BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Monday, June 7, 2010

Penubuhan ALUMNI IKS PERHEBAT

Bahagian Pengajian Pengurusan bercadang untuk menubuhkan ALUMNI IKS bagi membentuk jaringan di kalangan pelatih IKS yang telah tamat kursus dan yang akan datang di samping mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan semua pelatih. Buat masa ini tiada yuran atau sebarang bayaran dikenakan. Mereka yang berminat boleh mendaftar di borang online.Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Sekian.

Moderator
Related Posts with Thumbnails