BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Tuesday, March 30, 2010

Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik jayakan MEB

KUALA LUMPUR 30 Mac - Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) menggariskan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lapan inisiatif itu akan memberi tumpuan kepada:

  • Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;
  • Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;
  • Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;
  • Memperkukuhkan sektor awam;
  • Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;
  • Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;
  • Meningkatkan sumber pertumbuhan;
  • Memastikan pertumbuhan yang mapan.
  • Perdana Menteri berkata, kesemua lapan inisiatif itu adalah saling melengkapi dan kesannya merentasi semua sektor ekonomi.

    ''Ketiga-tiga matlamat MEB iaitu berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman memerlukan kita mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.

    ''Oleh itu, dasar-dasar yang perlu kita laksanakan mesti menyentuh isu-isu asas bagi memastikan momentum pertumbuhan dapat dipercepatkan melalui pendekatan yang holistik untuk menghapuskan semua halangan," katanya ketika berucap pada persidangan Invest Malaysia 2010 di sini hari ini.

    Menurutnya, matlamat itu memberi penekanan kepada bina upaya bukan hanya pembangunan negara semata-mata sebagai langkah mencapai pembangunan yang mapan.

    Sebagai tambahan kepada laporan NEAC itu, beliau mahu tumpuan diberikan secara efektif ke atas sektor utama yang spesifik atau dikenali sebagai Aktiviti Utama Ekonomi Nasional (NKEAs).

    ''Ini adalah bidang di mana ekonomi negara mempunyai potensi untuk terus maju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi," katanya.

    Berdasarkan pendekatan baru NEAC yang menyatakan bahawa sektor swasta perlu memacu pertumbuhan, Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu meningkatkan peranan sebagai fasilitator kepada pihak industri untuk berkembang maju.

    Mengulas lanjut, katanya, majoriti inisiatif yang telah diwujudkan adalah berkaitan dengan semua faktor yang penting dalam memperbaiki hala tuju ekonomi negara.

    ''NEAC telah mengenal pasti sektor utama untuk membolehkan ekonomi negara maju dan berdaya saing dengan rakyatnya menikmati kualiti hidup yang tinggi serta berpendapatan tinggi hasil daripada pertumbuhan yang mapan.

    ''Banyak lagi yang perlu kita lakukan namun bagi meraih peluang yang ada sepenuhnya, kita perlu memberi fokus ke atas sektor-sektor utama ini," katanya.

    PM lancar Model Ekonomi Baru


    Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, semalam.


    KUALA LUMPUR 30 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bertujuan melonjakkan ekonomi negara untuk menjadi negara maju menjelang 2020 dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat secara keseluruhan.

    Perdana Menteri berkata, pelbagai strategi akan dilaksanakan melalui MEB yang antara lain melonjakkan kuantum pendapatan perkapita rakyat daripada AS$7,000 (RM23,000) kepada AS$15,000 (RM49,000) setahun dalam tempoh 10 tahun.

    "MEB hendaklah dibina dari sini. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah, tetapi ia menjanjikan pulangan lumayan jika kita mampu melakukan transformasi ini," katanya semasa berucap pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di sini, hari ini.

    Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, keutamaan MEB adalah untuk menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

    "Sehubungan itu, adalah perlu MEB memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik.

    "Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat seperti mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara.

    "Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar," katanya.

    Sehubungan ini, katanya, laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) mencadangkan supaya fokus diberikan terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia - dari segi individu dan wilayah.

    "Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khusus.

    "Matlamat akhirnya, tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan, semuanya mendapat peluang saksama untuk berjaya dan berkongsi kemakmuran negara," tambahnya.

    Oleh itu, tegas Perdana Menteri, dasar afirmatif yang diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip yang mesra pasaran, merit, telus dan keperluan.

    Najib berkata, sebagai contoh, kerajaan akan mewujudkan proses tender yang telus dengan peraturan jelas bagi golongan bumiputera Melayu dan pribumi lain.

    Katanya, secara praktiknya, pendekatan itu bermakna sokongan kepada bumiputera akan dipertingkatkan dan dilakukan berdasarkan kepada keperluan, bukannya mengikut bangsa.

    Mengenai usaha mewujudkan negara berpendapatan tinggi, beliau berkata, keadaan itu akan juga memberi kesan kepada upah pekerja yang lebih tinggi di dalam ekonomi.

    Katanya, pertumbuhan itu bukan sahaja daripada segi modal, tetapi juga produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenamaan yang kukuh dan mematuhi piawaian antarabangsa dan hak harta intelektual.

    "Ekonomi yang berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi baru, kemahiran yang pelbagai, inovasi dan kreativiti, serta peningkatan kecekapan adalah pemacu kepada prestasi sektor awam dan swasta," katanya.

    Beliau menambah, pelaburan dan persaingan pasaran untuk mendapatkan bakat terbaik juga akhirnya akan mewujudkan suasana pembayaran upah yang tinggi.

    Najib juga menegaskan, dalam memberikan rakyat kehidupan berkualiti, MEB mesti bertunjangkan kepada penjanaan pertumbuhan ekonomi mapan yang mengambil kira kesan ke atas persekitaran dan sumber asli.

    "Tidak ada maknanya kita terlalu mengejar masa depan dengan kekayaan yang melimpah-ruah, sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat terhakis yang bakal dihadapi oleh generasi akan datang," katanya.

    Sunday, March 28, 2010

    Paten: Tahap kesedaran masih kurang

    KUALA LUMPUR 28 Mac - Tidak banyak syarikat yang mengetahui pentingnya mendaftarkan paten, cap dagangan dan reka bentuk perindustrian masing-masing sehingga wujudnya pertikaian sama ada di dalam dan luar negara.

    Selain kesedaran yang kurang, kebanyakan mereka merasakan proses sedemikian sebagai mahal dan membebankan.

    Menurut firma pengurusan harta intelek, KASS International Sdn. Bhd. (KASS International), syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu mengambil peluang yang ditawarkan kerajaan di bawah Bajet 2010 yang memberi geran dan pengecualian cukai dalam bidang berkaitan.

    Lebih banyak PKS perlu mendaftar rekaan produk masing-masing di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi tujuan melindungi harta intelek mereka sebelum melakukan usaha pengkomersialan.

    Pengarah Bahagian Paten KASS International, Ramakrishna Damodharan menyifatkan sekarang adalah peluang keemasan bagi meningkatkan pembangunan produk berinovasi tinggi di negara ini.

    Katanya, pemain industri perlu melindungi harta intelek masing-masing. Ramakrishna berkata, Malaysia dilihat masih di belakang negara-negara maju dalam melindungi paten, reka bentuk dan produk masing-masing iaitu di belakang Jepun, Amerika Syarikat, Eropah, China dan Singapura.

    Sehingga tahun lalu, hanya sejumlah 5,722 permohonan diterima di Malaysia untuk mendaftarkan paten.

    Keadaan ini berbeza dengan Jepun yang menerima lebih kurang sejuta permohonan, China (850,000 permohonan), Amerika Syarikat (500,000 permohonan) manakala Singapura pula menerima sebanyak 7,000 permohonan.

    "Jika kesedaran dapat ditingkatkan untuk mendaftarkan paten produk masing-masing, harta intelek sesebuah syarikat dapat dilindungi, sekali gus memberikan kekuatan dan peningkatan dalam produktiviti serta keuntungan kepada syarikat tersebut," kata beliau.

    Menurut Ramakrishna, kekangan utama yang dihadapi oleh SME di negara ini adalah kos untuk memfailkan paten rekaan produk masing-masing.

    Katanya, sebahagian besar pemain industri beranggapan bahawa proses memfailkan paten produk masing-masing ke MyIPO menelan belanja yang tinggi, namun, ia sebaliknya.

    Sebagai contoh, katanya, di KASS International, pihaknya mengenakan caj yang berpatutan untuk proses merangka kerja (drafting) paten dan pendaftaran paten.

    "Bagi tugas merangka kerja, kami mengenakan caj sebanyak RM8,000 ke atas manakala pendaftaran paten pula adalah lebih murah iaitu kira-kira RM1,000 ke atas.

    "Kadar bayaran mungkin berbeza-beza bergantung kepada kerumitan proses merangka kerja paten dan pendaftarannya," kata beliau.

    Beliau menambah kos yang diperlukan untuk memfailkan paten perlulah dianggap sebagai pelaburan kerana pulangan lumayan yang ditawarkan bagi tempoh jangka panjang.

    KASS International ditubuhkan pada 1999 bagi menguruskan pelbagai jenis urusan hak harta intelek dalam pelbagai jenis iaitu paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta, rahsia perdagangan, pelesenan teknologi, nasihat pelanggaran hak dan banyak lagi.

    Sumber:Utusan Malaysia

    Tuesday, March 9, 2010

    Lawatan ke Bandar Agro Spice Industries






























    Lawatan ke Bandar Agro Spice Industries berkaitan industri rempah ratus di Sepang, Selangor.

    Dapat mengetahui potensi industri rempah ratus dan jaringan perniagaan yang berkaitan.

    LAwatan ke Nata De Coco di Sepang

















    Lawatan ke Syarikat Nata De COco di Sepang Selangor .

    Lawatan Ke Jamirah Food Industries






























    Lawatan ke Jamirah Food Industries Sdn. Bhd di Sepang Selangor berkaitan industri pemprosesan makanan berasaskan ubi kayu. Lawatan sambil belajar ini membolehkan para pelatih dapat mengetahui kaedah-kaedah pemprosesan makanan , kaedah pemasaran berkesan, pasaran luar negara, pengalaman pengusaha sehingga telah mencapai kejayaan dll di samping dapat menambahkan lagi jaringan perniagaan.

    Dengan lawatan ini para pelatih dapat melihat sendiri realiti sebenar dunia perniagaan dan dapat melihat dan mendengar sendiri pengalaman usahawan terbabit.

    Wednesday, March 3, 2010

    SEpasang KAsut

    Tidak ramai yang akan berkata kaki anda dengan orang lain adalah sama, tetapi ramai akan terpegun apabila melihat sepasang kasut yang anda beli dan memakainya dihari pertama. Kaki yang sentiasa bersama anda tetapi ianya seakan tidak dipeduli bahkan orang lain atau teman rapat anda juga tidak pernah mempersoalkan samada kaki anda bersaiz kecil,besar,lawa dan sebagainya. Tetapi ia hanya akan dipersoalkan apabila kaki anda berbau busuk atau tidak memakai stokin apabila berkasut. Sesungguhnya kaki anda adalah satu anugerah yang tidak ternilai harganya dan ini belum termasuk dengan angota badan yang lain. Selalu yang kekal bersama badan anda sering tidak dipedulikan tetapi yang bersifat sementara akan diagung-agungkan malahan akan dijaga dengan baik dan ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit untuk mengantikannya dengan yang baru.

    Persoalannya, Apa akan terjadi sekiranya yang diidamkan tidak menjadi kenyataan? DAN apa pula akan terjadi sekiranya apa yang anda pelajari hanya menuju jalan yang buntu? Menjalani kehidupan dengan membina watak dan mengubah otak kemudian memfokuskan perkara yang paling hampir yang sentiasa menemani anda disetiap masa, ketika dan waktu membolehkan anda menggunakan sepenuhnya kuasa minda dengan mendengar, menyelami, melihat dan mengikuti kemana arah naluri dalaman, dan ini sudah pasti akan membimbing anda kejalan kemenangan.

    Bayangkan disaat anda mengecapi kemenangan, anda akan mengetahui betapa pentingnya sepasang kaki termasuk anggota badan yang lain bagi membantu dan mengenali siapa diri anda yang sebenar, bukan itu sahaja malahan anda juga akan menikmati kelebihan dan akan sentiasa menghargai setiap perkara yang ada didepan mata, sudah pasti anda berusaha untuk memilikinya berbekalkan kelebihan dalaman, luaran dan keperibadian yang tinggi agar segala impian akan dapat dikecapi. Anda kini lebih mengetahui bahawa, anda sebenarnya boleh memiliki dan mampu berusaha seperti yang dilakukan oleh orang lain agar orang akan melihat bukan sahaja kaki anda malahan kasut anda yang sungguh memukau kepada sipemerhati.

    Hebat di dalam hebat di luar, cantik di dalam cantik di luar. Kebolehan anda akan memperlihatkan kaki anda dan kasut sungguh hebat,anda bukan sahaja genius, malah seorang yang mempunyai keterampilan dari pelbagai sudut. Ia semua bermula dari diri sendiri. Ayuh, bongkarlah resipi anda dengan mengenali diri, mempercayai diri, menjadi inspirasi kepada diri sendiri dan belajar mencintai diri. Kenapa? Setiap tag yang anda lihat ini mempunyai elemen yang tersendiri dan kekuatan untuk membantu anda melayari perjalanan hidup dan mencapai impian walaupun ianya penuh dengan persaingan. Berjaya dengan mengambil contoh yang paling hampir dengan anda, berjaya dengan kehebatan diri sendiri, berjaya dengan membongkar kekuatan dalaman. Akhirnya kejayaan sebenarnya berada didepan mata anda.

    Teknik Jualan dan PAsaran

    ‘Why cook when you can just order’ Find it, Call Us or SMS, Order and We Delivered within 10 – 30 Minutes!’ Ini adalah antara Heading dalam iklan anda yang perlu anda letakkan. Menjual tidak kira apa jenis produk, anda perlu melalui tiga peringkat iaitu:

    1. Share
    2. Show
    3. Selling

    Apabila anda sampai perkara No 3 iaitu ‘Selling’ anda perlu mengharungi 3 perkara lagi sebelum produk anda dapat dijual iaitu:

    1. Strategi
    2. Skill/Kemahiran
    3. Teknik

    Jika anda kurang memahami maksud yang diterangkan, jangan risau. Ianya seperti dalam peperangan tetapi anda jangan terus menyerang. Siapa tahu ianya satu perangkap dan tidak siapa yang tahu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar. Anda sendiri akan merana…ingat tu…

    Perkara utama yang dimaksudkan diatas ialah seperti anda bermain bolasepak, strategi untuk meletakkan posisi pemain, kemudian skills untuk menyerang dan mengelecek dan teknik untuk menjaringkan gol…anda perlu mahir dengan 3 perkara tersebut jika inginkan produk anda dapat dijual dengan cepat.

    Perkara 3 iaitu ‘Teknik’ adalah penamat anda atau Check Mate! dan ia adalah profit anda setelah menghadapi 6 peringkat tadi. Baiklah kita mulakan pada 3 peringkat permulaan iaitu. Share, Show dan Selling.

    1. Share - Setiap kejayaan yang telah anda miliki perlu dikongsi pada pelanggan atau bakal pembeli anda, anda juga boleh memberi contoh usahawan yang telah berjaya dalam perniagaan, cabaran yang mereka hadapi dan cara mereka
    memotivasikan diri untuk mencapai keinginan. Kemahiran anda perlu dijual, kemampuan perlu diadaptasikan serta perlihatkan kredibiliti dan kesungguhan.

    2. Show - Jadikan diri anda seorang yang pakar dalam bidang tersebut. Show yourself as a expert! Anda perlu belajar, mengkaji dan fokus setiap masa yang anda miliki. Seorang usahawan yang bijak dan bersungguh-sungguh perlu menjadi idola dan mentor kepada pelanggan anda. Perlihatkan kejayaan yang telah anda miliki yang mana kejayaan tersebut menggunakan tulang empat kerat anda.

    3. Selling - Share dan Show adalah taktik anda untuk menarik pelanggan kepada pembeli, anda perlu selami hati dan naluri mereka. REMMEMBER! **Sell status. Sell luxury. Sell solutions. Sell hope. Sell inspiration**
    ‘People buy emotionally. Then, they try to rationalize their purchases’. Seorand penjual yang kreatif ialah apabila anda tahu situasi pelanggan, bijak memberikan penyelesaian dan pakar memberikan cadangan tentang sesuatu brand dan bijak memberikan penjelasan mengenai ‘benefit and feature’ Untuk ‘close sales’ ia seperti melawan arus. Faham? kurang pasti? tidak mengapa…katakan pada diri anda, saya bukan mengajar itik berenang tetapi saya bawa itik tersebut di mana adanya tempat yang berair dan luas supaya lebih selesa, puas dan selamat.
    Related Posts with Thumbnails