BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN (BPP), PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA (PERHEBAT)

Carian Maklumat Di Sini...
Google

BAHAGIAN PENGAJIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengajian Pengurusan adalah bahagian yang bertanggungjawab berkaitan dengan bidang keusahawanan di PERHEBAT. Bahagian ini menguruskan dua kursus latihan peralihan iaitu Kursus Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana ( 6 bulan) dan Kursus Peruncitan (6 bulan) serta menerapkan Nilai Tambah Keusahawanan (2 minggu) untuk kursus-kursus teknikal seperti automotif, binaan, perhotelan, katering dll.

Kursus Pembangunan Usahawan IKS adalah kursus latihan peralihan yang dapat membimbing bakal-bakal pesara tentera dalam ilmu keusahawanan selepas mereka bersara nanti. Banyak pendedahan dalam dunia keusahawanan diberikan agar mereka dapat menguruskan karier masing masing selepas tamat perkhidmatan. Tips dan rahsia perniagaan diberikan kepada mereka yang mengambil kursus IKS di PERHEBAT.

Thursday, March 10, 2011

Karnival Wira Usahawan 2011 Samb.2

Video Karnival Wira Usahawan 2011

Gambar sepanjang Karnival Wira Usahawan 2011 anjuran pelatih IKS siri 1/2011 dan Bahagian Pengajian Pengurusan PERHEBAT di Dataran Usahawan PERHEBAT


































































































Tahniah dan syabas kepada semua pelatih IKS siri 1/2011 diatas pengurusan sepanjang Karnival tersebut berlangsung dengan penyertaan seramai 36 pemamer dengan pelbagai prosuk jualan seperti makanan/minuman,pakaian, produk kesihatan, agro, renovation, pakej percutian, hasil seni dan pertukangan, pakej kewangan dll. Karnival tersebut berlangsung pada 2hb. Mac 2011 dari jam 8.30 pagi dan tamat jam 4.00 ptg. Semoga karnival ini menjadi satu medan /ruang untuk para pelatih belajar berdikari dalam dunia keusahawanan. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan karnival tersebut.

















Related Posts with Thumbnails