BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Friday, December 21, 2012

PENYERTAAN PERHEBAT DALAM SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI (SDSI) 2012 DI MITC, MELAKA



Pada 7hb hingga 9hb Disember  2012, PERHEBAT telah diberi peluang untuk menyertai  pameran  Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka  (MITC)  Ayer Keroh, Melaka yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (MITI). 

Program pameran yang diadakan secara tahunan  ini penting bagi memberikan pendedahan terutamanya kepada usahawan bekas tentera berkaitan peluang dan memperluaskan pasaran sehingga ke peringkat global. 

Di samping itu , penjenamaan PERHEBAT akan lebih terserlah dari segi peranan PERHEBAT dan fungsinya dalam membantu meningkatkan sosioekonomi mereka  terutamanya dalam bidang keusahawanan. Seramai 21 usahawan Veteran ATM telah menyertai pameran ini di bawah pavilion PERHEBAT.

Manfaat program  SDSI ini  adalah:
·         *sebagai pusat sehenti atau one stop center bagi memperoleh pelbagai maklumat mengenai bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan secara terus daripada kementerian atau agensi kerajaan yang turut menyertai pameran ini .
·         *dapat memperoleh ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan menerusi seminar yang dianjurkan
·      * dapat memperluaskan jaringan perniagaan (networking) serta mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan dalam sesi ‘business matching’ atau pemadanan perniagaan.






Justeru itu, PERHEBAT sentiasa komited untuk menganjurkan program seumpama ini kerana percaya program seperti ini dapat meningkatkan pendapatan usahawan dan ekonomi negara.
Related Posts with Thumbnails