BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Monday, December 12, 2011

Matlamat... Tulis jangan tak tulis

Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja . Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!Anda boleh menulis di mana-mana tempat atau 'framekan' matlamat anda.Sama dengan tujuan matlamat anda… anda ingin menggenggamnya!

Related Posts with Thumbnails