi dalam jasad sendiri. Jika anda jatuh, perlu bangun sendiri, jika saya disebelah kita bangun bersama, jika anda sendiri carilah kaedah lain yang mampu menyokong anda sebab saya tahu anda mampu.

Bezanya seseorang yang berjaya kerana mereka tahu menggunakan kemahiran dan bakat, jika bakat sahaja yang ada tidak mungkin membawa kita kepada kejayaan malahan ia akan membunuh diri kita. Ramai orang berkata, wah! dia jadi pakar sebab bakatnya yang terpendam tapi yang terpendam itu tidak mungkin terserlah jika tidak dijinakkan dengan kemahiran atau skills. Ramai orang boleh menyanyi, tetapi ramai juga yang gagal sebab skills kemahiran suara, alunan bunyi dan gelombang suara yang datang dari hati tidak kena pada sasarannya. Ada orang bertanya, bagaimana anda boleh membantu orang lain?Jika kita mempunyai skills dan bakat tetapi tidak tahu bagaimana mencarinya jawapannya tetap gagal, jadi kita perlulah mencari potensi diri terlebih dahulu, fokus dengan kemahuan masing-masing sebelum boleh menjadi guru atau sifu kepada anak-anak buah. Jika anda telah tahu potensi diri maka anda bebas memberikan apa sahaja kepada orang disekeliling anda dan hasilnya tetap mendapat pulangan tanpa kita sedari.

Allah berfirman, dalam Surah Ar-Rad Ayat 11. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri”. Jika mahu teruskan kemahuan anda, teruskan… jika tidak belajarlah mencari potensi diri mulai sekarang…jika anda telah menjumpainya olahkan resipinya agar ramai yang memesan menu anda walau di mana sahaja, di rumah atau sedang duduk berfikir monolog dalam hati…Bukan mencari kelemahan dalam kesempitan, tetapi mengajak anda agar sama-sama dapat mencari potensi yang tersembungi. Anda semakin hampir dengan kesempurnaan. Kebaikan akan sentiasa dikenang dari kedamaian yang dicari, jangan menyakiti teman-teman anda dan ibubapa, jangan berkata dibelakang mereka, jangan pula merasa sombong jika berilmu dan jangan mengharap balasan jika berjaya sebab ianya akan datang dengan sendiri.

Salam kejayaan saya untuk anda seorang sahabat, jika tidak, teruskan persoalan, nantikan jawapan dari saya..disetiap ulasan yang tersedia. Jika suka, war-warkan ilmu ini, sebab setiap kehidupan anda adalah praktikal dan realiti bukannya fantasi. Salam kejayaan sekali lagi, semoga anda terus maju mencari potensi diri. Amin…

Monday, October 19, 2009

BULUH CIPTAKAN NILAIAN TINGGI

BERKAT kesungguhan dan ketekunan, seorang usahawan muda, akhirnya berjaya mengukir nama dalam perniagaan produk buluh yang diawet di negara ini, selepas meredah pelbagai kesukaran dalam hidupnya.

Menurut Mior Shariman Moksin, 37, pengasas Istana Bambu Sdn. Bhd., perniagaan tersebut menjadi pilihan kerana merasakan potensinya yang besar dan belum diterokai. Menyedari pulangan yang ditawarkan adalah lumayan, beliau yang pernah mengusahakan pelbagai perniagaan sebelum ini tetapi gagal, bertindak membawa masuk pelbagai produk buluh diimport dari negara-negara jiran terutamanya Indonesia.

Menurut Mior Shariman, perniagaan yang baru ternyata menguntungkan selain bahan bekalan yang mudah didapati, persaingan di dalam industri juga tidak terlalu kompetitif. Berikutan, permintaan yang tinggi dan saiz pasaran yang besar, beliau memutuskan untuk membawa masuk teknologi penanaman, pengawetan dan pembuatan.

Tambah beliau, teknologi pengawetan pentuing kerana ia membolehkan jangka hayat buluh mencecah sehingga puluhan tahun. Katanya, buluh adalah sumber bahan mentah yang mudah diperoleh kerana pokoknya hanya mengambil masa di antara tiga hingga lima tahun untuk matang bergantung kepada spesies buluh.

"Kami yakin industri buluh di Malaysia mempunyai prospek yang amat cerah apatah lagi ia menjadi kegilaan peminat perabot yang ingin menukar selera ke perabut buluh," kata beliau.

Mior Shahriman merancang membina sebuah kilang menghasilkan produk sendiri tanpa bergantung kepada sumber luar, selain mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat tempatan. Terdapat beberapa spesies buluh hanya terdapat di Indonesia yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran dalam dan luar negara untuk dikomersialkan.

Mior Shahriman berkata, selain aktiviti penjualan perabot, Istana Bambu turut menjalankan kegiatan pemuliharaan, penanaman buluh, penyelidikan dan pembangunan serta pengembangan produk, latihan, khidmat nasihat, jualan serta pengembangan usahawan Menurut beliau, pihaknya sedang mengusahakan kawasan tanah seluas empat hektar untuk membangunkan pusat sehenti yang dikenali perkampungan buluh.

Kegiatan yang terdapat dalam perkampungan buluh termasuk pusat pengawetan, penanaman, pembuatan, latihan kemahiran, pameran dan jualan, kajian dan pembangunan, galeri, restoran, Spa, calet dan pusat riadah. Sebagai permulaan hampir 20 buah galeri akan dibangunkan sebelum proses secara berperingkat disiapkan menjelang tahun depan.

Antara produk yang ditawarkan ialah buluh yang diawet, perabot, hiasan dalaman, landskap, binaan bangunan (rumah kediaman, resort, calet dan restoran), kraftangan, bahan industri dan kontrak penanaman. Beliau juga menawarkan pelbagai peluang perniagaan seperti kontrak penanaman, menjadi pengedar dalam dan luar negara, pembangunan tanah secara usaha sama dan pemilikan syarikat bersama.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah menghubungi Istana Bambu Sdn. Bhd., di Lot 841-844, Jalan Hulu Kelang 68000 Ampang, Selangor atau menghubungi 019-338 1858 / 019-343 7500 atau layari LAMAN WEB atau email istanabambu@gmail.com.

FAKTA MENARIK

• Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

• Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

• Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

• Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

• Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

• Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

• Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

• Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti dan Republik Dominica.

• Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

• Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

• Manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

• Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

• Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

• Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

• Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

• Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

• Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

• Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

• Andai kesemua bungkah air batu, dianggarkan 23 juta kilometer padu, di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus.

• Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

• Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

• Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

• Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

• Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.

• Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

• Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya televisyen. Secara purata seorang kanak-kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton televisyen, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

• Bahan buangan atau najis daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

• Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

• Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura-kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.

• Jika anda menjerit selama lapan tahun, 7 bulan dan 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk memanaskan secawan kopi.

• Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

• Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

• Batu karang yang terbesar pernah dikeluarkan daripada pesakit ialah seberat 1.36 kilogram.

• Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

• Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

• Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

• Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

• Jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga empat atau lima kali ganda ketinggian orang itu.

• Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

• Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.

• Anda perlu memanjat sebanyak 1,792 anak tangga untuk tiba ke puncak Menara Eiffel.

• Seoul adalah ibu negeri Korea . Dalam bahasa ibundanya, Seoul bermakna `ibu negara'.

• Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.

• Olympus Mons yang terletak di planet Marikh merupakan gunung berapi paling besar dalam sistem solar.

• Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 setengah jam sehari untuk bercakap.

• Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi, lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.

Thursday, October 15, 2009

Miti harap dana program bantu usahawan ditambah

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berharap kerajaan akan menambah jumlah dana bagi program pembangunan keusahawanan, termasuk untuk usahawan wanita dalam Bajet 2010 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Oktober ini.


Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed, berkata Miti sudah membuat permohonan supaya peruntukan bagi tujuan itu ditambah bagi membantu usahawan tempatan meningkatkan kemahiran dan keupayaan menguruskan perniagaan.

“Bagaimanapun, keputusan mengenainya bergantung kepada kemampuan kerajaan. Tunggulah pengumuman bajet pada Jumaat minggu depan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Wanita Kebangsaan (NMC) 2009 di Kuala Lumpur, semalam.


Hadir sama Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Joseph Salang Gandum serta Ketua Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp), Datuk Hafsah Hashim.

Persidangan bertemakan ‘Inovasi Keusahawanan Wanita: Masa Depan Untuk Negara’ itu anjuran bersama SME Corp dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mustapa berkata, sehingga bulan lalu, kerajaan telah membelanjakan RM23.3 juta untuk melatih 23,444 pekerja menerusi Program Peningkatan Kemahiran oleh SME Corp, dengan 36 peratus daripadanya membabitkan pekerja wanita.

Beliau berkata, kerajaan sedang menggandakan usaha untuk membantu usahawan wanita meningkatkan kemahiran dan keupayaan kerana menyedari sumbangan mereka terhadap pertumbuhan ekonomi negara semakin meningkat.

“Menerusi Program Pembangunan Untuk Pengeksport Wanita oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), peruntukkan sebanyak RM1.6 juta disediakan sejak 2005 kepada 48 syarikat milik wanita untuk memasarkan produk mereka.

“Dalam tempoh sama, Institut Keusahawanan Negara (Insken) telah melatih 5,709 wanita menerusi pelbagai program keusahawanan yang dianjurkannya,” katanya.

Mustapa menjelaskan, setakat ini ada 82,911 syarikat yang dimiliki oleh wanita, mewakili 16 peratus daripada keseluruhan syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini.

SME perkasa sektor perkhidmatan PKS

SME Corp Malaysia merancang memperkasakan sektor perkhidmatan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan memberikan lebih tumpuan terhadap sektor berkenaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Ketua Eksekutifnya, Datuk Hafsah Hashim, berkata langkah itu selaras usaha memastikan PKS tidak ketinggalan merebut peluang dan meningkatkan keupayaan daya saing selepas kerajaan meliberialisasikan 27 sektor perkhidmatan baru-baru ini.

Katanya, profil sektor perkhidmatan bagi PKS dilihat lebih luas meliputi 87.7 peratus daripada liberalisasi itu yang antara lain merangkumi peruncitan, pengangkutan, klinik serta hospital, berbanding dua profil lain iaitu perkilangan (tujuh peratus) dan pertanian (enam peratus).


Beliau berkata, menerusi tumpuan itu tidak bermakna PKS daripada sektor perkilangan dan pertanian akan dipinggirkan, namun lebih tumpuan akan diberikan bagi memperkasakan sektor perkhidmatan supaya PKS tidak ketinggalan.

“Mereka (pengusaha PKS) perlu melihat bagaimana merebut peluang daripada langkah liberalisasi 27 sektor perkhidmatan sama ada dengan menjadi pembekal kepada syarikat multinasional atau syarikat besar yang telah mendahului mereka,

“Di bawah RMK-10, kami merangka program Rantaian Perkhidmatan, satu program yang hampir sama dengan program yang pernah kami perkenalkan sebelum ini iaitu Rantaian Industri bagi sektor perkilangan untuk dirantai bersama syarikat multinasional,” katanya ketika ditemui selepas majlis promosi ‘SME Brand @ Tesco’ di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hafsah berkata, pihaknya sudah selesai merangka program berkenaan yang akan dilaksanakan di bawah RMK-10 menerusi peruntukan yang akan diperoleh nanti.

Katanya, menerusi Rantaian Perkhidmatan, pihaknya akan memfokuskan untuk melihat bagaimana merantaikan PKS daripada sektor perkhidmatan dengan pembekal di kalangan syarikat besar dan multinasional.

Beliau berkata, sebagai contoh antara sektor yang diliberialisasi adalah taman tema, PKS seharusnya perlu peka apabila kerajaan Johor merancang untuk memiliki taman tema dan mereka perlu lebih awal mendaftar sebagai pembekalnya.

“Contoh kedua, adalah penyediaan rumah orang tua, sekiranya ia diuruskan oleh syarikat besar luar negara, PKS perlu lihat potensi untuk menjadi pembekal barang harian seperti lampin atau plastik. Itu yang dikatakan tengok dan tangkap peluang yang ada,” katanya.

Hafsah berkata, SME Corp kini sedang merangka program yang berkesan bagi membangunkan PKS dan memastikan program antara 15 kementerian dan 60 agensi tidak bertindih, termasuk bagi sektor perkhidmatan.

Katanya, kajian dan perancangan program di bawah RMK-10 itu penting bagi mengoptimumkan dana kerajaan dan ia dijangka selesai pada November sebelum dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Disember ini.

“Selepas itu, kita mahu melihat dan mengukur sendiri keberkesanan program yang dilaksanakan bagi memberi gambaran yang lebih jelas kesan kepada PKS ini, khususnya dalam kemajuan yang dicapai," katanya.

Thursday, October 1, 2009

Bukti jasa tentera dihargai

PORT DICKSON: Keputusan kerajaan mengisytiharkan bandar peranginan di sini sebagai Bandar Tentera Darat membuktikan pengorbanan dan jasa anggota tentera mendapat pengiktirafan yang tinggi.


Keputusan itu juga dilihat sejajar dengan sejarah Tentera Darat yang diasaskan di sini, sekali gus mengingatkan rakyat mengenai hubungan erat antara Port Dickson dan Tentera Darat.

Kebanyakan anggota Tentera Darat yang ditemui mengalu-alukan pengumuman itu, yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika majlis jamuan Aidilfitri Tentera Darat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, kelmarin.

Anggota tentera, Rosli Saari, 39, berkata pengumuman itu amat tepat memandangkan sebahagian penduduk bandar ini adalah anggota tentera dan keluarga mereka.

“Kami menyambut baik pengumuman menjadikan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Walaupun pada awalnya berasa agak janggal, tetapi kami amat bangga.

“Selain anggota tentera dan keluarga, ramai pesara tentera tinggal di bandar ini. Malah, saya berani kata Port Dickson adalah antara bandar di negara ini yang mempunyai penempatan anggota tentera paling ramai," katanya.

Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan yang dikunjungi ramai anggota tentera di sini, mendapati pengisytiharan itu diperkatakan dengan meluas dan dibincangkan hingga ke kedai kopi.

Rakan Rosli, Erwan Othman, 28, berkata Port Dickson sudah lama dikenali sebagai bandar tentera sejak sebelum kemerdekaan dan pengisytiharan itu mengesahkan status itu.

Katanya, kini identiti Port Dickson boleh dipromosikan sebagai bandar peranginan dan Bandar Tentera Darat untuk memberi manfaat kepada penduduk tempatan, terutama anggota tentera.

“Anggota tentera berterima kasih kepada kerajaan kerana mengiktiraf bandar ini sebagai Bandar Tentera Darat, tetapi saya mencadangkan kepada kerajaan supaya memastikan pengisiannya dilakukan dengan rapi dengan mewujudkan sesuatu projek yang boleh menyerlahkan identiti itu,” katanya.

Setakat ini, katanya, antara identiti yang boleh dibanggakan ialah Muzium Tentera Darat dan lebih banyak projek begitu perlu diwujudkan.

Sementara itu, Noor Azman Ismail, 26, berkata pemilihan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat amat wajar memandangkan bandar ini cukup sinonim dengan Tentera Darat seperti Lumut di Perak yang diiktiraf sebagai Bandar Tentera Laut.

Pesara Tentera Darat, Bahari Latib, 53, terharu dengan pengumuman itu kerana membuktikan kerajaan amat menghargai jasa Tentera Darat yang yang selama ini menjadi tunjang kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memastikan keamanan negara terpelihara.

“Saya sebenarnya lebih suka jika Port Dickson dinamakan sebagai Bandar Pahlawan, namun tidak ada masalah dengan nama yang dipilih ini. Saya amat menghargainya,” katanya.

Sumber:Berita HArian

Thursday, September 24, 2009

Miliki kilang sendiri

MENYEDARI tumbuhan herba mempunyai manfaat untuk kesihatan sejak turun temurun, sebuah syarikat berpangkalan di Telok Mas, Melaka, Fadhilat Herbs mengambil inisiatif mengkomersialkan minuman campuran Kemunting Cina dan Melada Pahit.

Usaha dilakukan Pengurus syarikat itu, Suhaimi Ghazali, 40, sejak setahun setengah lalu tidak sia-sia apabila beliau kini mampu mempunyai kilang sendiri selepas mengusahakan minuman kesihatan itu secara kecil-kecilan.

Pada awalnya, syarikatnya hanya mampu mengeluarkan 30 botol minuman berkenaan dalam tempoh sebulan, namun sejak beberapa bulan lalu ia dipertingkatkan kepada 60,000 botol bagi tempoh sama dengan kilang yang dilengkapi mesin canggih.

Walaupun usia Fadhilat Herbs baru setahun jagung, syarikat itu kini mampu membuat pemasaran dengan kekuatan 605 stokis serta ejen.

Suhaimi berkata, adunan minuman herba yang dinamakan Air Fadhilat itu amalan keluarganya sejak turun temurun.

Katanya, melihat kebaikan campuran minuman herba untuk kesihatan serta merwat beberapa jenis penyakit, beliau mula mendapat idea untuk mengkomersialkan minuman berkenaan.

“Niat saya hanya mahu membantu. Melihat harga minuman kesihatan herba bagi jenama lain agak tinggi di pasaran, saya mengambil usaha ini untuk mengeluarkannya pada harga mampu dibeli semua orang.

“Pada mulanya sukar untuk meyakinkan orang ramai mengenai produk kami apabila hanya 30 botol dapat dihasilkan dalam sebulan, namun berkat kesabaran yang tinggi akhirnya produk ini mula menjadi buah mulut.

“Sebelum ini perusahaan kami dijalankan di kawasan industri kecil dan sederhana (IKS) menggunakan kaedah tradisional saja. Tetapi, selepas lebih setahun kini kami mengeluarkan produk di kawasan lebih luas di Kompleks Kilang SME Bank di Telok Mas dengan jumlah pengeluaran 60,000 botol sebulan,” katanya.

Katanya, dengan mengamalkan sekali atau dua kali sehari, ia mampu membantu merawat dan mencegah penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, migrain, resdung, asma selain mengeratkan hubungan suami isteri.

“Minuman ini diperbuat daripada campuran air mineral, Kemunting Cina dan Melada Pahit. Semua tumbuhan herba ini diperoleh menerusi tanaman yang diusahakan sendiri syarikat kami.

“Air Fadhilat diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta dijamin kesuciannya dan disahkan halal,” katanya

Untuk keterangan lanjut, layari laman web, www.fadhilat.com atau e-mel kepada suhaimi@fadhilat.com.

FR sasar laba RM4j

FORTUNE Resources (FR), pengeluar produk minuman jenama Smart Coco A+ dan Jus Al-Khaira milik penuh Bumiputera, menyasarkan keuntungan RM2 juta hingga RM4 juta sebulan hasil jualan 100,000 produk minuman itu.

Sehubungan itu, Pengarah Urusannya, Aida Murni Ismail, berkata peluang kini terbuka kepada 300 pengedar baru yang ingin menceburi bidang perniagaan dan memperoleh keuntungan lumayan bersama syarikat berkenaan.

Beliau berkata, FR memberi khidmat nasihat kepada bakal pengedar untuk menjadi usahawan berjaya.

“Kami menyasarkan penjualan 100,000 kotak produk Smart Coco A+ dan Jus Al-Khaira sebulan dalam tempoh dua tahun, sekali gus syarikat berkenaan FR mampu catatkan purata keuntungan RM2 juta hingga RM4 juta dalam sebulan.

“Untuk berjaya dalam tempoh yang singkat bukannya mudah tanpa usaha gigih, tetapi platform yang diberikan FR mampu merealisasikan impian usahawan yang ingin bersama-sama kami.

“FR juga memberikan tawaran sehingga 50 peratus komisen kepada stokis manakala pengedar pula 25 peratus,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Aida berkata, sehingga kini FR mempunyai 50 pengedar dan sasaran antara 100 hingga 300 pengedar baru dalam tempoh dua tahun.

Menurutnya, FR turut mempunyai 15 stokis pada masa ini.

Beliau berkata, FR juga menyasarkan mengembangkan perniagaan ke luar negara dengan sasaran Singapura, Vietnam dan Jordan.

Katanya, selain itu FR turut merancang menembusi pasaran Brunei, Indonesia, Bangladesh, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi dan China menjelang 2010.

Jambu Pak Cu ke pasar raya

JAMBU Pak Cu 916 Sdn Bhd, perintis perniagaan jambu potong secara komersial yang kini sudah mempunyai 468 cawangan di seluruh negara melangkah setapak lagi apabila akan memasuki pasar raya di seluruh negara dalam tempoh terdekat.

Pengarah Urusannya, Ishak Abdul (Pak Cu), berkata sejak 1982 lagi dia sudah mula berniaga jambu potong dan walaupun bermula secara kecil-kecilan kini dia mampu memberi peluang kepada orang lain untuk memperoleh pendapatan sampingan.

Katanya, berikutan sambutan menggalakkan terhadap produk makanan berasaskan jambu berkenaan dia menyasarkan lebih banyak cawangan yang akan dibuka akhir tahun ini.

“Peluang perniagaan kios jambu batu potong terbuka kepada sesiapa saja yang berminat lebih-lebih lagi mereka yang menganggur kerana selain dapat menjana pendapatan lumayan sekali gus memperoleh ilmu perniagaan.

“Potensi untuk berjaya dalam perniagaan ini sangat besar jika tahu caranya dan diusahakan dengan jujur, malah ada yang mampu mencatatkan jualan RM300 sehingga RM1,500 sehari,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, selain cuba menembusi pasaran pasar raya, syarikat Jambu Pak Cu 916 turut mengajar mereka menguruskan perniagaan tepi jalan supaya berjaya dan mampu memperoleh pendapatan tetap mencecah ribuan ringgit.

Fokus pasaran Jambu Pak Cu 916 ini bukan saja di Semenanjung Malaysia tetapi menurut Pak Cu, pihaknya akan memasuki pasaran di Sabah dan Sarawak jika ada permintaan di sana.

Jambu Pak Cu 916 mengalu-alukan orang ramai atau pengusaha yang ingin mengembangkan perniagaan dengan membuka jualan jambu jenama berkenaan kerana ia mampu menjana pendapatan keluarga.

Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Jambu Pak Cu 916 berharga RM2,200 merangkumi kios, set payung dan pelbagai kelengkapan lain selain diberi bimbingan dan latihan usahawan.

Adli usahawan muda berjaya


"SAYA berpegang kepada prinsip kejayaan tidak datang bergolek, sebaliknya kita perlu berusaha mencapainya," kata Mohd Adli Abd Hadi, 24, dari Seremban.

Dia memilih keusahawanan sebagai karier selepas menamat pengajian ijazah di Management & Science University (MSU) dalam bidang Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

Pencapaian yang diraih bersama Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd ini amat dikagumi dan boleh dijadikan inspirasi kepada pelajar lain.

Usahawan muda ini adalah pengarah syarikatnya sendiri, mengakui pendedahan sejak kecil kepada dunia perniagaan memberikan dorongan untuk terus maju dalam dunia perniagaan.

"Ayah banyak memberikan motivasi dan inspirasi kepada saya," katanya.

Dia tamat pengajian di MSU tahun lalu selepas mengikuti pengajian dalam diploma Pengurusan di Kolej PTPL Seremban pada 2002 hingga 2005.

"Semasa di PTPL Seremban, saya didedahkan dengan kemahiran keusahawanan, pengurusan personal dan organisasi.

"Di MSU pula, saya belajar mengenai perhubungan antara perniagaan, pemasaran dan pelancongan. Ia nyata berkesan dan lebih praktikal apabila saya mengikuti latihan industri di Malaysia Tourism Centre (MTC) di Kuala Lumpur," katanya.

Nelayan Seafood & Catering Sdn Bhd adalah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan daging eksotik Negeri Sembilan.

Syarikat itu mula dikenali ramai apabila bekerjasama dengan MTC untuk mempromosikan makanan tradisional Melayu ini dalam kempen pelancongan seperti Zoom Malaysia Disember tahun lalu.

Terbaru, MTC mempelawa syarikat itu membuka restoran di luar negara sebagai usaha mempromosi makanan Malaysia.

Selain bidang restoran dan katering, dia turut terbabit dengan perniagaan lain iaitu Nelayan Agrobiotek Sdn Bhd, Permata Nelayan Adventure & Tourism serta Agensi Pekerjaan Zefal.

Mengenai kegawatan ekonomi dunia kini, dia mengakui sebagai ahli perniagaan kesannya tetap ada tetapi perlu lebih produktif dalam mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan mencari peluang perniagaan baru.

"Kejujuran dan kualiti perkhidmatan perlu menjadi agenda utama dalam perniagaan.

"Saya bersyukur dengan kejayaan hari ini dan lebih bersemangat untuk terus cemerlang membina empayar perniagaan franchise," katanya.

Wednesday, September 23, 2009

Produk halal di Jerman buka peluang pembekal Malaysia

FRANKFURT 22 Sept. - Berdasarkan bilangan penduduk Islam yang semakin meningkat di Jerman, permintaan produk halal turut meningkat.

Situasi itu membuka peluang untuk para pembekal produk halal Malaysia dan sekali gus industri makanan halal Malaysia yang merintis segmen makanan, mempunyai peluang cerah, bukan sahaja menembusi malah mengukuhkan diri dalam pasaran khusus yang belum ada saingannya setakat ini berbanding segmen lain.

Oleh itu, pembekal Malaysia yang mendapat sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), yang mempunyai pejabat di Frankfurt, boleh membuka pasaran yang mampu menjana perniagaan dalam jangka panjang.

Kelebihan tambahan ialah saiz pasaran yang dijangka meningkat memandangkan semakin ramai pengguna Jerman kini terdedah kepada produk halal, yang pada masa lepas, terhad kepada penduduk Islam di negara itu.

Kini, para pembekal Jerman dan Eropah menambah produk halal dalam pasaran, sebagai contoh dengan menambah saham dalam produk halal yang biasa ditemui di rak-rak di pasar raya Jerman.

"Beberapa tahun lepas, jarang terdapat produk halal di pasar raya Jerman.

Wujud tanggapan salah mengenai istilah halal yang kerap dikaitkan dengan agama.

Bagaimanapun, tanggapan itu secara beransur-ansur terhakis hasil peningkatan penghayatan terhadap tahap kebersihan, dan semakin banyak pasar raya cuba memikat penduduk Islam dengan menawarkan produk halal," kata Armin Bollig, seorang penyelidik mengenai tabiat pengguna, yang menetap di Frankfurt.

Menerusi lebih tiga juta umat Islam - dan trend yang menunjukkan pertumbuhan dalam demografi - pengilang makanan Jerman mendapati pasaran yang lebih menarik jika menawarkan produk yang memenuhi kehendak minoriti yang paling pesat berkembang di Jerman itu.

"Bahagian kecil di pasar raya utama ini menunjukkan kepada anda peluang yang wujud dalam corak berbelanja pengguna Jerman yang hari ini bersedia menerima amalan makanan yang asing sebelum ini," kata Bollig semasa berjalan di Frankfiurt yang ramai didiami masyarakat Turki dan penduduk Islam lain.

Tiga juta pengguna Islam di Jerman mungkin masih merupakan pasaran yang kecil, namun berpotensi berkembang pesat memandangkan semakin ramai pengguna tempatan yang membeli produk halal.

Pengguna Jerman yang kurang terdedah kepada budaya makanan masyarakat lain, kini menikmati hidangan roti pita bersama daging dan sayur serta sos cili atau sos bawang putih, dan beransur-ansur mengetepikan sosej dan sauerkraut, makanan harian Jerman yang banyak lemak.

Namun banyak pembekal Jerman dan Eropah bukan sekadar membekalkan produk halal kepada pengguna di Jerman dan negara Eropah berjiran lain, malah ke pasaran eksport lain di negara Islam.

Antara produk halal yang dihasilkan ialah coklat, sup serta biskut.

Syarikat makanan, sebagai contoh, Nestle, mewujudkan 75 unit halal dalam rangkaian syarikat globalnya. Syarikat Swiss itu memperoleh lebih banyak keuntungan menerusi produk halal berbanding produk organik lain, dan mendapat sambutan baik di kalangan pengguna Barat.

Rangkaian peruncitan Jerman, Casino memperkenalkan laman Internet tahun lepas yang dikenali sebagai Wassila, eksklusif untuk produk halal.

Boots Britain juga melancarkan makanan bayi halal di 30 kedai runcitnya.

Beberapa pembekal halal Jerman berkata, Malaysia mempunyai burger halal yang dihidangkan oleh McDonald yang berjaya meningkatkan jualannya sebanyak 30 peratus dalam tempoh singkat.

Bagaimanapun, banyak pembekal Jerman menghadapi dilema mengenai pematuhan yang perlu diikuti dalam menyediakan makanan halal seperti penyembelihan haiwan serta ayam itik.

Mereka bagaimanapun menangani masalah itu dengan mengimport daging halal dari pembekal luar.

Masalah lain ialah pensijilan halal memandangkan tiada badan rasmi yang diperakui di Jerman yang berhak mengeluarkan sijil halal.

Akibatnya, terdapat peningkatan bilangan unit halal yang tidak terkawal, yang kini hanya disahkan oleh para imam, yang berbuat demikian dalam kapasiti tidak rasmi kerana tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian (mengeluarkan sijil halal).

Sebelum ini terdapat kes pemalsuan pengeluaran sijil halal.

Bagaimanapun, dagangan halal akan kekal di sini. Malah ada yang sanggup membeli produk halal kerana ia merupakan 'trend mega' dengan banyak kedai dan pasar raya mengaut untung, terutama ketika keyakinan pengguna kurang bermaya akibat kelembapan ekonomi dan meningkatnya pengangguran.

Forum Halal Dunia mengunjurkan jualan dunia bagi produk halal dalam tahun semasa mencecah 634 bilion euro (RM3.3 trilion), meningkat daripada 580 bilion euro (RM3.0 trilion) pada 2005.

Pameran makanan terbesar dunia, ANUGA, yang berlangsung di Cologne dari 10 hingga 14 Oktober ini juga akan memberi tumpuan terhadap produk halal, dengan satu pertiga daripada 6,000 pempamer, mengetengahkan pelbagai jenis makanan halal.

Malaysia diwakili oleh satu kontinjen syarikat pengilangan makanan, kebanyakannya membekalkan produk halal. - BERNAMA

MODUL KURSUS USAHAWAN IKS (NORMA BARU)

M01 : PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

M02 : PENGURUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

M03 : RANCANGAN PERNIAGAAN

M04 : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

M05 : PENGURUSAN PEMASARAN DAN JUALAN

M06 : PENGURUSAN OPERASI PERNIAGAAN

M07 : PENGURUSAN KEWANGAN PERNIAGAAN

M08 : LATIHAN DALAM INDUSTRI