BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Tuesday, March 12, 2013

Perkara Penting Sebelum Memulakan Bisnes!

Salam hormat,
Ramai di antara kita yang minat untuk memulakan perniagaan atau bisnes sendiri.

Namun begitu,ramai yang GAGAL  bukan disebabkan bisnes mereka TETAPI disebabkan mengabaikan perkara paling penting sebelum  memulakan bisnes.

Mungkin bagi anda, perkara yang perlu anda dahulukan dalam memulakan bisnes adalah
modal untuk memulakannya! Kalau anda  fikir begitu, sebenarnya ada yang lebih utama lagi dari modal!

Apa yang lebih penting?

Yang lebih penting dan mesti didahulukan dalam memulakan bisnes adalah ilmu berkenaan bisnes tersebut!

Dengan adanya ilmu yang ada belajar berkenaan bisnes yang ingin diceburi akan memudahkan dan memberi pencerahan kepada perkara penting yang mungkin bagi anda adalah perkara kecil sahaja.

Dengan ilmu juga, anda mendapat petunjuk dan bersedia dengan cabaran yang bakal anda
hadapi nanti. Ingat! untuk memulakan sesuatu bisnes, ianya bukan mudah seperti yang kita rancang on paper! Terdapat banyak cabaran yang perlu kita tempuhi sepanjang perjalanan
bisnes kita nanti.
 
Sekian
 
Admin

Thursday, March 7, 2013

GALERI BERGAMBAR SEMPENA KARNIVAL USAHAWAN IKS SIRI 1 2013 DI DATARAN USAHAWAN PERHEBAT,KEM SG BULOH PADA 5 MAC 2013

 Upacara Perasmian oleh YBhg Pengerusi PERHEBAT  bersama  CEO Karnival terdiri dari pelatih kursus pembangunan usahawan IKS
 YBhg Pengerusi PERHEBAT diiringi oleh Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah PERHEBAT



 Beramah mesra dengan Pengurus Syarikat Happy Water Sdn Bhd
 YBhg Pengerusi PERHEBAT mengambil nombor cabutan bertuah 

 Booth CELCOM
 Persekitaran Dataran Usahawan , Bahagian Pengajian Pengurusan PERHEBAT
 Booth Rendaman Kaki
 Booth Satay Grill menawarkan pakej perniagaan yang menarik



Related Posts with Thumbnails