BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Thursday, April 25, 2013

Program Ramah Mesra MOA (Usahawan Tekun Nasional) Di Kompleks PERHEBAT , Selangor







GAmbar di atas adalah sebahagian dari program yang dijalankan oleh Tekun Nasional bersama usahawan tekun  bertempat di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg buloh pada 24hb. April 2013 yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Bin Hj Omar iaitu Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELATIH KURSUS PEMBANGUNAN IKS DAN USAHAWAN FOTOMEDIA DI TKPM SEMENYIH PADA 7 FEB 2013


Bahagian Pengajian Pengurusan iaitu Pembangunan Keusahawanan Industri Kecil dan Sederhana siri 1/2013 telah melaksanakan lawatan sambil belajar ke Semenyih dan sekitar Hulu Langat pada 7 Feb 2013 bersama pelatih jurusan peruncitan dan Usahawan fotomedia seramai 44 pelatih yang diketuai oleh Pengajar pengiring iaitu Encik Mohd Hisham bin Idris.

Konsep lawatan tersebut adalah untuk mendedahkan pelatih-pelatih dengan urusan, perbincangan, lawatan dan menimbul minat serta peluang untuk meneruskan perniagaan di masa hadapan secara dua hala di antara pelatih dan pengusaha.


Lawatan pertama yang dikunjungi, adalah ke tempat pengusaha penternakan kambing, kemudian di ikuti lawatan ke ladang pengusaha buah Markissa, pengusaha madu kelulut, penternakan ikan air tawar dan kilang pembuat pellet untuk makanan peliharaan seperti lembu, kambing dan rusa.


Lawatan pertama, telah di lakukan ke tempat pengusaha penternakan kambing yang diusahakan oleh Encik Hanim. Menurut perbincangan yang telah di buat, Encik Hanim telah memulakan usaha menternak kambing sejak 14 tahun yang lalu, dengan modal sebanyak RM 40,000.00. Encik Hanim memelihara kambing jenis kampung dan Boer sejumlah 13 ekor di kawasan bersebelahan dengan kawasan ternak yang telah di usahakan sekarang sejak 4 tahun kebelakangan ini. Beliau serius dan komited dengan usaha beliau yang mana berjaya mengusahakan sejumlah 111 ekor kambing.





 Seterusnya para pelatih melawat ke Ladang Markisa yang diusahakan oleh En. Norhisham Johar. Disamping tanaman Markissa, beliau juga telah mempelbagaikan tanaman beliau dengan tanaman belimbing madu, nangka madu dan pisang berangan seluas 10 ekar dan dijaga oleh 2 pekerja. Beliau telah membekalkan tanaman beliau kepada Bahagian Pembekalan Makanan Malaysia.


Lawatan seterusnya ke tempat pengusaha kelulut madu yang telah diusahakan oleh Encik Alang.Perusahan ini baru di ceburi dan beliau telah melihat potensi perniagaan madu kelulut di masa hadapan dan khasiatnya. Setakat ini beliau telah menjenamakan beberapa produk pengeluaran syarikat beliau iaitu Madu Lebah Hutan dan Madu Kelulut. Disamping itu, beliau juga telah mengusahakan Program Summer Camp untuk pelatih dari Institut Pengajian Tinggi Kerajaan dan Swasta.




 Seterusnya lawatan ke kawasan penternakan ikan air tawar (ikan talapia), yang mana ianya telah diusahakan oleh Encik Faridzul Adzahar bin Samad. Beliau mula mengusahakan penternakan ikan talapia sejak 10 tahun yang lalu yang mana sehingga kini beliau mempunyai 12 buah kolam termasuk kolam pembenihan ikan tilapia. Beliau telah menubuhkan syarikatnya dengan nama ADZ Diversifioc Aquaculture (M) SDN. BHD. Produk yang telah di usahakan oleh beliau di pasarkan di Hypermarket seperti Giant dan Tesco secara berterusan, sehingga kini sambutan amat menggalakkan.






Lawatan terakhir ke kilang pembuat Pellet Makanan Haiwan, telah dilaksanakan oleh Syarikat Nafizah Agro Centre iaitu diterajui oleh Dato Hanafi Hj Mat Zin selaku Pengarah Urusan. Lokasi kilang tersebut terletak di kawasan Taman Asa Jaya, Kajang, Selangor. Syarikat ini telah memproses,mengilang, mengedar dan menjual makanan ternakan lembu, kambing, kuda, rusa, ayam, itik dan lain-lain. Ramuan kandungan makanan yang diproses adalah terdiri daripada PKC, POME, Habuk Beras, Coco shell, Jagung, Hampas Soya, Mikro Organisma Efektif (EM) PCP dan Mollasses. Pengusaha kilang ini juga telah mempelawa pelatih-pelatih yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut.

Lawatan tersebut pada keseluruhannya adalah berjaya kerana telah membuka minda pelatih dan memberi peluang kepada pelatih berinteraksi secara terus dengan pengusaha. Peluang-peluang pekerjaan untuk di usahakan terbuka luas kepada semua pelatih. Semoga usaha yang dilaksanakan itu mendapat berkat untuk pelatih terus berdikari di masa hadapan. Selamat Maju Jaya.

Related Posts with Thumbnails